Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Saturday, November 24, 2012

SYAHID (Pejuang Gaza dan Memali)



Angin malam berbisik bahasa Tuhan ke dalam kalbu!
tiba-tiba terhidu aku bau darah para syuhada gaza
gemalai zikir angin
menyantun wangi
nyawa di telapak tangan
demi kota suci Baitulmuqadis
kuutus  doa ke langit tujuh
mujahid Palestin misi mempertahan
akidah
nyawa
tanah air...

Seorang aku didakap rindu semangat perjuangan
sudah sebetulnya Palestin berdepan Zionis
seperti terakam Al_Baqarah
sedang suatu waktu di tanah Melayu
As Syahid Ibrahim Libya
syahid di hujung senjata saudara seagama

Lalu malam tadi
datanglah As Syahid Ibrahim Libya
menjengahku di alam mimpi
serba putih, harum dan  tersenyum
Ya Rabb! Betulkah mimpiku ini?

Dari raut wajahnya itu
aku mengerti  akan manisnya
dijemput Izrail secara syahid

Tuhan!
Pilihlah aku!

 

ZHARULNIZAM SHAH Z.A
Cherating, Pahang
24112012

Sunday, November 11, 2012

MAJLIS APRESIASI PENDIDIKAN KHAS SEGAMAT 2012

 Segala Puji Bagi Allah dan Rasul-NYA  
            Beberapa minggu sebelum majlis ini berlangsung, saya sudah dihubungi oleh cikgu Zakiah, yang memohon gambar dan biodata tentang diri saya. Kemudian saya menghubungi Encik Masnawi Shamsudin menyatakan saya bukanlah orang yang layak menerimannya sementelah masih ramai guru yang lebih lama berkhidmat untuk Pendidikan Khas di Segamat. Beliau sedikit tegas menyatakan bahawa ‘ini keputusan panel penilai dan Jawatankuasa yang dibentuk’, bukan keputusan individu dan banyak nama yang telah disenarai dan dibanding beza, sumbangan, penglibatan, atau apa sahaja yang dianggap memberikan keuntungan kepada Pendidikan Khas sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. 



            Lantas apabila Encik Masnawi sedikit menekan sambil berseloroh ‘atau kau tak sudi nak terima anugerah nie, yalah! Daerah yang bagi, bukan KPM!” Bila ayat itu meluncur masuk ke pemikiran saya, serta merta malu alah dan pantas saya jelaskan; “bukan begitu, terlalu awal untuk saya. Tuan cakap macam tu, malu saya! Saya tak terfikir pun macam tu! Kalau macam tu, saya terima anugerah ini kerana Allah dan Rasul-NYA” Begitu lebih kurang perbualan sebelum saya menerima surat rasmi yang dihantar PPD Segamat kepada Pengarah.

            Majlis yang berlangsung pada 1 November 2012, sah secara rasmi bila beberapa hari sebelumnya, surat rasmi yang dihantar kepada Pengarah, telah disahkan dan diberikan kepada saya dengan catatan ‘TAHNIAH! PASTIKAN EN ZHARUL HADIR MAJLIS INI’. Dalam kesibukan tugas, saya pastikan surat itu sentiasa di dalam diari kerja saya. Apa tidaknya pada 30 dan 31 Oktober, saya berada di Hotel Royal Seremban. Dari Seremban saya pulang ke Segamat pada 31 hb tersebut. 
YB AYUB RAHMAT turut menerima anugerah Khas Kategori Kemasyarakatan
Kami sempat bersembang pasal politik. 
             Lantas pada 1 November 2012, saya hadir ke Hotel Villa Segamat ditemani ibu saya, Hajah Zainab Binti Md. Ali (Membawa bonda selepas meminta izin dan memohon jasa baik PPD Segamat.) Di sini bertemu semula dengan rakan-rakan guru yang pernah bersama menjadikan saya mengalami pelbagai perasaan yang tersendiri. Sayu, dialun kenangan, kegembiraan dan pelbagai rasa apabila kami bersalam, berpelukan dan bertanya khabar dalam masa yang terbatas sebelum majlis dilangsungkan secara rasmi.
            Di kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada PPD Segamat, Encik Yasiran Bin Maskom (Pegawai Pelajaran Daerah Segamat), Encik Masnawi Shamsudin (PPPD Pendidikan Khas / Pemulihan), AJK Pengelola, para pentadbir sekolah, Panel Penilai untuk Anugerah Khas PENDIDIK PENDIDIKAN KHAS dan semua guru, PPM  yang terlibat menjayakan MAJLIS APRESIASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEGAMAT 2012. Terima kasih juga kepada semua kerana memberikan layanan yang baik kepada ibu saya.

