Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Monday, April 18, 2011

AWAK CENDERUNG KE MANA??? APA STAND YOU SEBENARNYA???

 Hari itu bukan hari biasa. Bila aku ditemukan dengan ’orang yang ’berkuasa’’.......... ceritanya agak panjang tapi aku tidak boleh terlalu rapi di blog ini...

”Ok! Sincerely, apa stand you sebenarnya?” Matanya menikam wajahku, tidaklah terlalu tajam. Biasa-biasa sahaja.

Aku tahu di hadapanku adalah ‘orang yang ‘berkuasa’’ tapi hatiku cepat membisikkan apalah yang ada pada makhluk. Tiada kuasa yang lebih hebat daripada Pemilik segala kuasa.

”Maksud tuan?” Tanyaku seperti tidak faham.

“ Awak cenderung ke mana? Saya dah baca blog awak!” Tuturnya tegas dan jelas.

”Tuan baca blog saya...” Balasku berbaur terperanjat.

”Awak masih tidak menjawab soalan saya Encik .........., sayang! Awak berbakat dan berpotensi sebagai penulis dan seorang pegawai! Tapi apa sudahnya, kalau ini caranya!” Dia mula menekan diriku dengan kata-kata.

”Terima kasih tuan. Tapi itulah diri saya. Saya tidak boleh membohongi diri saya! Ideologi adalah hak peribadi, tuan pun tahu. Sebagai penjawat awam saya tidak menentang dasar. Saya pelaksana dasar!”

Tiba-tiba dia memotong...

”Encik..... di peringkat ...... ini, Encik ........ bukan lagi semata-mata pelaksana tetapi telah turut sama membina dasar! Faham tak!” Suaranya bertambah tegas.

”Ya! Saya faham tuan.” Balasku pendek.

” Saya mahu bukan setakat faham! Tapi bersama kami...” Tekannya lagi.

”Apa yang saya tidak bersama tuan! Saya hadir kerja dan menjalankan tugas. Semua pergerakan keluar saya berekod. Kursus dan mesyuarat saya ada minit curai. Hampir sebulan di sini, apa yang saya tak buat dalam rangka tanggungjawab tugas saya. ” Giliran aku pula menjadi berani (serigala)

” Saya tahu Encik...... berpotensi!” Dia mula kendur.

“ Terpulanglah tuan. Saya bukan seperti orang lain. Kalau kerana prinsip dan pendirian saya, terpulang kepada tuan. Kalau nak hantar saya ke sekolah semula pun saya tidak kisah. Saya bukan datang sini dengan gila pangkat, mahu nama, gila kuasa! Jauh sekali nak cari duit tepi! Saya bukan orang lain! Saya adalah diri saya!” Aku semakin berani.

”Hah! Inilah mahalnya .......... berbanding orang lain! Tolonglah kita sayang pada bakat dan potensi Encik....!” Suaranya semakin kendur dan bernada memujuk.

”Saya adalah saya! Tuan tidak mungkin boleh mengubah yang ada dalam jiwa saya! Saya haqqul-yakin dengan Allah dan Rasulullah, Terpulang tuan! Ada apa-apa lagi tuan”

Matanya merenungku dengan sungguh-sungguh.

”tak apa! Nanti saya akan jumpa Encik......... lagi.....” Balasnya lembut sambil tersenyum.  Aku menghulurkan tangan, membalas senyuman dan berlalu............

Ya Rabb! Jadikanlah aku orang yang teguh di atas titian-MU.........

Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA





  

        


 

3 ulasan:

toyolkiut said...

TK sdaya nye cuba memahami pokok pangkal nya perbualan tu..
tp..
TK x paham apa2..

Anonymous said...

Tuan,

Saya faham. Allah bersama tuan dan pasti ada org2 yg akan bersama dgn pendapat tuan.

Selamat berkhidmat untuk negara kerana Allah Taala.

Anonymous said...

Tahniah...inilah sikap seorang pejuang yg berprinsip di atas tali kebenaran....Tiada yg lebih hebat dari kehebatan dan kekuasaan Allah SWT.....Tahniah..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails