Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Thursday, December 23, 2010

PMR DAN HAKIKAT KECEMERLANGAN...........

Tahniah! yang lulus cemerlang dalam PMR, kepada yang tidak memberangsangkan syabas diucapkan. Jangan patah semangat. 

Hakikat kecemerlangan dalam hidup ini apabila kamu mengenal Allah dan Rasulullah saw. 

Menunaikan segala perintah dan meninggalkan segala yang dilarang. 

Kejayaan sebenar adalah menjadi HAMBA YANG BERTAKWA tanpa mengira apa kerjaya kalian nanti ....

 

 

KUALA LUMPUR: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sekali lagi mengekalkan kecemerlangannya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan 20 MRSM mencapai keputusan lebih daripada 60 peratus pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ibrahim Ahmad, berkata daripada 5,068 calon dari 36 buah MRSM, jumlah yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran ialah 3,129 orang iaitu peningkatan sebanyak 2.17 peratus berbanding 59.03 peratus tahun lalu.

"Pencapaian MRSM dalam peperiksaan PMR 2010 adalah cemerlang dan bertambah baik berbanding dengan pencapaian pada tahun lalu iaitu daripada Gred Purata Maktab (GPM) 1.0992 kepada 1.0531," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata MRSM Pasir Tumboh muncul sebagai MRSM cemerlang dengan mendapat peratus tertinggi mengikut pencapaian GPM iaitu 92.20 peratus pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran, diikuti MRSM Pasir Salak (81.2 peratus) dan MRSM Kuala Klawang (79.9 peratus).

Sebanyak 18 MRSM menunjukkan peningkatan daripada segi nilai GPM, katanya.

Ibrahim berkata, 16 MRSM juga menunjukkan peningkatan dalam pencapaian peratusan pelajar yang mendapat semua A yang mana MRSM Besut mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 30.53 peratus.

"Bilangan pelajar MRSM yang mendapat pencapaian mengikut syarat minimum 6A2B (Matematik A, Sains A) ialah seramai 4,438 orang atau 87.57 peratus berbanding 3,498 orang pada tahun lepas," katanya.
Beliau berkata empat mata pelajaran mencatatkan peningkatan peratus pencapaian gred A pada tahun ini iaitu Sains (+3.9 peratus), Bahasa Inggeris (+2.6 peratus), Bahasa Melayu (+2.0 peratus) dan Sejarah (+1.8 peratus). - BERNAMA ; Berita Harian Online

 

2 ulasan:

teratai said...

salam pujangga seni,
amat setuju dgn mukadimah n3 ini, itulah kejayaan yg sebenar2nya, menjadi seorg yg bertaqwa n tinggi darjatnya di sisi Allah n Rasul!

Jika kejayaan di dunia seiring dgn ketinggian taqwa iman, baru boleh dikategorikan telah berjaya!

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Setuju dgn teratai... membentuk akhlak dan tingkah seseorg itu amat payah berbanding dgn mengajar mereka subjek2 tertentu utk lulus dgn cemerlang dan berbanggalah seorg guru yang mampu menjadikan anak muridnya cemerlang dlm peperiksaan dan cermerlang juga dari segi aqidah dan tingkahlaku...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails