Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Tuesday, May 10, 2011

MAAFKAN AKU PUTRAJAYA!!!

Sunyi pagi
Hanya lampu-lampu jalan menyuluh tubuhmu yang sunyi
2.55 pagi ini aku dengan pelantar besi
meluncuri jalan-jalanmu yang telah sepi
Tidak seperti seawal pagi tadi
atau luncur petang yang mengintai senja
tubuhmu digilis kesibukan



Detik-detik awal kau membelai kembaraku di sini
namun fikirku masih utuh
akan cinta tanah Segamat; tanah lahirku
mengenang segala renda kenangan dan nostalgia
hilai tawa anak-anak syurga yang membunga rezeki
untuk aku menyara ibuku yang sudah tua, seorang isteri,
dua putera dan dua puteri
berkongsi segala rezeki bersama para sahabat haraki.............


Memerhati tasikmu; melukis tentang warna alam dan sepi pagi
merenung gah bangunan pentadbiran; yang menyembunyikan pelbagai cerita dan rahsia
kotak-kotak batu yang menjadi penghuni di sini membancuh mimpi di malam hari
rumah-rumah Allah yang utuh; kubah yang indah
gemersik suara muazzin yang mengkagumkan
aku sendiri..........


Cuma pada puisi terbuka ini
kuingin memohon maaf kepadamu Putrajaya
ingatan semula ketika darah muda menerjah minda
saat aku bergelar mahasiswa di perbukitan Bangi sana
tika itu tubuhmu ini baru mula mahu disolek pembangunan
akulah antara lelaki yang lantang
mempertikai tentang tegaknya tubuhmu ini
sehingga aku tidak pernah terfikir dan menyangka
aku akan berlabuh di atas tubuhmu
selepas lebih satu dekad mencurah keringat di dunia sekolah.....





Cuma aku sendiri tidak pasti
berapa lama kau akan menerima jejak dan kembaraku di sini
kerana engkau sendiri yang berbisik dalam gemalai bayu pagi kepadaku;
”bahawa ini lelaki yang hidup dengan prinsip dan pendirian
bersedialah pada bila-bila waktu
untuk kembali semula ke halaman marhain ...”


ZHARULNIZAM SHAH Z.A
Sunyi pagi Putrajaya 3.40 pagi
06052011

Thursday, May 5, 2011

HAK SETIAP KANAK-KANAK DAN ORANG KURANG UPAYA


HAK SETIAP KANAK-KANAK
Untuk dilahirkan;
Untuk mempunyai nama dan kewarnegaraan;
Gambar hiasan
Untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
Untuk tinggal dalam komuniti dan persekitaran aman dan damai;
Untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat;
Untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;
Untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
Untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya;
Untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;
Untuk berupaya mengekspresi pandangan kendiri


EVERY CHILD HAS THE RIGHT
To be born;
To have a name and nationality;
To have a family who will provide love and care;
To live in a peaceful community and wholesome enviroiment;
To have adequate food and a healthy and active body;
To obtain a good education and develop my potential;
To be given opportunities for play and leisure;
To be protected against abuse, exploitation, neglect, violence and danger;
To be defended and given assistance by the government;
To be able to expree my own views

Kanak-kanak di Iraq semasa pencerobohan Amerika


HAK-HAK ORANG KURANG UPAYA

Perkara 5 – Kesamarataan dan tidak berdiskriminasi (Ketidakupayaan dan menjamin mereka yang kurang upaya kesmarataan dan perlindungan undang-undang yang efektif terhadap apa juga bentuk diskriminasi)

Perkara 7 – Kanak-kanak kurang upaya ( dalam semua tindakan, kepentingan terbaik kanak-kanak OKU menjadi satu pertimbangan utama)

Perkara 9 - Kebolehcapaian ( Memastikan semua maklumat, komunikasi, perkhidmatan, kecemasan,  samada dalam apa bentuk seperti bangunan, teknologi, reka bentuk; dalam kata lain dibangunkan, pemantauan, diumumkan selari dengan garis panduan bagi kebolehcapaian  kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan terbuka.

Perkara 19 Hidup secara berdikari dan tergolong dalam masyarakat ( Pengiktirafan masyarakat, peluang memiliki kediaman, akses maklumat terkini, perkhidmatan sokongan yang lain.

Perkara 24 Pendidikan (Perkembangan penuh potensi diri, maruah, harga diri, pengukuhan penghormatan, peluang mengakses pendidikan menengah dan rendah secara berkualiti, percuma; hak asas seperti manusia lain;
 pembangunan akademik dan sosial, konsisten dengan matlamat rangkuman lengkap; pembelajaran braille- skrip alternatif, cara-cara agama, format-format komunikasi, kemahiran-kemahiran mobiliti, sokongan rakan sebaya;
pembelajaran bahasa isyarat dan mempromosikan identiti linguistik untuk komuniti bermasalah pendengaran

Perkara 25 - Kesihatan ( kualiti, piawaian penjagaan kesihatan secara percuma atau mampu mereka biayai; penyediaan perkhidmatan kesihatan kesihatan yang hampir dengan komuniti-komuniti mereka sendiri termasuk di luatr bandar; tiada diskriminasi untuk memiliki insurans kesihatan, insurans hayat..

Berikanlah HAK kepada yang BERHAK........  

(TULISAN INI BERASASKAN MAKLUMAT KONVESYEN-KONVESYEN DAN UNDANG-UNDANG YANG MENJAMIN HAK SAMA RATA SEMUA KANAK-KANAK DAN OKU UNTUK KUALITI PENDIDIKAN DI PERSEKITARAN YANG MENYELURUH-UNESCO)


Related Posts with Thumbnails