Hari Kualiti
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berlangsung pada
10 September 2012, bertempat di Auditorium Parcel E, Kompleks Kerajaan Parcel
E, Putrajaya. Program ini telah dihadiri seramai 250 orang tetamu dan
dirasmikan oleh Encik Bong Muk Shin, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hari Kualiti
Bahagian Pendidikan Khas ini merupakan acara tahunan yang bertujuan memberikan
penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai, guru, staff dan kakitangan yang
menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang pada tahun sebelumnya.
Anugerah yang
diberikan merangkumi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang melibatkan 142
warga pendidikan Khas dari seluruh Negara. Anugerah Inovasi disandang oleh
SKPK Alma, Pulau Pinang.
Anugerah Kecemerlangan
Kurikulum;
UPSR – SKPK Tuaran,
Sabah
PMR – SMPK Setapak,
Kuala Lumpur
SPM – SMPK Setapak,
Kuala Lumpur
Sekolah Henry
Gurney Telok Mas, Melaka.
Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum disandang
oleh SMPK Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Integriti Kajang, Kajang Selangor.
Manakala Tokoh
Guru Pendidikan Khas diungguli oleh
Encik Hanafiah Bin Hambali, Guru Besar SKPK Taiping, Perak. Majlis turut diserikan dengan nyanyian murid-murid bermasalah penglihatan dari SMPK Setapak, Kuala Lumpur.
Gambar-gambar sekitar majlis Hari Kualiti Pendidikan Khas 2012
No comments:
Post a Comment