Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Sunday, July 10, 2011

SUDAHLAH!!!!!! BERSIH INI NAK APA LAGI?????...........

Beriya-iya ’dia’ mahu menemui saya Ya! dia sahabat saya dari kem 'sebelah sana'.. kami memang berbeza pendirian dan pendapat. Alhamdulilah kami tidak pernah bermusuh. Jauh sekali memutuskan silaturahim kerana perbezaan politik


 Bila dia ikhlas bertanya, maka saya ikhlas menjawab ;
”Apa sebenarnya yang BERSIH nak?” Katanya merenung wajah saya. Lembut

"segalanya kerana sistem, saya juga tidak setuju sekiranya menumbang kerajaan secara demo. Biar rakyat memilih melalui pilihanraya tetapi sistem pilihanraya mestilah tidak diragui, adil, telus.. macam 2004 atau 2008 tak silap saya penggunaan dakwat yang dibeli dengan nilai 2 juta sepatutnya digunakan bukan dibazirkan. Dakwat dibeli tetapi tidak digunakan, Faisal Tehrani ada menulis tentang isu ini dan pembangkang pernah mempersoalkannya Pemerintah harus faham kerajaan oleh rakyat dari rakyat untuk rakyat dan semuanya duit rakyat .”

”hai kalau tak adil takkan pembangkang menang 5 negeri?” Dia sedikit menekan.

” Baik, itu diragui. Kalau tak diragui lebih lima negeri. Begini cubalah hampiri mereka yang bertugas sebagai peguam, berapa banyak aduan tentang kad pengenalan ..................... pengundi dipindahkan alamat dan ada kes pula nama berada di dua tiga pusat pengundi. Orang yang dah meninggal dunia tak dibersihkan sebagai pengundi. Seperti tuntutan BERSIH, kenapa takut untuk hapuskan undi pos. Cuba semak berapa peratus undi pos kepada pembangkang. Mereka yang undi pos pun takut kemudian pelaksanaannya tidak telus..... SPR mesti membetulkan perkara ini. Jawap secara berhemah dan buktikan tindakan yang betul dan amanah”
              Satu lagi media. Kata  bahagi rakyat pembangunan untuk kemajuan. Negara-negara maju media memberikan peluang yang sama rata untuk media akhbar dan tv. Sepatutnya kalau abang lawan saya kita ditemukan dalam rancangan tv. Tak boleh sentuh isu peribadi, kita hanya boleh cakap pasal dasar, apa yang kita nak buat untuk rakyat kalau kita menang. Media kita dilihat berat sebelah. Sekarang sebab dah ada internet, maklumat banyak.
            Sebab itu ada kajian menunjukkan generasi baru yang celik IT tak percaya media perdana. Jangan salahkan mereka. Itu persepsi masing-masing. Maaf cakap bang! Berasaskan pengalaman pengamatan saya, nampak jarak jauh pola berfikir mereka yang membaca kedua-dua sumber berbanding membaca satu sumber sahaja  
            Satu lagi masa berkempen jadi 21 hari berbanding 10 hari yang dibenarkan sekarang. Abang kena ingat apa yang pembangkang ada. Masa itu pendek. Pemerintah ada semua tv, radio, juga blogger upahan. Pakatan Rakyat hanya ada ceramah. Kajian menunjukkan dari segi peratus keberkesanan medium pembelajaran, ceramah paling tidak berkesan. Sekejap orang dah lupa. Mujur sekarang ada internet, itu pun jumlah penduduk Malaysia yang celik IT dalam 30% sahaja dari 27 juta penduduk”

 ”kau orang cerdik, nak tanya juga pasal Ambiga defend Lina Joy. Dia itukan kafir, pertahankan murtad lagi?” Sedikit tegas dia menguji saya.

”Saya tidaklah cerdik mana pun bang! Yang Maha Bijaksana Allah! Ya saya tahu dia defend Lina Joy dalam kes murtad. Beberapa minggu dulu saya ada makan tengahari dengan........... , pegawai khas Timbalan Menteri..................... orang tempat kita itu. Dia juga ingatkan saya perkara ini. Saya tidak bersetuju dengan Ambiga dalam hal itu. Ini juga ada kaitan dengan sistem. Pemerintah orang kita. Selalu dilaungkan kuasa pada orang kita, sejak zaman arwah Fadzil Noor, PAS pernah bangkitkan supaya digubal undang-undang murtad tapi sampai sekarang takde apa. Ok kita bergembira Islam sebagai agama rasmi dalam perkara 153 perlembagaan negara. Kenapa tak gubal undang-undang murtad. Jumlah yang murtad bertambah. Itu saya tak nak sebut apa yang berlaku di Sabah. Abang dapatkan sijil Injil Borneo (SIB), confirm abang murtad walaupun abang dilahirkan Islam.
Konteks itu memang saya tidak setuju dengan Ambiga tapi bila tuntutan BERSIH. Insyallah... kedua-duanya konteks yang berbeza. Nabi Muhammad berhijrah pun yang tunjuk jalan bukan Islam. Nabi dengan Abu Bakar ikut jalan lain yang lebih sukar untuk tidak bertembung dengan orang lain... Bila dia mahu bersama kita dalam aspek kemanusiaan dan kebenaran, takde salahnya pun. Apa pun kita kena gubal undang-undang murtad, jangan terlalu tunduk pada NGO yang entah apa-apa. ..”      

”Bila kau balik ........?” Dia mengubah topik tentang kerjaya saya.

”Insyallah tak malam nie, pagi esok pukul 5 jalan la.”



”Kan bagus kalau orang macam kau nie duduk sekali dengan..... kita bersatu. Bersatu untuk orang Melayu! Melayu lebih kuat!!!” Dia memancing penuh semangat.

” Maaf cakap, kalau saya cakap bimbang orang kata bongkak, pandai bawa cerita. Orangnya dalam Segamat ini hidup lagi..... Ustaz......., Pak.......... dan Encik................... pernah datang pelawa saya untuk duduk dalam....... tapi saya tolak dengan baik. Kita boleh BERSATU tapi bukan dengan nama bangsa. Kita bersatu dengan nama agama. Tauhid. Kalau nabi Muhammad berjuang dengan nama bangsa! Untunglah orang Arab! Rugilah semua orang Bumiputera!”

”Tapi kat Malaysia ini yang menguatkan Islam Melayu la! Melayu itu Islam, Islam itu Melayu!”  Suaranya berbaur keyakinan.

” Maaf bang! Islam adalah tauhid, Melayu adalah bangsa. Nilai Islam itu bukan terletak kepada bangsa tetapi takwa bang....
Inilah yang British tinggalkan untuk kita bang. Berjuang atas nama bangsa, semua parti berasaskan kaum dan selepas lebih 50 tahun kita masih terjajah oleh sistem yang ditinggalkan itu.
            Berapa banyak Melayu rosak, yang berkuasa dengan rasuahnya, yang muda-mudi dengan zina, arak, judi, buang anak. Kenapa? kerana hilang takwa. Maaf cakap bang! Bahaya kalau berpegang Islam itu Melayu, Melayu itu Islam. Dalam dunia ini, waima negara China, India pun ada Islam.... Mana negara dalam dunia ini yang tiada Islam, semua negara ada Islam. Cuma kuat atau tidak Islam itu berasaskan ketaatan dan kepatuhan umat Islam itu sendiri kepada Allah dan Rasulullah saw. Cuba abang fikir betul tak?”
Dia memandang saya bersungguh-sungguh. Selepas menghabiskan minuman kami di kedai .................. Segamat, kami berpisah.

Dalam perjalanan pulang semakin sesak medan fikir saya. Sungguh kefahaman tentang Islam itu sendiri penting untuk skrip kehidupan yang bermakna di dunia dan akhirat. Lalu saya teringat seorang sahabat yang pernah berkata ”Malaslah nak ambil tahu politik nie. Pening kepala! Janji boleh buat amal ibadat cukuplah!”
Nauzubillah! Walhal kita akan ditanya  tentang kepimpinan kita nanti.

Apa yang tidak ada politik dalam hidup ini sementelah politik itu adalah satu urus tadbir dari keluarga hinggalah kepada negara. Politik keluarga, bapa ketua dan diikuti ibu dan anak-anak. Kalau sekolah, ketuanya pengetua/guru besar dan diikuti GPK sehinggalah kepada tukang kebun ..... Semua orang berperanan dalam organisasi tersebut.

Wallahualam.  

      




6 ulasan:

author faethal said...

Agama, perkauman dan institusi diraja adalah 'pelindung' yang selalu mereka gunakan apabila terdesak dalam 'membenarkan' hujah mereka.

BERSIH contohnya, apabila saya gunakan list daftar pengundi di Perak yg dikeluarkan oleh SPR itu sendiri. Lengkap dengan alamat dan UMUR yang ternyata Malaysai adalah sebuah negara yang 'sihat' penduduknya apabila ramaia yang berusia melebihi 100 tahun. Kalah negara Jepun!.

Bila ditunjukkan 'bukti' ini, akhirnya mereka menyatakan kenapa tidak lebih awal. Kenapa tersu melakukan perarakan. Nah!...back to the square one. Nak kena jelaskan pula kepada mereka rekod permohonan tuntutan gabungan Bersih ini sejak dari BERSIH 1.0 sebelum PRU12. Kemuncaknya adalah ketika PRN S'wak. Bila kita puas cerita berjela2...akhirnya mereka akan cakap begini "Sedih lihat org Melayu yang berpecah belah."

Itulah dia tuan. Apabila mereka mengajak kita berhujah. Kita tunjukkan bukti segala kepesongan yang mereka lakukan. Tetapi bila mati hujah. Mereka akan balik gunakan AGAMA, PERKAUMAN dan RAJA.

HASNORWANI ... said...

Saya suka akan ulasan anda.mohon share

HASNORWANI ... said...

ulasan yang menarik...mohon share

Mohd Azrin Abu Bakar said...

Perghh..ini jawapan yang saya ingin kan...!!!!!!

Mohamadazhan.com said...

entri menarik, membuka minda yang tertutup =)

Cik Kuntum said...

alhamdulillah jawapan yang bernas sekali! follow blog nih tak sia2

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails