Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Thursday, November 11, 2010

APABILA ZAID IBRAHIM MEMBUKA TOPENG DI WAJAH………

   Apa cerita PKR? Macamana nak tawan Putrajaya?...  

Barangkali inilah proses pembersihan PKR. Saya bandingkan juga dengan kekuatan BULAN PUTIH dari segi istiqamah, keutuhan memegang prinsip, dan yang paling penting atas dasar apa sesuatu parti politik wujud dan berjuang. Dasar itulah yang menjadi inti dan melatari matlamat perjuangan…

Sambil terus menekan saya, rakan-rakan puak karat biru berkata impaknya besar. Saya katakan isu politik kebanyakan bersifat sementara dan PKR masih baru. Saya berikan contoh beberapa kes besar, satu ketika Negara gegar tuduhan kepimpinan utama Negara terlibat pembunuhan Altantuya sehingga keluar perkataan demikian (Segera DNA anak Altantuya untuk pastikan anak Razak atau Cucu Tun Razak). Segalanya bersifat sementara dan akan ditutupi oleh isu baru nanti. Satu ketika isu harga barang naik, kemudian isu perpaduan/penyatuan PAS – UMNO, kemudian muncul pula isu lain.

Cuma sekarang apakah tindakan yang akan dilaksanakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam rangka startegik pelan tindakan segera bagi mengelakkan bisul menjadi barah tahap kronik. Sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman dengan sepak terajang dunia politik yang penuh helah dan taktikal yang pelbagai. Meminjam kata Tun Mahathir “Tiada kawan dan lawan yang kekal dalam politik....”  

Pun DSAI ada ketikanya tidak juga dapat membuat penilaian yang tepat. Ya! Sebagai manusia biasa kita ada kelemahan. Ini adalah pengajaran paling berguna buat PKR. Lebih wajarlah PKR kekal dengan reformis tulen yang setia semenjak tahun 1999 (ketika api reformasi membakar Kuala Lumpur). Mereka yang mudah melompat dan bertukar-tukar rupa dan arah, pada pandangan peribadi saya ada sesuatu yang tidak kena dengan jiwa orang seperti ini...  

Baik isunya ;

  1. Bagaimana Zaid Ibrahim yang dianggap sudah masak dengan dunia politik boleh memberikan kenyataan akhbar kepada pihak media tradisional yang sentiasa diragui, jaguh putar belit dan tentunya akan menggunakan segala kelemahan Pakatan Rakyat untuk memadam kepercayaan rakyat? Mustahil Zaid tidak tahu natijah perbuatannya itu terhadap Pakatan Rakyat.


  1.  Wujudnya kenyataan merapu ini setelah Zaid melihat pertembungannya dengan Azmin, jelas tidak memihak kepada dirinya. Dalam keadaan seperti ini, sekiranya Zaid matang berpolitik dia tidak akan ’meroyan’... Sekiranya ikhlas dengan PKR Zaid tidak akan meraung kepada media perdana

  1. Mujurnya Zaid tewas di Hulu Selangor. Bayangkan jika takdir memberi kemenangan kepada PKR dan Zaid melepaskan jawatan dalam keadaan Barisan Nasional yang sedang reput bertungkus lumus memulihkan imej mereka di mata rakyat. Kemenangan di Galas tentunya masih menyuntik moral dan kita akan terpaksa menghadapi pilihanraya kecil lagi jika Zaid menang dan meletak jawatan...  Sungguh Maha Bijaksana Allah merancang segala-galanya.

  1. Zaid juga dengan bangga mendakwa beliau layak meggantikan DSAI memimpin  PKR. Hebat! Sedangkan  masuknya Zaid dalam PKR, dek dihukum UMNO kerana rasuah politik. Kalau pemilihan dalaman sudah sukar menerima ketika di ambang kekalahan, macam mana nak jadi pemimpin utama. ( kenyataan awalnya ingin membantu dan mengukuhkan PKR jelas tidak selari dengan apa yang sedang dibuatnya sekarang
  Sejarah politik, Zaid hebat juga. Beliau orang yang pernah menyaman hudud.  Ah! Sebetulnya sukar mahu membaca siapa Zaid sebenarnya dan apakah tujuannya menyusup dalam PKR. Allahuakbar! Sesungguhnya apa yang tersembunyi di hati makhluk hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui.

Kepada DSAI ini pengajaran yang sangat berguna. Sesungguhnya ubat memang pahit, tapi apabila sembuh dari penyakit, nikmat. Terpulang DSAI, kita di kem Pakatan rakyat tidak punya banyak masa untuk menghadapi PRU 13 dalam keadaan Dato Seri Najib senyum lebar melihat huru-hara pemilihan PKR. Lalu siapa pun yang bekasnya dari sana (UMNO) dan berada dalam PKR harus diawasi tanpa mengira agama, bangsa, pengalaman politiknya. Sekarang Zaid sudah membuka topeng di wajahnya... Jangan ada lagi selepas ini yang akan membuka topeng dan memperlihat wajah sebenar......... Wallahua’lam   




1 ulasan:

Fuziani JSR said...

Bidang politik bukan bidang saya... tapi setakat memberi pandangan dari sudut seorang pemerhati dari jauh. Sekiranya seorang isteri merasakan dirinya diabaikan dan cuba disingkirkan ( terbit rasa tidak puashati ) oleh suaminya... Wajarkah isteri tersebut tanpa usul periksa dan perbincangan mencanangkannya kepada mereka di luar sana???? Menceritakan segala-galanya tanpa sedikit berselindung.... Pada saya... TIDAK WAJAR. Begitu juga dengan kes ini.... Sepatutnya segala masalah dan kesulitan harus dikaji dan dibincangkan dari dalam dahulu sebelum mencanangkannya kepada pihak media.... Perjuangan memerlukan pengorbanan.... keikhlasan... dan sifat rendah diri... berjuang tidak bermakna kita mesti berada di barisan hadapan kerana mereka yang berjuang di belakang tabir juga tidak terlepas dari ganjaran ALLAH. Bila rasa riak dan tamak menguasai diri.... perjuangan yang asalnya berlandaskan tuntutan agama akan menjadi medan tempur yang akhirnya akan menyebabkan kita semakin lemah....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails