Sambil melayan watak-watak yang muncul dalam manuskrip
baru (novel mistik yang dijanjikan untuk Alaf 21) tiba-tiba meraung lagu Maher
Zain dari telefon saya di bilik tidur. Jam sudah pukul 2 57 pagi. Saya bergegas
ke bilik untuk menjawabnya kerana bimbang terganggu tidur isteri kesayangan
saya. Di skrin telefon tertera nama anak muda….. yang bertugas di kementerian…….
dan biasa juga minum dan sembang perihal agama, politik, kerjaya dengan saya. Ya!
Allah apakah halnya pulak?.
Salam diberi dan disambut.
“ Abang dah tidur ke? ” Nadanya sayu menyoal saya
“ Insyallah! Belum lagi.” Jawap saya jujur
“ Saya ganggu abang ke! Abang tengah tulis buku ya!”
Tanyanya lagi.
“Alhamdulilah! Lebih kuranglah!” Jawap saya sambil
membuat simpanan bab yang sudah dihasilkan di kotak memori komputer riba.
“Bang saya minta maaf! Saya nak jumpa abang sekarang boleh
tak?” Tanyanya separuh mendesak.
“ Hiss! Kenapa nie! Masalah agama, bangsa dan negara ke?
“ Saya separa melawak. Mendengarkan dia terdiam seketika, saya seperti rasa bersalah
pula.
“ Kalau abang sibuk tak apalah!” Katanya lagi seperti
ada rajuk.
“Eh! Tak apa. Insyallah boleh! Ok kita nak jumpa kat
mana sebab dah dekat pukul tiga pagi ini. Kedai mamak yang bukak pun dalam
Putrajaya nie pun rasanya Presint 9 aja!” Balas saya serius.
“Terima kasih bang! Abang tunggu kat bawah surau presint
abang tu, saya datang ”Jawapnya kembali secara terus tanpa basa basi lagi.
Dipendekkan cerita dia datang dengan Proton Saga
versi baru ,mengambil saya yang menunggu di surau. Lalu keputusannya kami berhenti
di pinggir tasik Presint dua berdekatan masjid besi. Dalam perjalanan
berulangkali memohon maaf kerana mengganggu saya. Pun saya jelaskan tidak ada
apa-apa kerna saya biasa berjaga malam. Kami duduk menghadap tasik, memerhati
jambatan tidak siap dan memandang juga jambatan lengkap yang berkedudukan
sebelah kanan tempat kami berhenti ini.
Biarlah saya gelarkan namanya dengan M. Seorang PT.
Anak muda yang kerap menyoal perihal agama jika berkesempatan minum dengan saya
samada bersarapan dan makan tengahari.
“Betul bang apa yang abang cakap!” Katanya sambil
memandang wajah saya. Saya cuba mengingati apa pula yang pernah saya katakan dan
bila masanya.
“abang ingat tak tahun lepas kita minum sama.” Tanya
lagi. Saya sedaya mungkin cuba mengingati. Berapa ramai yang pernah minum dan
apa yang pernah saya katakan padanya. Kemudian dia menyebut beberapa nama dan
mengungkit waktunya sebelum solat asar di surau pejabat E2.
“Tahun lepas dalam bulan sebelas!” Saya menganggukkan
saja kepala walaupun hakikat sebenarnya saya tidak lagi dapat mengingati.
“Abang usik saya, tanya pasal special girl.
Lepas yang lain belah! Kan tinggal abang dengan saya je kat café!” Katanya lagi dengan nada tidaklah tenang. Kami terdiam seketika.
“Ya! Insyallah abang ingat. M cakap ada budak tu student
USM. Itu pun kalau abang tak silap la.” Jawap saya separuh yakin.
M yang berasal dari salah sebuah negeri di Utara
semenanjung menganggukkan kepala.
“Kenapa! Alhamdulilahlah tu. Jangan buat bukan-bukan.
Ada rezeki nikah la. Sempurnakan sebahagian agama. Sebahagian lagi hendaklah
bertakwa!” Kata saya memandang wajahnya dalam remang cahaya lampu jalan di
pinggir track jogging pinggir tasik ini.
Wajahnya nampak sayu sekali.
“ Dulu abang ada cakap! Kalau bersaing lelaki yang
dekat akan menang!” Katanya lambat tetapi agak menyentuh juga. Ya! Saya mengingati
fakta tersebut. Jika dalam pertarungan perkasihan yang membabitkan tiga segi,
empat segi, lima segi, lelaki yang paling dekat dengan perempuan tersebut akan
menang.
“Habis tu?” Soal saya pendek tapi rasanya cukup
difahami.
Dia menyeluk kocek seluarnya mengeluarkan telefon
bimbit. Menekan dan mencari sesuatu. Mengunjuk dan secara jujur memberikan saya
untuk mentelaah dan memahami tulisan di skrin telefonnya.
Ah! Sah! Hati anak muda ini sedang hancur. (Biarlah
saya rahsiakan apa yang tertera di telefonnya.) Saya unjuk kembali telefonnya
dan matanya berkaca. Ah! Tulus sungguh kasih sayangnya dan barangkali
harapannya terlalu tinggi dan tidak berbelah bagi.
“Betullah bang! Siapa yang dekat, dia menang! Budak
lelaki itu belajar sama dengan dia!” Kata-kata itu diucap tanpa memandang wajah
saya. Saya pula sedaya mungkin cuba mencari kata-kata atau pesan terbaik untuk
mencatumkan hatinya yang barangkali retak lebih seribu.
Sambil dia terus bercerita tentang kesetiaannya walaupun
ada gadis yang bekerja di sini cuba memenangi hatinya, tentang doa dan
harapannya dan akhirnya dalam kabus pagi Putrajaya di pinggir tasik ini, dia
menangis di hadapan saya. Ya Allah! Cinta sesama makhluk kadang-kadang boleh
mencantas kewarasan manusia.
Agak lama saya membiarkan dia melepaskan emosinya
tanpa memotong walau sepatah katanya selain saya mengiya dan menanggukkan
kepala.
“Maaflah bang! Sejak lepas Isyak tadi fikiran saya
terfikir abang. Keluarga saya jauh. Saya tak yakin nak cerita dengan kawan-kawan
serumah. Dia orang semua pun muda lebih kurang saya.” Katanya selepas
melepaskan airmata.
Huh! Lelaki yang menangis kerana cinta. Hai! Anak muda
kenapalah engkau memilih aku untuk meluahkan perasaan.
“M pernah dengar cerita lelaki mengadu kepada Rasulullah
tentang pinangan dia ditolak.” Saya memancingnya selepas dia agak tenang.
Dia menjawabnya dengan gelengan kepala.
“Satu hari ada lelaki mengadu kepada Rasulullah
pinangan dia ditolak oleh seorang perempuan. Rasulullah jawap ‘sabarlah! Engkau
akan memperolehi perempuan yang lebih baik daripada dia dan dia akan mendapat
lelaki yang lebih baik dari engkau’” Dia mendengar dengan teliti dan saya
menyambung lagi.
“tengok jawapan tu. Adilkan! Percayalah ini ujian
kecik M. Insyallah abang doakan dan yakinlah takde sabda Rasulullah yang tak
betul. Insyallah Allah hendak beri yang lebih baik untuk M!” Saya cuba
meyakinkan M. Dia mendengar dengan tenang, tidaklah terlampau terbawa sentimen emosi
seperti awal dia meluahkan kekeciwaan tadi.
“Baliklah pada Allah. Sangka baik pada Allah! Percayalah
M! kamu akan dapat lebih baik dari dia dan dia dapat lebih baik dari kamu!”
Saya sehabis mungkin memujuk anak muda yang boleh saya kategorikan baik selama
yang saya kenal di sini. Kacak orangnya, cumanya kekeciwaan tidak mengenal
rupa, pangkat dan status.
Lama terdiam, kemudian dia menyambung tentang
kenangannya dengan student tersebut. Pertemuan apabila pulang bercuti ke
negerinya. Selepas bercerita tentang
kenangannya dimatikan ayat tersebut dengan kalimat; “kenangan payah lupa bang!”
“M! semua orang ada kenangan. Kenapa tak boleh lupa?
sebab kenangan duduk dalam fikiran dilingkungi perasaan! Kalau M ingat sampai
bila-bila pun orang tak boleh buat apa pun. Tapi ingat Allah tidak janjikan dia
untuk M dan M juga bukan untuk dia. Ambil masa la sikit. Tapi kalau M kuat
solat malam minta dengan Allah! Insyallah semuanya ok. Tentang kenangan tu
abang akui! Kenangan tak boleh dibunuh. Tapi kita kena balik pada Allah!” Balas
saya tenang tanpa mahu mencuit emosinya yang rawan.
Lama juga saya
melayan M, anak muda berusia 24 tahun yang saya kira belumlah mengenal warna kehidupan
sebenar. Saya tidak lepas meminta dia kembali kepada Allah, kepercayaan kepada
takdir, sabda Rasulullah dan tentang dunia ini hanya permainan dan kehidupan
ini sekejap sahaja. Sehinggalah dia menghantar saya pulang, saya meninggalkan
pesan ini.
“Percayalah kalau hati tidak tenang. Bacalah surah An
Nur!”
“Insyallah! Bang. Balik ini saya baca surah An Nur. Terima
kasih banyak bang! Bang! Kalau malam lain saya rasa perlu keluar dengan abang
boleh!?” Nampak jiwanya sedikit ‘hidup’.
“Insyallah! Call la!”
Akhirnya kami bersalam dan dia mencium tangan saya.
“Bang! Macam mana abang tahu ini semua?”
“Pengalaman!” jawap saya pendek dan dia tersenyum dan
saya membalas senyumannya.
(Artikel ini ditulis selepas
mendapat persetujuaan M! SENTIASALAH BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH TAA’LA)
1 ulasan:
Hebat... sentuhan ini, senyum sendiri aku membayangkan suasana ketika itu... hahahaha ... teringat zaman-zaman dulu, pelbagai kes dan kesah di curahkan... kita tukang dengar je... (Senyum)
Post a Comment