Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Monday, April 18, 2011

AWAK CENDERUNG KE MANA??? APA STAND YOU SEBENARNYA???

 Hari itu bukan hari biasa. Bila aku ditemukan dengan ’orang yang ’berkuasa’’.......... ceritanya agak panjang tapi aku tidak boleh terlalu rapi di blog ini...

”Ok! Sincerely, apa stand you sebenarnya?” Matanya menikam wajahku, tidaklah terlalu tajam. Biasa-biasa sahaja.

Aku tahu di hadapanku adalah ‘orang yang ‘berkuasa’’ tapi hatiku cepat membisikkan apalah yang ada pada makhluk. Tiada kuasa yang lebih hebat daripada Pemilik segala kuasa.

”Maksud tuan?” Tanyaku seperti tidak faham.

“ Awak cenderung ke mana? Saya dah baca blog awak!” Tuturnya tegas dan jelas.

”Tuan baca blog saya...” Balasku berbaur terperanjat.

”Awak masih tidak menjawab soalan saya Encik .........., sayang! Awak berbakat dan berpotensi sebagai penulis dan seorang pegawai! Tapi apa sudahnya, kalau ini caranya!” Dia mula menekan diriku dengan kata-kata.

”Terima kasih tuan. Tapi itulah diri saya. Saya tidak boleh membohongi diri saya! Ideologi adalah hak peribadi, tuan pun tahu. Sebagai penjawat awam saya tidak menentang dasar. Saya pelaksana dasar!”

Tiba-tiba dia memotong...

”Encik..... di peringkat ...... ini, Encik ........ bukan lagi semata-mata pelaksana tetapi telah turut sama membina dasar! Faham tak!” Suaranya bertambah tegas.

”Ya! Saya faham tuan.” Balasku pendek.

” Saya mahu bukan setakat faham! Tapi bersama kami...” Tekannya lagi.

”Apa yang saya tidak bersama tuan! Saya hadir kerja dan menjalankan tugas. Semua pergerakan keluar saya berekod. Kursus dan mesyuarat saya ada minit curai. Hampir sebulan di sini, apa yang saya tak buat dalam rangka tanggungjawab tugas saya. ” Giliran aku pula menjadi berani (serigala)

” Saya tahu Encik...... berpotensi!” Dia mula kendur.

“ Terpulanglah tuan. Saya bukan seperti orang lain. Kalau kerana prinsip dan pendirian saya, terpulang kepada tuan. Kalau nak hantar saya ke sekolah semula pun saya tidak kisah. Saya bukan datang sini dengan gila pangkat, mahu nama, gila kuasa! Jauh sekali nak cari duit tepi! Saya bukan orang lain! Saya adalah diri saya!” Aku semakin berani.

”Hah! Inilah mahalnya .......... berbanding orang lain! Tolonglah kita sayang pada bakat dan potensi Encik....!” Suaranya semakin kendur dan bernada memujuk.

”Saya adalah saya! Tuan tidak mungkin boleh mengubah yang ada dalam jiwa saya! Saya haqqul-yakin dengan Allah dan Rasulullah, Terpulang tuan! Ada apa-apa lagi tuan”

Matanya merenungku dengan sungguh-sungguh.

”tak apa! Nanti saya akan jumpa Encik......... lagi.....” Balasnya lembut sambil tersenyum.  Aku menghulurkan tangan, membalas senyuman dan berlalu............

Ya Rabb! Jadikanlah aku orang yang teguh di atas titian-MU.........

Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA





  

        


 

Tuesday, April 12, 2011

DI SINI BARULAH AKU TAHU III


Beryukurlah! dikau telah dapat membaca diriku
bahawa pawana tanah selatan telah bertiup kencang
di mukim pentadbiran ini......

Gempita dalam suram
Pabila suara menjadi serigala
Tiba-tiba keberanian datang
Entah dari penjuru mana

Bukan sentiasa angguk di jalan bengkok 
Bukan sentiasa tepuk pada ucap kata ampu dan pujuk
Bukan sentiasa mengiya pada dolak-dalih 


Aku tidak akan berhenti di sini
Terpulang kepada dikau membawa kemudi
Namun aku bersedia turun dari bahtera ini
Andai itu arahannya nanti
Kerana berdiri di sini
Bukan kerana disengat pangkat
Bukan kerana nama diangkat
Bukan langit yang mahu ditongkat

 


Cuma aku ingin terus memberita dikau
Bahawa duit ini  bukan milik kita – kita mengurus wang rakyat
Bahawa kesudahan kehidupan ini – kita akan mati mengadap Tuhan
Bahawa setiap penganiayaan – kita akan menerima balasan
Lalu di lantai bawah sana
Terlalu ramai anak-anak istimewa
Yang menunggu kita dengan harapan
Dan sejuta mimpi.........


Beryukurlah! dikau telah dapat membaca diriku
bahawa pawana tanah selatan telah bertiup kencang
di mukim pentadbiran ini......

ZHARULNIZAM SHAH Z.A
Sunyi Malam Putrajaya
12042011

Friday, April 8, 2011

GENAP SETAHUN 'BLOG PUJANGGA SENI'



Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA

6 April 2011 maka genaplah setahun blog ini. Sesuatu yang agak ketinggalan bagi diri saya ketika penulis lain sudah bertahun-tahun mempunyai blog..
Pun tetap bersyukur atas segalanya 
Tiap sesuatu bersebab, Allah tidak menciptanya dengan sia-sia
tentu ada hikmahnya yang tersendiri... Alhamdulilah!

Di kesempatan ulang setahun blog ini, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang pernah ke sini,
yang membaca,
yang memahami,
yang menghayati,
yang memberi sokongan,
yang menyerah dorongan,
yang membangkit semangat,
yang memberi komen pada tulisan,
yang meninggalkan jejak/jengah di kotak mesej
yang segala macam yang berbentuk positif.......
samada untuk...........
                                    agama,
                                                bangsa,
                                                            nusa,   

pendidikan khas,
isu semasa,
isu pendidikan,
keadilan sejagat,
sajak
dan apa sahaja.......

Zaid Akhtar

Akhirnya ucapan terima kasih istimewa
buat insan yang menghadiahkan blog ini kepada saya
novelis terkenal ’Salju Sakinah’
sahabat bergelar Zaid Akhtar

Insyallah blog ini tidak akan ’mati’ sebelum saya mati..........

Allahuakbar!!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!!!

NOTA; Inilah antara catatan awal saya selepas dihadiahkan blog ini KLIK DI SINI

Tuesday, April 5, 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA (Tema Hari Guru 2011)

Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA...

Alhamdulilah, telah masuk minggu yang ketiga aku meresapi keadaan, suasana, rakan-rakan baru. Alhamdulilah berkat doa bonda, isteri, adik-beradik, anak-anak, anak-anak didik, para sahabat maka semakin kuat dan kukuh semangat untuk terus menyumbang tenaga di sini.....
Ucapan Menteri Pelajaran Malaysia

Tambahan pula sudah mula mendapat sokongan persekitaran. Alhamdulilah!

Pagi 05042011, berlangsung Majlis Perhimpunan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Auditorium Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Tidak banyak yang mahu kurakamkan. Beberapa catatan daripada ucapan YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia;
1. Bersikap terbuka 
Pengarah JPN Sarawak menerima watikah Hari Guru 2011 

2. Jangan berfikir dengan pengalaman biasa - berfikir luar kotak 
 3. Urus tadbir yang efisien, cekap, produktif, kreatif, inovatif 
4. Komited menaikkan nama dan imej KPM
Pelancaran Tema Hari Guru 2011
5. Warga KPM hendaklah teguh dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
 Dalam majlis sama, YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin, turut melancarkan tema Hari Guru Kali ke 40 bagi tahun 2011 " GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"  dan Insyallah Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2011....
Alhamdulilah! Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA..................
 

Monday, April 4, 2011

DI SINI! BARULAH AKU TAHU II



Aku terus berlari dan mencari atlas....
hujan subuh membasah wajah
ini perjalanan baru yang cukup menguji
terhumban ke daerah asing
dalam kemelut
aku tenggelam dalam laut silangkata
tapi siapa yang bisa kupercaya
kerana manusia di sini punya sejuta wajah
 
Aku seperti ingin pulang
Namun ada gema suara dan sejuta tangan menghalang!
katanya "haruskah kau pulang sebelum berjuang!"
gema kata-kata itu jatuh bersepah di lantai peribadi.........



Ya Rabb!
Hanya kepada-MU... aku menyembah
          Hanya kepada-MU... aku menyerah
                   Hanya kepada-MU... aku pasrah
         

Aku ingin mati sebagai pejuang tulen
Yang tidak mengadai prinsip dan pendirian..........

ZHARULNIZAM SHAH Z.A
Kalut malam Putrajaya
04042011
Related Posts with Thumbnails