Sewaktu
saya mengajar di Segamat Johor, saya tidak pernah terfikir untuk melihat
sekolah-sekolah Pendidikan Khas di sebelah utara tanah air. Apatah sekolah yang
khusus untuk guru guru Pendidikan Khas yang mengajar murid murid bermasalah
penglihatan dan bermasalah pendengaran. Antara sekolah Pendidikan Khas di
sebelah utara ini pernah saya kunjungi atas urusan tugas rasmi, ini termasuklah
SKPK Taiping, Sungai Petani, Alor Setar dan Perlis.
|
Kumpulan KIK WAMMAP |
Tambahan pula,
bidang saya semasa di peringkat IPT (UKM) lebih kepada Psikologi Pendidikan
Murid Bermasalah Pembelajaran. Murid bermasalah pembelajaran ini mempunyai
pelbagai kategori yang agak rencam. Contohnya serperti Down Syndrome,
Cerebral Parsy(CP), Hyper Aktif, Hypo Aktif, Autisme, Terencat Akal, lembam
dan lain lain.
|
Adham yang bermasalah penglihatan menggunakan SMART IQRA |
Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas ALMA (Penglihatan), Jalan Bukit Minyak, 14000 Bukit
Mertajam, Pulau Pinang. Jumlah murid seramai 45 orang, jumlah guru 25 orang dan
PPM 10 orang (Dapatan data 2013). Sekolah ini merupakan Sekolah
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan terbesar di Malaysia dengan kapasiti
asrama yang boleh memuatkan 100 murid. Guru Besar sekolah ini Encik Hasan Basri
Bin Mukhtar
Apabila diamanahkan
sebagai pegawai yang mengurus Inovasi bagi Pendidikan Khas seterusnya mencari bahan terbaik untuk diangkat mewakili
BPKhas KPM maka di situlah bermula keakraban saya dengan warga sekolah ini
seterusnya memesrai suasana dan masyarakat di sini secara keseluruhannya. Projek
yang diusahakan oleh Ustaz Mat Fauzi Bin Osman dan dibantu oleh Suzasman Sulu, Harzerul Bin Shafie, Rahimi Bin
Rahim, Rosli Bin Hashim, Suhaimi Bin Salleh, Daiyana Binti Wahid dan Suhaina
Binti Mahamud diberi nama SMART IQRA.
|
Kegigihan |
|
Komitmen |
|
Bertungkus lumus |
SMART IQRA
merupakan satu perisian yang dibangunkan dengan menggunakan aplikasi teknologi
komputer dan dibantu dengan buku manual Iqra. Perisian ini dapat membantu murid
murid bermasalah penglihatan menguasai Al Quran dengan lebih cepat dan mudah.
Malahan boleh menjimatkan kos membeli buku Iqra manual. SMART IQRA akhirnya
saya cadangkan diberi pengiktirafan oleh pihak BPKhas KPM; Anugerah Khas
Inovasi pada sambutan Hari Kualiti BPKhas 2012. Alhamdulilah ianya diterima
oleh pihak pengurusan tertinggi.
|
WAMMAP |
|
Berfikir
|
|
Kesungguhan
|
|
Usaha tangga kejayaan |
Ekoran itu, saya
sebagai fasilitator kumpulan ini (yang akhirnya dinamakan WAMMAP) sama
sama bekerjasama melaksanakan kajian, penambahbaikan dari segi dokumen dan
bahan projek untuk dihantar kepada pihak Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)
yang menjadi pengelola Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Kementerian
Pendidikan Malaysia 2013. Hal ini menyebabkan saya kerap turun ke SKPK Alma
untuk bersama-sama memberikan idea, menyemak, melakukan penambahbaikan. Lalu
dengan izin Allah, penilaian dokumen pada peringkat awal yang dilakukan oleh Jawatankuasa
Pengelola dengan panel bertauliah yang dilantik, kumpulan WAMMAP akhirnya
layak untuk beraksi di pentas akhir Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif
Kementerian Pendidikan Malaysia 2013. Kegembiraan yang tidak boleh
digambarkan dengan kata-kata. Sujud syukur dan puji pujian kepada Allah atas
anugerah ini. Hal ini sekali lagi menyebabkan keakraban kami bertambah erat
kerana perlu ke sini bagi persiapan pertandingan
akhir tersebut. Lantas apabila saya kerap ke mari, saya melihat sendiri
bagaimana mencabar dan perlunya kesabaran mengurus, mendidik, menjaga anak anak
masalah penglihatan.
|
Murid ini tidak mampu berdiri, PPM membantu murid untuk bergerak |
Alhamdulilah!
Allahuakbar! Sungguh banyaklah bertasbih dan memuji Allah atas segala anugerah
yang diberikan Allah kepada kita. Penglihatan satu anugerah yang amar besar. Lazimnya
kita tidak merasai kebesaran anugerah tersebut kerana kita memiliki penglihatan
yang sempurna. Bayangkan jika anugerah itu ditarik semula. Gunakanlah
penglihatan sebaik mungkin bagi menyelamatkan kita dari diazab di akhirat
nanti.
(Catatan
ini dilakukan ketika masa santai kami dalam persiapan akhir untuk Konvensyen
Kumpulan Inovatif dan Kreatif Kementerian Pendidikan Malaysia 2013. Doakan kejayaan
kami dan catatan ini didedikasikan kepada semua guru, anak khas yang bermasalah
penglihatan di seluruh negara. Allahuakbar!)