Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA,
DS
Najib & Tuan Guru Hadi Awang.
Agak
berat untuk saya menulis tajuk ini selepas diberikan peluang oleh Allah swt ke
Putrajaya. (Anak seluang mengharung laut). Sesudah hampir dua tahun
berada di sini. Asimilasi dan pengalaman pergaulan di semua peringkat dari
‘atas’ sampai ke akar umbi menyebabkan saya mengakui ‘bukan mudah mengurus
tadbir sesebuah negara’ . Saya hanyalah rakyat Malaysia biasa yang cintakan
agama, bangsa dan tanah air kerana saya tahu cucu cicit saya tidak akan ada
tanah lain selain MALAYSIA (walaupun khabarnya tanah rizab Melayu yang
asalnya ada 3 juta hektar dan kini hanya tinggal 1.7 hektar selepas melebihi 50
tahun kemerdekaan. Bayangkan apa yang berbaki selepas 50 tahun akan datang atau
mungkin tidak sampai 50 tahun?) Saya
bukan seorang ekstremis tetapi sama seperti yang lain ingin melihat
Islam diletakkan di tempat yang sepatutnya dan hak kaum majoriti tidak diganggu
gugah. (diganggu gugah kerana usaha mempertahankan dan merebut kuasa)
DS Najib,
Tentang
program mesra rakyat dan segala bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan
memerintah hari ini dengan jenama satu Malaysia tidak dapat dinafikan
manafaatnya. Manafaat dari satu sudut kehidupan, keperluan material. Namun
sekadar bantuan berbentuk material belum tentu boleh mencairkan kerohanian, pemikiran
dan kehendak rakyat hari ini yang ingin melihat kepimpinan yang mempunyai
nilai-nilai murni, berilmu, beramal berasaskan kehendak Allah dan Rasul-NYA. Manusia
perlukan agama untuk pengisian kerohanian juga perlukan material bagi
meneruskan kehidupan. Beringatlah! Melayu tanpa Islam tidak boleh menjadi
lesen ke syurga tetapi Islam tanpa Melayu boleh menembusi syurga untuk
kehidupan sesudah kematian. Justeru keperluan agama perlu menjadi tunjang dan
dasar kepada pimpinan dan kepada yang dipimpin tanpa menafikan kepentingan
bangsa.
DS
Najib & Tuan Guru Haji Hadi,
Jika diamati perkembangan politik di Timur
Tengah, jelas rakyat dunia Islam hari ini mahukan kepimpinan yang partinya
berasaskan Quran dan Hadith. Kemenangan Ikhwan di Mesir (selepas 83 tahun
kematian Hasan Al-Banna sebagai pengasas Ikhwanul Muslimun) dengan
Muhammad Morsi diangkat memegang jawatan presiden jelas menunjukkan pendakian
graf kepimpinan yang berasaskan Islam. Oleh itu PAS punya potensi yang besar
berasaskan situasi semasa. Namun jika PAS gagal untuk menjadi dominan, ianya
ada ‘impak yang tersendiri’ kepada Melayu-Islam di Malaysia.
Di
tanah air kita PAS berdiri dengan dasar Al-Quran Hadith dan saf kepimpinan Tuan
Guru Haji Hadi dapat mempamerkan nilai-nilai murni yang baik tetapi belum
diberi peluang menerajui Negara. Namun ada banyak faktor timbang tara yang
lain yang harus menjadikan PAS perlu lebih berhati-hati. Manakala UMNO pula
perlu mempergiat usaha nilai-nilai murni (akhlak sebagai pemimpin Islam
yang mampu menjadi imam, membaca khutbah, amanah, cekap dan bukan semata-mata
bersifat material) sebagai kepimpinan. Malaysia punya pola politik yang
berbeza dengan Mesir dengan kepelbagaian kaum yang mewarnai kehidupan di sini,
hasil dasar-dasar British dahulu. Apabila
kaum majoriti berbelah maka akan ada ruang yang ditinggalkan samada secara
sedar mahu pun tidak. Di satu pihak berusaha mendapatkan kuasa dan
di satu pihak pula berusaha mempertahankan kuasa. Melalui usaha ini ada
kelompongan yang ditinggalkan bagi mencapai cita-cita tersebut (semak
secara teliti apa yang telah ‘diberikan’ kepada ‘orang lain’ samada secara
sedar atau tidak sedar dalam pelbagai aspek.) Kelompongan berbentuk
ruang itu dipergunakan oleh ‘orang lain’ untuk memenuhi tuntutan mereka
(pandangan ini dipersetujui oleh Tun Dr. Mahathir dan blogger popular MSO; Mohd
Sayuti Omar) Jika tiada satu usaha dan rasa
murni untuk memahami situasi politik hari ini yang menjadikan mereka yang
beragama Islam dalam situasi 50 -50, tidak mustahil kuasa itu hanya akan ada
pada nama sahaja akan hilang dari kedua-dua parti tersebut tanpa sedar. (bagaimana
pun jika kesepaduan terbina di antara keduanya berasaskan kehendak Al-Quran dan
Hadith ianya boleh menjadi tambah nilai atau memperkukuh Islam dan bangsa itu
sendiri)
DS
Najib & Tuan Guru Haji Hadi,
Saya
tahu bukan mudah untuk menyatukan pandangan dan pemikiran kepimpinan yang
pelbagai.
PENYATUAN – pernah dibangkitkan tetapi tidak
mudah dilaksana kerana dasar parti, cara hidup, parti yang sedang berkuasa,
parti yang sedang berusaha mengambil kuasa tentunya punya pandangan yang
berbeza. Carilah titik pertemuan tanpa mengkesampingkan dasar Al Quran
dan Hadith. Kepimpinan atas umpama imam yang diikuti oleh makmum, jika
ke longkang jalannya maka ke longkanglah cucu cicit kita nanti. Penyatuan tidak
semesti dengan penggabungan kedua-dua parti atau penjenamaan semula (tapi
jika mampu menjadi satu parti itu lebih baik walaupun saya kira itu terlalu
sukar untuk dilakukan: meski pada satu ketika tulisan di blog ini saya sendiri
tidak bersetuju dengan penggabungan) Hari
ini saya tidak lagi melihat konsep penyatuan samada dari segi idea, pelaksanaan,
kesefahaman. Masing-masing sibuk mencari kelemahan sesama untuk meyakinkan
kepada rakyat, masing-masing terbaik. Apabila banyak kelemahan yang
didedahkan maka ‘orang lain’ lebih mudah nampak kita sebenarnya ROSAK.
SENSITIVITI – Lewat akhir-akhir ini saya
lihat kita seperti telah terbius kerana kuasa. Tidak seperti zaman Natrah. (kaji
sejarah Natrah) Mudah bangkit apabila sensitiviti agama dibangkitkan.
Contoh terbaru apabila YB Ayub Rahmat ADUN Kemelah mencadangkan hudud
dilaksanakan di negeri Johor (Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyokong
sekiranya Johor berjaya memulakannya). Ada pemimpin parti komponen BN
yang menuduh ‘Adun UMNO hilang akal’. Saya tidak melihat adanya kebangkitan
atau menzahirkan rasa tersinggung dengan kenyataan tersebut. (entah
kerana menjaga hati atau bimbang kehilangan pengundi bukan Melayu) Bayangkan jika kenyataan yang bersifat
sedemikian dizahirkan oleh kita kepada pihak mereka (kita tidak
melakukannya kerana Islam tidak mengajar kita berbuat demikian), saya
kira sudah tentu ada bantahan kerana ianya membabitkan rasa kepercayaan
kerohanian yang menjadi tunjang kehidupan.
MERENUNGI
NEGARA JIRAN – Pejamkan mata dan lihat di mana saudara-saudara kita di
negeri jiran yang menjadi bangsa minoriti di sesebuah Negara. Apakah nasib
mereka. Termasuk di Rohingya. Kita bersyukur kerana kita memiliki majoriti di
sini dan asas Islam tentunya yang menyuluh kesejahteraan kerana perlu berlaku
adil dan tidak berlaku kejam. Akibat
terpecahnya kaum majoriti barangkali tidak mustahil sejarah itu menyeberang
sempadan ke arah kita. Nauzubillah…. (Moga Allah! melindungi kita semua dari
dizalimi dan menzalimi)
PILIHANRAYA
UMUM KE 13 - Ramai yang tidak sabar menanti pilihanraya umum ke 13 dengan
pelbagai harapan dan andaian. Entah secara jujur, tiba-tiba saya berasa ngeri
dengan pilihanraya umum ke 13. Tan Sri Mahyuddin pernah melaungkan “hidup mati
BN ditentukan dalam pilihanraya ke 13” manakala di satu pihak pula meyakini “ambil
alih Putrajaya”. Siapa pun yang diberikan mandat oleh rakyat jangan kita nanti
melukut di tepi gantang kerana apabila empang pecah pastinya yu yang kenyang.
Insyallah
jika punya kesempatan kerohanian, pemikiran, masa, ruang, saya akan terus
menulis surat terbuka seperti ini berdasarkan situasi yang saya lihat, fikir
dan rasa.
(Saya tidak memaksa semua
pihak menerima pandangan saya. Saya hanya mahu semua BERFIKIR dan mencari jalan
terbaik dan majoriti rakyat beragama Islam sudah merindui ZAMAN KEBANGKITAN)
·
Tanpa prejudis dan
Insyallah ditulis secara jujur dari lubuk hati nurani.
ZHARULNIZAM SHAH Z.A
Sesudah Asar
City Villa Hotel
Kuala Lumpur
13072012
4 ulasan:
Beringatlah! Melayu tanpa Islam tidak boleh menjadi lesen ke syurga tetapi Islam tanpa Melayu boleh menembusi syurga untuk kehidupan sesudah kematian. Justeru keperluan agama perlu menjadi tunjang dan dasar kepada pimpinan dan kepada yang dipimpin tanpa menafikan kepentingan bangsa.
Dengan Islam sahaja bangsa itu akan selamat
rj johor beepee
SANGAT SETUJU dengan 'kelompongan' yang ditinggalkan oleh yang ingin mempertahankan kuasa dan menginginkan kuasa.
Ada sesuatu yang mengasak kedalam pemikiran ini apabila melihat kelompongan ini.
Tahniah.. komentar yg jujur dan ikhlaa...
Dr rakan kik... yg beli buku lerrr
Syabas dan tahniah kerana pertama kali dapat menghayati nukilan yang ikhlas dari saudara.... Teruskan perjuangan Sdr demi rakyat, Agama Islam dan Bangsa Melayu ISLAM.
Salam ukhuwah dari saya
Post a Comment