Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Wednesday, September 29, 2010

ISU PENGHINAAN ISLAM OLEH PADERI BENJAMIN STEPHEN : SURAT TERBUKA KEPADA TUAN PERDANA MENTERI MALAYSIA







Tuan Perdana Menteri - Dato Seri Najib Tun Abdul Razak


Tuan Perdana Menteri,
Isu ini bukanlah baru; cumanya orang-orang kecil seperti kami
yang sangat perasa apabila Islam ;
diperkotak-katikkan/dihina/dipermainkan/dicaci/dimaki sehingga
ke peringkat menyebut sesuatu yang sulit di tubuh kaum Hawa

Aku hanya orang-orang kecil mewakili marhain golongan bawahan
barangkali kesibukan Tuan Perdana Menteri mengurus negara; ekonomi, pembangunan, perpaduan, menyelesai masalah antarabangsa 
makanya tidak sempat menonton youtube bila Islam dihina...

maka dengan ini selepas juak-juak menteri yang dipertanggungjawabkan
sepertinya Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
telah mengeluarkan kenyataan; seorang terkejut dan seorang berjanji
mengambil tindakan tegas...

Diharap ini bukan sekadar cakap-cakap gunung, 
atau janji-janji yang seperti hampas terbuang dimakan beburung di jalanan sunyi
kerana Islam tidak berjuang menggunakan pedang
namun Tuan Perdana Menteri tentu pernah membaca sirah Nabi..
Jika pilihan yang ada telah sampai ke kemuncak.........
maka darah akan jadi taruhan


Begitu tinggi gunung Ledang
tinggi lagi harapan marhain yang tidak rela Islam dihina
kerana tuan perdana menteri tunggak utama pemimpin negara 
Islam pula agama rasmi....
kerana bimbang juga nanti kalau dibiar-biar
yang dicaci akan berduri
yang dimaki akan berapi
lalu akan gagallah konsep perpaduan angka satu negara


Salam hormat.
 (terima kasih! kerana sudi membaca surat ini sehingga ke noktah terakhir)
keterangan lanjut baca di sini dan baca di sini

Nota terkini: sepertinya video youtube penghinaan tersebut telah dibuang. Untuk semakan terkini jam 1.15 petang 29.09.2010 namun luka ini tetap belum sembuh...

Thursday, September 23, 2010

NAQHUHINES DAN 'RENGSA'

RENGSA sudah empat tahun diterbitkan oleh Tintarona Publications Sdn Bhd. Nilainya RM31.50. Saya kira orang akan memikirkan 1000 kali untuk membelinya. Tebal pula 750 muka surat dengan situasi memerah fikir selama dua tahun untuk melangsaikannya. Alhamdulilah saya bersyukur kerana kebanyakan segelintir (yang dapat ditemui) yang membeli mengakui mereka berasa berbaloi mengeluarkan kos tersebut untuk menikmati RENGSA
Ketika novel ini menjengah  pasaran saya belum mempunyai blog untuk mempromosikannya, sementelah blog yang sedang ditatap ini pun bermula April 2010 dengan hadiah ihsan sahabat yang sama menulis Zaid Akhtar.
Minggu yang agak sibuk(19 hingga 25 September 2010) akan tetapi 23.09.2010, apabila saya menjengah blog ini. Dia meninggalkan jejak. Saya kunjungi blognya  lalu....    
Sungguh sayu terharu apabila menjengah blog sahabat ini. Sebelum ini saya ada juga membaca beberapa pengulas lain mengenai rengsa. Biarpun ada pujian dan ada juga kritikan (diakui tidak ramai yang mengulas RENGSA). Sebagai penulis ianya diterima dengan terbuka untuk memantapkan karya pada masa akan datang. Sungguh berlainan sekali dia mengulas RENGSA sehingga membacanya segala rasa wujud dalam diri saya. Bukanlah saya mabuk atau dicandu puji. Ulasannya membuatkan BUDIN kembali segar dalam diri saya dan teringat 'mistik' yang dialami semasa mengarang RENGSA. Mistik itu biarlah menjadi rahsia peribadi.
Saya rasa sedih dan gembira menjadi satu apabila dia ke perpustakaan untuk mencari karya saya yang lain selepas membaca RENGSA tetapi tidak menemuinya. Insyallah diizinkan Allah 2011 novel terbaru saya berjudul BILA CINTA BERISTHIKARAH akan diterbitkan oleh PTS. Jika panjang umur dan ada rezeki karya Insyallah ditemui..
Apa pun.  Terima kasih atas ulasan, sokongan dan dorongan sahabat ini. Sesungguhnya Rengsa adalah sebuah kajian yang berlaku dalam masyarakat Melayu.. Untuk membaca tentang  NAQHUHINES DAN 'RENGSA' Sila klik   http://naqhuhines.blogspot.com/2010/09/rengsa.html

Wednesday, September 15, 2010

AL-FATIHAH; PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI; IKTIBAR UNTUK 'MELAYU' - UMAT ISLAM DI MALAYSIA

                    Pertamanya marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada Datuk Sosilawati dan tiga mangsa lain yang terlibat dengan pembunuhan kejam ini. Gaya cara dan tindakan yang di luar batas pemikiran orang yang waras. Bunuh. bakar dan abunya di buang ke sungai. Sadis dan di luar norma-norma kemanusiaan. Hendak disentuh tentang iman dan takwa, tertuduh bukan dari golongan Islam. Dalam suasana kehilangan kesemua mangsa di penghujung Ramadhan dan kemudiannya dalam suasana kemeriahan aidilfitri, semua umat Islam Malaysia dikejutkan dengan penemuan mangsa dalam keadaan yang cukup memilukan.Lalu apa yang dapat diketahui daripada laporan akhbar dan siasatan awal motif pembunuhan adalah kerana pertelingkahan tentang wang. Sungguh apabila wang dijadikan 'tuhan' maka manusia akan jadi edan.... 







Suspek utama perancang kepada pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 mangsa yang lain. Dia ialah DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (690211-10-5525).

             Pembunuhan sadis ini tentu sekali mengacau pemikiran orang-orang yang waras; Apa pun kita sebagai orang yang beriman dengan qada dan qadar tidak boleh membawanya dengan sentimen terlalu beremosi, sebaliknya hendaklah dibajai perasaan sabar, redha dengan fikiran yang jernih . Ya! saya sebagai saudara sesama Islam juga turut tercuit emosi kesedihan apatah lagi keluarga mangsa.  Kita tidak dapat memintas takdir lalu takdir itu harus kita redhai walaupun pahitnya lebih daripada hempedu ular.  Pun percayalah! mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Insyallah kita akan beroleh kemenangan. Bersyukur kepada Allah kesemua tertuduh telah ditangkap. 
           Cumanya apabila membaca beberapa blog dan FB berkaitan pembunuhan ini yang akhirnya membuatkan saya memililih untuk mengorbankan malam raya kelima ini untuk menulis sesuatu di blog ini. Munculnya sekian banyak persoalan di sebalik iktibar yang harus kita gali dan kaji untuk panduan hidup hari depan.

1.Siapakah sebenarnya  Hindu yang bergelar Datuk ini dan siapakah yang berada di belakangnya.? Ada juga blog yang  memberikan  maklumat kononnya beliau ahli bar council dan kuat berpengaruh sehingga undang-undang tidak mampu menjatuhkannya (sebelum ini)? 
 2. Banyak komen-komen di FB yang mengungkit tentang bagaimana kaum Hindu berarak menuntut keadilan dengan kematian Kugan dan tentang Hindraf. Tertuduh bergelar Datuk ini juga dimaklumkan sebagai peguam yang mewakili Hindraf (sejauh mana kebenarannya tidak dapat saya pastikan). Lalu apa yang dibuat oleh badan-badan dan ahli-ahli politik  yang sebangsa dan seagama sebagai pendesak dalam kes Datuk Sosilawati dan tiga individu lain yang dibunuh kejam ini?

 Walaupun terdengar kenyataan Dato Hishamuddin Tun Hussien dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan ini bukan isu perkauman. Akan tetapi dapatkah kita membayangkan jika yang membunuh adalah kaum Melayu dan yang terbunuh adalah bangsa lain? Renungkan.. 
(maaf ! Munafiklah kalau seseorang tidak mempunyai perasaan cinta kepada bangsanya)



SURENDREN A/L NALLIANNEN (720801-10-5773)


























Cuba renung-renung! sudah banyak yang kita korbankan untuk menjaga perasaan bangsa asing. Walhal tanah Malaysia bertuah ini milik kita. Saya juga agak tersentuh apabila ada komen di FB yang mengaitkan hamburan badan pendesak yang gagal bertindak menzahirkan sokongan dan tuntutan keadilan (walaupun pihak polis melaksanakan tugas menyiasat dan menangkap tertuduh). Maaf cakap! mana PERKASA, Pemuda UMNO, PAS, PKR!!!  Mana??? Mana??? Mana???. 
Renunglah! saya ingin ulang ayat yang telah ditulis tadi " Akan tetapi dapatkah kita membayangkan jika yang membunuh adalah kaum Melayu dan yang terbunuh adalah bangsa lain? Mungkin telah bergegar pejabat PM dengan sepanduk dan jerit lolong mereka menuntut keadilan! 
Ya! kita terima tapi mana sentimen dan sensitiviti kita???? Mana???

 GAMBAR-GAMBAR LOKASI  PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI

BANTING, 12 September 2010



 -- Kelihatan dipercayai waris-waris mangsa yang telibat dalam pembunuhan menunggu dengan sabar di jalan masuk kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya di Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat Morib di sini, hari ini.


Unit skuba siap siaga untuk menyelam ke dalam Sungai Kancong Laut bagi mendapat  bukti dan dipercayai di dalam sungai inilah abu mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya dibuang berhampiran Ladang Gandong, Tanjong Sepat




Lantas akhirnya kita layu di tanah air sendiri.  Sebenarnya kita semua yang mengaku Melayu yang bersyahadah perlu kembali kepada Allah dan Rasul-NYA.

Selama mana kita jauh dari Al-Quran dan Al-Hadith kita akan diratah oleh musuh-musuh kita seperti sserigala meratah biri-biri. Percayalah jika semua umat Islam di Malaysia kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadith nescaya ;
1. Kita hanya akan ada satu politik sahaja yang mewakili bangsa Melayu - Islam. 
2. Pemimpin yang berlandas Al-Quran dan Al-Hadith akan menjalankan tanggungjawab dengan amanah   jujur, ikhlas dan tidak mengaut harta kekayaan negara untuk kepentingan peribadi.
3. Kita akan menghasilkan pasukan tentera, polis yang berwibawa, dapat membezakan yang hak dan batil. Sanggup mempertahankan agama, bangsa, tanah air dengan keberanian dan tertanam semangat jihad fisibilillah. (Maaf cakap! Panji negara dipijak orang pun kita boleh tolak ansur! Walhal panji itu adalah maruah sesebuah negara)
4. Kita akan menghasilkan generasi yang berilmu dengan asas utama iaitu Tauhid. Allah segala-galanya! Tiada permulaan dan pengakhiran! Punca segala kuasa!  Pemilik segala kerajaan langit dan bumi! Sentiasa berasa Allah sentiasa disisi samada di tempat ramai mahupun bersendiri.

Saya tahu pembaca akan berkata! Bunyinya idealistik caranya bagaimana???
Caranya semua kita baik yang kaya mahupun miskin:  keluarga, masyarakat, pemimpin, sistem semuanya berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith.....

Tahukah Melayu Malaysia bahawa Salahuddin Al-Ayubi dan tentera2nya tidak meninggalkan solat tahajud........... Penekanan tauhid dan cara hidup. Siapa boleh gugat jika kita akrab dengan Allah dan Rasul-NYA???

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!  Segala puji jua untuk penghulu kami Muhammad SAW Ya Allah! selamatkanlah diriku, kaum keluargaku, sanak saudaraku, jiran tetanggaku, sahabat-sahabatku, org2 yang kukenali dan org2 yg mengenaliku, semua umat Islam di yang beriman kepada-MU di tanah Malaysia ini dari penindasan, kejahatan,kekejaman, kezaliman sesama makhluk...

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Ya Allah!  Amponkanlah semua dosa-dosa kami. Jadikanlah kami umat Islam yang kuat , kukuh, berpegang teguh kepada temaliMU iaitu Al-Quran dan AlHadith. Agar kekuatan itu dapat kami gunakan untuk mempertahankan agamaMU, saudara-saudara kami, agar kami tidak dianiaya di negara kami sendiri, agar bangsa kami tidak diperkotak-katikkan oleh musuh-musuhMU ya Allah!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Jadikanlah kami bangsa yang bersatu. bersatu di bawah panji kebenaran dan kerahmatanMU. Bersatu  mengikut  Al-Quran dan Al-Hadith. Hidup kami, mati kami, segala urusan kami berasaskan tauhid iaitu kecintaan kepada-Mu dan Muhammad SAW

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!  Dengarlah rintihan kami ya Allah! pandanglah wajah kami ya Allah! Terimalah permohonan kami Ya Allah!  Hanya kepadaMu ya Allah kami menyembah! kami menyerah! kami pasrah ya Allah! 

Amin Ya Rabbal-alamin...




Monday, September 6, 2010

INSAN DAN AIDILFITRI

  Alhamdulilah! beberapa mentari lagi bara Aidilfitri yang galak menyala akan menjadi api yang marak membakar suasana...
Bersyukur dengan sebenar-benar syukur dan takwa... ada rakan-rakan, sahabat-sahabat, saudara-mara, para kenalan dan kata tepatnya ada insan yang telah dijemput untuk merentasi Aidilfitri kali ini di alam barzakh... Bukan menolak kematian. Itulah hakikat kehidupan... Kita juga satu masa akan merentasi alam barzakh apabila sampai detiknya nanti. Cuma bersyukurlah masih diberi kesempatan sementara roh masih melekat di dalam jasad

Sesungguhnya Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa, dapat menunaikan ibadah puasa, membayar zakat dan beramal soleh sepanjang Ramadhan.............

Kajilah dari mana-mana sudut, mana ada suatu ruang dogma, kepercayaan dan prinsip selain Islam yang memberi ruang dan peluang untuk manusia membersihkan dosa sesama manusia. peluang bermaaf-maafan dengan hati yang tulus, bersih dan tawaduk kerana Allah dan RasulNYA... 

Dalam keghairahan kita menyambut aidilfitri ini jangan lupa dengan takbir, tahmid, syukur dan menyambutnya dengan penuh keinsafan kerana Allah swt. 
Kita sendiri pun tidak dapat memberikan satu kepastian apakah kita akan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan untuk tahun hadapan.. Mudah-mudahan...

Lalu sambutlah aidilfitri ini dengan segala puji-pujian dan puja-pujaan kepada Allah swt........Jangan lupa juga mendoakan saudara-saudara kita yang sentiasa berjuang mempertahankan akidah, nyawa dan tanah air di seluruh dunia khususnya di Palestin, Afghanistan, Iraq dan lain-lain yang melalui ujian yang seiras dengannya...
Akhirnya pohon maaf zahir dan batin kepada semua para saudara, sahabat-sahabat, jiran tetangga, para kenalan dan kepada semua yang sudi menziarahi blog tidak seberapa ini...

Maaf zahir dan batin....
Selamat Hari Raya Aidilfitri........ 
Related Posts with Thumbnails