Tuan Perdana Menteri - Dato Seri Najib Tun Abdul Razak
Tuan Perdana Menteri,
Isu ini bukanlah baru; cumanya orang-orang kecil seperti kami
yang sangat perasa apabila Islam ;
diperkotak-katikkan/dihina/dipermainkan/dicaci/dimaki sehingga
ke peringkat menyebut sesuatu yang sulit di tubuh kaum Hawa
Aku hanya orang-orang kecil mewakili marhain golongan bawahan
barangkali kesibukan Tuan Perdana Menteri mengurus negara; ekonomi, pembangunan, perpaduan, menyelesai masalah antarabangsa
makanya tidak sempat menonton youtube bila Islam dihina...
maka dengan ini selepas juak-juak menteri yang dipertanggungjawabkan
sepertinya Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
telah mengeluarkan kenyataan; seorang terkejut dan seorang berjanji
mengambil tindakan tegas...
Diharap ini bukan sekadar cakap-cakap gunung,
atau janji-janji yang seperti hampas terbuang dimakan beburung di jalanan sunyi
kerana Islam tidak berjuang menggunakan pedang
namun Tuan Perdana Menteri tentu pernah membaca sirah Nabi..
Jika pilihan yang ada telah sampai ke kemuncak.........
maka darah akan jadi taruhan
Begitu tinggi gunung Ledang
tinggi lagi harapan marhain yang tidak rela Islam dihina
kerana tuan perdana menteri tunggak utama pemimpin negara
Islam pula agama rasmi....
kerana bimbang juga nanti kalau dibiar-biar
yang dicaci akan berduri
yang dimaki akan berapi
lalu akan gagallah konsep perpaduan angka satu negara
Salam hormat.
(terima kasih! kerana sudi membaca surat ini sehingga ke noktah terakhir)
keterangan lanjut baca di sini dan baca di sini
Nota terkini: sepertinya video youtube penghinaan tersebut telah dibuang. Untuk semakan terkini jam 1.15 petang 29.09.2010 namun luka ini tetap belum sembuh...
renung-renungkan lah....datangnya dagang kembalinya dagang
ReplyDelete