Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Monday, June 21, 2010

DR ASRI DAN UMNO?


Entah di mana silapnya? (Apabila menatap BERITA HARIAN dengan tajuk besarnya 'BEKAS MUFTI MASUK UMNO dan tajuk kecilnya DR MOHD ASRI BERSAMA 100 ULAMA SERAH BORANG JUMAAT) Namun cukup terasa canggungnya. Terlebih dahulu Dr Asri dilihat hadir di muktamar PAS yang baru sahaja usai berlangsung di Putik Kelantan.. Berita mengatakan 100 ulamak (saya tidak berani menyebut ulamak, barangkali cukup sekadar dikatakan cendakiawan Islam; pun pemahaman politik Islam mereka hanya Allah yang Maha Mengetahui). Kenyataan ini jelas menunjukkan seolah-olah parti yang mengepalai Malaysia ini secara tidak langsung seakan mengakui kelemahan mereka .(Apakah selama ini mereka kekurangan tokoh agama???)
Saya tidak ingin menyebut beberapa nama yang dikatakan cukup gah kemudian bergelumang dengan kubang politik assabiyah (perjuangan bangsa). Walhal jika benar kita memahami cara berpolitik Rasulullah tiada istilah perjuangan bangsa. Yang ada perjuangan agama kerana perjuangan agama itu sendiri sudah cukup syumul yang akan memastikan keadilan dan kesejahteraan untuk agama, bangsa dan negara. Jika Allah mendidik Rasulullah berjuang untuk bangsa, maka beruntunglah mereka yang lahir dari darah keturunan bangsa Arab. Jangan jadi Yahudi yang memerangi Rasulullah hanya kerana penutup segala nabi itu bukan bangsa mereka sebaliknya berbangsa Arab.
Berbalik isu Dr Asri dan 100 nama lain yang barangkalinya memiliki kelulusan PHD mahu pun digree. Percayalah jika diatur sejuta orang sekali pun mereka yang dianggap berkelulusan agama ini dan dianggap cendekiawan Islam, bolehkah UMNO dianggap sebuah parti Islam??? Tunjangnya sistem. Selama mana sistem yang digunakan bukan apa yang digariskan Allah, tidak kiralah apa namanya; sekularisme, liberalisme, humanisme, komunisme dan lain-lain maka itu bukan parti yang bertunjangkan Islam. Insyallah. Untuk memahami budaya politik Islam sila dapatkan kitab 'PERADABAN POLITIK ISLAM' karangan Ibnu Taimiyah. 
Dari sistem tadi berbalik akhlak pemimpin-pemimpin yang berada di dalam UMNO itu sendiri. Bersediakah untuk menegur gaya hidup kepimpinan tertinggi berkaitan isu aurat, kemewahan, judi dan sebagainya. Sedemikian ramai sebenarnya cendekiawan agama dalam kelompok itu masalah ini tidak pernah selesai . Selalunya mereka akan mengatakan itu adalah hak peribadi. Keperibadian itulah yang melambangkan karismatik. Sedangkan kepimpinan itu bermula dari keluarga dan budaya hidup seseorang pemimpin. Kita dianggap gagal jika isteri tidak menutup aurat dan saham dosanya dimiliki oleh suami juga. Jika dalam hal kecil seperti kepimpinan keluarga telah gagal mengikut lunas Islam, bagaimana kita mahu memimpin masyarakat? Bersediakah untuk menegur dan membetulkan perkara ini yang dilihat berleluasa dalam budaya hidup parti itu baik pergerakan wanita mahu pun puteri. Kemudian akan terdengar jawapan singkat doktrin Yahudi bahawa iman bukan di tudung sebaliknya di hati. Sila dapatkan buku 'TASAUF MODEN' karangan Hamka. Bolehkah seseorang yang mengaku beriman kemudian melanggar perintah Allah. Atau  secara mantiknya seorang suami yang mengaku menyayangi siterinya kemudian selalu memukul dengan sepak terajang... Iman itu mesti dizahirkan dengan perbuatan..

Contoh lainnya pernahkah ada di antara mereka yang dianggap sebagai ulama di dalam UMNO menegur isu pembinaan Putrajaya dahulu. Sesungguhnya bangunan pentadbiran yang dianggap kemegahan bersama itu dibina dalam keadaan rakyat masih di bawah aras kemiskinan. Kais pagi makan pagi.  Bangunan itu boleh dibina sekiranya sudah tidak ada rakyat yang melarat dalam negara ini. Rujuklah kitab yang berjudul 'UMAR ABDUL AZIZ' tulisan Abdullah Bin Abdul Hakam. Kepentingan-kepentingan marhain itu mendahului keselesaan pemerintah baik dari aspek makan, pakai mahu pun tempat tinggal dan kesemua kemudahan itu hak rakyat yang tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Inilah sebenarnya garis politik Islam. 
Saya secara peribadinya mengkagumi tulisan Dr Asri melalui Bahtera Perubahaan. Orang yang tinggi ilmunya dan saya kira jauh lebih memahami dan menghayati budaya politik Islam. Cuma berhati-hatilah. Jangan jadi persis seorang yang pernah diangkat sebagai pemimpin masjid negara dan akhirnya tersungkur di siku waktu. Dunia politik sebelah sana penuh dengan tedung selar, serigala liar dan juga anai-anai.....
Dalam jam 7.54 tadi saya sempat menjengah blog Dr Asri, agak tenang sedikit bila beliau memaklumkan belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti. Saya tidak pasti siapa yang benar antara laporan akhbar dan tulisan itu sendiri. Hanya masa yang akan menjawab. Saya tahu Dr Asri seorang yang hebat anugerah Allah untuk membicarakan pelbagai isu keagamaan di tanah Malaysia ini.   Pun berhati-hatilah dalam satu keputusan yang nanti saya bimbang, bukan mengubah sistem parti itu sebaliknya mengubah watak orang yang menyertai parti itu. Wallahua'alam...

1 ulasan:

putera@merdeka said...

salam....
entah la....sy pun keliru baca akhbar td pasal dr asri ni. Wallahua'lam. Saya agak keecewa sebenarnya.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails