Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK
Showing posts with label ANTI ZIONISME. Show all posts
Showing posts with label ANTI ZIONISME. Show all posts

Monday, August 23, 2010

PERJANJIAN OSLO (1993) MENJAHANAMKAN PALESTIN

                  Awal mulanya memohon maaf kerana agak lama terhenti di bawah label Anti Zionis. Dua hari  lepas sebelum berbuka ada sahabat yang menghubungi saya melalui chat di FB, menyatakan tidak berapa selera menjamah hidangan berbuka kerana teringatkan rakyat Palestin yang berbuka dengan roti kering. Sahabat bernama Mohd Syahmi yang peka dan terasa dengan perjuangan di Palestin. Tahniah!                 
                 Perjanjian Oslo bukan sebagai titik mula tetapi melanjutkan kesengsaraan. Bukan juga memadamkan api pejuangan. HAMAS tetap HAMAS. Tiada istilah kekalahan, yang ada dua konsep dalam perjuangan menegakkan syiar Islam iaitu mati syahid atau menang. Perjanjian Oslo merupakan hasil pertemuan sulit pemimpin PLO dan rejim Zionis. September 1993 berlangsung perjanjian yang menjahanamkan Palestin ini.
                Menurut Dr. Muhsen Salleh di dalam tulisannya 'Masyari' al-Taswiyah al-Silmiyah li al-Qadiyah al-Filistiniyah (1937-2001). Perjanjian Oslo digerakkan semenjak 1990. Disolekkan dengan nama memberi hak kepada rakyat Palestin yang menyebabkan suasana tidak aman kepada warga Zionis. Kononnya sebagai usaha komited Zionis untuk kedamaian di Palestin. Lalu ditandatangani oleh Mahmoud Abbas mewakili pihak Palestin dan Zionis diwakili Shimon Perez, bertempat Washington pada 13 September 1993. Abbas ketika itu Setiausaha  Kerja PLO dipilih oleh Arafat mewakilinya.



KANDUNGAN OSLO 1993 
1. Rakyat Palestin akan diberikan pemerintahan autoriti di Gaza dan Tebing Barat selama lima tahun.

2. Sebelum bermulanya tahun ketiga pemerintahan autonomi, sempadan terakhir akan diletakkan bagi Gaza dan juga Tebing Barat. Ia akan menjadi sempadan kekal berdasarkan Resolusi Majlis Keselamatan 242 dan 338

3. Dalam tempoh dua bulan daripada tarikh perjanjian, kedua-dua belah pihak hendaklah bersepakat bagi mengundurkan rejim Zionis daripada Gaza dan Jericho

4. Selepas sembilan bulan daripada pemerintahan autonomi, satu pilihan raya perlu diadakan bagi memilih kerajaan PA yang berkuasa di wilayah autonomi. Menjelang pilihan raya itu, tentera rejim Zionis (IDF) perlu berundur dari kawasan penempatan rakyat Palestin.

5. Kerajaan autonomi Palestin hanya berkuasa di Gaza dan Tebing Barat sahaja. Namun, mereka tidak boleh mencampuri urusan hubungan luar dan juga tidak boleh membina kekuatan bagi menangkis ancaman dari luar. Mereka juga tidak berkuasa di kawasan penempatan Zionis di Gaza dan Tebing Barat. Mereka juga tidak mempunyai hak ke atas Baitulmuqaddis dan Masjid al-Aqsa. 

6. Rejim Zionis atau kerajaan Israel mempunyai kuasa veto bagi membatalkan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Legislatif PA.

7. Apa yang tidak dapat diselesaikan melalui perjanjian damai dapat diselesaikan melalui rundingan bersama yang lain.

8. Penyerahan kuasa akan berlaku secara berperingkat.

9. PLO dan PA tidak lagi dilabel sebagai 'pengganas' selagi kuasa mereka hanya bagi menjaga keamanan rakyat Palestin. Mereka juga bertanggungjawab menghalang apa sahaja usaha bersenjata ke atas rejim Zionis daripada mana-mana pihak rakyat Palestin. 
                           Ayat yang digelapkan menunjukkan penganiayaan dan kerugian yang nyata kepada pihak Palestin. Kata mudahnya bumi Palestin tergadai dan kuasa Palestin juga terhad sekadar di Gaza dan tebing Barat. Tindakan Arafat dan PLO  sebenarnya membelakangkan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Segalanya hanya meluaskan jajahan Zionis. 
                        Secara tidak langsung, Palestin akan terbiar tanpa zenjata jika diserang Zionis. PLO menjadi badut dan budak suruhan Zionis bagi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Selepas sahaja perjanjian ini, PLO terus membuat operasi menangkap pejuang Palestin, HAMAS dan jihad Islami menjadi target. Pasukan yang menangkap pejuang-pejuang Palestin ini dilatih oleh tentera Zionis dan juga tentera Jordan.
                        Perjanjian ini seakan memberi hadiah untuk Zionis supaya melanyak rakyat Palestin secara berlesen. Rakyat Palestin terus kehilangan hak dan tanah air mereka secara tertib melalui OSLO (1993). Pengkhianatan dan dosa yang perlu dijawab oleh pihak PLO. Insyallah pada tulisan akan datang kita akan melihat TINDAKAN HAMAS TERHADAP PERJANJIAN OSLO.



Friday, July 23, 2010

MENGENALI KEPIMPINAN AWAL HAMAS; PEJUANG TULEN DI PALESTIN..

Sebelum ini kita telah mengetahui mengapa kita perlu membantu HAMAS dalam perjuangan getir di Palestin. Tulisan kali ini, kita akan cuba menggali tokoh awal yang terlibat dalam perjuangan yang menuntut darah dan nyawa ini.
Antara tokoh-tokoh yang terlibat dengan perjuangan Hamas ini; Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdul Aziz  Al-Rantisi, Khalid Mesh'al, Mahmoud Zahhar, Ismail Haneyyah, Syeikh Salah Syahadah, Ibrahim Maqadmah, Jamal Mansour, Ismail Abu Shanab, Yahya Ayyash.


1. SYEIKH AHMAD YASSIN
Nama besar yang bisa membuatkan Yahudi tidak lena tidur ini dilahirkan pada 1938 di kampung al-Jora. Cemerlang dalam pelajaran,sukan dan disayangi guru-guru. 1964 menuntut di Universiti Ain Shams Kaherah tetapi tidak menamatkan pengajian kerana dipenjarakan pemerintah Mesir atas keterlibatan dengan Ikhwan Muslimin. Dalam masa yang sama tokoh besar ini menyumbang sebagai pendakwah, pekerja kebajikan, guru bahasa Arab dan pernah menjadi khatib di masjid Gaza. Pernah beberapa kali merengkok dalam penjara Yahudi.
Ogos 1998- rumahnya dirobohkan dan dibuang ke Lubnan
Mei 1989 - berikutan operasi serangan yang membabitkan kematian komando dan tentera Yahudi, beliau telah dipenjarakan dan pada 16 Oktober 1991: Mahkamah Tentera Israel menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atasnya.
Ekoran penahanan itu, beliau telah disiksa yang mengakibat lumpuh seluruh badan kecuali bahagian kepala.  sahaja. Di dalam penjara Yahudi, kesihatannya bertambah buruk apabila menghidapi jangkitan paru-paru dan abdomen. Akhirnya pada tanggal 1 Oktober 1997, beliau berjaya dibebaskan melalui rundingan pertukaran tawanan antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis. Walaupun dalam keadaan kesihatan yang buruk, selepas pembebasannya beliau kembali aktif menggerakkan Hamas, terus berjuang menentang Yahudi, apatah tercetusnya Intifadah kedua pada September 2000 kerana Ariel Sharon dan 200 tenteranya telah mencemar Masjidil Aqsa. 
Maka Zionis telah mengambil keputusan untuk  melancarkan operasi membunuh Syeikh Ahmad Yassin. Pada 6 September 2003 rumahnya telah diserang dan beliau terselamat, hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Namun akhirnya 22 March 2004, semasa perjalanan pulang usai menunaikan solat Subuh berjemaah, Zionis telah melancarkan roket yang mengakibatkan mengalirnya darah syahid Syeikh Ahmad Yassin dan anaknya Abdul Ghani serta empat pejuang yang bersama pada subuh pilu itu di bumi Palestin.  

2. DR ABDUL AZIZ AL-RANTISI
Lahir pada 23 Oktober 1947 di Binaa yang terletak antara Asqalan dan Jaffa. Seorang yang warak, pintar dan cemerlang dalam akademik. lulus cemerlang dalam bidang perubatan di Universiti Iskandariah, Mesir (1972) dan seterusnya ke peringkat sarjana (1976) dengan pengkhususan Peditriasi dan Perubatan Kanak-kanak dan menjadi doktor di Hospital Nasir di kawasan Khan Yunus Beliau antara penggerak awal Hamas iaitu dalam tahun 1987 
Atas keberaniannya menentang termasuk tidak mahu membayar cukai kepada rejim Zionis menyebabkan beliau dipenjara. keengganan tersebut kerana berpegang kepada prinsip 'tidak mengiktiraf penjajahan Israel ke atas Palestin'.  
 Setelah melalui pelbagai kemelut beberapa kali di penjara. Beliau menempuh dunia penjara buat kali ketiga pada 4 Febuari 1988 kerana terlibat dalam pemberontakan subversif dan akhirnya dibebaskan pada 4 September 1990.
Apabila dipenjarakan buat kali keempat, beliau merasa sangat gembira kerana berpeluang satu sel penjara bersama Syeikh Ahmad Yassin. Tokoh dan ikon perjuangan Hamas. Peluang dipenjarakan bersama ini digunakan untuk menghafal Al-Quran. Menulis syair-syair perjuangan. Keluar masuk penjara menjadi mainannya dan sentiasa meneruskan penentangan terhadap Yahudi.

 Lalu akhirnya pada 17 April 2004, beliau menyusul pemergian Syeikh Ahmad Yassin. Darah syahidnya tertumpah di tanah palestin apabila kereta yang dinaikinya dibedil oleh helikopter Apache milik rejim Zionis di jalan Al-Jallaa di Wilayah Gaza.

Demikian dua tokoh utama antara yang terawal mengorbankan jiwa, semangat dan nyawa bagi menghidupkan Hamas. bagaimana pun Hamas tidak pernah tandus dengan kepimpinan berwibawa, ianya akan diteruskan dari semasa ke semasa. Selepas pemergian mereka, Hamas mengambil pendekatan merahsiakan senarai kepimpinannya bagi tujuan keselamatan. Bagaimanapun banyak penganalisis  percaya Ismail Haneyyah antara pemimpin yang kolektif bersama Mahmoud Zahhar dan Sayyid Al-Sayyam. Zahhar antara yang senior akan tetapi pilihanraya yang memberi kemenangan kepada Hamas, dari segi kempen-kempennya diterajui oleh haneyyah. Tidak hairanlah kemenangan itu menyaksikan Ismail haneyyah dilantik menjadi Perdana Menteri Palestin yang baru.

Kemenangan mereka menewaskan FATAH (yang sekular dan menjadi kuda tunggangan Amerika dan Zionis) memberikan impak yang besar dalam perjuangan Hamas. Bagaimanapun rejim Zionis dan Amerika telah memberikan tekanan dari pelbagai sudut termasuk ekonomi dan kezaliman. Walhal kemenangan itu adalah satu yang sah kerana rakyat Palestin telah memilih Hamas sebagai wakil mereka untuk mengurus tadbir Palestin.

BERASASKAN PANDANGAN REJIM ZIONIS SENDIRI ;KEKAGUMAN YAHUDI TENTANG SEMANGAT JUANG/JIHAD HAMAS 

Jeneral Ori Saghi, ( Ketua Shin Bit Unit Perisikan Zionis)
" HAMAS memiliki budaya kerja profesional, kerahsiaan tinggi, pelaksanaan operasi yang berkesan dan menonjol"

Penganalisis rejim Zionis (Komentar)
" HAMAS sudah menghasilkan sekumpulan spesis rakyat Palestin yang baru dan mereka adalah pejuang Palestin yang baru.."

Yaacov Jevri ( Ketua Shabak)
" HAMAS adalah satu-satunya gerakan yang kami gagal menembusinya. ini adalah kekuatan sistem dan disiplin gerakan HAMAS"

Ami Iyalon   (Mantan Ketua Shabak)
" HAMAS adalah ancaman paling bahaya kepada negara Israel  dan juga masa depan negara Yahudi di bumi Palestin"

Shimon Romanh (Pemimpin Shabak)
" Pejuang HAMAS berbeza dengan para pejuang lain di Palestin. Apabila berdiri di hadapan mereka. saudara akan mendapati diri saudara di hadapan orang yang tetap pendirian, gagah dan tidak mudah dikalahkan"

Karmi Gelon ( Ketua Shabak)
" Apa yang menjadikan HAMAS berbeza adalah operasi-operasi yang dilakukan adalah unik dan sukar diduga. HAMAS bangkit dengan segera daripada semua serangan yang ditujukan kepada mereka. Walaupun pelbagai serangan dikenakan ke atas mereka, namun mereka menjadi bertambah kuat.."

Nah! inilah yang membezakan gerakan yang benar-benar berasaskan tauhid dan berjuang kerana Allah berbanding parti-parti yang beraliran sekular. Insyallah pada tulisan akan datang kita akan mmenyingkap semula PERJANJIAN OSLO 1993 yang menjahanamkan tanah Palestin... Insyallah


 


Thursday, July 1, 2010

SIAPA HAMAS?; MENGAPA KITA PERLU MEMBANTU HAMAS?


HAMAS adalah parti politik yang sah di tanah Palestin. HAMAS pada asalnya adalah ranting Ikhwan Al-Muslimin (IM). IM telah ditubuhkan di Mesir dalam mentari awal tahun 1928. Sementara HAMAS merentasi perjalanannya panjang dan berliku sehinggalah pada 8 Disember 1987, HAMAS ditubuhkan secara serentak dengan Intifadah pertama. Enam pengasas dan tunggak utamanya; As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdul Aziz Al-Rantisi, Salah Syahadah, Muhammad Sham'ah, Isa Al-Nashar, Abdul fatah Dukhan dan Ibrahim Al-Yazuri   
Sebelum terus membicarakan tentang HAMAS wajar juga kita mengenali serba sedikit tentang FATAH yang ditubuhkan oleh Khalil al-Wazir, Hassan Abdel Hamid, Abu Marahil dan Hamad al-'Aidi. Cuma sayangnya FATAh memilih aliran sekular  Keadaan ini berlaku kerana sewaktu Jamal Abdul Naser menjadi presiden Mesir, belaiu telah menekan dan menindas IM dan IM diharamkan. justeru bermulalah gerakan 'bawah tanah' IM termasuk di Gaza. Oleh itu FATAH yang asalnya dinamakan Briged Keadilan menjalinkan hubungan dengan Jamal Abdul Naser lantas akhirnya mereka cair dalam ideologi sekular Jamal Abdul Naser. Segalanya semakin jelas menjelang tahun 1970 Fatah membawa ideologi mereka iaitu sekular dan nasionalis yang sama sekali tidak selari dengan IM. 
Kembali kepada penubuhan HAMAS yang tersebar ke seluruh tanah Palestin pada 11 dan 12 Disember 1987 dan di Tebing Barat pada 14 dan 15 Disember. Bermulalah perjuangan jihad IM dan rakyat Palestin secara terbuka dan berani dengan nama HAMAS.
MENGENALI IDEOLOGI HAMAS
HAMAS sama sekali berbeza dengan FATAH yang kemudiannya berevolusi PLO yang pada asalnya bertunjangkan Islam dan akhirnya tenggelam dalam kancah ideologi nasionalisme. Sementara HAMAS tulen dan kekal mengikut IM iaitu berteraskan Islam yang syumul sebagai dasar perjuangan mereka.
1. Ideologi, pendekatan, polisi, dasar-dasar HAMAS bersumberkan ajaran Islam.

2. HAMAS meyakini usaha membebaskan tidak akan berjaya tanpa kebersamaan umat Islam seluruh dunia dan bangsa Arab secara keseluruhannya.

3. Isu Palestin adalah milik umat Islam sejagat dan usaha pembebasan Palestin adalah tanggunjjawab semua individu yang mengaku bersyahadah.
 
4. Peperangan dengan Yahudi adalah peperangan tamadun yang bertunjangkan akidah Islam
 
5. Projek Pembinaan negara Israel adalah tajaan dan perancangan barat kerana dari aspek starteginya memberikan keuntungan ekonomi, hegemoni, kebudayaan dan keagamaan kepada musuh-musuh Islam tersebut.
                                                                 
6.Peperangan dengan Yahudi merupakan peperangan yang 'hidup', bukan sekadar merebut tanah air tetapi secara turun-temurun pertempuran hak dan batil.
 
7. Peperangan dengan Yahudi bukan kerana agamanya Yahudi tetapi mereka pembunuh rakyat Palestin, perompak tanah air Palestin, mengancam kesucian Masjidil Aqsa dan 'meyahudikan' kota Baitulmaqddis.
           
8. HAMAS berpegang teguh dengan prinsip jihad sebagai satu-satunya jalan menentang Yahudi. Jihad yang meliputi semua aspek termasuk politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, kebudayaan dan pembinaan semula tamadun Islam. 
                         
9. Rakyat Palestin merupakan pejuang barisan hadapan umat Islam seluruh dunia untuk menentang Yahudi. Oleh itu seluruh umat Islam di dunia ini perlu membantu mereka dalam aspek kelengkapan, persediaan dan kekuatan bagi menghadapi peperangan yang sangat getir ini.

10. HAMAS tetap tekal mempertahankan identiti gerakan kebangsaan yang memperjuangkan kemerdekaan berasaskan  prinsip Islam yang syumul.
                                         
11. HAMAS komited bahawa Palestin adalah tanah air umat Islam yang diwakafkan sehingga hari kiamat. Kegagalan mempertahankan amanah ini akan dipersoalkan pada hari kiamat nanti.

12. HAMAS menghormati prinsip kebebasan berpolitik. mencari titik persamaan antara rakyat Palestin dengan segenap kumpulan bagi satu usaha menentang Yahudi.

13. HAMAS mengiktiraf kebebasan beragama. Kaum Kristian di Palestin adalah saudara senegara yang mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing. Sentiasa memberi ruang kerjasama dengan kaum kristian menentang penjajahan Yahudi bagi membangunkan masyarakat Palestin.


Demikianlah dari segi prinsip dan ideologi HAMAS yang sekarang sedang berjuang mempertahankan  akidah, nyawa dan tanah air Palestin. Menjadi kewajiban kita semua di tanah Malaysia ini untuk membantu HAMAS dalam apa cara sekalipun. Sungguh besar ujian untuk saudara-saudara kita di sana sambil kita di sini menikmati KFC, MCD, singgah minum kopi di Starbuck dan mengunyah Dunkin Donut's, mengenakan jeans Levi's berkemeja Calvin Klein sambil meneguk Coco-cola sedang saudara kita disembelih di tanah Palestin sana.
Pada sisi lain bawah label anti zionisme, kita akan melihat matlamat perjuangan dan mengenali pemimpin-pemimpin HAMAS. Insyallah. 



 

Sunday, June 27, 2010

MEMBONGKAR PENENTANGAN TERHADAP YAHUDI: AMALIAH ISTISYAHADAH (SERANGAN BERANI MATI)

                      
                           Dibawah label ANTI ZIONISME, seperti yang dijanjikan dengan izin Allah kita akan membongkar 'Amaliah Istisyahdah" yakni serangan berani mati atau bahasa Inggerisnya disebut suicide bombing. Untuk memahami mengapa kaedah ini dipilih oleh beberapa cabang gerakan perjuangan pembebasan Palestin seperti Hamas, kita harus memahami bahawa mereka tidak memiliki senjata yang mencukupi. Itulah pilihan yang dimiliki. Mereka hanya ada 'lubang tikus' untuk bergerak dalam keadaan  yang cukup mengancam nyawa dan terhad.
                       Berdasarkan laporan CNN, Hamas dituduh telah melaksanakan serangan berani mati melebihi 60 kali. Hamas pula mengakui mereka setakat berjaya menjayakan 54 serangan berani mati yang membabitkan kematian seramai 300 warga Yahudi. Jauh jika dibandingkan dengan siri-siri pembunuhan beramai-ramai di shabra, Shatilla, Gaza yang setiap tahun dibedil dan dibunuh.Rumah-rumah rakyat Palestin dirobohkan dan digantikan dengan penempatan Yahudi. Mereka diusir dari tanah air sendiri.Apatah lagi dunia barat menyebelahi dan menyokong tindak-tanduk Yahudi kerana kepentingan politik, hegemoni, ekonomi dan agama.
                        Majoriti Ulamak dunia menyebelahi perjuangan Hamas ini dengan membezakan 'bunuh diri' dan 'serangan berani mati' adalah dua konteks yang berbeza. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyatakan: 'operasi serangan berani mati adalah cara paling jitu dalam jihad Fisibilillah dalam suasana di Palestin" Membezakan ' bunuh diri' untuk kepentingan peribadi manakala serangan berani mati pula adalah pejuang yang mengorbankan diri sebagai korban agama dan umat.
Untuk itu disenaraikan juga Pertubuhan Ulama yang bersetuju dengan serangan berani mati;
1. Jabhah ulama Al-Azhar mengistiharkan kematian akibat serangan berani mati adalah syahid hukumnya (2001)
2. Rabitah Alami Islami telah bersidang di Mekah, Arab Saudi memperakui bahawa kematian serangan berani mati adalah syahid.
3. Majlis Fatwa Kebangsaan Jordan melalui fatwa bernombor siri 2/9/3/312 perkara 3/1990 pada 7 Mac 1990 bersamaan 10 Jamadil Akhir 1410 H juga mengesahkan serangan berani mati dikira syahid
4. Majlis fatwa Ulama Pakistan pula mengeluarkan fatwa mengesahkan serangan berani mati adalah syahid pada tahun 1968
 5. Rabitah Ulama Palestin pada tarikh 5 Mei 2001 bersamaan 11 Safar 1422H juga bersetuju serangan berani mati di Palestin adalah syahid
6. Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa serangan berani mati adalah syahid pada tahun 1996.
                      

Bangkitlah kita untuk memahami bahawa Palestin adalah peperangan agama yang berlarutan semenjak zaman awal hingga ke akhir zaman. Kita harus membantu Hamas, paling tidak dengan doa. Dipohon jasa baik para sahabat semua  supaya jangan meninggalkan doa untuk pejuang-pejuang Palestin selepas solat. Sekiranya mampu menyalurkan bantuan kewangan dan senjata adalah lebih baik lagi. Timur tengah tika zaman ini kita hanya mempunyai seorang Ahmadinejad berbanding lain-lain pemimpin Arab yang telah dicucuk hidung. penyatuan kesemua negara Islam amat ditagih dalam membantu saudara-saudara kita di Palestin.
                        Saya tinggalkan pembaca yang sudi berkunjung ke blog insan jahil dan kerdil ini dengan pesanan Dr. Khalil Ismail al-Hayya sebagai ketua WHIP HAMAS; 
"Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelamatkan kerajaan Hamas di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat.
Pilihan kedua adalah teruskan berjuang dan sekali-kali tidak tunduk kepada tekanan. Kami memilih pilihan kedua. Kami akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan.
Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian.
Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan reda pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya"  
                       Insyallah pada tulisan akan datang kita akan mengenali secara lebih teliti siapa HAMAS??? Cabaran menerajui Palestin selepas menewaskan FATAH dalam pilihanraya 2006. Insyallah jika diizinkannya, kita akan bertemu di bawah label 'Anti Zionisme'

Sunday, June 20, 2010

MEMBONGKAR 12 JENAYAH YAHUDI YANG DIRAKAM DALAM AL-QURAN

Beberapa tulisan terdahulu di bawah label 'Anti Zionisme' kita telah melihat kesongsangan dan kejahatan rekaan para  pendita Yahudi melalui sorotan kitab Talmud. Kitab yang dianggap suci dan melebihi kitab Taurat dari kacamata pemikiran/pegangan orang-orang Yahudi.
Tulisan pada kali ini kita ingin membongkar jenayah/kejahatan/kesombongan Yahudi melalui Kalamuallah iaitu  Al-Quran. Berasaskan buku Qabaih al-Yahud  telah digariskan '12 Jenayah Yahudi di Dalam Al-Quran'



1. MENUDUH NABI MUSA BERPENYAKIT KUSTA KERANA ENGGAN MANDI BERSAMA MEREKA
" Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang Yahudi yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkan daripada segala cacian yang mereka katakan; dan adalah dia seorang ynag mulia di sisi Allah" ( Surah Al-Ahzab 33:69)

2. ENGGAN BERAMAL DENGAN KITAB TAURAT, SEHINGGA ALLAH MENGANGKAT GUNUNG TURSINA UNTUK MENGIKAT PERJANJIAN
" Dab (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan Bukit Tursina itu ke ataskamu (dan Kami berfirman) "Ambillah (dan amalkanlah ajaran Taurat) yang kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya). Mereka menjawab "Kami dengar dan kami mendurhaka" Sedangkan kegemaran menyembah patung anak lembu itu telah mesra dan sebati dalam hati mereka dengan kekufuran mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad) "Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh kepercayaan kamu itu kalaulah kamu orang yang beriman" (Al-Baqarah 2:93)

3 TIDAK MAHU BERIMAN, KECUALI JIKA MELIHAT ALLAH SECARA LANGSUNG
"Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang  (dengan mata kepala kami) " Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya" (Al-Baqarah: 2:55)

 "Ahli kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit. (janganlah engkau berasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar daripada itu. Mereka berkata "(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya dapat kami melihatNYA dan percaya kepadaNYA)". Lalu  mereka disambar petir dengan sebab kezaliman mereka (derhaka kepada Allah), kemudian mereka pula menyembah patung anak lembusesudah datang kepada mereka keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka daripada perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). Dan Kami memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu). (Surah An-Nisa; 4:153)

4. MENGUBAH PERINTAH ALLAH
"Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman; "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah daripada benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya apa jua yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri) dan (mintalah ampun dengan berkata)'Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami,' supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang yang berbuat baik" (Al-Baqarah 2: 58)

Kemudian orang yang zalim/durhaka itu mengubah perintah Kami yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya: maka Kami turunkan ke atas orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasiq (durhaka)

5.MENUDUH NABI MUSA A.S MEMPERMAIN-MAINKAN MEREKA KETIKA DIPERINTAHKAN MENYEMBELIH LEMBU BETINA
"Dan ingatlah ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya; 'Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina'. Mereka berkata: 'Adakah Engkau hendak menjadikan kami ini permainan?'. Nabi Musa menjawab 'Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang daripada golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)." (Surah Al-Baqarah 2:67)

6. MENULIS AL-KITAB DENGAN TANGAN MEREKA, LALU MENGATAKAN IA DARIPADA ALLAH
"Kecelakaan besar bagi orang yang menulis kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan mereka), kmudian mereka berkata 'Ini ialah daripada sisi Allah'. Supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu" (Surah Al-Baqarah 2:79)


7. MEMUTARBELITKAN KENYATAAN UNTUK MEYAKINKAN BAHAWA APA YANG DIBACA ITU WAHYU YANG ASLI
" Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (ketua-ketua mereka) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kami menyangkanya sebahagian daripada kita Taurat padahal ia bukanlah daripada kitab itu. Dan mereka pula berkata 'Bahawa ia datangnya dari sisi Allah." Padahal ia bukanlah daripada Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). (Surah Ali'Imran 3:78)

8. MENGUBAH FIRMAN ALLAH
" (Sesudah kamu wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu mengetahui tentang kerasnya hati orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)? (Surah Al-Baqarah 2;75)

9. MENYEMBAH PATUNG LEMBU
" Dan kenangkanlah ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah dia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah dia pergi, kamu menyembah patung anak lembu dan kamu sebenarnya orang yang zalim (terhadap diri sendiri)
"Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah patung anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang yang zalim" (Surah Al-Baqarah 2;92)

10. MENGATAKAN TANGAN ALLAH TERBELENGGU
"Dan orang Yahudi itu berkata;'Tangan Allah terbelenggu (bakhil, kikir)'. Tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu,  bahkan kedua-dua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaan-NYA melimpah luas). Dia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Dia kehendaki, dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan daripada mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian antara mereka sehingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah kepada orang yang melakukan kerosakan" ( Surah Al-Maidah :64)

11. MENUDUH ALLAH FAKIR
"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang (Yahudi) yang mengatakan; Bahawasanya Allah miskin dan kami (yahudi) ialah orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi dengan dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: 'Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar'"  (surah Ali Imran 3:181)

12. MENYURUH NABI MUSA DAN TUHAN BERPERANG UNTUK MEREKA
"Mereka (menolak dengan) berkata: 'Wahai Musa, Sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu."


Demikianlah betasaskan Qabaih al-Yahud tentang jenayah Yahudi yang dapat digali berpaksi Al-Quran. Sangat jelas kesombongan dan bongkak Yahudi bukan sahaja kepada manusia malahan kepada Allah juga. Hakikatnya menentang Yahudi sebenarnya tiada rundingan meja bulat. Tidak ada sebarang makna selama rundingan demi rundingan tajaan Amerika mahu pun PBB. Menentang Yahudi sebetulnya menggunakan senjata dan pertumpahan darah. Amatlah jelik dan dangkal sekali sekiranya benar ada negara yang berkosmetikkan Islam, walhal mengambil Yahudi sebagai penasihat untuk survival kuasa. Tunggu sajalah pembalasan dari kuasa Maha Agung pemilik segala kerajaan langit dan bumi.  
Insyallah pada tulisan akan datang kita akan sama-sama menggali tentang amaliah istisyhadiah (serangan berani mati). Salah satu kaedah yang digunakan oleh gerakan Hamas untuk menentang Yahudi... Insyallah ....



Monday, June 14, 2010

MEMBONGKAR PROTOKOL-PROTOKOL YAHUDI

              Dalam dua tulisan terdahulu di bawah label 'Anti Zionisme', Alhamdulilah kita bersama telah menggali tentang "Gerakan Sulit Yahudi" dan " Keganasan/Tabiat Seks Jijik Yahudi Mengikut Kitab Talmud". Pada tulisan kali ini kita ingin melihat protokol-prorokol Yahudi atau kata mudahnya perancangan yang diatur secara sistematik, terancang dan berkesan untuk menawan dunia ini. Pada masa itu sasaran utamanya adalah untuk menjatuhkan kerajaan Bani Uthmaniah dan membawa masuk orang-orang Yahudi secara sistematik ke Palestin. Satu lagi sasaran utamanya ialah mahu meruntuhkan kerajaan beraja di Eropah.


              Kemasukan Yahudi ke Palestin dengan jumlah seperti berikut:

              Seramai 55,000 orang Yahudi pada tahun 1339H/1919M
              Seramai 108,000 orang Yahudi pada tahun 1344H/1925M
              Seramai 300,000 orang Yahudi pada tahun 1354H/1935M
              Seramai 650,000 orang Yahudi pada tahun 1368H/1948M

             Tahun 1807 merupakan titik mula muktamar Zionis yang pertama. Perhimpunan ini telah  berlangsung  di bandar Fal di Switzerland. Menghimpunkan seramai 300 orang cendiakawan Yahudi yang datang dari  pelbagai kemahiran dan kebijaksanaan. Dianggarkan kesemua mereka mewakili 50 buah persatuan . Tujuan utamanya tentulah mengatur segala perancangan jahat secara teliti dan sistematik untuk memguasai dan memporak-perandakan dunia khususnya negara-negara Islam. Perancangan ini diusahakan begitu rapi dengan tiga konsep iaitu sebelum, semasa, selepas tertegaknya negara Israel di Palestin.
             Antara tahun 1897 hingga 1951 dipercayai kepimpinan Yahudi telah mengadakan muktamar sebanyak 23 kali bagi merapi/mengkaji penyusunan menegakkan penubuhan kerajaan Zionis antarabangsa. Segala perancangan dan keputusan ini dianggap sulit dan rahsia. Hasil kajian dari perhimpunan tersebut maka terhasillah perancangan berikut:

1. MEROSAKKAN SISTEM PEMERINTAHAN YANG SEDIA ADA
Keputusannya mereka sudah melihat negara-negara Islam sendiri sebenarnya sudah tidak mengambil Islam sebagai kaedah urus tadbir negara. Oleh itu mereka hanya perlu menambah kerosakan itu secara perlahan-lahan sehingga tertubuhnya negara Yahudi nanti.

2. 'GOYYIM' TIDAK BOLEH MEMERINTAH MANUSIA
Umumnya pembaca telah mengetahui bahawa 'goyyim' membawa maksud bangsa selain Yahudi adalah di bawah aras binatang. Oleh kerana mereka menganggap diri sebagai bangsa yang mulia, maka kerja memerintah manusia adalah satu tanggungjawab yang suci dan tidak boleh dilaksanakan oleh bangsa lain selain Yahudi.

3. MEMERINTAH GOYYIM SEPERTI BINATANG
Usah kita hairan melihat segala kezaliman dan kekejaman Yahudi ke atas rakyat Palestin. Inilah sebenarnya resolusi awal yang telah ditetapkan oleh cendekiawan mereka. Bangsa lain selayaknya diperintah seperti binatang.




4. MELEKAKAN MANUSIA DENGAN BUDAYA HEDONISME
Jangan terlupa teknologi canggih yang dibawa hari ini oleh Yahudi telah disulam dengan segala macam suntikan berbaur syahwat yang menjahanamkan pemuda-pemudi sesebuah negara. Budaya yang tidak bermoral diserap masuk melalui hiburan dan lain-lain. Kemudian 'darah mereka dihisap' dengan menanamkan doktrin bahawa 'mereka tidak akan mendapat perlindungan selain daripada orang Yahudi'.

5. MENJADIKAN 'PEMIMPIN-PEMIMPIN DUNIA BADUT' - BONEKA YAHUDI
Mereka menyusun rangka sistematik yang bolehlah dianggap pemimpin-pemimpin dunia sebagai catur di tangan mereka. Mengikut telunjuk Yahudi dengan umpanan harta benda, perempuan-perempuan, pangkat-pangkat, pengaruh mengikut keperluan seseorang pemimpin.



6. MEWUJUDKAN KEKACAUAN EKONOMI GLOBAL.
Yahudi telah bersepakat bahawa mereka akan mewujudkan masalah ekonomi dunia dan mereka jugalah yang boleh menyelesaikannya. Ianya bolehlah dianggap teori konspirasi ekonomi. Mereka mencipta penyakit dan penawarnya juga ada pada mereka. Sistem kewangan yang tidak menentu akan menyebabkan negara -negara dunia meminjam dan meminta pertolongan Yahudi. Akibatnya mereka terpaksa akur kepada kekuasaan Yahudi secara langsung dan tidak langsung.


7. MEMPORAK-PERANDAKAN KEHARMONIAN DUNIA.
Yahudi akan menghapuskan perasaan kemanusiaan dengan kezaliman. Meruntuhkan akhlak mulia contohnya apabila bahan pornografi boleh dimiliki dengan cara yang murah dan mudah maka lahirlah generasi Islam yang musnah dengan penzinaan dan pembuangan bayi. Tiada semangat jihad dan jahil agama kerana terlalai dengan dorongan syahwat. Mereka menguasai alam dari pelbagai sudut, cakrawala, darat, air, udara dengan teknologi peperangan dan membuat keputusan mengikut kepentingan mereka untuk menjahanamkan semua bangsa di dunia ini.


8. MESTI BERKUASA UNTUK MEMPENGARUHI PELBAGAI BIDANG
Orang Yahudi mesti menguasai segala ilmu seperti media cetak, elektronik, sebaran am, sekolah, universiti, hiburan, perundangan, ekonomi, sosial, politik dan sebagainya.
 
Jelas segala yang dirancang sangat berjaya dan mendaki puncak dengan kegagalan negara-negara Islam mempertahankan saudara-saudara kita disembelih Yahudi di Palestin. Apa tidaknya hampir kesemua negara Islam bergantung ekonomi dengan Yahudi. Lihat sahaja makanan seperti KFC, MCD, Starbucks  Coffee, Dunkin' Donuts, Levi's, Ralph Lauren,  (sekadar beberapa jenama), tidak termasuk jenama rokok, pakaian, barangan bayi dan pelbagai lagi. Pelaburan Yahudi ada di setiap negara Islam. Pekerja-pekerja pusat jualan ini tentunya orang Islam dan pihak pemerintah menikmati cukai dari produk-produk Yahudi ini.
 
 

Seterusnya disenaraikan Hasil Ciptaan CendiakawanYahudi

Benjamin Rubin                     - Jarum Suntikan Pelalian

Johas Salk                             - Vaksin polio pertama

Gertrude Elion                       - Ubat leukemia

Baruch Blumberg                  - Vaksin Hepatitis B

Paul Ehrlich                           - Rawatan Siflis

Aaron Beck                           - Terapi Kognitif ( rawatan mental, sugul, fobia)

Gregory Pincus                     - Pil perancang keluarga yang pertama

Willem Kolff                          - Mesin dialisis (mencuci buah pinggang) 

Stanley Mezor                       -Mencipta mikrocip yang pertama

Leo Szilards                           -Reaktor nuklear pertama

Peter Schultz                          - Kabel gentian optik
Charles Adler                         - Lampu Isyarat

Benno Strauss                       - Besi tahan karat stainless steel

Isador Kisee                         - Sistem suara pawagam

Emile Berliner                      - Mikrofon untuk telefon

Charles Ginsburg                 - Alat pita rakaman

Demikianlah perancangan licik Yahudi yang telah dimulakan semenjak 1807 lagi, barangkali mungkin juga lebih awal daripada itu. Insyallah pada tulisan akan datang kita akan MEMBONGKAR 12 JENAYAH YAHUDI MENURUT AL-QURAN dan saya tinggalkan pembaca dengan pesan Salahuddin Al-Ayubi (Pejuang Pembebasan Palestin ) "Barangsiapa yang menguasai Juresalem (Palestin), dia akan menguasai dunia" Insyallah! jika diizin Allah, kita akan bertemu lagi di bawah label 'Anti  Zionisme" 




Wednesday, June 9, 2010

MEMBONGKAR KEGANASAN/TABIAT SEKS JIJIK YAHUDI MENGIKUT KITAB TALMUD

Kitab Talmud merupakan pegangan dan kitab yang diimani oleh orang-orang Yahudi, Menurut pendita-pendita Yahudi kedudukan kitab ini jauh lebih suci dan penting berbanding kitab Taurat. Kononnya isi kitab ini adalah apa yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s secara lisan. Semasa Nabi Isa a.s diutuskan kitab Talmud belum dihimpunkan secara sempurna. Nabi Isa a.s mengutuk keras tradisi 'mishnah' (Talmud awal) yang dianjurkan oleh pendita-pendita Yahudi dan kaum Farisi, yang mana kitab ini jelas songsang dan berlawanan dengan kitab Taurat.
Berdasarkan tulisan Hyam Maccoby melalui Judaism on Trail digariskan pandangan Rabbi Yehiel Ben Joseph yang mengatakan " tanpa Talmud kita tidak akan mampu memahami ayat-ayat Taurat. Tuhan telah melimpahkan sewenangnya kepada mereka yang arif, kerana tradisi merupakan suatu keperluan yang sama dengan kitab-kitab wahyu. Para arif itu membuat tafsiran mereka dan mereka yang tidak pernah mempelajari Talmud tidak akan mungkin mampu memahami Taurat..."
Kitab ini mempunyai dua versi iaitu Talmud Jerusalem dan Talmud Babilonia. Antara duanya Talmud Babilonia lebih kencang pengaruhnya. Menerusi kitab songsang inilah dihalalkan segala keganasan dan kezaliman menjadi pegangan kukuh dalam urat nadi setiap makhluk bernama Yahudi.

KEGANASAN YAHUDI MENURUT KITAB TALMUD
1. Ketaatan melampau kepada Rabbi (Pendita)
Erubin 2b; "Barangsiapa yang tidak taat kepada para rabbi mereka akan dihukum dengan cara dijerang dalam kotoran manusia yang mendidih di neraka"

2.Yahudi Bebas Melakukan Jenayah Asalkan Di Tempat Orang
Moed Kattan 17a "Bila mana seorang Yahudi terdorong untuk melakukan kejahatan, dia hendaklah pergi ke tempat lain di mana dirinya tidak dikenali orang dan lakukanlah kejahatan itu di sana"

3. Menganiaya Seorang Yahudi Hukumannya Bunuh
Sanhedrin 58b " Jika seorang kafir menganiaya seorang Yahudi, maka orang kafir itu harus dibunuh"

4. Dibenarkan Menindas Orang Yang Bukan Yahudi
Sanhedrin 57a " Seorang yahudi tidak wajib membayar upah kepada orang kafir yang bekerja untuknya"

5. Lembu Orang Yahudi Bebas Mengganas dan Tidak Boleh Dilukai
Baba Kamma 37b "Jika lembu seorang Yahudi mencederakan lembu kepunyaan orang Kannan, tidak perlu dikeluarkan ganti rugi: tetapi jika lembu orang Kannan mencederakan lembu kepunyaan orang Yahudi maka orang itu harus membayar ganti rugi yang setimpal"

6. Orang Yahudi Boleh Mencuri Barang Kepunyaan Orang Bukan Yahudi
Baba Mezia 24a " Jika seorang Yahudi menjumpai barang hilang kepunyaan orang kafir, dia tidak wajib mengembalikan kepada pemiliknya"
Sanhedrin 57a " Tuhan tidak akan mengampuni seorang Yahudi yang mengahwinkan anak perempuannya kepada seorang tua, atau memungut menantu bagi anak lelakinya yang masih bayi, atau mengembalikan barang hilang milik orang Cuthea (kafir)"

7. Orang Yahudi Bebas Merompak atau Membunuh Orang Bukan Yahudi
Sanhedrin 57a "Jikia seorang Yahudi membunuh seorang Cuthea (kafir), tidak ada hukuman mati, apa yang sudah dicuri oleh seorang Yahudi boleh dimilikinya"
Baba Kamma 37b " Kaum kafir ada di luar perlindungan hukum, dan Tuhan membukakan wang mereka kepada Bani Israel"

8. Orang Yahudi Boleh Berdusta Kepada Orang Bukan Yahudi
Baba Kamma 113a " Orang yahudi diperbolehkan berdusta menipu orang kafir"

9. Orang Yang Bukan Yahudi ialah Haiwan Di Bawah Darjat Manusia
Yebamoth 98a " Semua anak keturunan orang kafir tergolong sama dengan binatang"
Abodah Zarah 36b " Anak perempuan orang kafir sama dengan niddah (najis) sejak lahir"
Abodah Zarah 22a -22b " Orang kafir lebih senang berhubungan seks dengan lembu



10. Talmud Menghalalkan Pembunuhan
Perjanjian Kecil, Soferim 15, Kaidah 10 " Inilah kata-kata Rabbi Simeon Ben Yohai 'Tob shebe goyyim harog'  (Bahkan kafir yang baik sekalipun kesemuanya harus dibunuh)' Ziarah ke kubur Simon Ben Yohai dilakukan setiapa tahun secara rasmi bagi memperingatinya kerana menganjurkan pembunuhan orang bukan Yahudi.

11.Wajib Mengganas terhadap Bukan Yahudi
Ehud Sprinzak, seorang professor di Universiti Jeruslem mengembangkan dan menekankan Falsafah Kahane dan Goldstein "Mereka percaya bahawa telah menjadi iradat Tuhan, bahawa mereka diwajibkan melakukan kekerasan terhadap goyyim ( istilah Yahudi untuk orang bukan Yahudi)

12. Darah yahudi Lebih Mulia
Rabbi Yizak Ginsburg menyatakan "Kita harus mengakui bahawa darah seorang Yahudi dan darah orang goyyim tidak sama"

13. Sepotong Kelingking Yahudi Lebih Bernilai Daripada 1,000,000 Orang Arab
Rabbi Jacov Perrin " Satu juta nyawa orang Arab tidak setanding dengan sepotong kelingking orang Yahudi"

14. Orang Arab Setaraf Anjing
Pada 25 Februari 1994 Baruch Goldstein, seorang tentera darat Israel yang merupakan Yahudi Ortodoks dari Brooklyn telah membunuh 40 orang Islam termasuk kanak-kanak yang sedang solat di sebuah masjid. Baruch Goldstein menyatakan melalui berita CBS News, bahawa jaran Talmud mengatakan orang Arab itu tidak lebih daripada anjing.

TABIAT SEKS JIJIK/ PENGHINAAN KAUM HAWA DAN FITNAH YAHUDI MENGIKUT KITAB TALMUD
1. Memfitnah Nabi Adam a.s
Yebamoth 63a " Adam telah bersetubuh dengan semua binatang ketika berada di syurga"

2. Boleh Mengawini Bayi
Sanhedrin 55b " Seorang Yahudi boleh mengahwini anak perempuan berumur tiga tahun (tepatnya, tiga tahun satu hari)

3 Boleh Menyetubuhi Anak Perempuan Yang Masih Kanak-kanak
Sanhedrin 54b Seorang Yahudi diperbolehkan bersetubuh dengan anak perempuan, asalkan anak itu berumur di bawah sembilan tahun.
Kethuboth 11b " Bilamana seorang dewasa bersetubuh dengan seorang anak perempuan, tidak ada dosanya"

4. Perempuan Perlu Bersetubuh dengan Binatang atau Jin Sebelum Mengahwini Pendita
Yebamoth 59b " Seorang perempuan yang telah bersetubuh dengan seekor binatang dibolehkan berkahwin dengan pendita Yahudi. Seorang perempuan Yahudi yang  telah bersetubuh dengan jin juga dibolehkan berkahwin dengan seorang pendita Yahudi.

5. Pendita Menyetubuhi Pelacur
Abodah Zarah 17a "Buktikan mana pelacur di muka bumi ini yang belum pernah disetubuhi oleh pendita Talmud Eleazar"

6. Tidak Boleh Bersetubuh Selepas Ke Tandas
Gittin 70a "Para Rabbi mengajarkan, 'Apabila  seorang keluar tandas, dia tidak boleh berswetubuh sehingga jarak waktu yang sama dengan menempuh perjalanan sejauh setengah batu, iblis yang berada di tandas itu masih menyertainya selama waktu itu, jika dia melakukannya juga, anak keturunannya akan terkena penyakit ayan (sawan babi)"

7. Menghina Wanita Haid
Pesahim 11a " Sungguh terlarang anjing, perempuan atau pohon kurma, berdiri antara dua orang lelaki kerana akan ditimpa musibah tertentu jika seorang perempuan sedang haid atau duduk-duduk di perempat jalan"

8. Merendahkan Kaum Hawa 
Menahoth 43b-44a "Seorang Yahudi diwajibkan membaca doa berikut setiap hari, 'Aku bersyukur, ya Tuhanku kerana Engkau tidak menjadikan aku seorang kafir, seorang perempuan atau seorang budak belian"



Demikianlah isi hati perut Yahudi mengikut kitab songsang Talmud. Saya tinggalkan pembaca semua dengan petikan kitab Talmud Yahudi ini seperti berikut;
Israel bertanya kepada Tuhannya, "Mengapakah Engkau ciptakan makhluk lain selain bangsa pilihan-Mu (yahudi)?" Tuhan menjawab "Supaya kamu menaiki belakang mereka, menghisap darah mereka, membakar yang baik, mencemari yang suci dan menghancurkan segala yang dibangunkan.

