Malam itu langit Kota Kinabalu tiada bezanya di tanah
Semenanjung
Detik jam menuju angka Sembilan
Antara deretan bangunan;
kedai menjual
kereta Nissan,
Bank CIMB,
hujung kedai mamak ,
aku melangkah keluar selepas meneguk
segelas Nescafe,
membeli dua kotak Dunhill
biru
Nerly tiba-tiba muncul mengejarku hingga ke lobi Dynasty Hotel,
Baju ketat berbelang merah putih, jeans separa lutut
menayang punggung
ranum susunya yang menonjol
mencabar mata lelakiku
persis mahu melompat
menerkam wajahku
Astghafirullah!
Ya Allah tolonglah aku!
Kerana aku bukan malaikat!
Manik-manik peluh mercik ke dahi
Dia mengekoriku hingga ke dalam rumah lif
“Bang!” panggilnya mendayu
Aku diam seribu bahasa, lidah kelu kehilangan kata.
Dihulurnya kertas putih tertulis Nerly angka 010XXXXXXX
“Kalau perlu call saja bang! Boleh apa saja! Harga boleh
dirunding!”
Dalam rayu manja mengada-ngada
(suaranya bernada Indonesia)
Oh! Rabbi ujian apakah ini di awal malam di negeri bawah
bayu!
Lama matanya memandang wajahku.
Lif berhenti di angka 18.
Dia turut keluar mengikut aku menuju ke bilik 8XX
“ Tak apa! tak perlu!” Tuturku sedikit gementar
Masuk ke bilik aku mengadap Rabb
Menyelesaikan yang wajib menambah yang sunat
Mohon taubat
Mohon kekuatan!
Jam sebelas aku keluar!
Nerly sedang duduk di sofa berdekatan lif tingkat 18 Hotel
Dynasty.
“ Bang mahu ke mana?” tidak mengada seperti mula, hanya
biasa-biasa.
“ Ke kedai mamak mencari Nescafe!” jawapku tenang.
“Aku mahu ikut abang minum!” Pintanya bersahaja, lalu
kuanggukkan kepala.
Ramai mata memandangku apabila mamak yang tadinya mesra
seperti kini sedikit ragu.
Nerly makan mee goreng dan segelas epal bercampur susu
Aku banyak bertanya, Nerly banyak menjawab walau mulanya seperti
menyembunyikan sesuatu.
“ Aku tahu abang orang baik!, Tengok muka aku dah tahu!” Pujinya entah ya
entah tidak!
Bila aku bercakap pasal Tuhan, dosa pahala, syurga neraka,
hidup mati.
Nerly menjawab begini
“ Aku bukan muslim, aku percaya Jesus,
Aku tidak suka kerja begini,
adik beradik sembilan orang”
Jalan hidup Nerly
panjang dan berliku
” Abang! Aku umur enam belas tahun ditipu lelaki
Datang sini asalnya mahu kerja elok
Akhirnya diri sendiri jadi dagangan!”
Malam makin larut, aku harus pulang.
Oh! Kota Kinabalu, sudah ada subjek untukku tulis.
Wayang kehidupan kupu-kupu malam
selepas aku membayar makan dan minum kami.
Nerly berkata kembali manja;
“bang aku malu ah! sudah belanja aku,
Abang! Bawa aku ke bilik! Aku ‘belanja’! percuma saja!”
Ah! Jahanam juga SiNerly ini! Kata hati kecilku.
Wajah ibu, isteri, anak-anak perempuanku memenjara fikir
Lalu kata kalbuku!
Meski tiada siapa yang tahu, aku tidak boleh lari dari
pandangan Allah, Tuhanku yang satu!
“tak perlu Nerly saya lelaki yang ada Tuhan!” jawapku tenang
dalam deru angin malam
“abang memang lelaki yang baik!” Nerly memuji lagi.
Nerly tidak mengekoriku pulang ke hotel
Dua belas langkah aku menoleh,
Nerly sudah duduk semeja dengan seorang lelaki lain!
Terima kasih Rabbi!
memelihara iman, maruah, harga diri seorang lelaki sejati....
ZHARULNIZAM SHAH Z.A
Hotel Dynasty
Kota Kinabalu, Sabah.