Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Thursday, May 6, 2010

PENGIKTIRAFAN LUAR JANGKA

Sebetulnya saya dibuai rasa tidak percaya apabila menyahut berita daripada Cik Aida yang mewakili Bahagian Pendidikan Guru KPM pada tanggal 22 April 2010. Kebetulan sedang melatih pemain-pemain takraw L15 di gelanggang SMK Teknik bagi persiapan terakhir sebelum ke Matrikulasi Tangkak esoknya (23 April 2010). Suasana dewan yang agak riuh sesekali mengacau perbualan sebelum saya mengambil tindakan keluar seketika untuk mendapatkan mood perbualan yang lebih tenteram. Seingat saya dua kali saya bertanya bagi memastikan supaya Cik Aida tidak tersilap tafsir, tersilap membaca atau lain-lain silap yang seumpamanya.
"Cuma sekarang kita hendak buku ini 10 naskah untuk VVIP" Berdegup jantung mendengar VVIP. "saya akan cuba hubungi Utusan Publications". Petangnya pemain-pemain direhatkan saya menghubungi beberapa kerat rakan di Utusan yang biasanya saya berurusan. Semuanya tidak berani membuat keputusan, al-maklumlah memerlukan 10 naskah percuma. Saya sudah tidak mampu menanggungnya, sebelum ini saya diberikan hanya sepuluh naskah percuma akan tetapi jumlah yang dihadiah sudah melebihi 20 naskah. Insyallah. Akhirnya saya dicadangkan berbincang dengan Puan Faridah Shamsudin (Pengurus Kanan Penerbitan Utusan), setelah diterangkan duduk perkara sebenar dengan secara baik. Alhamdulilah sepuluh naskah percuma selesai. Pihak Utusan sendiri menguruskan secara terus kepada KPM. Terima kasih Puan Faridah.
Isunya apa? Ya! orang selalu mengatakan saya seorang merendah diri dan itulah diri saya. Penulis kampung. Ini satu pengiktirafan luar jangka. Sebetulnya apabila surat KPM yang mempelawa guru-guru yang berkarya supaya menghantar karya untuk dinilai bagi tujuan..... , saya acuh dan tidak acuh. Tiada keyakinan langsung buku setebal 113 mukasurat boleh terpilih....  Apabila pengetua yang menghantar sendiri kepada saya dan meminta saya mengisi dan menghantar buku itu akhirnya saya akur.
Setelah hanya mendengar keputusan dan permintaan lisan Cik Aida, kelmarinnya Hajah Maimunah dari JPN Pahang memberi kesahan apabila membuat tinjauan melalui telefon bagi memastikan saya menerima kad jemputan. Semalam (05 Mei 2010) sah dan yakin, saya menerima kad cantik berlatar belakang warna coklat. Tercatat tema Hari Guru (Guru Pembina Negara Bangsa) juga ada lambang KPM, kerajaan Negeri Pahang, dicatat tentang tetamu VVIP yang hadir iaitu Menteri Pelajaran Malaysia, Menteri Besar Pahang. Alhamdulilah! isteri yang sentiasa memberi semangat saya tunjukkan kad itu. Gembiranya bukan kepalang, saya pasti membawanya bersama kerana kad untuk undangan makan malam bersama Menteri Pelajaran Malaysia diberikan dua keping. Benar! buku KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS telah terpilih untuk dilancarkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada malam 15hb Mei 2010 bertempat di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisik, Kuantan Pahang bersempena Sambutan Hari Guru ke-39 Peringkat Kebangsaan 2010. Ya! bagi penulis kampung seperti saya pengiktirafan ini besar dan luar jangka. Ya Allah! bersyukur kepadaMU atas apa yang KAU berikan kepadaku....

3 ulasan:

sarah-kelate said...

pujangga seni..tahniah...langkah demi langkah perlu diteruskan ....ambo bru kenal dunia kerja terasa semangat melanda ...tsunami kerja itu adalah ibadah ..dugaan datang tidak bermusim..tapi kena sabar dan sentiasa kuat semangat..tahniah !!!

Tea Cha Hai said...

Salam.
Tahniah cikgu.....
Setiap permulaan ada perjalanan- perjalanan boleh pahit-boleh manis-acuannya berdasarkan ramuan kita dan juga sekitar..... InsyaAllah saya yg baru nak bertatih ini sekuat cikgu hendakNYa... :-)

Mrmnj said...

As salam.. TAHNIAH cikgu.. sy sgt berbangga krn sy salah seorg yg memiliki buku tersebut & telah ditandatangan oleh cikgu.. semoga cikgu akan terus menulis... semoga sy juga akan sekental semangat cikgu...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails