Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Tuesday, October 16, 2012

HARI KUALITI BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KPM 2012



Hari Kualiti Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berlangsung pada 10 September 2012, bertempat di Auditorium Parcel E, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. Program ini telah dihadiri seramai 250 orang tetamu dan dirasmikan oleh Encik Bong Muk Shin, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hari Kualiti Bahagian Pendidikan Khas ini merupakan acara tahunan yang bertujuan memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai, guru, staff dan kakitangan yang menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang pada tahun sebelumnya.
Anugerah yang diberikan merangkumi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang melibatkan 142 warga pendidikan Khas dari seluruh Negara. Anugerah Inovasi disandang oleh SKPK Alma, Pulau Pinang.
Anugerah Kecemerlangan Kurikulum;
UPSR – SKPK Tuaran, Sabah
PMR – SMPK Setapak, Kuala Lumpur
SPM – SMPK Setapak, Kuala Lumpur
Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.

 Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum disandang oleh SMPK Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Integriti Kajang, Kajang Selangor.
Manakala Tokoh Guru Pendidikan Khas  diungguli oleh Encik Hanafiah Bin Hambali, Guru Besar SKPK Taiping, Perak. Majlis turut diserikan dengan nyanyian murid-murid bermasalah penglihatan dari SMPK Setapak, Kuala Lumpur.

Gambar-gambar sekitar majlis Hari Kualiti Pendidikan Khas 2012



Saturday, October 6, 2012

CATATAN DARI KOTA KINABALU 1: AKU DAN NERLY



Malam itu langit Kota Kinabalu tiada bezanya di tanah Semenanjung
Detik jam menuju angka Sembilan
Antara deretan bangunan;
kedai menjual kereta Nissan,
Bank CIMB,
hujung  kedai mamak , aku melangkah  keluar selepas meneguk segelas Nescafe,
membeli  dua kotak Dunhill biru
Nerly tiba-tiba muncul  mengejarku hingga ke lobi Dynasty Hotel,
Baju ketat berbelang merah putih, jeans separa lutut menayang punggung
ranum susunya yang menonjol
mencabar mata lelakiku 
persis mahu melompat menerkam wajahku  
Astghafirullah!
Ya Allah tolonglah aku!  
Kerana aku bukan malaikat!

Manik-manik peluh mercik ke dahi
Dia mengekoriku hingga ke dalam rumah lif
“Bang!” panggilnya mendayu
Aku diam seribu bahasa, lidah kelu kehilangan kata.
Dihulurnya kertas putih tertulis Nerly angka 010XXXXXXX
“Kalau perlu call saja bang! Boleh apa saja! Harga boleh dirunding!”
Dalam rayu manja mengada-ngada
(suaranya bernada Indonesia)

 Oh! Rabbi ujian apakah ini di awal malam di negeri bawah bayu!
Lama matanya memandang wajahku.
Lif berhenti di angka 18.
Dia turut keluar mengikut aku menuju ke bilik 8XX
“ Tak apa! tak perlu!” Tuturku sedikit gementar

Masuk ke bilik aku mengadap Rabb
Menyelesaikan yang wajib menambah  yang sunat
Mohon taubat
Mohon kekuatan!
Jam sebelas aku keluar!
Nerly sedang duduk di sofa berdekatan lif tingkat 18 Hotel Dynasty.
“ Bang mahu ke mana?” tidak mengada seperti mula, hanya biasa-biasa.
“ Ke kedai mamak mencari Nescafe!” jawapku tenang.
“Aku mahu ikut abang minum!” Pintanya bersahaja, lalu kuanggukkan kepala.

Ramai mata memandangku apabila mamak yang tadinya mesra seperti kini sedikit ragu.
Nerly makan mee goreng dan segelas epal bercampur susu
Aku  banyak bertanya,  Nerly banyak menjawab walau mulanya seperti menyembunyikan sesuatu.
“ Aku tahu abang orang baik!,  Tengok muka aku dah tahu!” Pujinya entah ya entah tidak!

Bila aku bercakap pasal Tuhan, dosa pahala, syurga neraka, hidup mati.
Nerly menjawab begini
“ Aku bukan muslim,  aku percaya Jesus,
Aku tidak suka kerja begini,  adik beradik sembilan orang”

Jalan hidup Nerly panjang dan berliku
” Abang! Aku umur enam belas tahun  ditipu lelaki
Datang sini asalnya mahu kerja elok
Akhirnya diri sendiri jadi dagangan!”

Malam makin larut, aku harus pulang.
Oh! Kota Kinabalu, sudah ada subjek untukku tulis.
Wayang kehidupan kupu-kupu malam
selepas aku membayar  makan dan minum kami.
Nerly berkata kembali manja; 
“bang aku malu ah! sudah belanja aku,
Abang! Bawa aku ke bilik! Aku ‘belanja’! percuma saja!”
Ah! Jahanam juga SiNerly ini! Kata hati kecilku.
Wajah ibu, isteri, anak-anak perempuanku memenjara fikir
Lalu kata kalbuku!
Meski tiada siapa yang tahu, aku tidak boleh lari dari pandangan Allah, Tuhanku yang satu!

“tak perlu Nerly saya lelaki yang ada Tuhan!” jawapku tenang dalam deru angin malam
“abang memang lelaki yang baik!” Nerly memuji lagi.

Nerly tidak mengekoriku pulang ke hotel
Dua belas langkah aku menoleh,
Nerly sudah duduk semeja dengan seorang lelaki lain!

Terima kasih Rabbi!   
memelihara iman, maruah, harga diri seorang lelaki sejati.... 

ZHARULNIZAM SHAH Z.A
Hotel Dynasty 
Kota Kinabalu, Sabah.


  




Related Posts with Thumbnails