Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Thursday, September 23, 2010

NAQHUHINES DAN 'RENGSA'

RENGSA sudah empat tahun diterbitkan oleh Tintarona Publications Sdn Bhd. Nilainya RM31.50. Saya kira orang akan memikirkan 1000 kali untuk membelinya. Tebal pula 750 muka surat dengan situasi memerah fikir selama dua tahun untuk melangsaikannya. Alhamdulilah saya bersyukur kerana kebanyakan segelintir (yang dapat ditemui) yang membeli mengakui mereka berasa berbaloi mengeluarkan kos tersebut untuk menikmati RENGSA
Ketika novel ini menjengah  pasaran saya belum mempunyai blog untuk mempromosikannya, sementelah blog yang sedang ditatap ini pun bermula April 2010 dengan hadiah ihsan sahabat yang sama menulis Zaid Akhtar.
Minggu yang agak sibuk(19 hingga 25 September 2010) akan tetapi 23.09.2010, apabila saya menjengah blog ini. Dia meninggalkan jejak. Saya kunjungi blognya  lalu....    
Sungguh sayu terharu apabila menjengah blog sahabat ini. Sebelum ini saya ada juga membaca beberapa pengulas lain mengenai rengsa. Biarpun ada pujian dan ada juga kritikan (diakui tidak ramai yang mengulas RENGSA). Sebagai penulis ianya diterima dengan terbuka untuk memantapkan karya pada masa akan datang. Sungguh berlainan sekali dia mengulas RENGSA sehingga membacanya segala rasa wujud dalam diri saya. Bukanlah saya mabuk atau dicandu puji. Ulasannya membuatkan BUDIN kembali segar dalam diri saya dan teringat 'mistik' yang dialami semasa mengarang RENGSA. Mistik itu biarlah menjadi rahsia peribadi.
Saya rasa sedih dan gembira menjadi satu apabila dia ke perpustakaan untuk mencari karya saya yang lain selepas membaca RENGSA tetapi tidak menemuinya. Insyallah diizinkan Allah 2011 novel terbaru saya berjudul BILA CINTA BERISTHIKARAH akan diterbitkan oleh PTS. Jika panjang umur dan ada rezeki karya Insyallah ditemui..
Apa pun.  Terima kasih atas ulasan, sokongan dan dorongan sahabat ini. Sesungguhnya Rengsa adalah sebuah kajian yang berlaku dalam masyarakat Melayu.. Untuk membaca tentang  NAQHUHINES DAN 'RENGSA' Sila klik   http://naqhuhines.blogspot.com/2010/09/rengsa.html

2 ulasan:

eita said...

assalamualaikum....
eita baca novel ni.......kalau tak silap tahun lepas....tapi bukan beli eita pinjam kat perpustakaan awam...sebab eita suka lepak kat sana....citer dia memang best sangat2....tapi kena menghayati betol2 lah...

marinahunny said...

Salam saudara, sy adalah peminat novel thriller, seram dan yg sewaktu dgn nya. Pertama kali terlihat novel ni hati sudah terpaut dgn ketebalan, tajuk dan sinopsis yg buatkan sy terus beli tanpan fikir bnyk kali dan ternyata sgt berbaloi. Sy mencari novel saudara yg seumpama rengsa ini tp tiada, alangkah baiknya kalu saudara dpt menghasilkan novel seperti ini lg. Ramai peminat novel ini sbnrnya.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails