Beberapa minggu sebelum majlis ini
berlangsung, saya sudah dihubungi oleh cikgu Zakiah, yang memohon gambar dan
biodata tentang diri saya. Kemudian saya menghubungi Encik Masnawi Shamsudin
menyatakan saya bukanlah orang yang layak menerimannya sementelah masih ramai
guru yang lebih lama berkhidmat untuk Pendidikan Khas di Segamat. Beliau
sedikit tegas menyatakan bahawa ‘ini keputusan panel penilai dan Jawatankuasa
yang dibentuk’, bukan keputusan individu dan banyak nama yang telah disenarai
dan dibanding beza, sumbangan, penglibatan, atau apa sahaja yang dianggap
memberikan keuntungan kepada Pendidikan Khas sekolah, daerah, negeri mahupun
kebangsaan.
Lantas apabila Encik Masnawi sedikit
menekan sambil berseloroh ‘atau kau tak sudi nak terima anugerah nie, yalah! Daerah
yang bagi, bukan KPM!” Bila ayat itu meluncur masuk ke pemikiran saya, serta merta malu alah dan pantas
saya jelaskan; “bukan begitu, terlalu awal untuk saya. Tuan cakap macam tu, malu
saya! Saya tak terfikir pun macam tu! Kalau macam tu, saya terima anugerah ini
kerana Allah dan Rasul-NYA” Begitu lebih kurang perbualan sebelum saya menerima
surat rasmi yang dihantar PPD Segamat kepada Pengarah.
Majlis yang berlangsung pada 1 November
2012, sah secara rasmi bila beberapa hari sebelumnya, surat rasmi yang dihantar
kepada Pengarah, telah disahkan dan diberikan kepada saya dengan catatan ‘TAHNIAH!
PASTIKAN EN ZHARUL HADIR MAJLIS INI’. Dalam kesibukan tugas, saya pastikan
surat itu sentiasa di dalam diari kerja saya. Apa tidaknya pada 30 dan 31
Oktober, saya berada di Hotel Royal Seremban. Dari Seremban saya pulang ke
Segamat pada 31 hb tersebut.
YB AYUB RAHMAT turut menerima anugerah Khas Kategori Kemasyarakatan |
Kami sempat bersembang pasal politik. |
Lantas pada 1 November 2012, saya
hadir ke Hotel Villa Segamat ditemani ibu saya, Hajah Zainab Binti Md. Ali
(Membawa bonda selepas meminta izin dan memohon jasa baik PPD Segamat.) Di sini
bertemu semula dengan rakan-rakan guru yang pernah bersama menjadikan saya
mengalami pelbagai perasaan yang tersendiri. Sayu, dialun kenangan, kegembiraan
dan pelbagai rasa apabila kami bersalam, berpelukan dan bertanya khabar dalam
masa yang terbatas sebelum majlis dilangsungkan secara rasmi.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan
jutaan terima kasih kepada PPD Segamat, Encik Yasiran Bin Maskom
(Pegawai Pelajaran Daerah Segamat), Encik Masnawi Shamsudin (PPPD Pendidikan Khas / Pemulihan), AJK Pengelola, para pentadbir sekolah, Panel
Penilai untuk Anugerah Khas PENDIDIK PENDIDIKAN KHAS dan semua guru, PPM yang terlibat menjayakan MAJLIS APRESIASI
PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEGAMAT 2012. Terima kasih juga kepada semua kerana
memberikan layanan yang baik kepada ibu saya.
Saya memulangkan puji-pujian dan
syukur kepada ALLAH dan RASUL-NYA atas ANUGERAH KHAS KATEGORI PENDIDIK yang
diberikan kepada saya. Apabila persembahan mukltimedia tentang diri saya
ditayangkan, saya mengawal perasaan, terharu, gembira dan sebak dalam satu rasa
yang pelbagai. ALLAHUAKBAR! saya tidak pernah terfikir mahupun memikirkannya.
Seperti
kesempatan peluang berucap yang diberikan kepada saya tadi. Segala puji-pujian
dan syukur kepada Allah dan Rasul-NYA, saya pulangkan anugerah ini untuk semua
guru lama yang lebih dulu berjuang untuk Pendidikan Khas di Segamat. Kepada
yang baru, berkhidmatlah dengan bersungguh-sungguh untuk ‘anak-anak ahli syurga’
ini.
Lalu percayalah! SETINGGI MANA
SAYA DIJULANG! INSYALLAH TIDAK AKAN SAYA LUPA DI AKAR UMBI MANA, SAYA BERMULA!
INILAH TANAH SEGAMAT, TANAH KELAHIRAN SAYA DAN SEGAMAT JUALAH DUNIA PERTAMA
KERJAYA SAYA SEBAGAI GURU PENDIDIKAN KHAS walaupun kini saya telah
diamanahkan untuk berada di Putrajaya, yang saya sendiri tidak tahu, entah sampai
setakat bila?
Terima
kasih semua.....
ALLAHUAKBAR! Allah Maha Besar!.
* Semua gambar di atas adalah ihsan Cikgu Nadira Mohamad Khalid.
0 ulasan:
Post a Comment