Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Friday, July 9, 2010

PERMASALAHAN PENDIDIKAN KHAS: PERLUKAH SURAT DIHANTAR KEPADA MENTERI PELAJARAN?

           Awalnya di harapkan tulisan ini dibaca dengan lapang dada dan tanpa prejudis. Ianya hanya pengalaman dan secebis ilmu yang dipinjamkan Allah. Kerdil dan jahilnya saya. Bila datangnya pertanyaan berkaitan permasalahan daripada rakan-rakan Pendidikan Khas yang membeli buku KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS, maka saya sedaya mungkin cuba membantu setakat yang terdaya berdasarkan apa yang diizinkan Allah kepada saya.
           Dalam program Pendidikan Khas Penyelaras adalah seorang arkitek yang membentuk acuan program di sesebuah sekolah.( Pohon merujuk buku KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS, bab 3 dan 4; berkaitan peranan dan tanggungjwab yang perlu dilaksanakan oleh seseorang Penyelaras PK) Beberapa hari lalu melalui FB saya menerima rungutan dari seorang guru pendidikan khas di mana Penyelaras mengutamakan sesuatu yang bukan utama. (Perkongsian ini rasanya tidak diperlukan nama individu yang bertanya, tujuan tulisan ini sekadar berkongsi pengalaman. Bukanlah juga bermakna saya 'serba tahu semua perkara', tiada orang yang sempurna apatah lagi dalam bab kepimpinan) 


      Percayakah atau tidak bahawa di dalam Malaysia (bukan Sabah/Sarawak dalam  Semenanjung Malaysia) masih ada sekolah yang tidak mempunyai kerusi meja untuk murid-murid Pendidikan Khas? Ini bukanlah kali pertama, masalah ini dipersoalkan kepada saya dan perkara ini telah berlangsung agak lama. Sewajarnya masalah ini sudah lama dapat diatasi. Lalu guru tersebut bertanya kepada saya jika menulis surat sehingga ke peringkat Menteri Pelajaran apakah beliau akan digantung kerja. Harus difahami memperjuangkan hak murid-murid bukan alasan yang membolehkan seseorang guru digantung kerja. Sila rujuk pekeliling perkhidmatan awam bahawa 'seseorang yang boleh ditahan kerja merupakan kaki tangan awam yang bersabit kes tatatertib (pecah amanah, dadah, cabul/rogol, pembunuhan, rompakan, senjata api) dan melibatkan pendakwaan mahkamah, itu pun bergantung kepada kes. (Saya guru yang pernah didakwa di mahkamah sehingga dua tahun kerana kes kemalangan jalan raya yang membabitkan kematian dua pelajar sepak takraw peringkat kebangsaan yang saya bawa dengan kereta sendiri dan pernah dicadangkan tahan kerja, pun apabila KPPK mempertahankan saya, Lembaga Tatatertib menolak cadangan tahan kerja terhadap saya. Alhamdulilah!) Jika diizinkan satu masa saya akan menulis pengalaman didakwa di mahkamah. Insyallah.

        Kembali kepada isu murid-murid PK tidak ada kemudahan kerusi meja untuk pengajaran dan pembelajaran. Saya telah menyarankan supaya masalah ini dipanjang mengikut saluran iaitu lisan dan bertulis dan perlu sokongan pentadbir. Pertamanya pihak PPD, seterusnya JPN, KPM. Sekiranya semua usaha ini telah menemui jalan buntu  maka wajar sekali satu surat rasmi menyatakan tentang masalah tersebut di alamatkan kepada Menteri Pelajaran Malaysia. Agak menyedihkan pula dengan peruntukan yang ada sipenyelaras pula membeli sofa yang bukan suatu kepentingan untuk murid-murid. Saya terkedu bila dimaklumkan oleh guru terbabit berkaitan masalah tersebut. Ingatlah kepentingan dan keperluan murid-murid PK adalah keutamaan. Saya tidak menyalahkan pembelian tersebut sekiranya semua keperluan murid-murid sudah berjaya dipenuhi. Banyak yang boleh dilakukan untuk pembangunan kelas Pend. khas seperti menyediakan bilik media, bilik pengurusan diri, bilik masakan, bilik pertukangan, perpustakaan mini, dll ( Dengan izin Allah! Sila berhubung dengan saya untuk tatacara perancangan, penulisan kertas kerja, pelaksanaan untuk program pembangunan kelas Pendidikan Khas) Insyallah dengan izinNYA saya sedia berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang diberikan Allah swt.
           Apa pun, syaratnya pihak pentadbir sekolah memahami bahawa segala lajur peruntukan kewangan Pendidikan Khas perlu digunakan untuk Pendidikan Khas sahaja. Pun dalam banyak keadaan Penyelaras perlu memainkan peranan aktif untuk menggunakan peruntukan tersebut semaksimum mungkin. Bukan salah pihak sekolah sekiranya wang itu ditarik kepada perkara lain andainya  Penyelaras tidak menyusun merancang kewangan tersebut untuk pembangunan Pendidikan Khas atau pembelian ABM yang dirasakan perlu untuk murid-murid.  Semuga kita sama-sama dapat membantu memberikan yang terbaik untuk anak-anak didik kita. 
            Terima kasih kepada semua rakan yang sudi berkongsi permasalahan dengan saya. maaf jika ada perkara-perkara yang dipersoalkan jawapannya tidak memuaskan hati semua pihak. Insyallah saya bukan yang terbaik cuma sekadar memberikan perkongsian pengalaman dan sedikit ilmu berkaitan amanah mengurus anak-anak khas ini. Insyallah di bawah label Pendidikan Khas pada tulisan akan datang saya akan cuba menjawab satu permasalahan  lazim iaitu Ketidaksefahaman Penyelaras dan Guru-guru Pendidikan Khas yang dipertanggungjawabkan dalam kerangka kerjasama. Insyallah bertemu lagi...
                     

1 ulasan:

Anonymous said...

salam..
saya ingin respon kepada permasalahan kekurangan kerusi dan meja yang dinyatakan hnya berlaku d sekolah pkhas d semenanjung mlaysia. kekurangan ini sebenarnya turut berlaku d sekolah rendah pkhas d SABAH dan saya yakin perkara yang sama turut berlaku d SARAWAK.
saya merupakan seorang guru pkhas d sabah.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails