Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK
Showing posts sorted by relevance for query catatan zaid akhtar. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query catatan zaid akhtar. Sort by date Show all posts

Thursday, April 8, 2010

CATATAN PENUH EMOSI UNTUK ZAID AKHTAR

Di mana mahu kumulakan. Secara jujurnya penulis kampung seperti aku yang tidak begitu cekap dengan IT, baru belajar berfacebook. Ya! sewaktu aku menuntut di kampus dahulu perkembangan dunia teknologi tidak sedemikian hebat dan meriah. Telefon bimbit begitu mahal tidak semurah sekarang. Blog sudah ada tetapi yang memilikinya boleh dibilang dengan jari.
Sedemikian lama aku masih terus menulis tanpa blog . Apabila tamat pengajian sekitar 1998, aku baru belajar melayari internet. Beberapa tahun kemudian teruja dengan blog rakan-rakan penulis. Aku pernah dikatakan oleh seseorang sahabat 'taksub Faisal Tehrani', hanya kerana kegemaran melayari blog aset intelek muda negara Malaysia itu. Pernah cuba 'memandai-mandai' untuk menghasilkan blog. Hasilnya hampas. Barangkali segelintir pembaca akan menganggap kenyataan jujur ini jelas membuktikan kejahilan penulisnya tentang IT dan aku mengakuinya secara ikhlas.
   Seperti catatan pertama ringkas di blog ini. 6 April 2010, aku dianugerahkan oleh Allah dengan blog ini  melalui hadiah seorang sahabat bernama Zaid Akhtar. Aku masih ingat malam pulang dari pameran buku PWTC (hari sekolah, rombongan SMK Agama Segamat)  dialah yang membawa pulang 120 nashkah buku terbaruku berjudul KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS. Kami bertemu sekitar jam 10.30 malam, menikmati nasi goreng dalam deretan warung makan di Bandar Putra, Segamat. Selepas menghadiahi buku itu Zaid ada mengungkapkan "kau perlu ada blog untuk promosi buku kau". Aku mengiyakannya dengan menganggukkan kepala sambil angin malam seakan menyindir diri 'bahawa aku penulis yang sering tertinggal"
  Sehinggalah malam 6 April 2010 seperti catatan pertama. Zaid menghubungi aku dalam arlogi 9 lebih saat sejadah baru terbaring di atas lantai untuk Isyak. Aku menjawabnya kerana belum memulakan solat. Apabila diberitahu bahawa aku mahu bersolat, dia meminta aku online (FB) selepas selesai menunaikan tanggungjawab kepada Allah itu,  bingkas aku membuka FB. Online. Chatting.
"Aku ada hadiah sikit untuk kau!" (zaid)
"Allah! Zaid! Zaid!"(aku)
"he he he"(zaid)
"Apa dia!"(aku)
"aku dah buat blog untuk kau!"(zaid)
Terasa jantungku berhenti sebentar. Emosi, gembira tunda-menunda di dalam diri. Selepas memberikan email dan password. Aku mula membuka blog ini. Ya! Allah seperti sibuta mendapat tongkat! Sipengembara menemui atlas.
Zaid! Terima kasih. Semuga Allah membalas kebaikan anta di dunia dan akhirat. Insyallah blog ini akan digunakan untuk Gerakan Islam, Pembelaan Anak-anak Khas dan segala yang menjadi keredhaan RabbulJalil. Insyallah.
Sesungguhnya catatan penuh emosi didedikasikan untuk hamba Allah yang bergelar Zaid Akhtar.

Friday, April 8, 2011

GENAP SETAHUN 'BLOG PUJANGGA SENI'



Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA

6 April 2011 maka genaplah setahun blog ini. Sesuatu yang agak ketinggalan bagi diri saya ketika penulis lain sudah bertahun-tahun mempunyai blog..
Pun tetap bersyukur atas segalanya 
Tiap sesuatu bersebab, Allah tidak menciptanya dengan sia-sia
tentu ada hikmahnya yang tersendiri... Alhamdulilah!

Di kesempatan ulang setahun blog ini, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang pernah ke sini,
yang membaca,
yang memahami,
yang menghayati,
yang memberi sokongan,
yang menyerah dorongan,
yang membangkit semangat,
yang memberi komen pada tulisan,
yang meninggalkan jejak/jengah di kotak mesej
yang segala macam yang berbentuk positif.......
samada untuk...........
                                    agama,
                                                bangsa,
                                                            nusa,   

pendidikan khas,
isu semasa,
isu pendidikan,
keadilan sejagat,
sajak
dan apa sahaja.......

Zaid Akhtar

Akhirnya ucapan terima kasih istimewa
buat insan yang menghadiahkan blog ini kepada saya
novelis terkenal ’Salju Sakinah’
sahabat bergelar Zaid Akhtar

Insyallah blog ini tidak akan ’mati’ sebelum saya mati..........

Allahuakbar!!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!!!

NOTA; Inilah antara catatan awal saya selepas dihadiahkan blog ini KLIK DI SINI
Related Posts with Thumbnails