Peraturan
Pendidikan 1997 (Pendidikan Khas) menjelaskan makna pendidikan inklusif sebagai
program;
“(c) an
inclusive education programme for pupils with special needs and who are able to
attend normal classes together with normal pupils”.
“Proses
inklusif memberikan peluang mengikut
keperluan kepada semua murid melalui
pembelajaran, budaya, komuniti dan tanpa pengecualian berkaitan
pendidikan
(UNESCO, 2005)
Dalam konteks
iklim pendidikan di Malaysia peringkat asas Pendidikan Inklusif
iaitu menempatkan murid pendidikan khas bersama murid normal di kelas normal
berasaskan perkara-perkara berikut;.
a. Penempatan itu berdasarkan lokaliti murid (
mana-mana sekolah harian biasa menerima murid tanpa mengira kecacatan )
b. Belajar
bersama-sama di kelas normal
c. Perkhidmatan sokongan disediakan ( guru resos
/ guru pendamping / guru pembantu dan
bantuan
peralatan khas )
KAEDAH
Kaedah
penempatan murid berkeperluan khas di kelas normal/harian biasa
ASPIRASI
Suatu
aspirasi atau falsafah dalam membina budaya pembelajaran yang berkesan melalui
pelbagai bentuk program, perkhidmatan dan sokongan. Semua warga sekolah bertanggungjawab menyedikan bantuan dan
sokongan.
(Friends and Shamberger,
2009)
PELUANG BELAJAR
Peluang dan ruang belajar dan penglibatan
bersama murid normal berupaya menangani gejala sosial contohnya sikap
diskriminasi, tanggapan negatif masyarakat
dan menanam budaya inklusif ...” (Salamanca
World Conference on Special Needs Education, 1994)
PENCAPAIAN
MURID
Indikator
pendidikan inklusif ialah kehadiran (akses & ekuiti), penglibatan murid
(pengalaman belajar yang berkualiti dan bermakna dari sudut perspektif murid
sendiri) dan pencapaian (proses P&P
berkesan dan outcome pembelajaran bermakna) untuk semua murid tanpa mengira
kecacatan dan keupayaan. (UNESCO IBE, 2008b)
PELAKSANAAN
a.
Keanggotaan
penuh dalam sekolah harian biasa
b.
Kelas yang
sesuai dengan peringkat umur murid di sekolah sekitar komuniti setempat
c. Akses kepada
bantuan sokongan dan khidmat bantu yang sesuai
d. Program yang
menjurus kepada keperluan individu (individualized) melalui Rancangan
Pendidikan Individu (RPI)
e. Kurikulum yang
sesuai
f. Bentuk
pentaksiran yang sesuai
FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
1.
KURIKULUM UBAHSUAI
A.
Bantuan
tambahan (instruktional) contoh: bahan teknologi (AAC)
B. Penilaian /
pentaksiran
C. Khidmat bantu
berterusan
2.
PENGURUSAN
SEKOLAH
A.
Sokongan untuk
guru dan murid
B. Usaha ikat
kerjasama warga sekolah dan komuniti setempat
C. Usaha ikatkan
kerjasama guru dan PPM
3.
GURU
A. Guru kompeten
Latihan
Dalam Perkhidmatan: i) Assessing Special , ii) Adapting curriculum, iii) Utilize Assistive Technology
B. Pre service (
kemahiran adapting curriculum & kemahiran membina kerjasama dengan ibu bapa
& pakar)
4.
INFORMASI
A.
Sharing best
practices
PERANAN
DAN TANGGUNGJAWAB PENTADBIR
a. Sokongan pada
guru dan murid
b.
Galakkan &
beri ruang untuk semua guru bekerjasama
c. Beri ruang
untuk kerjasama dengan pihak ibu bapa
d.
Beri ruang utk
flekibiliti
e.
Galakkan
komunikasi
PERANAN
DAN TANGGUNGJAWAB GURU
a. Berkomunikasi
dengan pihak ibu bapa / komuniti
b.
Bina kerjasama
erat (guru biasa & guru pend. Khas)
c. Membuat
penyesuaian kurikulum dgn ketidakupayaan
d.
Berkomunikasi
dan bina kerjasama dengan rangkaian pakar khidmat bantu
e. Memenuhi
keperluan individu murid
f.
Menyediakan BBM
& BBB membantu proses P&P
KOMPETENSI
GURU ALIRAN PERDANA & GURU PENDIDIKAN KHAS PENENTU KEJAYAAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN
INKLUSIF
Semua
guru aliran perdana perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran asas pendidikan
khas dan perlu berkerjasama secara kolaboratif dengan guru pendidikan khas.
Konsep
inklusif perlu diterapkan dalam amalan harian dan dalam pelbagai aktiviti di
sekolah dan dalam komuniti dengan menggalakkan penglibatan murid berkeperluan
khas.
KOMPETENSI
BAGI GURU ALIRAN PERDANA
- Amalan berasaskan tahap integriti, kompetensi, etika dan profesionalisma yang tinggi.
- Meransangkan imej dan personaliti murid yang positif.
- Penglibatan aktif secara berhemah dan beretika yang menghormati kepelbagaian budaya dan individu.
- Mengamalkan sikap keprihatinan yang tinggi iaitu lebih mengambil perhatian, sensitif, tidak bertanggapan negatif, memberi sokongan padu, membuat adaptasi dan fleksibel.
- Mengamalkan tanggapan baik terhadap semua murid berkeperluan khas termasuk ahli keluarga dan pakar yang terlibat dalam memberi perkhidmatan pendidikan dan khidmat sokongan
- Mempertingkatkan penglibatan murid berkeperluan khas di kelas arus perdana belajar dan bersosialisasi dengan rakan sebaya yang normal.
- Pengetahuan dan kemahiran interpersonal yang baik untuk berurusan dengan pelbagai pihak yang memberi perkhidmatan pendidikan dan khidmat bantu.
KOMPETENSI
BAGI GURU PENDIDIKAN KHAS
- Membuat penyesuaian, adaptasi atau modifikasi kepada kurikulum untuk memastikan penguasaan semua murid berkeperluan khas dalam pembelajaran.
- Pengetahuan mengadaptasikan kaedah instruktional dalam P&P termasuk alternatif tugasan dan kaedah pengajaran.
- Pengetahuan dalam stail instruktional khusus dalam pendidikan khas berasaskan kreativiti, inovasi dan kemajuan teknologi ICT.
- Pengetahuan dalam sistem pentaksiran kebangsaan dan pendidikan khas.
- Melaksana rancangan mengajar yang sesuai dengan kepelbagaian individu murid berkeperluan khas.
- Pengetahuan dalam aspek perundangan melibatkan hak sebagai guru, ibu bapa dan kanak-kanak berkeperluan khas serta aspek pentadbiran, keselamatan dan juga amalan terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
- Berupaya mengumpul maklumat terdahulu dan terkini mengenai pencapaian akademik, rekod kesihatan dan juga sejarah kesihatan dan latar belakang keluarga untuk digunakan dalam penilaian dan perancangan pembelajaran di kelas.
- Membina Rancangan Pengajaran Individu (RPI) berasaskan objektif dan matlamat jangka pendek panjang dalam pelbagai kaedah
- Mempunyai maklumat berkaitan penilaian untuk membuat keputusan instruktional dan penempatan pembelajaran yang bersesuaian dengan mengambilkira kepelbagaian individu.
- Mematuhi dasar, peraturan dan garis panduan pendidikan khas di peringkat tempatan, negeri dan pusat.
- Melaksana pelbagai jenis formal dan informal penilian berasaskan keperluan individu murid berkeperluan khas
- Membina dan mengurus fail pendidikan khas yang komprehensif.
- Menyediakan ruang dan peluang pada diri untuk mampu membuat keputusan dalam pilihan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan murid.
- Mengalakkan dan membantu ibu bapa murid berkeperluan khas untuk terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran.