Tidak
banyak yang mahu saya kongsikan kali ini. Sekadar cerita tentang penghargaan
terhadap seorang lelaki yang saya ‘respect’ kerana tidak banyak bicara tetapi
kerja-kerja yang diamanahkan selesai dengan baik. Berkhidmat selama 35 tahun 9
bulan dan 15 hari, YM Ungku Abdul Halim Bin A. Hamid menemui noktah kembara
dunia kerjayanya di Kementerian Pelajaran Malaysia.
YM Ungku Halim sedang menyampaikan ucapan |
Memandang YM Ungku sebelum majlis bermula |
Dalam
satu majlis ad hoc, saya dihubungi Puan Susila Ahmad, sehari sebelum majlis
Jamuan MERDEKA, RAYA., HARI MALAYSIA DAN PERSARAAN dan diminta menunaikan
amanah sebagai pengerusi majlis. Tidaklah terlalu berat, memandangkan saya
sudah kerap kali juga diamanahkan dengan tanggungjawab tersebut sebelum ini. Cumanya sentimen emosi agak lain sedikit bila
membabitkan majlis persaraan. Dalam waktu singkat, saya cuba menggali sejarah
perjalanan YM Ungku Abdul Halim dan Alhamdulilah segalanya selesai dengan baik
atas bantuan rakan-rakan sepejabat.
Ketika membaca biodata YM Ungku Halim. |
Menahan sebak dan akhirnya tumpah jua airmata menceritakan tentang isterinya |
Lelaki
yang saya kira tersendiri ini dilahirkan pada 16.09.1956 di Mersing Johor. Menerima
pendidikan rendahdi SK Sri Mersing, Johor Bahru, SK Laksamana Kota Tinggi dan
SK Temenggung Abdul Rahman Johor Bahru. Seterusnya mengorak langkah ke SM
Maktab Sultan Abu Bakar English College, JB.
Mendirikan
rumah tangga dengan Puan Talkha Binti Mohd Ali pada Disember 1988 dan
dikurniakan 4 orang cahaya mata yang kesemuanya perempuan. Sejarah kerjayanya
selepas mengikuti Kursus Sains Pertanian di Maktab Perguruan Temenggung
Ibrahim.
Dakapan persahabatan |
Mula
bertugas pada 01.01.1977 di SM Masai, JB. 1987 mengikuti Kursus Pendidikan Khas
(1 tahun) di maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur. 1988 bertugas di SKPK
Princess Elizabeth, JB. Kemudian melanjutkan pelajaran di Flinders University,
Aadelaide South Australia pada 01.03.1993 hingga 31.12.1995 seterusnya dari
SKPK Princess Elizabeth, JB ke jawatan latihan. 1995 dari bahagian biasiswa ke
SK Taman Perling JB. 1997 Dari SK Taman Perling JB ke SK Bandar Baru Uda, JB.
Cenderahati dari warga BPKhas disampaikan oleh tuan pengarah |
Pada
16.01.1997 dari SK Bandar Baru Uda, JB ke Jabatan Pendidikan Khas. Sekitar
Oktober 2003 menjadi caretaker di SMPKV Indahpura. Pada tahun 2004 dari
JPK ke SMPKV Indahpura, JB sebagai penolong kanan, lantas akhirnya kembali
bertugas di BPKhas pada 16.05.2007 sehinggalah beliau menamatkan
perkhidmatannya di usia persaraan. Sepanjang perkhidmatannya, beliau menerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2000, 2006 dan 2009.
Sebelum 'punch card' terakhir |
Ucapan
yang disampaikan menyentuh hati tetamu di majlis yang dirancang dan
dilaksanakan oleh warga BPKhas, KPM. Ternyata lelaki ini penyayang dan
mengambil berat orangnya. Di samping bercerita tentang perjalanan kerjayanya,
semua menjadi kaget dan ada yang turut sama mengalirkan air mata apabila beliau
menyatakan tentang ‘kesakitan’ isterinya. Secara jujur mengakui mengapa beliau
tidak memilih untuk menyambung sehingga usia 60 tahun kerana mahu menjaga dan
menumpukan perhatian kepada isterinya. Sungguh mulia hatimu tuan!
Selamat bersara dan semuga Allah
sentiasa merahmati dan melindungi tuan sekeluarga.
No comments:
Post a Comment