HAMAS adalah parti politik yang sah di tanah Palestin. HAMAS pada asalnya adalah ranting Ikhwan Al-Muslimin (IM). IM telah ditubuhkan di Mesir dalam mentari awal tahun 1928. Sementara HAMAS merentasi perjalanannya panjang dan berliku sehinggalah pada 8 Disember 1987, HAMAS ditubuhkan secara serentak dengan Intifadah pertama. Enam pengasas dan tunggak utamanya; As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdul Aziz Al-Rantisi, Salah Syahadah, Muhammad Sham'ah, Isa Al-Nashar, Abdul fatah Dukhan dan Ibrahim Al-Yazuri
Sebelum terus membicarakan tentang HAMAS wajar juga kita mengenali serba sedikit tentang FATAH yang ditubuhkan oleh Khalil al-Wazir, Hassan Abdel Hamid, Abu Marahil dan Hamad al-'Aidi. Cuma sayangnya FATAh memilih aliran sekular Keadaan ini berlaku kerana sewaktu Jamal Abdul Naser menjadi presiden Mesir, belaiu telah menekan dan menindas IM dan IM diharamkan. justeru bermulalah gerakan 'bawah tanah' IM termasuk di Gaza. Oleh itu FATAH yang asalnya dinamakan Briged Keadilan menjalinkan hubungan dengan Jamal Abdul Naser lantas akhirnya mereka cair dalam ideologi sekular Jamal Abdul Naser. Segalanya semakin jelas menjelang tahun 1970 Fatah membawa ideologi mereka iaitu sekular dan nasionalis yang sama sekali tidak selari dengan IM.
Kembali kepada penubuhan HAMAS yang tersebar ke seluruh tanah Palestin pada 11 dan 12 Disember 1987 dan di Tebing Barat pada 14 dan 15 Disember. Bermulalah perjuangan jihad IM dan rakyat Palestin secara terbuka dan berani dengan nama HAMAS.
MENGENALI IDEOLOGI HAMAS
HAMAS sama sekali berbeza dengan FATAH yang kemudiannya berevolusi PLO yang pada asalnya bertunjangkan Islam dan akhirnya tenggelam dalam kancah ideologi nasionalisme. Sementara HAMAS tulen dan kekal mengikut IM iaitu berteraskan Islam yang syumul sebagai dasar perjuangan mereka.
1. Ideologi, pendekatan, polisi, dasar-dasar HAMAS bersumberkan ajaran Islam.
2. HAMAS meyakini usaha membebaskan tidak akan berjaya tanpa kebersamaan umat Islam seluruh dunia dan bangsa Arab secara keseluruhannya.
3. Isu Palestin adalah milik umat Islam sejagat dan usaha pembebasan Palestin adalah tanggunjjawab semua individu yang mengaku bersyahadah.
4. Peperangan dengan Yahudi adalah peperangan tamadun yang bertunjangkan akidah Islam
5. Projek Pembinaan negara Israel adalah tajaan dan perancangan barat kerana dari aspek starteginya memberikan keuntungan ekonomi, hegemoni, kebudayaan dan keagamaan kepada musuh-musuh Islam tersebut.
6.Peperangan dengan Yahudi merupakan peperangan yang 'hidup', bukan sekadar merebut tanah air tetapi secara turun-temurun pertempuran hak dan batil.
7. Peperangan dengan Yahudi bukan kerana agamanya Yahudi tetapi mereka pembunuh rakyat Palestin, perompak tanah air Palestin, mengancam kesucian Masjidil Aqsa dan 'meyahudikan' kota Baitulmaqddis.
8. HAMAS berpegang teguh dengan prinsip jihad sebagai satu-satunya jalan menentang Yahudi. Jihad yang meliputi semua aspek termasuk politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, kebudayaan dan pembinaan semula tamadun Islam.
9. Rakyat Palestin merupakan pejuang barisan hadapan umat Islam seluruh dunia untuk menentang Yahudi. Oleh itu seluruh umat Islam di dunia ini perlu membantu mereka dalam aspek kelengkapan, persediaan dan kekuatan bagi menghadapi peperangan yang sangat getir ini.
10. HAMAS tetap tekal mempertahankan identiti gerakan kebangsaan yang memperjuangkan kemerdekaan berasaskan prinsip Islam yang syumul.
11. HAMAS komited bahawa Palestin adalah tanah air umat Islam yang diwakafkan sehingga hari kiamat. Kegagalan mempertahankan amanah ini akan dipersoalkan pada hari kiamat nanti.
12. HAMAS menghormati prinsip kebebasan berpolitik. mencari titik persamaan antara rakyat Palestin dengan segenap kumpulan bagi satu usaha menentang Yahudi.
13. HAMAS mengiktiraf kebebasan beragama. Kaum Kristian di Palestin adalah saudara senegara yang mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing. Sentiasa memberi ruang kerjasama dengan kaum kristian menentang penjajahan Yahudi bagi membangunkan masyarakat Palestin.
Demikianlah dari segi prinsip dan ideologi HAMAS yang sekarang sedang berjuang mempertahankan akidah, nyawa dan tanah air Palestin. Menjadi kewajiban kita semua di tanah Malaysia ini untuk membantu HAMAS dalam apa cara sekalipun. Sungguh besar ujian untuk saudara-saudara kita di sana sambil kita di sini menikmati KFC, MCD, singgah minum kopi di Starbuck dan mengunyah Dunkin Donut's, mengenakan jeans Levi's berkemeja Calvin Klein sambil meneguk Coco-cola sedang saudara kita disembelih di tanah Palestin sana.
Pada sisi lain bawah label anti zionisme, kita akan melihat matlamat perjuangan dan mengenali pemimpin-pemimpin HAMAS. Insyallah.
0 ulasan:
Post a Comment