Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Tuesday, September 25, 2012

SELAMAT BERSARA YM UNGKU ABDUL HALIM BIN A. HAMID


                Tidak banyak yang mahu saya kongsikan kali ini. Sekadar cerita tentang penghargaan terhadap seorang lelaki yang saya ‘respect’ kerana tidak banyak bicara tetapi kerja-kerja yang diamanahkan selesai dengan baik. Berkhidmat selama 35 tahun 9 bulan dan 15 hari, YM Ungku Abdul Halim Bin A. Hamid menemui noktah kembara dunia kerjayanya di Kementerian Pelajaran Malaysia.
YM Ungku Halim sedang menyampaikan ucapan
Memandang YM Ungku sebelum majlis bermula
         Dalam satu majlis ad hoc, saya dihubungi Puan Susila Ahmad, sehari sebelum majlis Jamuan MERDEKA, RAYA., HARI MALAYSIA DAN PERSARAAN dan diminta menunaikan amanah sebagai pengerusi majlis. Tidaklah terlalu berat, memandangkan saya sudah kerap kali juga diamanahkan dengan tanggungjawab tersebut sebelum ini.  Cumanya sentimen emosi agak lain sedikit bila membabitkan majlis persaraan. Dalam waktu singkat, saya cuba menggali sejarah perjalanan YM Ungku Abdul Halim dan Alhamdulilah segalanya selesai dengan baik atas bantuan rakan-rakan sepejabat.
Ketika membaca biodata YM Ungku Halim.

Menahan sebak dan akhirnya tumpah jua airmata menceritakan tentang isterinya
                Lelaki yang saya kira tersendiri ini dilahirkan pada 16.09.1956 di Mersing Johor. Menerima pendidikan rendahdi SK Sri Mersing, Johor Bahru, SK Laksamana Kota Tinggi dan SK Temenggung Abdul Rahman Johor Bahru. Seterusnya mengorak langkah ke SM Maktab Sultan Abu Bakar English College, JB.
                Mendirikan rumah tangga dengan Puan Talkha Binti Mohd Ali pada Disember 1988 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata yang kesemuanya perempuan. Sejarah kerjayanya selepas mengikuti Kursus Sains Pertanian di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim.
Dakapan persahabatan

                Mula bertugas pada 01.01.1977 di SM Masai, JB. 1987 mengikuti Kursus Pendidikan Khas (1 tahun) di maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur. 1988 bertugas di SKPK Princess Elizabeth, JB. Kemudian melanjutkan pelajaran di Flinders University, Aadelaide South Australia pada 01.03.1993 hingga 31.12.1995 seterusnya dari SKPK Princess Elizabeth, JB ke jawatan latihan. 1995 dari bahagian biasiswa ke SK Taman Perling JB. 1997 Dari SK Taman Perling JB ke SK Bandar Baru Uda, JB.
Cenderahati dari warga BPKhas disampaikan oleh tuan pengarah
                Pada 16.01.1997 dari SK Bandar Baru Uda, JB ke Jabatan Pendidikan Khas. Sekitar Oktober 2003 menjadi caretaker di SMPKV Indahpura. Pada tahun 2004 dari JPK ke SMPKV Indahpura, JB sebagai penolong kanan, lantas akhirnya kembali bertugas di BPKhas pada 16.05.2007 sehinggalah beliau menamatkan perkhidmatannya di usia persaraan. Sepanjang perkhidmatannya, beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2000, 2006 dan 2009. 

Sebelum 'punch card' terakhir
                 Ucapan yang disampaikan menyentuh hati tetamu di majlis yang dirancang dan dilaksanakan oleh warga BPKhas, KPM. Ternyata lelaki ini penyayang dan mengambil berat orangnya. Di samping bercerita tentang perjalanan kerjayanya, semua menjadi kaget dan ada yang turut sama mengalirkan air mata apabila beliau menyatakan tentang ‘kesakitan’ isterinya. Secara jujur mengakui mengapa beliau tidak memilih untuk menyambung sehingga usia 60 tahun kerana mahu menjaga dan menumpukan perhatian kepada isterinya. Sungguh mulia hatimu tuan!
               Selamat bersara dan semuga Allah sentiasa merahmati dan melindungi tuan sekeluarga.   

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails