Ujian
Nerly sudah berlalu. Alhamdulilah dengan segala izin dan perlindungan-NYA,
Alhamdulilah selamat. Pagi itu saya tersedar jam 5.45 pagi. Sebetulnya mata
bukan lelap benar. Mengenepikan sarapan
hotel Dynasty, saya ke kedai mamak mencari minuman rutin; Nescafe. Ketika mahu minum bertemu Encik B
(urusetia dari IPG) yang mengurus kursus ini dan Encik S (dari bahagian BPSH)
sedang bersarapan dan kami minum sama. Banyak yang kami perbualkan tentang sistem
dan dunia pendidikan Malaysia, termasuklah isu kualiti guru, pentadbir sekolah,
KPM, IPG, dasar, pelaksanaan dan Pendidikan Malaysia di mata masyarakat
antarabangsa.
Tiket
saya jam 10.45 pagi dan Dr N (Pengarah Bahagian…. IPG) beriya-iya mengajak saya
pulang bersamanya kerana tiket beliau jam yang sama. Saya rasa tidak selesa
pula dengan statusnya sebagai Pengarah Bahagian dan secara santun menolak dan
memaklumkan saya bersama Encik B dan S. Di lapangan Terbang Kota Kinabalu,
mereka semua sudah check in dahulu dan saya perlu mengharapkan ada kekosongan
jika mahu pulang jam 9.00 pagi ini. Alhamdulilah Berjaya.
Di
dalam kapal terbang sebelah kanan saya Dr H dan di sebelah kiri, tidak saya
ketahui. Wajahnya ala kaum Tionghua dan pendiam. Manakala Dr H agak ramah. Walaupun tangan saya memegang Borneo Post
berbahasa Inggeris. Kami berbual dan dia bertanya tujuan saya ke KK. Saya
nyatakan untuk memberikan penerangan berkaitan ‘Pendidikan Khas” kepada
pensyarah-pensyarah IPG kampus Sabah dan
Sarawak. Banyak yang diacunya di fikir saya tentang Down Syndrome,
Autisme, Cerebral Parsy, jumlah sekolah dan guru PK, juga tentang bajet.
Selepas
itu giliran saya melihat pemikirannya. Beliau seorang doctor (PHD) Matematik.
Pengalamannya cukup luas apabila telah merentasi banyak negera seperti Jepun,
Korea, Australia dan pernah menetap di Australia agak lama. Ini perjalanannya
mahu ke USM untuk urusan angka (Matematik). Dimaklumkan membuat modul. Bila dia menyebut tentang
Matematik, fikir saya cepat teringatkan tokoh ilmuan Islam Khuwarizmi.
Kemudian dia juga menyentuh
tentang bajet. Banyak yang dibahaskan. Dalam bersetuju, dia juga mengkritik. Dia mengangkat
Tun Dr Mahathir sebagai juara ekonomi. Saya tersenyum sendiri. Pun saya
bersetuju apabila ‘pemberian saguhati berbentuk wang ditukar kepada konsep
memberikan pancing dan bukannya ikan’. Sebagai contohnya zaman Tun M pernah
diberikan peralatan untuk industri kecil, kuih dihasilkan dan dapat dipasarkan.
Duit dalam masa satu saat boleh habis tetapi jika pancing, sipenerima boleh mendapat ikan lagi.
Sehinggalah akhirnya perbualan
kami merentasi sempadan politik Malaysia. Sememangnya bila bercakap tentang
ekonomi, urus tadbir, kecekapan dan kelemahan, kita tidak boleh lari dari politik.
“ Sepatutnya debat. Macam di
Australia sendiri. Debat tu platform untuk rakyat tengok, fikir siapa mahu
dipilih!” Katanya dalam isu kepimpinan utama perlu berdebat.
Saya menganggukkan kepala.
“
Dr, debat tu proses ilmu. Kalau Dr pernah baca tentang Ibnu Khaldun,
ulamak-ulamak silam pun debat sebagai proses percambahan minda, cari
kebenaran.” Tambah saya menyokong hujahnya. Sesekali perbualan yang tidak
berskema ini kembali ke isu bajet semula.
“Cumanya kalau boleh biar Malaysia terus aman
damai. Kita tak mau huru hara!” Tukasnya pula melihat sokongan saya
berkaitan isu debat.
“Saya setuju. Takde orang yang
mau Negara huru hara.” Sekali lagi saya pro kenyataan Dr. H.
“Itu la. Bimbang juga!” Nadanya
seperti tiada keyakinan kemudian mengalihkan pandangan ke jendela kapal
terbang. Melihat corak awan yang
tersendiri dilapisi putih yang pelbagai bentuk abstrak tersendiri.
“Dr, apa yang dibimbang. LDP 52
tahun perintah Jepun, pun sudah ditukar
rakyat Jepun!” Balas saya sambil mata saya mencari wajah Dr H.
“ Ya! cuba tengok Afghanistan, Iraq mana dapat semula
keamanan. Keamanan nie besar nilai.” Tuturnya lagi sambil memegang Borneo Post
yang sudah ditutup sepenuhnya.
“Betul Dr, saya setuju. Cuba Dr
tengok negara yang kekal huru hara tidak lalu proses pilihanraya. Saddam naik
rampas kuasa. Dia dulu jeneral tentera. Sebab tu bila dia jatuh macam tu. Afghanistan jahanam sebab Amerika menjadi dalang. Negara yang lalu proses pilihanraya akan berjalan seperti biasa kerana itu
pilihan rakyat. Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan hidup macam biasa. Dr
pun boleh ke sana. Tiada apa-apa pun, biasa saja. “ Balas saya lagi. Dr H terdiam seketika.
“ Ya! Tapi dari segi imej,
caranya bolehkah PAS perintah kalau menang. Di situ ada PKR ada DAP! Nasib
orang Melayu ya bagaimana!” Wah! Jelas dia tidak meyakini kemampuan PR dalam
hal ini.
“ Saya tak nafi dasar parti yang
ada dalam PR berbeza. Cuma mahalnya PAS ada apa yang dituntut oleh Allah iaitu
dasar Al-Quran dan Sunnah!. Tentang hak orang Melayu. Adakah PAS mengatakan
kalau mereka menang, mereka hapuskan hak orang Melayu. Nik Aziz sendiri pernah
kata ‘kita dak boleh usik perlembagaan, hak orang Melayu dah termaktub! Siapa
yang mengkhianati hal ini Insyallah dalam keadaan dosa besar!” .
“Imej tu! Kita kan ada hubungan peringkat antarabangsa?” Balasnya lagi.
“Dr pernah membaca tentang Ayotallah
Khomeini?” Soal saya semula.
Dia menggelengkan kepala.
“Tahukah Dr, Ayotallah tu tokoh
revolusi Iran. Dia berjubah serban 24 jam. Tidak ada masalah. Peringkat
antarabangsa pun terima dia.”
“Itu di Iran, kita bercakap pasal
negara kita!. hubungan antarabangsa!” Balasnya lagi dengan maksud terus
meragui.
“Baiklah! Dr, pernah baca tentang
riwayat hidup Nabi Muhammad SAW!” Balas saya juga sedikit tegas.
“ Ada jugalah! Tapi mungkin
bacaan saya tidak menyeluruh!” Jawapnya sedikit kendur.
“Alhamdulilah! Kira Dr mengambil
tahu jugalah tentang Rasulullah, seorang tokoh yang diiktiraf Allah, dunia
akhirat! Dr, tahu tak serban tu mahkota Rasulullah!, Jubah tu sunnah! Kalau Dr,
tak confident, Alhamdulilah saya dah baca dua buku Riwayat Hidup Rasulullah.
Sekarang sedang baca Riwayat Hidup Rasulullah untuk buku yang ketiga, isteri
saya baru beli. Rasulullah berserban dan berjubah. Apa salahanya? ”
Dr H diam. Memandang saya
kemudian mengalihkan wajahnya ke jendela kaca kapal terbang.
“Begini Dr, saya menghormati ilmu
Matematik yang dianugerahkan Allah kepada Dr. Cuma ayat pertama yang Allah
turunkan minta kita membaca” Selepas saya bacakan ayat pertama surah Iqra, saya
bacakan maknanya ‘Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan manusia dari
segumpal darah’.
“Cuba Dr tengok Jepun. Di
peringkat Asia, 30 40 tahun dulu Jepun sudah dikenal negara yang rakyatnya suka
membaca. Hari ini Jepun jadi negara maju, tetapi maju dunia kerana tidak membaca dengan nama Allah. Jepun hanya maju dari aspek teknologi tetapi nilai-nilai murni habis. Macam binatang, seks terbuka di sana! Rakyat Malaysia peringkat mendaki dalam aspek membaca. Bolehlah. Ada kemajuan minat membaca
berbanding dulu. Cumanya bahan yang dibaca, apa rupa isi pemikiran. Ok Dr
tengok Jepun antara negara Asia yang maju. Sekarang Korea. Semua kiblat Korea.
Walaupun kadang-kadang entah apa-apa budaya yang kita import. Contoh gangnam,
jadi kalau Dr bimbang tentang imej keagamaan, bagi saya itu Dr tersilap.Ayat Iqra itu Allah sebut kita perlu membaca dengan nama Allah!, membaca berpaksi tauhid.”
Dia mengangguk perlahan.
“Ok sekarang saya suka kongsikan
dengan sejarah politik Islam dunia. Ini atas apa yang saya baca dan kaji. Kalau hari ini, parti yang guna dasar
Al-Quran dengan Hadith tak banyak. Hizbullah di Lubnan, Hamas di Palestin, Ikhwan
di Mesir, PAS kat negara kita. Dr, parti-parti nie tak pernah kalah. Walaupun
tak jadi kerajaan, mereka tetap hidup. HAMAS menang di Palestin 2006, tekanan
Amerika…
“Kat Mesir bukan Ikhwan dah
menang!” Dr. H menyoal saya sekaligus mengingatkan kejayaan Muhammad Morsi yang telah dilantik menjadi presiden.
“Alhamdulilah! Betul tu Dr.
Ikhwan dah menang di Mesir. Dr tengok parti yang berasaskan agama ini tak mati,
Cuma mengambil masa lambat dengan cepat saja. Lepas 83 tahun Hasan Al Banna
meninggal dunia, barulah Ikhwan menang!” Saya memuntahkan fakta yang pernah saya
baca.
“ Hasan Al-Banna!” Dr H mengulang
nama tokoh besar pengasas Ikhwan itu.
“Ya! Hasan Al-Banna pengasas
Ikhwan. Alhamdulilah saya dah baca tentang dia termasuk Zainab Al-Ghazali yang
berbai’ah dengan Hasan Al Banna! Ikhwan tak mati dan hari ini mereka menang.
Penjara kat Mesir tu simbolik Dr, Nabi Yusof masuk penjara Mesir keluar jadi
raja, Muhammad Morsi masuk penjara Mesir keluar jadi presiden!” Tambah saya
lagi.
“Zainab Al-Ghazali tu pemimpin
Ikhwan juga!?” Dia menyoal saya dengan lembut.
“ya! Ada buku tentang dia Dr,
tajuknya ‘Hari-hari dalam Hidupku’, rumah saya ada buku
tu. Alhamdulilah saya dah baca habis. Dia pernah ditawarkan jawatan oleh
pemerintah, dia tolak. Dia kena penjara Dr, disiksa macam tahanan lelaki” Jawap
saya sehabis jujur sambil mata saya terbayang kulit buku berwarna merah samar
tentang Zainab di rak buku rumah saya. Dr H menganggukkan kepala memandang
saya.
“Dr! percayalah semua parti yang
bertiangkan agama akan menang. Kalau Dr perasan graf untuk parti-parti Islam
hari ini di seluruh dunia sedang mendaki!” Sekali lagi Dr H menganggukkan
kepala.
Akhirnya pengumuman tentang kapal
terbang yang telah lebih dua jam di udara akan mendarat di KLIA.
Selepas turun kami bersalaman dan
bertukar nombor telefon.
“Nice meet you Zharul! See you
again!” Ucap Dr H kepada saya.
“Alhamdulilah semuga silaturahim
kita jadi keredhaan Allah, kalau Dr ada turun Putrajaya telefon saya!” Ucap
saya sambil kami bergerak melewati balai menuju keluar.
“Ya! Seronok. Knowledge Zharul
tentang politik tinggi! Saya orang Matematik. Lebih kepada fakta. 2 x 2 di
mana-mana pun jawapannya sama. Bukan macam ahli politik cakapnya boleh
berubah-rubah. Angka tidak menipu. Angka itu fakta!” Balas Dr H lagi sambil
kami bergerak dari balai ketibaan di KLIA.
“Dr, angka tidak pernah menipu,
tetapi manusia menipu menggunakan angka! “ Balas saya dan Dr H tersenyum dan
selepas bersalam kami berpisah.