Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Thursday, July 29, 2010

RINTIHAN MARHAIN; KENAIKAN HARGA .......

Ah! agak bosan dengan isu perpaduan UMNO dan PAS. Yang entah telah siri ke berapa kali diulang. Dimomokkan. Tidak ingin mengulas panjang. PAS pernah diperdaya dalam isu perpaduan. Cuma jangan jatuh dua kali di tempat yang sama.
Isu Perpaduan yang dimainkan secara tidak langsung menenggelamkan isu kenaikan harga barang .Sewajarnya isu ini lebih memberikan impak. Kenaikan harga tersebut memberikan impak secara terus dalam kehidupan seharian. Walaupun dimainkan dengan retorik bahasa 'rasionalisasi subsidi', namun minda rakyat tidak statik seperti tahun 70-an. Ah! kata mudahnya 'harga barang naik'.
 
Lalu kisahnya begini;
Pagi itu, hari baru membuka kelopaknya. Hari cuti, apabila aku ke warung kopi di pekan Buloh Kasap. Tika itu jika tidak silap perkiraanku, baru sehari dua diumumkan tentang kenaikan harga minyak petrol,  gula dan gas. 
"Cuba cikgu fikir orang macam saya! Pendapatan saya tajur ikan dengan jual kelapa saja. Mana anak nak sekolah lagi, barang-barang dapur..."
Aku merenungnya simpati.
"yang teruk orang kerja kampung macam saya.." Katanya lagi sambil saya terus merenung kulit wajahnya yang agak gelap kesan dimakan mentari.
"Ya bang! adik beradik, sepupu, kaum kerabat saya pun bukan semua orang senang!" Jawab saya bagi menyokong hujahnya.
"tak tahu la cikgu nak buat macam mana dengan kerajaan yang ada sekarang!" Matanya merenung kopi hitam di dalam cawan di hadapannya.
Saya tidak menjawab. Hanya tersenyum merenung baju biru yang dipakai dengan lambang dacing sebelah kanannya dan lambang dacing itu lebih besar di bahagian belakang baju tersebut.
"Hai! berubahlah wahai orang-orang negeriku!" Bisik hatiku.
Telah terbukti kegagalan, apa yang hendak ditunggu lagi.......... 



0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails