Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Sunday, December 1, 2013

‘Sayalah guru itu!’ - MENJAWAB KERISAUAN GURU DI SELURUH NEGARA

                Apabila kalimat ‘sayalah guru itu’ mula menjadi mainan di bibir para pendidik itu beerti benarlah kenyataan Syed Qutb
bahawa “satu peluru hanya boleh menembusi satu kepala, satu tulisan boleh menembusi ratusan malahan ribuan kepala’. Inilah yang berlaku ke atas tulisan saya ini  sila klik yang akhirnya dikongsi oleh banyak pihak di laman sesawang jaringan internet walhal saya telah menang kes tersebut pada tahun 2009 dan tulisan itu dihasilkan pada tahun 2010. Lantas muncullah pelbagai persepsi samada yang mengucapkan syukur,  memuji dan tidak kurang juga yang mencaci. Menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan sebahagiannya maklumat yang salah. Ada komen komen yang sempat saya ikuti dan ada juga tidak dapat saya baca sama sekali. Maklumlah ianya bertaburan di sana sini termasuk di jaringan whaasapp. Ah! Moga ada sesuatu yang dapat digunakan sebagai pedoman dari depan itu. In Shaa Allah.
(Ya Allah! Janganlah ada guru kedua selepas ini yang melalui jalan ini)

Pengalaman itu dirakam dalam bentuk tulisan tidak lain untuk memberi sedikit ingatan dan pengajaran kepada semua guru dan rakan rakan (jika diambil secara pemikiran positif). Ekoran itu email mahupun laman muka buku saya muncul soalan-soalan tersendiri berkaitan hal itu. Ada yang bertanya bagaimana caranya mengurus murid dan kenderaan, soalan itu saya tidak jawab kerana menjawab persoalan yang sedemikian besar tidak boleh dilakukan secara terburu buru. Melainkan perlu berfakta, tidak menyalahi dasar, pekeliling dan perundangan negara. Ini kerana tulisan itu bukanlah bertujuan supaya guru guru menentang dan tidak mahu melaksanakan tugas yang diamanahkan. Cumanya ada keperluan yang perlu dipertimbangkan oleh semua pihak (pentadbir, PPD, JPN, KPM) dalam hal tersebut.

                Ya! Seorang guru tidak kebal dari aspek undang-undang. Malaysia dipayungi oleh kedaulatan undang undang yang menjadi teras dalam lima rukunegara. Namun ini bukanlah bermakna kita tidak mahu memastikan anak anak didik kita tidak berpeluang menyertai aktiviti permainan, ko akademik (perbahasan, pantun, forum dll) atau dengan maksud saya aktiviti yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah. Secara ringkasnya saya jawab semua persoalan itu di sini;

1Sentiasa memohon perlindungan dan keselamatan Allah swt dalam semua perkara. (Solat dan mengamalkan doa-doa yang baik dalam segala urusan)

   2.   Pastikan keluarnya cikgu membawa murid keluar dari kawasan sekolah dengan surat arahan rasmi yang disahkan oleh pengetua, walaupun arahan itu dari pentadbir sendiri (perlu bersurat arahan), contohnya; menghantar murid sakit pulang ke rumah dan lain-lain hal yang tidak dijangka. (Umpamanya surat itu daripada pihak PPD mestilah disahkan oleh pengetua terlebih dahulu dengan cop rasmi. Ertinya Ketua Jabatan cikgu membenarkan pemergian tersebut, jangan sesekali membelakangkan ketua Jabatan. Kenyataan ini bukanlah bertujuan mengampu, ianya memenuhi prosedur dalam urusan tugas luar)
     
    3   Sebaiknya jangan gunakan kenderaan sendiri. Gunakan Van atau Bas (jika jumlah murid ramai) yang disewa oleh pihak sekolah. (Perlu dingat jika menaiki van/bas yang disewa, guru perlu ada di dalam kenderaan tersebut sekalipun bukan sebagai pemandu)

   4  Jika guru berani mengambil risiko dengan kenderaan sendiri. (pastikan kenderaan dalam keadaan baik, cukai jalan, insurans, keadaan enjin, tayar dan semuanya dalam keadaan baik dan elok - Harus diingat jika guru memilih kaedah ini beerti cikgu MENGAMBIL RISIKO BESAR kerana yang dibawa adalah nyawa, perginya tidak boleh diganti)

-          Banyak orang akan bercakap sewa dan sediakan kenderaan, realitinya berapa banyak sekolah terutama yang berkedudukan luar bandar tidak mempunyai kemudahan van, bas dll. Setakat ini bas dan van hanya dibekalkan kepada sekolah yang berasrama)  
-          Ada juga yang berkata bawa murid naik kenderaan awam. Realitinya betapa sukar pelaksanaan sesuatu aktiviti, adakalanya tempat tidur dan gelanggan permainan agak jauh, menyukarkan pergerakan untuk urusan makanan, minuman dan lain lain keperluan seperti jika murid jatuh sakit dll)

   5.    Jika kaedah 4 digunakan pastikan pentadbir menandatangi surat kebenaran membawa kenderaan sendiri.

   6.       Simpan semua surat dan dokumen sebaik mungkin (failkan). Sebaiknya jangan keluar kawasan sekolah jika arahan hanya diberikan melalui lisan, baik secara terus mahu pun panggilan telefon. (jika berlaku sesuatu perkara dan dibawa ke mahkamah hanya arahan yang berdasarkan surat rasmi sahaja yang boleh dijadikan BUKTI)

    7.  Surat Kebenaran Ibu Bapa ( Saya akan tuliskan saranan saya kepada pihak KPM)

   8.   Patuhi segala prosedur dan pekeliling sebagai penjawat awam. Bekerja dengan jujur dan ikhlas, In Shaa Allah, Allah swt akan memelihara dan melindungi cikgu.
  
   9.   Menjadi ahli kesatuan perguruan yang cikgu yakini dapat membantu dalam banyak hal. Bukan semua perkara kita boleh dipertahankan dan dilindungi. Contoh kes saya; apabila pendakwaan dilaksanakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan tidak dapat menyediakan peguam kerana tidak berlaku kes peguam kerajaan lawan kerajaan. Oleh itu Kesatuan dapat membantu meringankan beban cikgu dengan menyediakan peguam (Itu pun bergantung kepada mesyuarat exco sesebuah Kesatuan Perguruan) 

Di pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), saya juga mempunyai saranan tersendiri, hasil pengalaman tersebut. Ianya tentu sekali membabitkan kos dan penambahbaikan prosedur.

   1.    Memberikan kemudahan pengangkutan seperti van atau bas (mengikut jumlah murid apabila diadakan sesuatu pertandingan dll aktiviti luar). Ianya boleh dilaksanakan dengan mewujudkan peluang pekerjaan (pemandu) dan membekalkan van dan bas kepada setiap PPD yang berjumlah 134 PPD di seluruh negara.

-          Ya, tentu sekali ianya memakan kos yang agak besar tetapi kesannya guru-guru tidak perlu membawa murid dengan kenderaan sendiri. Ini tentunya memberikan kesan emosi dan psikologi yang lebih baik kerana mengurangkan risiko guru didakwa di mahkamah jika berlakunya kemalangan. Kita sama sekali tidak menginginkannya dan berharap agar semuanya dalam keadaan selamat.

-           Gunakan sistem borang atau online tempahan van dan bas tersebut kepada pihak sekolah yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Bekalkan van dan bas mengikut jumlah murid, susunan program yang dilaksanakan.

-     Mengarahkan pihak sekolah menyediakan van atau bas yang disewa kepada pihak yang mempunyai lesen yang sah dalam hal pengangkutan. (arahan bersurat)

   2. Surat Kebenaran Ibu Bapa bagi membawa anak mereka keluar kawasan sekolah. Surat itu masih ada lompongnya dari aspek perundangan.

-   Surat yang ditandatangan tersebut tidak ada saksi. (Sebagai contoh jika kita menjaga peperiksaan, surat tersebut mestilah juga ditandatangan oleh saksi). Surat kebenaran ibu bapa juga perlu ditandatangan oleh saksi. Cadangan saya saksi bagi pihak ibu bapa boleh dilaksanakan dengan memberi kuasa kepada penghulu, Jkk kampung, ketua jabatan atau yang difikirkan setaraf bagi mengukuhkan pengesahan tersebut dari aspek perundangan.

       3.  Jika berlaku sesuatu kepada guru guru yang menjalankan tugas mereka, pihak KPM, JPN, PPD datanglah menziarahi guru tersebut bagi memberikan sokongan moral dan memulihkan emosi secara psikologi. Segeralah wujudkan Jawatankuasa Kebajikan di peringkat tertinggi yang boleh digerakkan jika berlaku ‘ujian berat’.

   4.    Wujudkan bantuan kewangan kepada guru yang terlibat. Hal yang demikian jika kes tersebut didakwa di mahakamah dan memerlukan wang jaminan maka dengan segera wang itu boleh digunakan. (Walhal wang itu bukan habis pun, ianya akan disimpan dalam akuan simpanan tetap atas nama penjamin sebelum diserahkan kepada mahkamah. Wang itu juga akan dipulang semula selepas kes selesai)

Semuga tulisan ini dapat memberikan pencerahan dan menjadikan guru-guru lebih bersemangat untuk melaksanakan amanah yang digalas. 

Alhamdulilah. 
In Shaa Allah 
Tulisan dihasilkan dengan terbuka dan jujur. Diharap ianya dapat dinilai dengan pemikiran yang positif dan menambahbaik Sistem Pengurusan Pendidikan Malaysia. Maju mundur sesebuah negara bangsa diukur berapa ramai kita melahirkan cerdik pandai. Allahuakbar.

Salam hormat,
Zharulnizam Shah Z.A
Putrajaya, Malaysia
01122013


7 ulasan:

Muhammad Syahmi said...

Terima kasih atas beberapa cadangan di atas. Berguna buat saya yang baru menceburi bidang perguruan ini.

Anonymous said...

Terima kasih tuan atas saranan ini saya panjangkan saranan tuan ini dalam
https://www.facebook.com/groups/gurugemilang/permalink/583996735007917/

rj batu pahat

nonton flim online said...

trimakasih bos atas infonya..
sangat menarik dan sangat bermanfaat...
mantap bos infonya...

Unknown said...

Dah bertahun tahun (luar dan dlm negri tmasuk luar negara) , saya menghantar plajar - this is what we wish to have and help one another in case we face unpleasant circumstances . Diharap pihak yang ada kuasa memanjangkan cadangan cikgu.

Mohammed Khairul Anwar Bin Mukhtar said...

Assalamualaikum cilgu zharul. Boleh tak saya nak berhubung dan berjumpa dengan cikgu? Ini no saya 0179779070. Sangat berharap utk jumpa cikgu kerana ingin buat rujukan sesuatu

NONTON FILM ONLINE said...

trimaksih buat infonya gan,,
sangat bermanfaat,,
sya suka dengan artikelnya,,

mama asas said...

Saya mohon share utk rujukan rakan2 guru lain. T.kasih cikgu

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails