Alhamdulilah. Ketika Haji Lot menghubungi saya, ketika itu saya bersama Baharudin Kahar sembang minum malam tentang karya terbaru kami yang dalam proses pembikinan sambil pekena Nescafe. Beliau memaklumkan sedang berada di dalam mesyuarat membincangkan perjalanan Konsert Aidilfitri & Amal Palestin.
Dimaklumkan Munir Hijjaz akan hadir dan beliau mempelawa saya untuk mendeklamasi puisi tentang Palestin di slot tengah konsert ketika Munir akan berehat selama 15 minit. Ada tayangan slaid dan deklamasi puisi. Saya menyetujuinya kerana peluang untuk deklamasi puisi tentang PALESTIN jarang-jarang diperolehi berbanding pelawaan semasa hari Kebangsaan. Ertinya ini adalah kali kedua saya mendeklamasi puisi Palestin di hadapan khalayak selepas Solat hajat Untuk Palestin dua tahun dulu di dataran Segamat. Luka Palestin Insyallah selalu mengacau jiwa kerana itulah blog insan jahil ini memperuntukan label 'ANTI ZIONISME'
Terima kasih kepada sahabat seperjuangan Zaid Akhtar yang merakam video ini dan terima kasih kepada IKRAM dan pimpinannya yang memberi kepercayaan kepada saya. Lalu saya tuliskan puisinya berjudul 'SYAWAL DI PALESTIN'...

syabas.....bersemangat , menggetar rasa
ReplyDelete