Angin
malam pantai Port Dickson membelai tubuh kami di Selesa Beach Resort. Sesi
terakhir kursus untuk tarikh 27.09.2012 sebelum disambung esok paginya 28.09.2012 Ramai yang terlibat dari pelbagai bahagian di
KPM. Termasuk pengajar di IPG dan sedikit guru yang terlibat dengan Pentauliahan
Persijilan Kemahiran Malaysia 2012.
Diringkaskan
cerita semasa menikmati minum malam, kami berbual sesama sendiri. Bersama saya
seorang lelaki India bernama S (bukan nama sebenar) yang merupakan pegawai di
KPM dari Bahagian………….. Perbualan ghairah tentang jangkaan pembentangan
belanjawan negara. AKhirnya perlahan-lahan berkaitan tentang politik dan
terpacullah nama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sekarang menerajui kerajaan
PAS di negeri Cik Siti Wan Kembang.
“
Saya pun biasa terlibat dengan ceramah menerangkan dasar-dasar kerajaan. Kita ada
dasar yang baik. Cuma pelaksanaan tidak berapa bagus. Macam Kelantan kita
memang tidak boleh menang!” Ucapnya bersemangat.
“Kenapa
tuan?” Soal saya mahu membaca pemikirannya.
“You
tengok Nik Aziz arrr! Semua orang suka Nik Aziz. Melayu, Cina, India semua
boleh tterima dia sebagai pemimpin. Sebab apa? Sebab dia memang pemimpin la.
Takde kepentingan diri.” Ulasnya tenang memandang wajah saya
“
You kalau mahu buku ‘Pemikiran Nik Aziz’ ada dalam kereta saya. Saya boleh
ambilkan!” Saya menawarkan buku berlatar belakang putih dengan gambar Tok
Guru dari pandangan sisi. Seingat saya terbitan PTS.
“
Tak payah! Saya ada. Kawan hadiah masa saya pergi Terengganu! Saya pun suka baca pasal dia ” Katanya sambil
isyarat tangan dan saya sedikit terkejut mendengar kenyataannya.
“Orang
tidak nampak dia macam ahli politik. Orang tengok dia tokoh agama. Bila nampak macam
tokoh agama, dia nampak sangat baik. Tapi saya berani cakap, bila itu pemimpin
ikut agama. Dia akan jadi pemimpin yang baik!” Tuturnya lagi membuatkan saya sedikit terkesima. Tidak saya
duga sama sekali ada di kalangan pegawai KPM yang bangsa India yang membaca
buku dan keperibadian Tuan Guru nik Aziz antara tokoh yang disegani oleh kawan
dan lawannya.
Begitulah
bila seorang pemimpin berjaya menawan hati rakyat dengan akhlak dan
keperibadian yang berlandaskan agama. Meski ramai yang memburukkan beliau
sehingga ke tahap mengencingkan gambarnya, akan tetapi masih ramai yang
mengkaguminya termasuk bukan yang beragama Islam.