Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Thursday, September 27, 2012

PANDANGAN SEORANG PEGAWAI KETURUNAN INDIA (KPM) TERHADAP TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT.




                Angin malam pantai Port Dickson membelai tubuh kami di Selesa Beach Resort. Sesi terakhir kursus untuk tarikh 27.09.2012 sebelum disambung esok paginya 28.09.2012  Ramai yang terlibat dari pelbagai bahagian di KPM. Termasuk pengajar di IPG dan sedikit guru yang terlibat dengan Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia 2012.
                Diringkaskan cerita semasa menikmati minum malam, kami berbual sesama sendiri. Bersama saya seorang lelaki India bernama S (bukan nama sebenar) yang merupakan pegawai di KPM dari Bahagian………….. Perbualan ghairah tentang jangkaan pembentangan belanjawan negara. AKhirnya perlahan-lahan berkaitan tentang politik dan terpacullah nama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sekarang menerajui kerajaan PAS di negeri Cik Siti Wan Kembang.
                “ Saya pun biasa terlibat dengan ceramah menerangkan dasar-dasar kerajaan. Kita ada dasar yang baik. Cuma pelaksanaan tidak berapa bagus. Macam Kelantan kita memang tidak boleh menang!” Ucapnya bersemangat.
                “Kenapa tuan?” Soal saya mahu membaca pemikirannya.
                You tengok Nik Aziz arrr! Semua orang suka Nik Aziz. Melayu, Cina, India semua boleh tterima dia sebagai pemimpin. Sebab apa? Sebab dia memang pemimpin la. Takde kepentingan diri.” Ulasnya tenang memandang wajah saya
                “ You kalau mahu buku ‘Pemikiran Nik Aziz’ ada dalam kereta saya. Saya boleh ambilkan!” Saya menawarkan buku berlatar belakang putih dengan gambar Tok Guru dari pandangan sisi. Seingat saya terbitan PTS.
                Tak payah! Saya ada. Kawan hadiah masa saya pergi Terengganu! Saya pun suka baca pasal dia ” Katanya sambil isyarat tangan dan saya sedikit terkejut mendengar kenyataannya.
                “Orang tidak nampak dia macam ahli politik. Orang tengok dia tokoh agama. Bila nampak macam tokoh agama, dia nampak sangat baik. Tapi saya berani cakap, bila itu pemimpin ikut agama. Dia akan jadi pemimpin yang baik!” Tuturnya lagi  membuatkan saya sedikit terkesima. Tidak saya duga sama sekali ada di kalangan pegawai KPM yang bangsa India yang membaca buku dan keperibadian Tuan Guru nik Aziz antara tokoh yang disegani oleh kawan dan lawannya.
                Begitulah bila seorang pemimpin berjaya menawan hati rakyat dengan akhlak dan keperibadian yang berlandaskan agama. Meski ramai yang memburukkan beliau sehingga ke tahap mengencingkan gambarnya, akan tetapi masih ramai yang mengkaguminya termasuk bukan yang beragama Islam.
  

Tuesday, September 25, 2012

SELAMAT BERSARA YM UNGKU ABDUL HALIM BIN A. HAMID


                Tidak banyak yang mahu saya kongsikan kali ini. Sekadar cerita tentang penghargaan terhadap seorang lelaki yang saya ‘respect’ kerana tidak banyak bicara tetapi kerja-kerja yang diamanahkan selesai dengan baik. Berkhidmat selama 35 tahun 9 bulan dan 15 hari, YM Ungku Abdul Halim Bin A. Hamid menemui noktah kembara dunia kerjayanya di Kementerian Pelajaran Malaysia.
YM Ungku Halim sedang menyampaikan ucapan
Memandang YM Ungku sebelum majlis bermula
         Dalam satu majlis ad hoc, saya dihubungi Puan Susila Ahmad, sehari sebelum majlis Jamuan MERDEKA, RAYA., HARI MALAYSIA DAN PERSARAAN dan diminta menunaikan amanah sebagai pengerusi majlis. Tidaklah terlalu berat, memandangkan saya sudah kerap kali juga diamanahkan dengan tanggungjawab tersebut sebelum ini.  Cumanya sentimen emosi agak lain sedikit bila membabitkan majlis persaraan. Dalam waktu singkat, saya cuba menggali sejarah perjalanan YM Ungku Abdul Halim dan Alhamdulilah segalanya selesai dengan baik atas bantuan rakan-rakan sepejabat.
Ketika membaca biodata YM Ungku Halim.

Menahan sebak dan akhirnya tumpah jua airmata menceritakan tentang isterinya
                Lelaki yang saya kira tersendiri ini dilahirkan pada 16.09.1956 di Mersing Johor. Menerima pendidikan rendahdi SK Sri Mersing, Johor Bahru, SK Laksamana Kota Tinggi dan SK Temenggung Abdul Rahman Johor Bahru. Seterusnya mengorak langkah ke SM Maktab Sultan Abu Bakar English College, JB.
                Mendirikan rumah tangga dengan Puan Talkha Binti Mohd Ali pada Disember 1988 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata yang kesemuanya perempuan. Sejarah kerjayanya selepas mengikuti Kursus Sains Pertanian di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim.
Dakapan persahabatan

                Mula bertugas pada 01.01.1977 di SM Masai, JB. 1987 mengikuti Kursus Pendidikan Khas (1 tahun) di maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur. 1988 bertugas di SKPK Princess Elizabeth, JB. Kemudian melanjutkan pelajaran di Flinders University, Aadelaide South Australia pada 01.03.1993 hingga 31.12.1995 seterusnya dari SKPK Princess Elizabeth, JB ke jawatan latihan. 1995 dari bahagian biasiswa ke SK Taman Perling JB. 1997 Dari SK Taman Perling JB ke SK Bandar Baru Uda, JB.
Cenderahati dari warga BPKhas disampaikan oleh tuan pengarah
                Pada 16.01.1997 dari SK Bandar Baru Uda, JB ke Jabatan Pendidikan Khas. Sekitar Oktober 2003 menjadi caretaker di SMPKV Indahpura. Pada tahun 2004 dari JPK ke SMPKV Indahpura, JB sebagai penolong kanan, lantas akhirnya kembali bertugas di BPKhas pada 16.05.2007 sehinggalah beliau menamatkan perkhidmatannya di usia persaraan. Sepanjang perkhidmatannya, beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2000, 2006 dan 2009. 

Sebelum 'punch card' terakhir
                 Ucapan yang disampaikan menyentuh hati tetamu di majlis yang dirancang dan dilaksanakan oleh warga BPKhas, KPM. Ternyata lelaki ini penyayang dan mengambil berat orangnya. Di samping bercerita tentang perjalanan kerjayanya, semua menjadi kaget dan ada yang turut sama mengalirkan air mata apabila beliau menyatakan tentang ‘kesakitan’ isterinya. Secara jujur mengakui mengapa beliau tidak memilih untuk menyambung sehingga usia 60 tahun kerana mahu menjaga dan menumpukan perhatian kepada isterinya. Sungguh mulia hatimu tuan!
               Selamat bersara dan semuga Allah sentiasa merahmati dan melindungi tuan sekeluarga.   

Sunday, September 2, 2012

JANGKAAN PARLIMEN BUBAR DAN PELUANG BN -PR





Belum terdengar pengumuman pembubaran Parlimen Malaysia bagi member laluan berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13. Rahsinya hanya diketahui oleh Allah dan para tentera-NYA. Melalui dapatan maklumat yang tidak boleh didedahkan dipercayai FEBRUARI 2013 (bagaimanapun usah taksub dengan dapatan ini). Politik adalah permainan pemikiran yang penuh dengan teknikal dan taktikal. Ianya boleh sahaja berubah pada bila-bila masa. Terpulang kepada DS Najib Tun Razak yang sekarang memegang amanah Perdana Menteri Malaysia.    

BERIKUT DAPATAN DATA TENTANG PELUANG BN – PR BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA.
Status maklumat ; Kajian/risikan……
BIL
NEGERI
BARISAN NASIONAL
PAKATAN RAKYAT
1.
Pulau Pinang
10%
90 %
2.
Perlis
60%
40%
3.
Perak
45%
55%
4.
Kedah
40%
60%
5.
Selangor
50%
50%
6.
Wilayah Persekutuan
40%
60%
7.
Pahang
45%
55%
8.
Kelantan
15%
85%
9.
Terengganu
65%
35%
10.
Negeri Sembilan
55%
45%
11.
Melaka
65%
35%
12.
Johor
65%
35%

Jangan percaya dapatan ini, ianya hanyalah analisis dan dapatan data bagi pihak yang melaksanakan tanggungjawab. Jawapan paling tepat keputusannya diperolehi selepas PRU 13.
Related Posts with Thumbnails