Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Wednesday, April 20, 2011

KAFE PUTRAJAYA : ANALISIS PRN SARAWAK ! Tahniah BN, ke mana hala tuju PR


Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA..
Cuba-cuba menahan diri daripada menulis tentang politik. Ditahan-tahan makin tidak tahan, apatah dua tiga hari ini di kafe Putrajaya minum pagi, ada juga kelompok yang berminat membincangkan tentang keputusan pilihanraya Sarawak dan regunya kena apabila aku duduk semeja dengan mereka. Banyak juga yang dibincangkan termasuk ’kecerdikan kaum Tionghua’ berpolitik. Manipulasi, susunatur dan swing yang selari dan itu tidak boleh berlaku kepada kaum Melayu kerana perbezaan fikir politik yang membunuh karier sahabat dan ianya sama sekali berbeza dengan persepsi politik kaum Cina.... Fikirlah sendiri.......  
  

 Jelas Pakatan Rakyat yang diwakili PAS, PKR, DAP gagal menumbangkan raksasa yang telah puluhan tahun di tampuk kuasa.  Banyak juga kawasan target dan harapan yang tersasar dari jangkaan. Ini dapat dilihat kerusi bandar seperti Satok, Tupong dan Semariang gagal memberikan sesuatu yang bermakna padahal kadar capaian media baru agak memberangsangkan berbandingkan kawasan luar bandar.

Namun begitu jika diperhalusi, ada juga sinar kejayaan yang diraih misalnya PAS berjaya menaikkan undi popularnya. Di Tanjong Daru jika sebelum ini PKR hanya mendapat undi sekitar 400 dan hilang wang deposit, namun calon PAS Nani Sahari menafikan hilangnya deposit apabila melepasi undi 1,000.

DAP berhak berbangga dengan kemenangan besar. Keupayaan menawan hampir keseluruhan kawasan majoriti pengundi Cina.. DAP memperolehi 12 daripada 15 kerusi yang ditandinginya manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula hanya berjaya di tiga DUN iaitu Batu Lintang, Krian dan Ba’kelalan. DAP nampaknya berjaya menambat hati para pengundi Cina dan Iban. (Jika momentem ini terbawa ke Semenanjung pada PRU 13 ini beerti P.Pinang sukar ditawan semula oleh BN- jangakaan)

BN kalah hampir semua kerusinya di kawasan bandar dan tiga kerusi luar bandar. Pakatan pula berjaya memenangi 15 kerusi, dan satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.
BN mengekalkan penguasaannya akan tetapi majoritinya merudum, maka PR boleh juga berbangga dengan segala kekurangan tetapi beroleh kemenangan moral Antaranya;

i DUN Tarat, BN mendapat majoriti sebanyak 1,995 undi jika dibandingkan dengan 3,256 undi dalam PRN 2006,
ii. DUN Asajaya BN mendapat majoriti 4,489 (dulu 5,063),
iii.DUN Lambir mendapat 1,521 majoriti (dulu 2,834)
iv. PAS yang bertanding di DUN Beting Maro dan Sebuyau berjaya menurunkan majoriti BN.
- Beting Maro, majoriti diturunkan sehingga 391 undi (dulu 895) 
- Sebuyau, majoriti terkini ialah 2,276 (dulu 2,448).

Pemimpin-pemimpin kanan parti yang merupakan Presiden dan Timbalan Presiden komponen BN Sarawak juga mengalami penurunan yang banyak di kerusi masing-masing. Selain dari Presiden SUPP yang menjadi ‘gergasi’ yang tewas di DUN Piasau, kesemua Presiden parti komponen BN Sarawak mengalami penurunan majoriti.
Antaranya ialah di DUN Pakan, Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan memiliki majoriti 1,197 undi walhal PRN 2006 memperolehi 1,763 undi. Di DUN Baleh pula, Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing memperolehi majoriti 3,898, merosot 1000 undi dari 4,802 undi. Tidak berakhir di situ apabila Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Alfred Jabu dari PBB juga mengalami kemerosotan majoriti undi dari 2,677 kepada 1,916 undi . 



Agak mengejutkan Ketua Menteri sendiri, Taib Mahmud yang mengalami penurunan yang  banyak di DUN Balingian. Sebetulnya Taib Mahmud sudah menjadi liabiliti kepada BN. Di Balingian berlakunya rentap 3 penjuru yang membabitkan Taib, PKR dan Bebas. Majoriti diperolehi Taib kali ini ialah 5,154 undi iaitu kurang 572 undi jika dibandingkan dengan majoriti dalam PRN yang lepas iaitu 5,726 undi. Namun begitu, jika undi yang diterima oleh calon PKR ditambah dengan calon Bebas(kedua tertinggi) di Balingian, secara matematiknya majoriti sebenar di antara pengundi BN dan pembangkang, Taib sendiri telah mengalami penurunan majoriti sehingga 4,283 undi. Ini bermakna Taib telah hilang 1,443 pengundi atau 25% daripada pengundinya sebelum ini semasa PRN 2006.

Tahniah kepada BN kerana menang dan kepada PR banyak yang harus dipelajari untuk terus mengorak langkah.
Secara hakikinya isu kekayaan Taib, sisa kerugian Bakun masih lagi relevan untuk digunakan oleh pembangkang dalam PRU akan datang terutamanya untuk merebut kerusi Parlimen di Sarawak.
Paling penting memastikan semua kawasan yang ditandingi perlu hanya 2 penjuru (jika berupaya) khususnya di kawasan-kawasan pedalaman bagi memaksimakan tentangan PR dalam usaha merebut 10 kerusi Parlimen daripada BN di samping mengekalkan 2 kerusi Parlimen kini dipegang melalui DAP di Kuching dan Sibu
Secara analisisnya jika iklim politik Sarawak dibawa ke Semenanjung menjelang PRU ke 13,  PR harus menumpukan target kepada;

  1. Pengundi Melayu khususnya kawasan luar bandar yang mana kadar celik ITnya masih rendah
  1. Menghampiri pengundi muda dan memberikan penerangan yang tuntas tentang susun atur dan gerak kerja yang akan dilaksanakan seperti contohnya ’buku jingga’ dan lain-lain
  1.  Menjawab dan membersihkan tuduhan-tuduhan liar yang jungkir balik membabitkan keperibadian pemimpin pembangkang.
  1. Membuktikan dan memperbaiki semua urusan pengurusan dan pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasai oleh PR
  1. Berundur secara terhormat bagi pemimpin-pemimpin PR yang sudah lama berada dalam kancah politik. Ini musim baru, yang mana golongan muda harus diberi peluang kerana mereka lebih agresif, berani, ada idea dan dianggap mampu menyumbang sesuatu yang bermakna untuk urus tadbir negara.
  1. Membuat kemaskini dan penyatuan secara menyeluruh berkaitan media baru sebagai alat kempen yang berkesan.
Jika beberapa perkara tersebut dapat diberikan penekanan nescaya BN menghadapi laluan sukar. Pun tidaklah semudah menyusun kata-kata kerana BN masih lagi memiliki kuasa untuk mengekalkan kuasa..........

Nota: Tulisan ini hendaklah dibaca dengan fikiran terbuka; tanpa prejudis, berat sebelah dan buruk sangka............

3 ulasan:

PeNgEmiS dUniA said...

entry yg mantap . sokong bro !

Kak Mahh said...

Tahniah...satu penulisan yang baik.

author faethal said...

Salam Tuan,
Ketika ambil ayahanda saya balik dari Kuching pada 19 April di KLIA, dlm perjalanan dia menerima panggilan telefon...dari tuan rupanya!.
Balik2..sampai rumah ayahanda saya terus suruh saya cari blog tuan...nah!.
Ini entri terbaik pasal PRN S'wak yg kami baca bersama...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails