Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Tuesday, May 10, 2011

MAAFKAN AKU PUTRAJAYA!!!

Sunyi pagi
Hanya lampu-lampu jalan menyuluh tubuhmu yang sunyi
2.55 pagi ini aku dengan pelantar besi
meluncuri jalan-jalanmu yang telah sepi
Tidak seperti seawal pagi tadi
atau luncur petang yang mengintai senja
tubuhmu digilis kesibukan



Detik-detik awal kau membelai kembaraku di sini
namun fikirku masih utuh
akan cinta tanah Segamat; tanah lahirku
mengenang segala renda kenangan dan nostalgia
hilai tawa anak-anak syurga yang membunga rezeki
untuk aku menyara ibuku yang sudah tua, seorang isteri,
dua putera dan dua puteri
berkongsi segala rezeki bersama para sahabat haraki.............


Memerhati tasikmu; melukis tentang warna alam dan sepi pagi
merenung gah bangunan pentadbiran; yang menyembunyikan pelbagai cerita dan rahsia
kotak-kotak batu yang menjadi penghuni di sini membancuh mimpi di malam hari
rumah-rumah Allah yang utuh; kubah yang indah
gemersik suara muazzin yang mengkagumkan
aku sendiri..........


Cuma pada puisi terbuka ini
kuingin memohon maaf kepadamu Putrajaya
ingatan semula ketika darah muda menerjah minda
saat aku bergelar mahasiswa di perbukitan Bangi sana
tika itu tubuhmu ini baru mula mahu disolek pembangunan
akulah antara lelaki yang lantang
mempertikai tentang tegaknya tubuhmu ini
sehingga aku tidak pernah terfikir dan menyangka
aku akan berlabuh di atas tubuhmu
selepas lebih satu dekad mencurah keringat di dunia sekolah.....





Cuma aku sendiri tidak pasti
berapa lama kau akan menerima jejak dan kembaraku di sini
kerana engkau sendiri yang berbisik dalam gemalai bayu pagi kepadaku;
”bahawa ini lelaki yang hidup dengan prinsip dan pendirian
bersedialah pada bila-bila waktu
untuk kembali semula ke halaman marhain ...”


ZHARULNIZAM SHAH Z.A
Sunyi pagi Putrajaya 3.40 pagi
06052011

3 ulasan:

marsila abdullah said...

good luck ye

sciencesifu said...

KUATKAN SEMANGAT......

Unknown said...

assalammualiom.....

he..he dulu saya pun benggang dengan pembinaan putrajaya tapi sekarang terasa kehadiranya.. mungkin perlu lebih terbuka menerima perubahan..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails