Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Tuesday, January 31, 2012

SECARA IKLIM POLITIK MALAYSIA; MENGAPA UMNO TIDAK BOLEH BERSATU DENGAN PAS?




Pagi Putrajaya yang tenang dengan deru deretan kereta dan motosikal pegawai, staff mahu pun pekerja biasa yang mencari rezeki di sini sudah tidak asing.  Pagi itu saya bersarapan dengan sahabat-sahabat dari bahagian lain. Katanya seorang lelaki ‘berpengaruh’ dalam hieraki pentadbiran kementerian ingin menemui saya. Mesej yang disampaikan oleh seorang sahabat bahagian lain yang selalu bertukar pendapat dengan saya tentang urus tadbir dan perkembangan politik tanah air. Apa mahunya daripada seorang lelaki anak kampung yang membawa kelana ke kota pentadbiran ini.  
Saya bergerak turun dari cafĂ© bangunan E2 sesudah menghabiskan segelas nescafe nipis. Lelaki (terima kasih Encik …….) yang menyampaikan berita tadi berlalu meninggalkan saya.
“Ok bang Z…. selamat.” Katanya dan saya membalasnya dengan anggukan.
Sampai ke bawah betul-betul dia sudah menunggu. Memberi salam dan berjawab salam. Dia memperkenalkan dirinya, saya sedikit kaget.
“Saya dari Unit……”
Saya anggukan kepala . Debar dan tunda menunda antara gelisah dan tanda tanya. Mahu apanya? Apa pulak?
“Ke mana? Hari ini saya belanja. Nak ke Anjung boleh, kalau kita hendak keluar pun boleh” Pelawanya dengan ramah.
 “ Sini sahajalah tuan, ada beberapa kertas kerja dan Laporan Bahagian….. yang perlu saya selesaikan dan hantar kepada Unit Komunikasi Korporat (UKK)” Jawap saya jujur.
“Ok. Kita ke Anjung”   Katanya lembut.
Kami keluar dari bangunan E2 dan bergerak ke Anjung sambil mata saya memerhati bangunan Menteri Pelajaran Malaysia yang bersetentang dengan bangunan E2. Hanya dipisahkan oleh bulatan laluan kenderaan.
Sampai di Anjung segelas lagi Nescafe bakal masuk ke perut saya. Saya dipelawa makan tetapi saya menolaknya
“Saya dan my team dan baca tulisan Encik Z… berkaitan politik di blog P….., S…. . Kami suka pandangan dan idea Z….!” Saya hanya menjadi pendengar. Saya pun tidak pasti samada pujian itu benar atau sekadar psikologi mahu memerangkap saya.
Dipendekkan cerita.
“Apa pandangan Encik Z… tentang penyatuan UMNO dan PAS?”
Ah! Isu ini sudah agak basi.


“Untuk apa tuan?” Tanya saya merenung wajahnya.
“Survival kuasa Melayu. Sebagai orang yang membaca dan menulis tentu Encik Z…. tahu bahwa kuasa ekonomi dimiliki oleh orang Cina, yang kita ada hanya kuasa politik. Itu sahaja.” Katanya lembut dan tenang.
“Allah dah beri kuasa di Malaysia kepada orang kita tuan. Tapi tuan percaya tak kalau saya kata bukan semata-mata kalau roket bersama Pakatan Rakyat, kita hilang kuasa. Hakikatnya sekarang pun kita jadi boneka sebab kuasa itu boleh dibeli dengan kuasa duit orang Cina. Yang menjadikan mereka menguasai ekonomi pun orang kita. Tender pun banyak ‘ali baba’”. Saya memberanikan diri melontar pendapat menurut persepsi saya.
“Itu yang saya suka. Encik Z… kritis dan tajam. Saya tidak menolak pandangan itu. Tapi soalan saya masih belum dijawab”. Dia memang lembut dan tenang. Sesuai dengan usianya yang saya kira barangkali melebihi angka 50. Mungkin!
“ Apalah sangat pandangan saya tuan. Pucuk pimpinan kedua-dua parti terbesar yang dianggap mewakili Melayu ini lebih tahu.” Jawap saya masih tanpa objektif.
“Betul. Tapi saya hendak dengar pandangan En Z…..” Matanya memandang saya. Gutas hati saya masih berbelah bagi. Jujurkah lelaki di hadapan saya ini atau…..  
“Beginilah tuan penyatuan dalam aspek mana. Gabung ?” Tanya saya dengan yakin dan berani.
“Ya! Gabung jadikan satu parti Melayu sahaja. Tolak ansur. Kita lebih kuat.” Balasnya yang sentiasa tenang.
“Silap tuan. Kalau tuan kata UMNO bergabung dengan PAS untuk kita jadikan satu parti dan letaklah nama apa lepas gabung. Beerti kita melakukan kesilapan besar dalam iklim politik di Malaysia.” Jawap saya separuh berdebar.
“Ok. Alasannya? Tapi mesti konkritlah!” Katanya lagi, kemudian meneguk teh susu.
“Baik. Hari ini Barisan Nasional masih mewakili rakyat untuk urus tadbir negara. Ada berapa parti yang mewakili orang Melayu dalam BN. Tolak dulu buruk baik UMNO. Cuma ada satu sahaja iaitu UMNO. Cuba tuan kira berapa banyak parti lain yang menjadi komponen dan mewakili Cina.”
“Teruskan!” Dia mahu mendengar pandangan saya yang seakan sekerat jalan. Memang sekerat jalan pun. Belum habis lagi.
“Baik di pihak Pakatan Rakyat ada berapa parti yang boleh dianggap mewakili Melayu. Hanya PAS sahaja tuan. PKR ada berbilang bangsa. DAP sememangnya mewakili kaum Cina walaupun hari ini mereka buka keahlian untuk Melayu. Startegi tu, saya rasa tuan pun tahu. Kalau kerusi DUN mereka banyak, mereka tentu mahu MB sesuatu negeri datang dari DAP dan tentunya syarat Melayu itu dipenuhi.”    
“Pasal itu kena gabung. Penulis macam Z…. kena banyak menulis dan bercakap tentang penyatuan ini. Untuk agama dan bangsa’ Katanya dan saya balas dengan gelengan kepala.
“Siapa saya tuan. Malulah! Banyak penulis lain yang lebih hebat tuan! Tuan peka dengan apa yang saya tulis pun dah Alhamdulilah!. Tok Guru Nik Aziz tu bukan calang-calang tuan. Kenapa Tok Guru tolak sebab kalau tuan kaji sejarah tahun 1970-an pun pernah berlaku. Tengok siapa khianati siapa” Saya merenung wajahnya, pagi dingin sudah mula membahang.
“Kita tidak boleh gabung. Sebab keadaan akan datang kita tidak tahu. Hujah saya mudah. Jika rakyat masih memberi mandat kepada BN, orang melayu ada UMNO. Walaupun ada banyak perkara yang UMNO perlu ubah terutama dalam hala tuju dan sikap kepimpinan khususnya niali-nilai keagamaan. Kalau generasi baru memilih Pakatan Rakyat. Orang Melayu ada PAS”. Dia memandang saya tepat tanpa berkelip.
“Kalau kita gabung jadi satu parti sahaja beerti kita menggali lahad politik untuk bangsa kita sendiri. Barangkali sepuluh dua puluh tuan lagi, kita pun dah berhadapan dengan Munkar dan Nangkir. Kita tidak tahu apa pemikiran generasi pada ketika itu. Kalaulah kita gabung jadi satu, ia hanya untuk satu jangka pendek sahaja. Kalau pada masa itu generasi baru memberi pembangkang menjadi kerajaan beerti Melayu akan jadi pembangkang di Negara sendiri.” Lama dia terdiam mendengar hujah saya. Kemudian menganggukkan kepala. Saya menyambung lagi.  
“Tidak boleh tuan. Biar UMNO ada dalam BN dan PAS ada dalam Pakatan Rakyat. Ianya seimbang. Kita kena ingat di mana-mana Negara pun tidak ada satu parti pun yang boleh kekal selama-lamanya. LDP boleh perintah Jepun pun 52 tahun sahaja. Bukan LDP tak bagus tetapi rakyat mahukan pembaharuan. Katalah sampai takdir Allah PR menang, oraang Melayu ada PAS dan UMNO akan menjadi check and balancenya seperti sekarang UMNO dalam BN, PAS menjadi check and balancenya. Jangan kita fikir penyelesaian untuk jangka pendek. Cucu cicit kita tidak ada tanah lain selain Malaysia tuan.”
“Kita hanya boleh bersatu dalam konteks isu-isu dan hak orang Melayu. Seperti contoh arwah Fadzil Noor pernah satu pentas dengan Tun Mahathir dalam isu Palestin. Dalam konteks pendaftaran parti biarlah seperti keadaan sekarang bersesuaian dengan iklim politik kita. Hujah tadi saya dah maklumkan” Sambung saya menghabiskan pandangan.
“Selama saya dengar tentang Encik Z… dari kawan-kawan yang berbual dan saya tengok tulisan Z…. saja. Hari ini saya dapat jumpa dan dengar pandangan you sendiri. Betullah! You!” Dia berhenti tidak menyambung hujah.
“Betul apanya tuan. Saya biasa-biasa saja.” Balas saya tenang .
“You memang lain dari pegawai lain.” Matanya masih merenung saya.
“Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA tuan. Saya tidak ada apa-apa”
“Tapi saya suka dengar pandangan you!” Jawapnya sambil tersenyum. Saya juga tidak pasti samada komentarnya ini benar atau tidak.
Pertemuan itu berakhir di situ selepas kami sama-sama bergerak meninggalkan Anjung. “Alhamdulilah! Insyallah! Terima kasih tuan”
        

Friday, January 27, 2012

LATAR BELAKANG/SEJARAH/DASAR/PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

         Program Pendidikan Khas di Malaysia bermula dengan pembukaan Sekolah Rendah masalah penglihatan (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka pada tahun 1926
         Di ikuti dengan;
         SRPK (Buta) Princess Elizebeth di Johor, 1948.
         Sekolah Kanak-Kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga Pulau Pinang 1954.
         Sekolah Khas, Ipoh (1966)
         Sekolah Khas Sarawak (1972)
         Sekolah Khas Melaka (1979)
         Pada tahun 1962 dan tahun-tahun berikutnya Kementerian Pendidikan telah mengadakan rancangan bersepadu untuk menyediakan pendidikan khas bagi pelajar pekak di sekolah-sekolah biasa dan diikuti dengan murid bermasalah penglihatan.
         Unit khas yang dikenali sebagai Unit Pelajaran Khas ditubuhkan di Bahagian Sekolah pada Tahun 1964.
         Kementerian Pelajaran mula mengambil alih beberapa buah sekolah pendidikan khas sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan.
         Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) melalui perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.
         8 Oktober 1987 Y. B. Menteri Pelajaran mengumumkan pelaksanaan Program Pendidikan Khas murid bermasalah pembelajaran ekoran daripada keputusan mesyuarat JPP Jun 1981.
         Selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran, 1 Oktober 1995, Unit Pendidikan Khas dinaikkan taraf sebagai Jabatan Pendidikan Khas.
         Penstrukturan semula KPM pada tahun 2008, fungsi Jabatan diperkecilkan dan JP Khas ditukarkan kepada Bahagian Pendidikan Khas
         Jabatan ini bertanggungjawab untuk;
         Merancang, mengurus dan menyelaras semua program pendidikan khas rendah dan menengah,
         menentukan pelaksanaan dan peningkatan mutu program pendidikan khas,
         merancang, menyelaras dan pengoperasian dasar-dasar dan peraturan-peraturan dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas,
         merancang aktiviti dan hal ehwal murid pendidikan khas.

DASAR PENDIDIKAN KHAS
·         Akta Pendidikan 1996, Bab 8           
·         Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997
·         Keputusan Jawatankuasa Dasar, KPM (JPP, JKP dan Mesyuarat Pengurusan KPM)
·         Deklarasi Antarabangsa

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
         JP Khas menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid pendidikan khas:
        masalah pendengaran
        masalah penglihatan
        masalah pembelajaran
Melalui program :
        Sekolah Khas
        Program Pendidikan Khas Integrasi
        Program Pendidikan Khas Integrasi dengan pendekatan Inklusif
  • Bidang pendidikan yang ditawarkan di  peringkat menengah:
        Bidang akademik 
        Bidang vokasional
·         Selain daripada itu JPK juga diberi tanggungjawab sebagai penyelaras JP Khas juga bertanggungjawab menguruskan kewangan :
-          Jabatan
-          32 buah sekolah Pendidikan Khas
-          Peralatan P&P bagi program integrasi (1330)
-          Program Pemulihan Khas seluruh negara.

SEKOLAH KHAS
         Kategori sekolah khas
        Bermasalah Penglihatan
        Bermasalah Pendengaran
        Bermasalah Pembelajaran (2004)
         28 sekolah rendah 4 sekolah menengah
         10 ditempatkan di sekolah harian biasa
         23 buah mempunyai kemudahan asrama

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
Pelaksanaannya
         Sekolah Harian Biasa
         Sekolah Menengah Teknik / Vokasional
            [ bagi 3 kategori, bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran ]
Pendekatan Proses Pembelajaran
         Pengasingan
         Separa Inklusif

PENDIDIKAN VOKASIONAL
Sekolah Khas
         1 buah sedia ada bagi murid bermasalah pendengaran
         1 buah bagi 3 kategori pemasalahan
Program Pendidikan Khas Integrasi
         Bagi murid bermasalah pendengaran di Sekolah Menengah Teknik / Vokasional

PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Program Intervensi 3M ( Jangka Pendek )
         Mengatasi masalah penguasaan 3M di kalangan murid Tahun 4 (Tahun 1999, 2000, 2001 dan 2002)  dan murid Tingkatan 1 atau kelas  peralihan  (Tahun 1999, 2000, dan 2001) menggunakan Instrumen Pengesanan Celik Huruf (IPCH)
         Program Pemulihan Khas Tahap Satu (Jangka Panjang)
         Fokus utama ialah penggunaan Instrumen Penentu Penguasaan 3M (IPP3M) Pembinaan IPP3M ini adalah dalam tiga peringkat, iaitu: IPP3M 1, IPP3M 2 dan IPP3M 3

PROGRAM PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
         Satu usaha untuk meminimumkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas semasa memasuki alam persekolahan.
         Program Prasekolah Pendidikan Khas untuk melatih murid berkeperluan khas menguasai potensi diri yang maksimum.
         28 buah kelas prasekolah telah dibuka di sekolah-sekolah pendidikan khas bermula tahun 2004.
         Bermula dengan 32 buah kelas prasekolah diwujudkan di Program Pendidikan Khas Integrasi pada awal tahun 2005 kini terdapat 108 program semuanya.

Sumber : Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.
Related Posts with Thumbnails