Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Saturday, June 26, 2010

PERTEMUAN PETANG: KITA TAK PAKAI HUKUM ISLAM! KITA PAKAI KANUN KESEKSAAN!

                Petang tadi 26062010, sewaktu bertemu rakan sealiran, kami dikunjungi seorang yang terlibat secara langsung dengan dunia integriti. Memegang amanah yang besar, berkaitan hal-hal penyiasatan terhadap penyelewengan dan telah mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam bidang berkaitan. Sebelum itu beliau berkhidmat dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara sebelum digerakkan ke dunia penguatkuasaan integriti.
                 Sepanjang berbual banyak yang kami persoalkan berkaitan integriti. Meski beliau banyak mengelak apabila soalan-soalan berkaitan kepimpinan tertinggi diajukan. Elak, tukar arah dan dianggap jawapan selamat untuk dirinya sebagai orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat seterusnya menyerahkan fail kepada pihak pendakwaan. Meski puas kami memberikan contoh berdasarkan zaman Rasulullah dan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Beliau kerap juga mengungkapkan "itu zaman nabi". 
Berulang kali juga saya menekankan"zaman berubah! tetapi hukum tidak berubah!" 
Puas diasak, beliau mengakui ada ketikanya terpaksa menjaga imej negara, pelaburan asing dan keperluan lain daripada mengambil tindakan terhadap kepimpinan yang berpengaruh.
"Itu tak adil" tukas rakan saya.
"Saya nampak ini bukan pencegahan atau mengurangkan tapi macam menggalakkan" Saya menambah pandangan.
Dia yang pada awalnya banyak menjawab dengan memberikan contoh dunia pendidikan akhirnya memilih untuk menatap akhbar 'Berita Harian" yang sebelum ini tersadai di atas meja.  
"macam itu senanglah! kalau saya jadi orang besar! saya boleh buat penyelewengan kemudian saya terlepas tindakan hanya kerana untuk jaga imej negara dan pelaburan asing bang!"
"Baik! Sebagai orang yang terlibat 12 tahun dengan jawatan.... abang fikir apa yang perlu kita buat untuk mengelakkan atau mencegah benda ini?. Saya tanya ini sebagai rasa tanggungjawab kita sebagai rakyat... Maknanya tanggungjawab bersama. Macam mana bang?!" Saya semakin bersungguh menyoalnya.
                 Akhirnya secara jujur dia menjawab "kita tak pakai hukum Islam! Kita pakai kanun keseksaan!"
                 Kami semua tersenyum mendengar jawapan itu sebelum keluar untuk menikmati minum petang. Apa pun pertemuan dengan seorang yang berpengaruh/berkuasa dalam penyiasatan dunia integriti petang itu membuatkan aku terfikir sampai bila 'Jerung dilepaskan atas alasan menjaga imej negara dan pelaburan asing' Apa pun aku berbangga dengan 'beliau' kerana kehadirannya petang tadi ke tempat sahabatku itu hanya kerana untuk membeli akhbar 'HARAKAH', cuma sayangnya lidah rasmi PAS itu belum sampai lagi....   
  '

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails