Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Thursday, September 27, 2012

PANDANGAN SEORANG PEGAWAI KETURUNAN INDIA (KPM) TERHADAP TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT.




                Angin malam pantai Port Dickson membelai tubuh kami di Selesa Beach Resort. Sesi terakhir kursus untuk tarikh 27.09.2012 sebelum disambung esok paginya 28.09.2012  Ramai yang terlibat dari pelbagai bahagian di KPM. Termasuk pengajar di IPG dan sedikit guru yang terlibat dengan Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia 2012.
                Diringkaskan cerita semasa menikmati minum malam, kami berbual sesama sendiri. Bersama saya seorang lelaki India bernama S (bukan nama sebenar) yang merupakan pegawai di KPM dari Bahagian………….. Perbualan ghairah tentang jangkaan pembentangan belanjawan negara. AKhirnya perlahan-lahan berkaitan tentang politik dan terpacullah nama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sekarang menerajui kerajaan PAS di negeri Cik Siti Wan Kembang.
                “ Saya pun biasa terlibat dengan ceramah menerangkan dasar-dasar kerajaan. Kita ada dasar yang baik. Cuma pelaksanaan tidak berapa bagus. Macam Kelantan kita memang tidak boleh menang!” Ucapnya bersemangat.
                “Kenapa tuan?” Soal saya mahu membaca pemikirannya.
                You tengok Nik Aziz arrr! Semua orang suka Nik Aziz. Melayu, Cina, India semua boleh tterima dia sebagai pemimpin. Sebab apa? Sebab dia memang pemimpin la. Takde kepentingan diri.” Ulasnya tenang memandang wajah saya
                “ You kalau mahu buku ‘Pemikiran Nik Aziz’ ada dalam kereta saya. Saya boleh ambilkan!” Saya menawarkan buku berlatar belakang putih dengan gambar Tok Guru dari pandangan sisi. Seingat saya terbitan PTS.
                Tak payah! Saya ada. Kawan hadiah masa saya pergi Terengganu! Saya pun suka baca pasal dia ” Katanya sambil isyarat tangan dan saya sedikit terkejut mendengar kenyataannya.
                “Orang tidak nampak dia macam ahli politik. Orang tengok dia tokoh agama. Bila nampak macam tokoh agama, dia nampak sangat baik. Tapi saya berani cakap, bila itu pemimpin ikut agama. Dia akan jadi pemimpin yang baik!” Tuturnya lagi  membuatkan saya sedikit terkesima. Tidak saya duga sama sekali ada di kalangan pegawai KPM yang bangsa India yang membaca buku dan keperibadian Tuan Guru nik Aziz antara tokoh yang disegani oleh kawan dan lawannya.
                Begitulah bila seorang pemimpin berjaya menawan hati rakyat dengan akhlak dan keperibadian yang berlandaskan agama. Meski ramai yang memburukkan beliau sehingga ke tahap mengencingkan gambarnya, akan tetapi masih ramai yang mengkaguminya termasuk bukan yang beragama Islam.
  

2 ulasan:

Anonymous said...

Begitulah Allah angkat pemimpin yg ikhlas

Anonymous said...

bang kalau boleh letak satu button share on facebook

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails