Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Thursday, July 29, 2010

RINTIHAN MARHAIN; KENAIKAN HARGA .......

Ah! agak bosan dengan isu perpaduan UMNO dan PAS. Yang entah telah siri ke berapa kali diulang. Dimomokkan. Tidak ingin mengulas panjang. PAS pernah diperdaya dalam isu perpaduan. Cuma jangan jatuh dua kali di tempat yang sama.
Isu Perpaduan yang dimainkan secara tidak langsung menenggelamkan isu kenaikan harga barang .Sewajarnya isu ini lebih memberikan impak. Kenaikan harga tersebut memberikan impak secara terus dalam kehidupan seharian. Walaupun dimainkan dengan retorik bahasa 'rasionalisasi subsidi', namun minda rakyat tidak statik seperti tahun 70-an. Ah! kata mudahnya 'harga barang naik'.
 
Lalu kisahnya begini;
Pagi itu, hari baru membuka kelopaknya. Hari cuti, apabila aku ke warung kopi di pekan Buloh Kasap. Tika itu jika tidak silap perkiraanku, baru sehari dua diumumkan tentang kenaikan harga minyak petrol,  gula dan gas. 
"Cuba cikgu fikir orang macam saya! Pendapatan saya tajur ikan dengan jual kelapa saja. Mana anak nak sekolah lagi, barang-barang dapur..."
Aku merenungnya simpati.
"yang teruk orang kerja kampung macam saya.." Katanya lagi sambil saya terus merenung kulit wajahnya yang agak gelap kesan dimakan mentari.
"Ya bang! adik beradik, sepupu, kaum kerabat saya pun bukan semua orang senang!" Jawab saya bagi menyokong hujahnya.
"tak tahu la cikgu nak buat macam mana dengan kerajaan yang ada sekarang!" Matanya merenung kopi hitam di dalam cawan di hadapannya.
Saya tidak menjawab. Hanya tersenyum merenung baju biru yang dipakai dengan lambang dacing sebelah kanannya dan lambang dacing itu lebih besar di bahagian belakang baju tersebut.
"Hai! berubahlah wahai orang-orang negeriku!" Bisik hatiku.
Telah terbukti kegagalan, apa yang hendak ditunggu lagi.......... 



Friday, July 23, 2010

MENGENALI KEPIMPINAN AWAL HAMAS; PEJUANG TULEN DI PALESTIN..

Sebelum ini kita telah mengetahui mengapa kita perlu membantu HAMAS dalam perjuangan getir di Palestin. Tulisan kali ini, kita akan cuba menggali tokoh awal yang terlibat dalam perjuangan yang menuntut darah dan nyawa ini.
Antara tokoh-tokoh yang terlibat dengan perjuangan Hamas ini; Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdul Aziz  Al-Rantisi, Khalid Mesh'al, Mahmoud Zahhar, Ismail Haneyyah, Syeikh Salah Syahadah, Ibrahim Maqadmah, Jamal Mansour, Ismail Abu Shanab, Yahya Ayyash.


1. SYEIKH AHMAD YASSIN
Nama besar yang bisa membuatkan Yahudi tidak lena tidur ini dilahirkan pada 1938 di kampung al-Jora. Cemerlang dalam pelajaran,sukan dan disayangi guru-guru. 1964 menuntut di Universiti Ain Shams Kaherah tetapi tidak menamatkan pengajian kerana dipenjarakan pemerintah Mesir atas keterlibatan dengan Ikhwan Muslimin. Dalam masa yang sama tokoh besar ini menyumbang sebagai pendakwah, pekerja kebajikan, guru bahasa Arab dan pernah menjadi khatib di masjid Gaza. Pernah beberapa kali merengkok dalam penjara Yahudi.
Ogos 1998- rumahnya dirobohkan dan dibuang ke Lubnan
Mei 1989 - berikutan operasi serangan yang membabitkan kematian komando dan tentera Yahudi, beliau telah dipenjarakan dan pada 16 Oktober 1991: Mahkamah Tentera Israel menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atasnya.
Ekoran penahanan itu, beliau telah disiksa yang mengakibat lumpuh seluruh badan kecuali bahagian kepala.  sahaja. Di dalam penjara Yahudi, kesihatannya bertambah buruk apabila menghidapi jangkitan paru-paru dan abdomen. Akhirnya pada tanggal 1 Oktober 1997, beliau berjaya dibebaskan melalui rundingan pertukaran tawanan antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis. Walaupun dalam keadaan kesihatan yang buruk, selepas pembebasannya beliau kembali aktif menggerakkan Hamas, terus berjuang menentang Yahudi, apatah tercetusnya Intifadah kedua pada September 2000 kerana Ariel Sharon dan 200 tenteranya telah mencemar Masjidil Aqsa. 
Maka Zionis telah mengambil keputusan untuk  melancarkan operasi membunuh Syeikh Ahmad Yassin. Pada 6 September 2003 rumahnya telah diserang dan beliau terselamat, hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Namun akhirnya 22 March 2004, semasa perjalanan pulang usai menunaikan solat Subuh berjemaah, Zionis telah melancarkan roket yang mengakibatkan mengalirnya darah syahid Syeikh Ahmad Yassin dan anaknya Abdul Ghani serta empat pejuang yang bersama pada subuh pilu itu di bumi Palestin.  

2. DR ABDUL AZIZ AL-RANTISI
Lahir pada 23 Oktober 1947 di Binaa yang terletak antara Asqalan dan Jaffa. Seorang yang warak, pintar dan cemerlang dalam akademik. lulus cemerlang dalam bidang perubatan di Universiti Iskandariah, Mesir (1972) dan seterusnya ke peringkat sarjana (1976) dengan pengkhususan Peditriasi dan Perubatan Kanak-kanak dan menjadi doktor di Hospital Nasir di kawasan Khan Yunus Beliau antara penggerak awal Hamas iaitu dalam tahun 1987 
Atas keberaniannya menentang termasuk tidak mahu membayar cukai kepada rejim Zionis menyebabkan beliau dipenjara. keengganan tersebut kerana berpegang kepada prinsip 'tidak mengiktiraf penjajahan Israel ke atas Palestin'.  
 Setelah melalui pelbagai kemelut beberapa kali di penjara. Beliau menempuh dunia penjara buat kali ketiga pada 4 Febuari 1988 kerana terlibat dalam pemberontakan subversif dan akhirnya dibebaskan pada 4 September 1990.
Apabila dipenjarakan buat kali keempat, beliau merasa sangat gembira kerana berpeluang satu sel penjara bersama Syeikh Ahmad Yassin. Tokoh dan ikon perjuangan Hamas. Peluang dipenjarakan bersama ini digunakan untuk menghafal Al-Quran. Menulis syair-syair perjuangan. Keluar masuk penjara menjadi mainannya dan sentiasa meneruskan penentangan terhadap Yahudi.

 Lalu akhirnya pada 17 April 2004, beliau menyusul pemergian Syeikh Ahmad Yassin. Darah syahidnya tertumpah di tanah palestin apabila kereta yang dinaikinya dibedil oleh helikopter Apache milik rejim Zionis di jalan Al-Jallaa di Wilayah Gaza.

Demikian dua tokoh utama antara yang terawal mengorbankan jiwa, semangat dan nyawa bagi menghidupkan Hamas. bagaimana pun Hamas tidak pernah tandus dengan kepimpinan berwibawa, ianya akan diteruskan dari semasa ke semasa. Selepas pemergian mereka, Hamas mengambil pendekatan merahsiakan senarai kepimpinannya bagi tujuan keselamatan. Bagaimanapun banyak penganalisis  percaya Ismail Haneyyah antara pemimpin yang kolektif bersama Mahmoud Zahhar dan Sayyid Al-Sayyam. Zahhar antara yang senior akan tetapi pilihanraya yang memberi kemenangan kepada Hamas, dari segi kempen-kempennya diterajui oleh haneyyah. Tidak hairanlah kemenangan itu menyaksikan Ismail haneyyah dilantik menjadi Perdana Menteri Palestin yang baru.

Kemenangan mereka menewaskan FATAH (yang sekular dan menjadi kuda tunggangan Amerika dan Zionis) memberikan impak yang besar dalam perjuangan Hamas. Bagaimanapun rejim Zionis dan Amerika telah memberikan tekanan dari pelbagai sudut termasuk ekonomi dan kezaliman. Walhal kemenangan itu adalah satu yang sah kerana rakyat Palestin telah memilih Hamas sebagai wakil mereka untuk mengurus tadbir Palestin.

BERASASKAN PANDANGAN REJIM ZIONIS SENDIRI ;KEKAGUMAN YAHUDI TENTANG SEMANGAT JUANG/JIHAD HAMAS 

Jeneral Ori Saghi, ( Ketua Shin Bit Unit Perisikan Zionis)
" HAMAS memiliki budaya kerja profesional, kerahsiaan tinggi, pelaksanaan operasi yang berkesan dan menonjol"

Penganalisis rejim Zionis (Komentar)
" HAMAS sudah menghasilkan sekumpulan spesis rakyat Palestin yang baru dan mereka adalah pejuang Palestin yang baru.."

Yaacov Jevri ( Ketua Shabak)
" HAMAS adalah satu-satunya gerakan yang kami gagal menembusinya. ini adalah kekuatan sistem dan disiplin gerakan HAMAS"

Ami Iyalon   (Mantan Ketua Shabak)
" HAMAS adalah ancaman paling bahaya kepada negara Israel  dan juga masa depan negara Yahudi di bumi Palestin"

Shimon Romanh (Pemimpin Shabak)
" Pejuang HAMAS berbeza dengan para pejuang lain di Palestin. Apabila berdiri di hadapan mereka. saudara akan mendapati diri saudara di hadapan orang yang tetap pendirian, gagah dan tidak mudah dikalahkan"

Karmi Gelon ( Ketua Shabak)
" Apa yang menjadikan HAMAS berbeza adalah operasi-operasi yang dilakukan adalah unik dan sukar diduga. HAMAS bangkit dengan segera daripada semua serangan yang ditujukan kepada mereka. Walaupun pelbagai serangan dikenakan ke atas mereka, namun mereka menjadi bertambah kuat.."

Nah! inilah yang membezakan gerakan yang benar-benar berasaskan tauhid dan berjuang kerana Allah berbanding parti-parti yang beraliran sekular. Insyallah pada tulisan akan datang kita akan mmenyingkap semula PERJANJIAN OSLO 1993 yang menjahanamkan tanah Palestin... Insyallah


 


Thursday, July 15, 2010

KALUT PEPERIKSAAN: JANGAN SEKAT HAK MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS

         
Secara jujurnya saya memohon maaf kerana pada tulisan terakhir di bawah label PENDIDIKAN KHAS, saya ada menyebut untuk tulisan akan datang saya akan membicarakan tentang ketidaksefahaman antara penyelaras dengan ahli-ahli panitia (Guru-guru Pendidikan Khas). Entah! apabila saya didatangi  persoalan oleh para sahabat guru Pendidikan Khas yang sudi bertandang ke blog insan jahil ini, lalu soalan yang dibangkitkan berkaitan peperiksaan dan cabarannya maka saya memilih untuk menulis tajuk ini dahulu.
            Sesuatu permasalahan yang agak popular berkaitan peperiksaan ini, bila mana Pentadbir (Pengetua atau Guru Besar) tidak mengizinkan murid-murid mengambil peperiksaan dengan alasan akan menjatuhkan peratus sekolah. Sebenarnya berasaskan sistem pendidikan Malaysia dan bernaung di bawah klausa 'pendemokrasian pendidikan; yang mana seseorang individu berhak mendapat pendidikan dan menduduki peperiksaan'. tiada siapa boleh menghalang anak-anak ini untuk mengambil peperiksaan. Seburuk mana pun keputusan yang diperolehi sebenarnya tiada konsep menghalang seseorang murid pendidikan khas untuk mengambil pepriksaan. Secara terbukanya samada guru besar dan pengetua, diingatkan anda tidak boleh sama sekali menghalang anak-anak didik kami ini mengambil peperiksaan hanya kerana bimbangkan peratus lulus sekolah jatuh angkanya. Kamu secara tidak langsung menganiaya anak-anak khas ini kerana menyekat hak dan peluang mereka. Ingat kamu semua akan ditanya berkaitan ini di hari kebangkitan kelak!. Sebenarnya pihak ibubapa boleh menghantar surat ke pihak KPM jika anak mereka dihalang untuk mengambil peperiksaan dan natijahnya akan lebih memburukkan lagi nama sekolah berbanding jatuhnya peratus sekolah.
            Sementara bagi P & P untuk calon-calon peperiksaan samada UPSR, PMR dan SPM terdapat beberapa pilihan dan bolehlah difikir, dinilai dan dikaji mengikut kesesuaian dan kemampuan murid-murid. Ada yang bertanya kepada saya bolehkah diinklusifkan penuh atau separa atau guru-guru PK yang mengajarnya sendiri. Kesemua jawapan itu boleh diterima pakai berdasarkan kemampuan guru, jumlah murid dan kapasiti kelas PK di sesebuah sekolah. Walaupun sedikit masa dahulu pihak perancang dasar menekankan tidak ada konsep inklusif penuh.

1. Jika murid mempunyai kemampuan membaca dan menulis dengan baik. Maka murid ini boleh diinklusifkan sepenuhnya. bagaimana pun dalam kaedah ini guru-guru perlu
1.1Membantu P & P di kelas aliran perdana dengan bersama-sama murid ketika P & P berlangsung ( Sebagai pemudah cara)
1.2 Mendapatkan maklumat daripada guru-guru aliran perdana yang mengajar berkaitan keperluan dan kelemahan murid dan mengambil langkah sewajarnya untuk membantu murid.
1.3 Mendapatkan segala dapatan data tentang potensi murid iaitu rekod pencapaian ujian PK, peperiksaan pertengahan/akhir tahun. Difailkan dan disimpan dengan baik untuk rujukan.

2. Jika murid menunjukkan potensi yang memberangsangkan dalam subjek tertentu sahaja. maka inklusifkanlah subjek terbabit. Manakala subjek yang tidak berpotensi dan dibimbangi sekiranya murid diinklusifkan akan menyebabkan lebih keciciran maka Penyelaras perlu mengambil langkah mengagihkan subjek tersebut kepada gur-guru Pk mengikut kemampuan dan kepakaran. ( saya pernah menggunakan kaedah ini, di mana murid dinklusifkan bagi subjek BM, Sejarah dan Geografi. Selebihnya guru-guru PK memainkan peranan berdasarkan kepakaran. Saya pernah mengajar KH dan memberikan tumpuan kepada topik-topik yang dapat diingati oleh murid dan meninggalkan topik-topik berat yang membabitkan pengiraan. Hasilnya Alhamdulilah murid tersebut memperolehi keputusan C dalam matapelajaran KH. Nama murid: Mohd Faizal bin Hadeni dan sekarang telah berjaya menjadi seorang penternak lembu di Ladang Mados)  Bagaimanapun kaedah 1.3 wajib dilaksanakan


3.  Seterusnya situasi di mana murid tidak mempunyai potensi yang baik sebaliknya ibu bapa mendesak agar murid mengambil pepriksaan ( saya juga pernah menghadapi situasi ini). Tanpa ada sebarang pilihan, Penyelaras perlu mengambil kaedah membahagikan subjek mengikut kemampuan dan kepakaran guru dan tanpa sebarang inklusif. Bantulah sebaik mungkin walaupun kita semua menghadapi risiko besar dan sukar berharap untuk memperolehi kejayaan murid ini. Dalam kes ini penumpuan kepada subjek-subjek yang agak mudah lebih baik seperti BM, KH, Sejarah, Geografi. Kaedah 1.3 tetap wajib dalam apa keadaan sekalipun bagi melihat tahap pencapaian murid.


Inilah perkongsian yang dapat dinyatakan di sini. Bagaimana sekiranya benar, sistem peperiksaan UPSR dan PMR tidak dimansuhkan. Secara jujurnya saya yakin bahawa satu keperluan lain perlu dilakukan bagi penambahbaikkan sistem Pendidikan Khas di Malaysia tercinta ini.

1.                   Lembaga Peperiksaan samada suka atau tidak perlu menyediakan set soalan yang lebih rendah arasnya untuk anak-anak khas ini.

                  Rasionalnya berdasarkan pengalaman saya menangani peperiksaan anak-anak khas ini adalah seperti berikut :
                  Agak menyedihkan, sebagai contoh matapelajaran BM. Berdasarkan pemerhatian saya murid akan gagal untuk menghasilkan karangan yang baik bagi memperolehi markah yang tinggi.  Harus difahami memang daya penaakulan anak-anak khas berada di aras rendah sedangkan menulis karangan memerlukan daya penaakulan yang tinggi. Lihat sahaja murid aliran perdana di kelas hujung, mereka menghadapi masalah menghasilkan karangan apatah lagi kanak-kanak khas khususnya anak-anak bermasalah pembelajaran. Contohnya barangkali tidak diperlukan karangan sebaliknya mengisi tempat kosong pada teks dan pilihan jawapan disediakan bagi menggantikan karangan.
               Saya dapat melihat dari aspek BM dan KH kerana berpengalaman bersama-sama anak ini dalam subjek terbabit. KH bagi label Pendidikan Khas adalah wajar soalan-soalan simple berkiatan nama alatan dan fungsi serta serba sedikit soalan-soalan berkaitan tatacara keselamatan di dalam bengkel. Jika keadaan ini terus dibiarkan kita semua sebenarnya menganiaya anak-anak ini secara tidak langsung kerana dengan label sukatan aliran perdana, soalan yang sama diberikan kepada mereka dalam pepriksaan tersebut.

2. Sekiranya keadaan ini tidak dapat dilaksanakan dalam jangka pendek, maka satu pekeliling berkaitan pengasingan pengiraan peratus sekolah oleh calon-calon Pendidikan Khas dalam peperiksaan utama ini perlu dikeluarkan. Hal ini akan menyelesaikan konflik antara Pentadbir sekolah dengan guru-guru Pendidikan Khas dan anak-anak khas dapat mengambil peperiksaan dengan lapang dada. Pentadbir tentu lena tidur malam kerana tidak membabitkan jatuhnya peratus sekolah oleh calon-calon Pendidikan Khas.
 
              Semuga perkongsian di blog ini tidak disalahertikan. Secara jujurnya 'demi jiwa saya yang sentiasa di dalam genggaman Allah! Pendidikan Khas telah menjadi darah daging saya!" Saya dibayar gaji oleh rakyat Malaysia untuk membantu membangun potensi mereka sebaik mungkin Saya wajar bersuara mengikut apa yang mampu untuk memperjuangkan nasib mereka. Semuga usaha ini tidak dianggap menyalahi kehendak masyarakat Malaysia seluruhnya. Insyallah kita akan bertemu lagi jika diizinkan Allah di bawah label 'Pendidikan Khas'
          

Friday, July 9, 2010

PERMASALAHAN PENDIDIKAN KHAS: PERLUKAH SURAT DIHANTAR KEPADA MENTERI PELAJARAN?

           Awalnya di harapkan tulisan ini dibaca dengan lapang dada dan tanpa prejudis. Ianya hanya pengalaman dan secebis ilmu yang dipinjamkan Allah. Kerdil dan jahilnya saya. Bila datangnya pertanyaan berkaitan permasalahan daripada rakan-rakan Pendidikan Khas yang membeli buku KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS, maka saya sedaya mungkin cuba membantu setakat yang terdaya berdasarkan apa yang diizinkan Allah kepada saya.
           Dalam program Pendidikan Khas Penyelaras adalah seorang arkitek yang membentuk acuan program di sesebuah sekolah.( Pohon merujuk buku KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS, bab 3 dan 4; berkaitan peranan dan tanggungjwab yang perlu dilaksanakan oleh seseorang Penyelaras PK) Beberapa hari lalu melalui FB saya menerima rungutan dari seorang guru pendidikan khas di mana Penyelaras mengutamakan sesuatu yang bukan utama. (Perkongsian ini rasanya tidak diperlukan nama individu yang bertanya, tujuan tulisan ini sekadar berkongsi pengalaman. Bukanlah juga bermakna saya 'serba tahu semua perkara', tiada orang yang sempurna apatah lagi dalam bab kepimpinan) 


      Percayakah atau tidak bahawa di dalam Malaysia (bukan Sabah/Sarawak dalam  Semenanjung Malaysia) masih ada sekolah yang tidak mempunyai kerusi meja untuk murid-murid Pendidikan Khas? Ini bukanlah kali pertama, masalah ini dipersoalkan kepada saya dan perkara ini telah berlangsung agak lama. Sewajarnya masalah ini sudah lama dapat diatasi. Lalu guru tersebut bertanya kepada saya jika menulis surat sehingga ke peringkat Menteri Pelajaran apakah beliau akan digantung kerja. Harus difahami memperjuangkan hak murid-murid bukan alasan yang membolehkan seseorang guru digantung kerja. Sila rujuk pekeliling perkhidmatan awam bahawa 'seseorang yang boleh ditahan kerja merupakan kaki tangan awam yang bersabit kes tatatertib (pecah amanah, dadah, cabul/rogol, pembunuhan, rompakan, senjata api) dan melibatkan pendakwaan mahkamah, itu pun bergantung kepada kes. (Saya guru yang pernah didakwa di mahkamah sehingga dua tahun kerana kes kemalangan jalan raya yang membabitkan kematian dua pelajar sepak takraw peringkat kebangsaan yang saya bawa dengan kereta sendiri dan pernah dicadangkan tahan kerja, pun apabila KPPK mempertahankan saya, Lembaga Tatatertib menolak cadangan tahan kerja terhadap saya. Alhamdulilah!) Jika diizinkan satu masa saya akan menulis pengalaman didakwa di mahkamah. Insyallah.

        Kembali kepada isu murid-murid PK tidak ada kemudahan kerusi meja untuk pengajaran dan pembelajaran. Saya telah menyarankan supaya masalah ini dipanjang mengikut saluran iaitu lisan dan bertulis dan perlu sokongan pentadbir. Pertamanya pihak PPD, seterusnya JPN, KPM. Sekiranya semua usaha ini telah menemui jalan buntu  maka wajar sekali satu surat rasmi menyatakan tentang masalah tersebut di alamatkan kepada Menteri Pelajaran Malaysia. Agak menyedihkan pula dengan peruntukan yang ada sipenyelaras pula membeli sofa yang bukan suatu kepentingan untuk murid-murid. Saya terkedu bila dimaklumkan oleh guru terbabit berkaitan masalah tersebut. Ingatlah kepentingan dan keperluan murid-murid PK adalah keutamaan. Saya tidak menyalahkan pembelian tersebut sekiranya semua keperluan murid-murid sudah berjaya dipenuhi. Banyak yang boleh dilakukan untuk pembangunan kelas Pend. khas seperti menyediakan bilik media, bilik pengurusan diri, bilik masakan, bilik pertukangan, perpustakaan mini, dll ( Dengan izin Allah! Sila berhubung dengan saya untuk tatacara perancangan, penulisan kertas kerja, pelaksanaan untuk program pembangunan kelas Pendidikan Khas) Insyallah dengan izinNYA saya sedia berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang diberikan Allah swt.
           Apa pun, syaratnya pihak pentadbir sekolah memahami bahawa segala lajur peruntukan kewangan Pendidikan Khas perlu digunakan untuk Pendidikan Khas sahaja. Pun dalam banyak keadaan Penyelaras perlu memainkan peranan aktif untuk menggunakan peruntukan tersebut semaksimum mungkin. Bukan salah pihak sekolah sekiranya wang itu ditarik kepada perkara lain andainya  Penyelaras tidak menyusun merancang kewangan tersebut untuk pembangunan Pendidikan Khas atau pembelian ABM yang dirasakan perlu untuk murid-murid.  Semuga kita sama-sama dapat membantu memberikan yang terbaik untuk anak-anak didik kita. 
            Terima kasih kepada semua rakan yang sudi berkongsi permasalahan dengan saya. maaf jika ada perkara-perkara yang dipersoalkan jawapannya tidak memuaskan hati semua pihak. Insyallah saya bukan yang terbaik cuma sekadar memberikan perkongsian pengalaman dan sedikit ilmu berkaitan amanah mengurus anak-anak khas ini. Insyallah di bawah label Pendidikan Khas pada tulisan akan datang saya akan cuba menjawab satu permasalahan  lazim iaitu Ketidaksefahaman Penyelaras dan Guru-guru Pendidikan Khas yang dipertanggungjawabkan dalam kerangka kerjasama. Insyallah bertemu lagi...
                     

Thursday, July 1, 2010

SIAPA HAMAS?; MENGAPA KITA PERLU MEMBANTU HAMAS?


HAMAS adalah parti politik yang sah di tanah Palestin. HAMAS pada asalnya adalah ranting Ikhwan Al-Muslimin (IM). IM telah ditubuhkan di Mesir dalam mentari awal tahun 1928. Sementara HAMAS merentasi perjalanannya panjang dan berliku sehinggalah pada 8 Disember 1987, HAMAS ditubuhkan secara serentak dengan Intifadah pertama. Enam pengasas dan tunggak utamanya; As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdul Aziz Al-Rantisi, Salah Syahadah, Muhammad Sham'ah, Isa Al-Nashar, Abdul fatah Dukhan dan Ibrahim Al-Yazuri   
Sebelum terus membicarakan tentang HAMAS wajar juga kita mengenali serba sedikit tentang FATAH yang ditubuhkan oleh Khalil al-Wazir, Hassan Abdel Hamid, Abu Marahil dan Hamad al-'Aidi. Cuma sayangnya FATAh memilih aliran sekular  Keadaan ini berlaku kerana sewaktu Jamal Abdul Naser menjadi presiden Mesir, belaiu telah menekan dan menindas IM dan IM diharamkan. justeru bermulalah gerakan 'bawah tanah' IM termasuk di Gaza. Oleh itu FATAH yang asalnya dinamakan Briged Keadilan menjalinkan hubungan dengan Jamal Abdul Naser lantas akhirnya mereka cair dalam ideologi sekular Jamal Abdul Naser. Segalanya semakin jelas menjelang tahun 1970 Fatah membawa ideologi mereka iaitu sekular dan nasionalis yang sama sekali tidak selari dengan IM. 
Kembali kepada penubuhan HAMAS yang tersebar ke seluruh tanah Palestin pada 11 dan 12 Disember 1987 dan di Tebing Barat pada 14 dan 15 Disember. Bermulalah perjuangan jihad IM dan rakyat Palestin secara terbuka dan berani dengan nama HAMAS.
MENGENALI IDEOLOGI HAMAS
HAMAS sama sekali berbeza dengan FATAH yang kemudiannya berevolusi PLO yang pada asalnya bertunjangkan Islam dan akhirnya tenggelam dalam kancah ideologi nasionalisme. Sementara HAMAS tulen dan kekal mengikut IM iaitu berteraskan Islam yang syumul sebagai dasar perjuangan mereka.
1. Ideologi, pendekatan, polisi, dasar-dasar HAMAS bersumberkan ajaran Islam.

2. HAMAS meyakini usaha membebaskan tidak akan berjaya tanpa kebersamaan umat Islam seluruh dunia dan bangsa Arab secara keseluruhannya.

3. Isu Palestin adalah milik umat Islam sejagat dan usaha pembebasan Palestin adalah tanggunjjawab semua individu yang mengaku bersyahadah.
 
4. Peperangan dengan Yahudi adalah peperangan tamadun yang bertunjangkan akidah Islam
 
5. Projek Pembinaan negara Israel adalah tajaan dan perancangan barat kerana dari aspek starteginya memberikan keuntungan ekonomi, hegemoni, kebudayaan dan keagamaan kepada musuh-musuh Islam tersebut.
                                                                 
6.Peperangan dengan Yahudi merupakan peperangan yang 'hidup', bukan sekadar merebut tanah air tetapi secara turun-temurun pertempuran hak dan batil.
 
7. Peperangan dengan Yahudi bukan kerana agamanya Yahudi tetapi mereka pembunuh rakyat Palestin, perompak tanah air Palestin, mengancam kesucian Masjidil Aqsa dan 'meyahudikan' kota Baitulmaqddis.
           
8. HAMAS berpegang teguh dengan prinsip jihad sebagai satu-satunya jalan menentang Yahudi. Jihad yang meliputi semua aspek termasuk politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, kebudayaan dan pembinaan semula tamadun Islam. 
                         
9. Rakyat Palestin merupakan pejuang barisan hadapan umat Islam seluruh dunia untuk menentang Yahudi. Oleh itu seluruh umat Islam di dunia ini perlu membantu mereka dalam aspek kelengkapan, persediaan dan kekuatan bagi menghadapi peperangan yang sangat getir ini.

10. HAMAS tetap tekal mempertahankan identiti gerakan kebangsaan yang memperjuangkan kemerdekaan berasaskan  prinsip Islam yang syumul.
                                         
11. HAMAS komited bahawa Palestin adalah tanah air umat Islam yang diwakafkan sehingga hari kiamat. Kegagalan mempertahankan amanah ini akan dipersoalkan pada hari kiamat nanti.

12. HAMAS menghormati prinsip kebebasan berpolitik. mencari titik persamaan antara rakyat Palestin dengan segenap kumpulan bagi satu usaha menentang Yahudi.

13. HAMAS mengiktiraf kebebasan beragama. Kaum Kristian di Palestin adalah saudara senegara yang mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing. Sentiasa memberi ruang kerjasama dengan kaum kristian menentang penjajahan Yahudi bagi membangunkan masyarakat Palestin.


Demikianlah dari segi prinsip dan ideologi HAMAS yang sekarang sedang berjuang mempertahankan  akidah, nyawa dan tanah air Palestin. Menjadi kewajiban kita semua di tanah Malaysia ini untuk membantu HAMAS dalam apa cara sekalipun. Sungguh besar ujian untuk saudara-saudara kita di sana sambil kita di sini menikmati KFC, MCD, singgah minum kopi di Starbuck dan mengunyah Dunkin Donut's, mengenakan jeans Levi's berkemeja Calvin Klein sambil meneguk Coco-cola sedang saudara kita disembelih di tanah Palestin sana.
Pada sisi lain bawah label anti zionisme, kita akan melihat matlamat perjuangan dan mengenali pemimpin-pemimpin HAMAS. Insyallah. 



 
Related Posts with Thumbnails