Barulah aku tahu di sini
Kejujuran hanya sebutir debu di tengah padang
Ketulusan sudah semakin jarang
Kebaikan hanya wayang
Barulah aku tahu di sini
Orang-orang telah disergah pangkat
Memuja, memuji, mengampu, mengangkat
senjata nafsu-nafsi menyengat
daki dunia di dinding hati kini melekat
Barulah aku tahu di sini
Melayu memijak bangsanya sendiri – cerca
Melayu membenam ilmu bersulam iri
Melayu membunuh nasib – menumbuk rusuk
Melayu mencari dirinya sendiri
Yang larut dalam laut dengki
Barulah aku tahu di sini
Yang mampu dipercaya
Hanya kerusi dan meja
Berkhidmat paling setia
Tanpa ganjaran luar jangka...........
Barulah aku tahu di sini
Bukan tempat untuk berjuang
Tapi tempat mencari wang............
Yang aku pasti
Malaikat di bahu kiri
Tidak henti mencatat......
Tuhan!
Telah KAU letakkan aku di sini
Tiba-tiba hati ini mahu pulang ke sana......
Hanya kepada-MU
Aku memohon pertolongan dan perlindungan..............
ZHARULNIZAM SHAH Z.A
Senja Putrajaya
29032011
4 ulasan:
sangat indah..
perjalanan kita ini telah ditentukan tanpa kita sedari...yang buruk itu ada cantiknya, yang pahit itu ada manisnya....hanya ALLAH jua yang mengetahui..
carilah sahabat yang boleh dibuat ubat
carilan kawan yang mengubat rawan
carilah isteri yang menyerah hati dan diri
carilahlah suami yang boleh berbakti
carilah guru...agar dapat mengenal seteru....
Tidak sunyi kehidupan dengan pancarobanya.
Pabila semakin kita diatas begitu kuatlah dugaannya
Namun Allah lah sebagai Penolong hambaNYA
Kerana itu janganlah sesekali berhenti untuk meminta pertolongan dariNYA
Mungkin pada masa sekarang cabaran itu sukar dihadapi.
Manalah tahu angin perubahan akan berubah di Putrajaya
Dipenuhi pula oleh mereka berniat kerana Allah S.W.T
Semata-mata bekerja hanyalah untuk Agama dan Bangsa.
Kejujuran itu dinyalakan semula
Keikhlasan dari hati itu dipenuh-penuhinya.
Kerana sebagai bekalan diakhirat
dan takut akan ditanya semasa di padang Mashar
-Apakah yang engkau laksanakan sebagai seorang pemimpin atasan?-
Waallhualam.
p/s :Maaf bang.Tetiba komennya jadi sajak pula.Idea datang mencurah2x.. :)
Sesungguh mata pena itu lebih tajam dari pedang
setiap kata-kata indah itu datangnya dari hati yang luhur dan sesungguh setiap titisan tinta di atas kertas itu datangnya dari keiklasan hati.
Post a Comment