Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Monday, June 28, 2010

HIKAYAT DONGENG MODEN; UMNO DAN 40 ORANG ULAMA

                        
UMNO tidak pernah serik dalam permainan tipu daya politik. Barangkali inilah resam budaya berpolitik assabiyah tajaannya. Sebelum ini saya pernah menulis tentang Dr Asri dan UMNO, ternyata Dr. Asri masih dapat membezakan kilauan kepalsuan dengan cahaya permata yang sebenar. Pun begitu puak sebelah sana masih enggan menafikannya dengan menyatakan Dr Asri akan menyerahkan borang pada peringkat kedua atau peringkat akan datang, yang kita sendiri pun tidak tahu bila tarikhnya Dr. Asri akan menyerahkan borang kepada tuan presiden dan secara logiknya 60 orang lagi bagi mencukupkan jumlah 100 cendekiawan Islam menyertai UMNO. Ya! menurut Dr Fadlan, beliau cukup optimis dengan ruang dakwah yang disediakan UMNO cukup luas. 
Malangnya tembelang yang cuba disembunyikan akhirnya membusuk mengacau pemikiran selepas mengetahui helah sebenar melalui kenyataan berani dan terbuka Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, dari Sungai Buloh .Beliau menafikan segalanya melalui penerangan yang berlangsung di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI. 
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu. 
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu. 
                         Hosni telah usai menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu. Pada tahun  2004, beliau menuntut di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 memiliki Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah . Beliau kini dikatakan dalam proses menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.
                       Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu. 
“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya. ........ 
                        Nah! sampai bila UMNO mahu bermain dengan dakyah songsang seperti ini. Dahulu semasa kes sumpah Saiful Bukhari juga muncul penafian oleh individu yang dikatakan menjadi saksi sumpah tersebut. Selalunya apabila kita mengungkap tentang hukum puak mereka akan berkata" Jangan menghukum! kita tidak tahu!" Allah jelas memberikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai perundangan dan skrip kehidupan kita. Adapun ciri-ciri orang munafik itu ada 3; Pertama - Apabila diberikan amanah, mereka mengkhianatinya. Kedua - Apabila berjanji, mereka memungkiri. Ketiga - Apabila berkata, mereka berdusta. Timbang-timbang dan nilaikanlah. Ini semua jalan orang terdesak untuk terus menguasai survival kuasa... 

Sunday, June 27, 2010

MEMBONGKAR PENENTANGAN TERHADAP YAHUDI: AMALIAH ISTISYAHADAH (SERANGAN BERANI MATI)

                      
                           Dibawah label ANTI ZIONISME, seperti yang dijanjikan dengan izin Allah kita akan membongkar 'Amaliah Istisyahdah" yakni serangan berani mati atau bahasa Inggerisnya disebut suicide bombing. Untuk memahami mengapa kaedah ini dipilih oleh beberapa cabang gerakan perjuangan pembebasan Palestin seperti Hamas, kita harus memahami bahawa mereka tidak memiliki senjata yang mencukupi. Itulah pilihan yang dimiliki. Mereka hanya ada 'lubang tikus' untuk bergerak dalam keadaan  yang cukup mengancam nyawa dan terhad.
                       Berdasarkan laporan CNN, Hamas dituduh telah melaksanakan serangan berani mati melebihi 60 kali. Hamas pula mengakui mereka setakat berjaya menjayakan 54 serangan berani mati yang membabitkan kematian seramai 300 warga Yahudi. Jauh jika dibandingkan dengan siri-siri pembunuhan beramai-ramai di shabra, Shatilla, Gaza yang setiap tahun dibedil dan dibunuh.Rumah-rumah rakyat Palestin dirobohkan dan digantikan dengan penempatan Yahudi. Mereka diusir dari tanah air sendiri.Apatah lagi dunia barat menyebelahi dan menyokong tindak-tanduk Yahudi kerana kepentingan politik, hegemoni, ekonomi dan agama.
                        Majoriti Ulamak dunia menyebelahi perjuangan Hamas ini dengan membezakan 'bunuh diri' dan 'serangan berani mati' adalah dua konteks yang berbeza. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyatakan: 'operasi serangan berani mati adalah cara paling jitu dalam jihad Fisibilillah dalam suasana di Palestin" Membezakan ' bunuh diri' untuk kepentingan peribadi manakala serangan berani mati pula adalah pejuang yang mengorbankan diri sebagai korban agama dan umat.
Untuk itu disenaraikan juga Pertubuhan Ulama yang bersetuju dengan serangan berani mati;
1. Jabhah ulama Al-Azhar mengistiharkan kematian akibat serangan berani mati adalah syahid hukumnya (2001)
2. Rabitah Alami Islami telah bersidang di Mekah, Arab Saudi memperakui bahawa kematian serangan berani mati adalah syahid.
3. Majlis Fatwa Kebangsaan Jordan melalui fatwa bernombor siri 2/9/3/312 perkara 3/1990 pada 7 Mac 1990 bersamaan 10 Jamadil Akhir 1410 H juga mengesahkan serangan berani mati dikira syahid
4. Majlis fatwa Ulama Pakistan pula mengeluarkan fatwa mengesahkan serangan berani mati adalah syahid pada tahun 1968
 5. Rabitah Ulama Palestin pada tarikh 5 Mei 2001 bersamaan 11 Safar 1422H juga bersetuju serangan berani mati di Palestin adalah syahid
6. Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa serangan berani mati adalah syahid pada tahun 1996.
                      

Bangkitlah kita untuk memahami bahawa Palestin adalah peperangan agama yang berlarutan semenjak zaman awal hingga ke akhir zaman. Kita harus membantu Hamas, paling tidak dengan doa. Dipohon jasa baik para sahabat semua  supaya jangan meninggalkan doa untuk pejuang-pejuang Palestin selepas solat. Sekiranya mampu menyalurkan bantuan kewangan dan senjata adalah lebih baik lagi. Timur tengah tika zaman ini kita hanya mempunyai seorang Ahmadinejad berbanding lain-lain pemimpin Arab yang telah dicucuk hidung. penyatuan kesemua negara Islam amat ditagih dalam membantu saudara-saudara kita di Palestin.
                        Saya tinggalkan pembaca yang sudi berkunjung ke blog insan jahil dan kerdil ini dengan pesanan Dr. Khalil Ismail al-Hayya sebagai ketua WHIP HAMAS; 
"Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelamatkan kerajaan Hamas di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat.
Pilihan kedua adalah teruskan berjuang dan sekali-kali tidak tunduk kepada tekanan. Kami memilih pilihan kedua. Kami akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan.
Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian.
Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan reda pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya"  
                       Insyallah pada tulisan akan datang kita akan mengenali secara lebih teliti siapa HAMAS??? Cabaran menerajui Palestin selepas menewaskan FATAH dalam pilihanraya 2006. Insyallah jika diizinkannya, kita akan bertemu di bawah label 'Anti Zionisme'

Saturday, June 26, 2010

PERTEMUAN PETANG: KITA TAK PAKAI HUKUM ISLAM! KITA PAKAI KANUN KESEKSAAN!

                Petang tadi 26062010, sewaktu bertemu rakan sealiran, kami dikunjungi seorang yang terlibat secara langsung dengan dunia integriti. Memegang amanah yang besar, berkaitan hal-hal penyiasatan terhadap penyelewengan dan telah mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam bidang berkaitan. Sebelum itu beliau berkhidmat dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara sebelum digerakkan ke dunia penguatkuasaan integriti.
                 Sepanjang berbual banyak yang kami persoalkan berkaitan integriti. Meski beliau banyak mengelak apabila soalan-soalan berkaitan kepimpinan tertinggi diajukan. Elak, tukar arah dan dianggap jawapan selamat untuk dirinya sebagai orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat seterusnya menyerahkan fail kepada pihak pendakwaan. Meski puas kami memberikan contoh berdasarkan zaman Rasulullah dan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Beliau kerap juga mengungkapkan "itu zaman nabi". 
Berulang kali juga saya menekankan"zaman berubah! tetapi hukum tidak berubah!" 
Puas diasak, beliau mengakui ada ketikanya terpaksa menjaga imej negara, pelaburan asing dan keperluan lain daripada mengambil tindakan terhadap kepimpinan yang berpengaruh.
"Itu tak adil" tukas rakan saya.
"Saya nampak ini bukan pencegahan atau mengurangkan tapi macam menggalakkan" Saya menambah pandangan.
Dia yang pada awalnya banyak menjawab dengan memberikan contoh dunia pendidikan akhirnya memilih untuk menatap akhbar 'Berita Harian" yang sebelum ini tersadai di atas meja.  
"macam itu senanglah! kalau saya jadi orang besar! saya boleh buat penyelewengan kemudian saya terlepas tindakan hanya kerana untuk jaga imej negara dan pelaburan asing bang!"
"Baik! Sebagai orang yang terlibat 12 tahun dengan jawatan.... abang fikir apa yang perlu kita buat untuk mengelakkan atau mencegah benda ini?. Saya tanya ini sebagai rasa tanggungjawab kita sebagai rakyat... Maknanya tanggungjawab bersama. Macam mana bang?!" Saya semakin bersungguh menyoalnya.
                 Akhirnya secara jujur dia menjawab "kita tak pakai hukum Islam! Kita pakai kanun keseksaan!"
                 Kami semua tersenyum mendengar jawapan itu sebelum keluar untuk menikmati minum petang. Apa pun pertemuan dengan seorang yang berpengaruh/berkuasa dalam penyiasatan dunia integriti petang itu membuatkan aku terfikir sampai bila 'Jerung dilepaskan atas alasan menjaga imej negara dan pelaburan asing' Apa pun aku berbangga dengan 'beliau' kerana kehadirannya petang tadi ke tempat sahabatku itu hanya kerana untuk membeli akhbar 'HARAKAH', cuma sayangnya lidah rasmi PAS itu belum sampai lagi....   
  '

Thursday, June 24, 2010

PENDIDIKAN KHAS ; KELEBIHAN KERTAS KERJA

            

                         Asalnya saya tidak ingin membawa kejayaan ini kepada penulisan di blog kerana bimbang tersalah tafsir dengan kejayaan memperolehi sebuah komputer bernilai RM3,500.00 untuk anak-anak khas SMK Buloh Kasap, Segamat ini. Itu pun ada rakan yang gagal memahami peri pentingnya hal kertas kerja terutama hal-hal yang membabitkan kewangan dengan peruntukan yang kasar. Namun apabila ada yang secara positif dan melihatnya sebagai satu ruang yang boleh dimanafaatkan maka kelompok rakan ini mahukan contoh. Oleh itu saya memilih untuk berkongsi penghasilan dan tatacara permohonan di blog ini agar dapat dimanafaatkan secara bersama dan lebih global.
                          Melalui penulisan kertas kerja yang bertajuk PROGRAM NAIK TARAF KELAS PENDIDIKAN KHAS - UNIT PENDIDIKAN KHAS SMK BULOH KASAP, SEGAMAT. Alhamdulilah!. Sekolah kami memperolehi komputer baru secara sumbangan wakil rakyat DUN Buloh Kasap. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Othman Bin Jais Adun Buloh Kasap yang tidak pernah menghampakan saya. Sewaktu bertugas di SMK Gemereh iaitu sekolah lama sebelum saya memohon tukar pada akhir 2009, YB Othman juga tidak menghampakan apabila saya menghasilkan kertas kerja untuk  Projek Perpustakaan Mini Pendidikan Khas SMK Gemereh. Terima kasih YB Datuk Othman Jais.. Seorang  YB yang dapat bertindak secara rasional tanpa memilih ideologi rakyat yang datang memohon...

Tatacara permohonan;
1. Menghasilkan kertas kerja
2. Menyertakan surat permohonan yang ditandatangi oleh pentadbir sekolah.
3 Menghantar surat permohonan beserta kertas kerja sebelum berakhir Febuari ( Wakil rakyat akan membawa kepada kerajaan negeri/pusat dan peruntukan akan diperolehi pada Jun atau Julai)

             Sesungguhnya dalam buku 'KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS' ada saya sertakan proses penghasilan kertas kerja dan contohnya. Cuma untuk sesuatu keperluan, guru-guru perlu berani berkreativiti dengan pengubahsuaian mengikut target yang dikehendaki berdasarkan projek/program yang dirancang. Ianya perlu diubahsuai mengikut keperluan sesebuah sekolah berdasarkan apa yang hendak dipohon oleh sekolah masing-masing.

            Secara jujurnya ada rakan yang memohon contoh  kertas kerja  Naik Taraf Kelas tersebut. Saya telah beberapa kali cuba untuk menyalinnya (secara copy dan paste) ke dalam blog ini tetapi gagal. Atas rasa kebersamaan dan perkongsian ilmu sekiranya rakan-rakan memerlukan contoh kertas kerja tersebut sila hubungi saya melalui FB (Pujangga Seni). Insyallah akan saya hantar melalui mesej. Insyallah. Sekadar perkongsian yang dirasakan dapat memberi manafaat kepada semua pihak. TANPA PREJUDIS....  




Monday, June 21, 2010

DR ASRI DAN UMNO?


Entah di mana silapnya? (Apabila menatap BERITA HARIAN dengan tajuk besarnya 'BEKAS MUFTI MASUK UMNO dan tajuk kecilnya DR MOHD ASRI BERSAMA 100 ULAMA SERAH BORANG JUMAAT) Namun cukup terasa canggungnya. Terlebih dahulu Dr Asri dilihat hadir di muktamar PAS yang baru sahaja usai berlangsung di Putik Kelantan.. Berita mengatakan 100 ulamak (saya tidak berani menyebut ulamak, barangkali cukup sekadar dikatakan cendakiawan Islam; pun pemahaman politik Islam mereka hanya Allah yang Maha Mengetahui). Kenyataan ini jelas menunjukkan seolah-olah parti yang mengepalai Malaysia ini secara tidak langsung seakan mengakui kelemahan mereka .(Apakah selama ini mereka kekurangan tokoh agama???)
Saya tidak ingin menyebut beberapa nama yang dikatakan cukup gah kemudian bergelumang dengan kubang politik assabiyah (perjuangan bangsa). Walhal jika benar kita memahami cara berpolitik Rasulullah tiada istilah perjuangan bangsa. Yang ada perjuangan agama kerana perjuangan agama itu sendiri sudah cukup syumul yang akan memastikan keadilan dan kesejahteraan untuk agama, bangsa dan negara. Jika Allah mendidik Rasulullah berjuang untuk bangsa, maka beruntunglah mereka yang lahir dari darah keturunan bangsa Arab. Jangan jadi Yahudi yang memerangi Rasulullah hanya kerana penutup segala nabi itu bukan bangsa mereka sebaliknya berbangsa Arab.
Berbalik isu Dr Asri dan 100 nama lain yang barangkalinya memiliki kelulusan PHD mahu pun digree. Percayalah jika diatur sejuta orang sekali pun mereka yang dianggap berkelulusan agama ini dan dianggap cendekiawan Islam, bolehkah UMNO dianggap sebuah parti Islam??? Tunjangnya sistem. Selama mana sistem yang digunakan bukan apa yang digariskan Allah, tidak kiralah apa namanya; sekularisme, liberalisme, humanisme, komunisme dan lain-lain maka itu bukan parti yang bertunjangkan Islam. Insyallah. Untuk memahami budaya politik Islam sila dapatkan kitab 'PERADABAN POLITIK ISLAM' karangan Ibnu Taimiyah. 
Dari sistem tadi berbalik akhlak pemimpin-pemimpin yang berada di dalam UMNO itu sendiri. Bersediakah untuk menegur gaya hidup kepimpinan tertinggi berkaitan isu aurat, kemewahan, judi dan sebagainya. Sedemikian ramai sebenarnya cendekiawan agama dalam kelompok itu masalah ini tidak pernah selesai . Selalunya mereka akan mengatakan itu adalah hak peribadi. Keperibadian itulah yang melambangkan karismatik. Sedangkan kepimpinan itu bermula dari keluarga dan budaya hidup seseorang pemimpin. Kita dianggap gagal jika isteri tidak menutup aurat dan saham dosanya dimiliki oleh suami juga. Jika dalam hal kecil seperti kepimpinan keluarga telah gagal mengikut lunas Islam, bagaimana kita mahu memimpin masyarakat? Bersediakah untuk menegur dan membetulkan perkara ini yang dilihat berleluasa dalam budaya hidup parti itu baik pergerakan wanita mahu pun puteri. Kemudian akan terdengar jawapan singkat doktrin Yahudi bahawa iman bukan di tudung sebaliknya di hati. Sila dapatkan buku 'TASAUF MODEN' karangan Hamka. Bolehkah seseorang yang mengaku beriman kemudian melanggar perintah Allah. Atau  secara mantiknya seorang suami yang mengaku menyayangi siterinya kemudian selalu memukul dengan sepak terajang... Iman itu mesti dizahirkan dengan perbuatan..

Contoh lainnya pernahkah ada di antara mereka yang dianggap sebagai ulama di dalam UMNO menegur isu pembinaan Putrajaya dahulu. Sesungguhnya bangunan pentadbiran yang dianggap kemegahan bersama itu dibina dalam keadaan rakyat masih di bawah aras kemiskinan. Kais pagi makan pagi.  Bangunan itu boleh dibina sekiranya sudah tidak ada rakyat yang melarat dalam negara ini. Rujuklah kitab yang berjudul 'UMAR ABDUL AZIZ' tulisan Abdullah Bin Abdul Hakam. Kepentingan-kepentingan marhain itu mendahului keselesaan pemerintah baik dari aspek makan, pakai mahu pun tempat tinggal dan kesemua kemudahan itu hak rakyat yang tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Inilah sebenarnya garis politik Islam. 
Saya secara peribadinya mengkagumi tulisan Dr Asri melalui Bahtera Perubahaan. Orang yang tinggi ilmunya dan saya kira jauh lebih memahami dan menghayati budaya politik Islam. Cuma berhati-hatilah. Jangan jadi persis seorang yang pernah diangkat sebagai pemimpin masjid negara dan akhirnya tersungkur di siku waktu. Dunia politik sebelah sana penuh dengan tedung selar, serigala liar dan juga anai-anai.....
Dalam jam 7.54 tadi saya sempat menjengah blog Dr Asri, agak tenang sedikit bila beliau memaklumkan belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti. Saya tidak pasti siapa yang benar antara laporan akhbar dan tulisan itu sendiri. Hanya masa yang akan menjawab. Saya tahu Dr Asri seorang yang hebat anugerah Allah untuk membicarakan pelbagai isu keagamaan di tanah Malaysia ini.   Pun berhati-hatilah dalam satu keputusan yang nanti saya bimbang, bukan mengubah sistem parti itu sebaliknya mengubah watak orang yang menyertai parti itu. Wallahua'alam...
Related Posts with Thumbnails