Inilah nilai kita semua di dunia ini di mata, pemikiran dan jiwa orang-orang Yahudi. Insyallah pada tulisan akan datang kita akan sama-sama membongkar protokol-protokol Yahudi... Insyallah jika diizinkan oleh Allah swt..

Nota: warna merah ; nama-nama surah dalam kitab Talmud

Tuesday, June 8, 2010

MEMBONGKAR GERAKAN SULIT YAHUDI

Keangkuhan, kesombongan, kejelikan, kezaliman Yahudi memang tidak perlu digembar-gemburkan lagi. Kononnya mereklah bangsa paling agung dan bangsa lain dianggap hina. Kitab Talmud (kttab Yahudi Ortodoks) meletakkan bukan Yahudi disebut 'goyyim', sama dengan binatang dan darjat mereka di bawah darjat manusia. Kitab ini juga menyatakan Yahudi ialah "umat pilihan"
Apa itu Zionisme? Zion menjadi tempat suci sejak Nabi Daud a.s yang juga seorang raja menakluk bukit Zion yang merupakan benteng pertahanan orang yahudi daripada ancaman kaum Yabus. Nabi Daud a.s tinggal di dalam benteng itu dan mereka menamakan sebagai Bandar Daud (samuel II 5:7-9). Zion lalu dikeramatkan orang Yahudi sebagai tempat tinggal Tuhan, "Indahkanlah suaramu untuk Tuhan yang menetap di Zion" (Mazmur 9:11)
Yahudi menekankan semangat  zionisme iaitu fanatik kebangsaan (keyahudian) dan keagamaan. Methodnya menggunakan kekerasan serta menekankan konsep "matlamat itu menghalalkan apa jua cara" Tipu helah dan kezaliman digunakan untuk memadam nama Palestin di bumi anbia itu. Justeru nama 'Israel' digunakan dan ditabalkan sebagai nama negara yang dirompak, walhal mereka bangsa yang tidak memiliki negara walau seinchi pun.
Apa itu Israel? Israel wujud dari dua perkataan  iaitu isra beerti hamba dan ell beerti Allah dan secara hakikatnya tidak ada sebarang perbezaan anatara Israel dengan zionisme. Kongres pertama Zionis dilangsungkan pada tahun 1897M dan pada tahun 1907 mereka memilih Palestin sebagai target untuk didirikan negara Yahudi. Konsep pemerintahan Yahudi mudah sahaja, bangsa asing wajib tunduk kepada kuasa politik hegemoni perkauman iaitu politik hegemoni satu bangsa (Yahudi). Mereka mengamalkan agenda keselamatan sebagai dasar utama dalam negara. Sesiapa sahaja yang mengkritik atau menentang fahaman hegemoni satu bangsa ini dilabelkan pengganas dan dianggap mengancam keselamatan. Oleh itu semua perlumbaan senjata canggih seperti nuklear hanya boleh dibangunkan dan dimiliki oleh Yahudi, jika ada negara Islam yang mampu membangunkan senjata canggih maka Yahudi akan cepat menggunakan badan dunia sekutu utamanya Amerika Syarikat dengan melabelkan negara Islam itu sebagai pengganas.
 Freemason? Berdasarkan tulisan William Gary Carr " Gerakan Freemason mempunyai satu struktur yang cukup kompleks. Diketuai oleh 13 orang yang digelar Council of 13. Salah seorang daripadanya mengetuai seluruh kumpulan itu. Identiti 13 orang ini amat sulit dan dirahsiakan. Yang pastinya, kesemua mereka adalah Yahudi"
Keahlian ini dibuka juga kepada mereka yang bukan Yahudi tetapi perlu mengangkat sumpah taat setia kepada ketua council of 13. Kedudukan ketua ini dianggap paling tinggi dan tiada siapa boleh mencabar mereka. Kedudukan tertinggi dalam freemason ialah Iluminati ertinya hanya orang yang terpilih dari Freemason tadi akan yang akan diserap masuk ke Ilmunati . Melalui gerakan sulit ini dibina ranting-ranting yang dapat menyusup masuk ke negara lain secara sopan dan bijaksana. Mereka berkembang  dan berselindung melalui aktiviti kebajikan seperti Lion's Club, Rotary Club, Rotaract dan lain-lain.
Gerakan ini menyusup masuk ke negara lain dengan menguasai dunia melalui politik, ekonomi, sosial dan budaya kehidupan.

Berdasarkan catatan 'International Conspiracy' tulisan William Gary Carr, Yahudi meyusun 16 langkah untuk menguasai dunia dan mencapai agenda jahatnya

1. Menggunakan kekayaan, seks, dadah, alkohol, kerosakan moral, penipuan, pengkhianatan, peras ugut dan rasuah
2. Munyusup masuk dalam semua gerakan-gerakan dan menguasainya dari dalam melalui ahli-ahli ilmuinati mereka.
3. Mereka mempunyai pekerja-pekerja mereka (Iluminati) di belakang setiap kerajaan
4.Menguasai setiap bentuk media massa yang ada
5.Merahsiakan ketua-ketua mereka dan kekuasaan yang dimiliki oleh orang Yahudi
6.Memulakan dan menamatkan peperangan
7. Menggunakan keganasan dan kebebasan untuk menguasai orang ramai
8. Menggunakan monopoli antarabangsa
9. Pembekalan senjata
10.Menyebarkan teori dan prinsip yang salah
11.Menukar maksud undang-undang tempatan dan antarabangsa tetapi sebutannya masih sama
12Pasukan tentera penggganas rahsia yang ditubuhkan di merata-rata ibu kota dan bandar di Barat.
13.Membuatkan negara-negara banyak berhutang supaya Iluminati boleh campur tangan dalam urusan negara-negara itu.
14. Menghancurkan sekeras-kerasnya mereka yang menentang
15. Membunuh agen mereka jika agen itu terlalu banyak mengetahui
16. Menggunakan musuh dalam pelan mereka.


Inilah kejahatan, kezaliman yang menggunakan teknik, taktikal sulit Yahudi. Insyallah pada tulisan seterusnya akan dibentangkan KeGANASAN AJARAN TALMUD (KITAB YAHUDI ORTODOKS). Akhirnya marilah sama-samal kita renungkan ayat ini " Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang yang beriman ialah orang Yahudi dan orang musyrik (Surah Al-Maidah 5:82) 



 
Related Posts with Thumbnails