            Saya memulangkan puji-pujian dan syukur kepada ALLAH dan RASUL-NYA atas ANUGERAH KHAS KATEGORI PENDIDIK yang diberikan kepada saya. Apabila persembahan mukltimedia tentang diri saya ditayangkan, saya mengawal perasaan, terharu, gembira dan sebak dalam satu rasa yang pelbagai. ALLAHUAKBAR! saya tidak pernah terfikir mahupun memikirkannya.
            
 Seperti kesempatan peluang berucap yang diberikan kepada saya tadi. Segala puji-pujian dan syukur kepada Allah dan Rasul-NYA, saya pulangkan anugerah ini untuk semua guru lama yang lebih dulu berjuang untuk Pendidikan Khas di Segamat. Kepada yang baru, berkhidmatlah dengan bersungguh-sungguh untuk ‘anak-anak ahli syurga’ ini.

            Lalu percayalah! SETINGGI MANA SAYA DIJULANG! INSYALLAH TIDAK AKAN SAYA LUPA DI AKAR UMBI MANA, SAYA BERMULA! INILAH TANAH SEGAMAT, TANAH KELAHIRAN SAYA DAN SEGAMAT JUALAH DUNIA PERTAMA KERJAYA SAYA SEBAGAI GURU PENDIDIKAN KHAS walaupun kini saya telah diamanahkan untuk berada di Putrajaya, yang saya sendiri tidak tahu, entah sampai setakat bila?
 Terima kasih semua.....
  
ALLAHUAKBAR! Allah Maha Besar!.  

* Semua gambar di atas adalah ihsan Cikgu Nadira Mohamad Khalid.

Saturday, November 3, 2012

KUBURKAN AKU (Ketika Tuhan Berfirman kepadaku; mempertahankan iman)



 Kunci
atlas
satu watak beribu wajah

 Terperangkap di kota terlarang
mendung,
gerimis,
hujan,
puisi,
lagu,
rindu reput
tanpa makna
kenangan berjelaga
warna dosa
racun pun terbancuh di pembuluh darah

 Ayuh! tusukkan belati di tangan kiri itu, - ke jantungku
Ayuh! Pedang di tangan kanan itu, - penggallah kepalaku
Aku akan sentiasa bersama AL-MUTAKABIR


Kafankan aku!
kuburkan aku!


PUJANGGA SENI
Sunyi pagi Putrajaya
3.17 pagi
03112012

Friday, November 2, 2012

CATATAN DARI KOTA KINABALU 2 : ISLAM TIDAK PERNAH MEMINGGIRKAN POLITIK!


                Ujian Nerly sudah berlalu. Alhamdulilah dengan segala izin dan perlindungan-NYA, Alhamdulilah selamat. Pagi itu saya tersedar jam 5.45 pagi. Sebetulnya mata bukan lelap benar.  Mengenepikan sarapan hotel Dynasty, saya ke kedai mamak mencari minuman rutin; Nescafe. Ketika mahu minum bertemu Encik B (urusetia dari IPG) yang mengurus kursus ini dan Encik S (dari bahagian BPSH) sedang bersarapan dan kami minum sama. Banyak yang kami perbualkan tentang sistem dan dunia pendidikan Malaysia, termasuklah isu kualiti guru, pentadbir sekolah, KPM, IPG, dasar, pelaksanaan dan Pendidikan Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.
                Tiket saya jam 10.45 pagi dan Dr N (Pengarah Bahagian…. IPG) beriya-iya mengajak saya pulang bersamanya kerana tiket beliau jam yang sama. Saya rasa tidak selesa pula dengan statusnya sebagai Pengarah Bahagian dan secara santun menolak dan memaklumkan saya bersama Encik B dan S. Di lapangan Terbang Kota Kinabalu, mereka semua sudah check in dahulu dan saya perlu mengharapkan ada kekosongan jika mahu pulang jam 9.00 pagi ini. Alhamdulilah Berjaya.

                Di dalam kapal terbang sebelah kanan saya Dr H dan di sebelah kiri, tidak saya ketahui. Wajahnya ala kaum Tionghua dan pendiam. Manakala Dr H agak ramah.  Walaupun tangan saya memegang Borneo Post berbahasa Inggeris. Kami berbual dan dia bertanya tujuan saya ke KK. Saya nyatakan untuk memberikan penerangan berkaitan ‘Pendidikan Khas” kepada pensyarah-pensyarah IPG kampus Sabah dan  Sarawak. Banyak yang diacunya di fikir saya tentang Down Syndrome, Autisme, Cerebral Parsy, jumlah sekolah dan guru PK, juga tentang bajet.
                Selepas itu giliran saya melihat pemikirannya. Beliau seorang doctor (PHD) Matematik. Pengalamannya cukup luas apabila telah merentasi banyak negera seperti Jepun, Korea, Australia dan pernah menetap di Australia agak lama. Ini perjalanannya mahu ke USM untuk urusan angka (Matematik).  Dimaklumkan membuat modul. Bila dia menyebut tentang Matematik, fikir saya cepat teringatkan tokoh ilmuan Islam Khuwarizmi.

Kemudian dia juga menyentuh tentang bajet. Banyak yang dibahaskan. Dalam bersetuju, dia juga mengkritik. Dia mengangkat Tun Dr Mahathir sebagai juara ekonomi. Saya tersenyum sendiri. Pun saya bersetuju apabila ‘pemberian saguhati berbentuk wang ditukar kepada konsep memberikan pancing dan bukannya ikan’. Sebagai contohnya zaman Tun M pernah diberikan peralatan untuk industri kecil, kuih dihasilkan dan dapat dipasarkan. Duit dalam masa satu saat boleh habis tetapi jika pancing, sipenerima boleh mendapat ikan lagi.
Sehinggalah akhirnya perbualan kami merentasi sempadan politik Malaysia. Sememangnya bila bercakap tentang ekonomi, urus tadbir, kecekapan dan kelemahan, kita tidak boleh lari dari politik.
“ Sepatutnya debat. Macam di Australia sendiri. Debat tu platform untuk rakyat tengok, fikir siapa mahu dipilih!” Katanya dalam isu kepimpinan utama perlu berdebat.
Saya menganggukkan kepala.
“  Dr, debat tu proses ilmu. Kalau Dr pernah baca tentang Ibnu Khaldun, ulamak-ulamak silam pun debat sebagai proses percambahan minda, cari kebenaran.” Tambah saya menyokong hujahnya. Sesekali perbualan yang tidak berskema ini kembali ke isu bajet semula.
 “Cumanya kalau boleh biar Malaysia terus aman damai. Kita tak mau huru hara!” Tukasnya pula melihat sokongan saya berkaitan isu debat.
“Saya setuju. Takde orang yang mau Negara huru hara.” Sekali lagi saya pro kenyataan Dr. H.
“Itu la. Bimbang juga!” Nadanya seperti tiada keyakinan kemudian mengalihkan pandangan ke jendela kapal terbang. Melihat  corak awan yang tersendiri dilapisi putih yang pelbagai bentuk abstrak tersendiri.
“Dr, apa yang dibimbang. LDP 52 tahun perintah Jepun, pun  sudah ditukar rakyat Jepun!” Balas saya sambil mata saya mencari wajah Dr H.
“ Ya! cuba  tengok Afghanistan, Iraq mana dapat semula keamanan. Keamanan nie besar nilai.” Tuturnya lagi sambil memegang Borneo Post yang sudah ditutup sepenuhnya.
“Betul Dr, saya setuju. Cuba Dr tengok negara yang kekal huru hara tidak lalu proses pilihanraya. Saddam naik rampas kuasa. Dia dulu jeneral tentera. Sebab tu bila dia jatuh macam tu. Afghanistan jahanam sebab Amerika menjadi dalang. Negara yang lalu proses pilihanraya akan berjalan seperti biasa kerana itu pilihan rakyat. Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan hidup macam biasa. Dr pun boleh ke sana. Tiada apa-apa pun, biasa saja.  “ Balas saya lagi. Dr H terdiam seketika.
“ Ya! Tapi dari segi imej, caranya bolehkah PAS perintah kalau menang. Di situ ada PKR ada DAP! Nasib orang Melayu ya bagaimana!” Wah! Jelas dia tidak meyakini kemampuan PR dalam hal ini.
“ Saya tak nafi dasar parti yang ada dalam PR berbeza. Cuma mahalnya PAS ada apa yang dituntut oleh Allah iaitu dasar Al-Quran dan Sunnah!. Tentang hak orang Melayu. Adakah PAS mengatakan kalau mereka menang, mereka hapuskan hak orang Melayu. Nik Aziz sendiri pernah kata ‘kita dak boleh usik perlembagaan, hak orang Melayu dah termaktub! Siapa yang mengkhianati hal ini Insyallah dalam keadaan dosa besar!” .
“Imej tu! Kita kan ada hubungan peringkat antarabangsa?” Balasnya lagi.
“Dr pernah membaca tentang Ayotallah Khomeini?” Soal saya semula.
Dia menggelengkan kepala.
“Tahukah Dr, Ayotallah tu tokoh revolusi Iran. Dia berjubah serban 24 jam. Tidak ada masalah. Peringkat antarabangsa pun terima dia.”
“Itu di Iran, kita bercakap pasal negara kita!.  hubungan antarabangsa!” Balasnya lagi dengan maksud terus meragui.
“Baiklah! Dr, pernah baca tentang riwayat hidup Nabi Muhammad SAW!” Balas saya juga sedikit tegas.
“ Ada jugalah! Tapi mungkin bacaan saya tidak menyeluruh!” Jawapnya sedikit kendur.
“Alhamdulilah! Kira Dr mengambil tahu jugalah tentang Rasulullah, seorang tokoh yang diiktiraf Allah, dunia akhirat! Dr, tahu tak serban tu mahkota Rasulullah!, Jubah tu sunnah! Kalau Dr, tak confident, Alhamdulilah saya dah baca dua buku Riwayat Hidup Rasulullah. Sekarang sedang baca Riwayat Hidup Rasulullah untuk buku yang ketiga, isteri saya baru beli. Rasulullah berserban dan berjubah. Apa salahanya? ”
Dr H diam. Memandang saya kemudian mengalihkan wajahnya ke jendela kaca kapal terbang.

“Begini Dr, saya menghormati ilmu Matematik yang dianugerahkan Allah kepada Dr. Cuma ayat pertama yang Allah turunkan minta kita membaca” Selepas saya bacakan ayat pertama surah Iqra, saya bacakan maknanya ‘Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan manusia dari segumpal darah’.
“Cuba Dr tengok Jepun. Di peringkat Asia, 30 40 tahun dulu Jepun sudah dikenal negara yang rakyatnya suka membaca. Hari ini Jepun jadi negara maju, tetapi maju dunia kerana tidak membaca dengan nama   Allah. Jepun hanya maju dari aspek teknologi tetapi nilai-nilai murni habis. Macam binatang, seks terbuka di sana! Rakyat Malaysia peringkat mendaki dalam aspek membaca. Bolehlah. Ada kemajuan minat membaca berbanding dulu. Cumanya bahan yang dibaca, apa rupa isi pemikiran. Ok Dr tengok Jepun antara negara Asia yang maju. Sekarang Korea. Semua kiblat Korea. Walaupun kadang-kadang entah apa-apa budaya yang kita import. Contoh gangnam, jadi kalau Dr bimbang tentang imej keagamaan, bagi saya itu Dr tersilap.Ayat Iqra itu Allah sebut kita perlu membaca dengan nama Allah!, membaca berpaksi tauhid.”
Dia mengangguk perlahan.
“Ok sekarang saya suka kongsikan dengan sejarah politik Islam dunia. Ini atas apa yang saya baca dan kaji. Kalau hari ini, parti yang guna dasar Al-Quran dengan Hadith tak banyak. Hizbullah di Lubnan, Hamas di Palestin, Ikhwan di Mesir, PAS kat negara kita. Dr, parti-parti nie tak pernah kalah. Walaupun tak jadi kerajaan, mereka tetap hidup. HAMAS menang di Palestin 2006, tekanan Amerika…

“Kat Mesir bukan Ikhwan dah menang!” Dr. H menyoal saya sekaligus mengingatkan kejayaan Muhammad Morsi yang telah dilantik menjadi presiden.
“Alhamdulilah! Betul tu Dr. Ikhwan dah menang di Mesir. Dr tengok parti yang berasaskan agama ini tak mati, Cuma mengambil masa lambat dengan cepat saja. Lepas 83 tahun Hasan Al Banna meninggal dunia, barulah Ikhwan menang!” Saya memuntahkan fakta yang pernah saya baca.
“ Hasan Al-Banna!” Dr H mengulang nama tokoh besar pengasas Ikhwan itu.
“Ya! Hasan Al-Banna pengasas Ikhwan. Alhamdulilah saya dah baca tentang dia termasuk Zainab Al-Ghazali yang berbai’ah dengan Hasan Al Banna! Ikhwan tak mati dan hari ini mereka menang. Penjara kat Mesir tu simbolik Dr, Nabi Yusof masuk penjara Mesir keluar jadi raja, Muhammad Morsi masuk penjara Mesir keluar jadi presiden!” Tambah saya lagi.
“Zainab Al-Ghazali tu pemimpin Ikhwan juga!?” Dia menyoal saya dengan lembut.
“ya! Ada buku tentang dia Dr, tajuknya ‘Hari-hari dalam Hidupku’, rumah saya ada buku tu. Alhamdulilah saya dah baca habis. Dia pernah ditawarkan jawatan oleh pemerintah, dia tolak. Dia kena penjara Dr, disiksa macam tahanan lelaki” Jawap saya sehabis jujur sambil mata saya terbayang kulit buku berwarna merah samar tentang Zainab di rak buku rumah saya. Dr H menganggukkan kepala memandang saya.
“Dr! percayalah semua parti yang bertiangkan agama akan menang. Kalau Dr perasan graf untuk parti-parti Islam hari ini di seluruh dunia sedang mendaki!” Sekali lagi Dr H menganggukkan kepala.
Akhirnya pengumuman tentang kapal terbang yang telah lebih dua jam di udara akan mendarat di KLIA.
Selepas turun kami bersalaman dan bertukar nombor telefon.
Nice meet you Zharul! See you again!” Ucap Dr H kepada saya.
“Alhamdulilah semuga silaturahim kita jadi keredhaan Allah, kalau Dr ada turun Putrajaya telefon saya!” Ucap saya sambil kami bergerak melewati balai menuju keluar.
“Ya! Seronok. Knowledge Zharul tentang politik tinggi! Saya orang Matematik. Lebih kepada fakta. 2 x 2 di mana-mana pun jawapannya sama. Bukan macam ahli politik cakapnya boleh berubah-rubah. Angka tidak menipu. Angka itu fakta!” Balas Dr H lagi sambil kami bergerak dari balai ketibaan di KLIA.
“Dr, angka tidak pernah menipu, tetapi manusia menipu menggunakan angka! “ Balas saya dan Dr H tersenyum dan selepas bersalam kami berpisah.    

Related Posts with Thumbnails