Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Monday, April 4, 2011

DI SINI! BARULAH AKU TAHU II



Aku terus berlari dan mencari atlas....
hujan subuh membasah wajah
ini perjalanan baru yang cukup menguji
terhumban ke daerah asing
dalam kemelut
aku tenggelam dalam laut silangkata
tapi siapa yang bisa kupercaya
kerana manusia di sini punya sejuta wajah
 
Aku seperti ingin pulang
Namun ada gema suara dan sejuta tangan menghalang!
katanya "haruskah kau pulang sebelum berjuang!"
gema kata-kata itu jatuh bersepah di lantai peribadi.........



Ya Rabb!
Hanya kepada-MU... aku menyembah
          Hanya kepada-MU... aku menyerah
                   Hanya kepada-MU... aku pasrah
         

Aku ingin mati sebagai pejuang tulen
Yang tidak mengadai prinsip dan pendirian..........

ZHARULNIZAM SHAH Z.A
Kalut malam Putrajaya
04042011

1 ulasan:

CIKGU RIHANA ABD RAHMAN said...

salam dan tahniah utk tuan.kenytaan tuan disitu menggetus hati saya.mohon dapat menimba ilmu dr tuan dlm dunia ank2 pendidikan khas ni

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails