Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Tuesday, June 7, 2011

PAS TERUS MARA; MUKTAMAR PAS KALI KE 57


 Segalanya usai dalam suasana aman dan redha. Adat bertanding tentu ada yang kalah dan menang. Kerusi panas Timbalan Presiden yang menjadi tumpuan dan munculnya pelbagai gelaran dengan pro ulamak, professional , edrogan dan lain-lain. Apa pun keadaannya biarlah masa menjawab segala-galanya kerana politik adalah medan yang penuh dengan startegi, taktikal kebijaksanaan dan ‘permainan’
Presiden
YB DATUK SERI ABDUL HADI AWANG (Menang Tanpa Bertanding)
Timbalan Presiden
HAJI MOHAMAD SABU (420)
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399)
YB Nasharudin Mat Isa (224)

Naib Presiden
YB SALAHUDDIN AYUB (753)
YB DATUK HUSAM MUSA (660)
YB DATUK MAHFUZ OMAR (616)
 

Seperti  yang  dijangka  PAS diserang hebat oleh media tradisional pro UMNO ekoran keputusan di atas.   Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tenang membungakan ungkapan  tahniah kepada perwakilan dan pemimpin yang telah dipilih oleh para muktamirin.

Kebijaksanaannya berucap semasa ucapan penangguhan hari akhir Muktamar PAS ke-57 , jelas membuktikan bukan sedikit pengalaman dan rencah asam garam politik yang telah sebati dengan perjuangannya. Ini jelas apabila tidak menyalahkan petugas media yang mebuat liputan selama tiga hari sepanjang muktamar berlangsung.
"Ada (media) menyatakan pimpinan baru ini kumpulan Erdogan.

"Saya kata ini bukan Erdogan, ini (Tuan Guru Datuk) Nik Aziz dengan Hadi Awang, ini bukan AK parti, ini Parti Islam Se-Malaysia PAS,"
katanya membidas laporan media yang membuat label tersebut.

Membuat bidasan lebih lanjut, beliau kemudiannya turut memperincikan kepelbagaian latar belakang individu di dalam saf kepimpinan baru PAS itu.

Katanya kepimpinan baru yang diterajuinya itu terdiri daripada lapan ulama, dua doktor, dua jurutera, satu peguam, enam bekas pensyarah dan dua aktivis masyarakat.

Komposisi itu katanya menunjukkan kabinet PAS mempunyai pemimpin rencam termasuk ulama.

Malah katanya perlembagaan PAS juga memperuntukkan enam AJK dilantik, empat anggota dewan harian dan semua pesuruhjaya negeri untuk bersama kabinet baru.
Saya melihatnya dengan pelbagai persepsi. Apa pun peranan media tradisional sebelah sana sememangnya cuba menjahanamkan Pakatan Rakyat secara psikologi . Apa salahnya kemenangan Mohamad Sabu, beliau bukannya sehari dua di pentas politik, dari segi takikal politik Mohamad Sabu juga ada kelebihan tersendiri. PAS masih kekal dengan dasarnya dengan Al-Quran dan Sunnah.
Seperti kata Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Aziz menegaskan Mohamad Sabu sememangnya merupakan pemimpin PAS yang dibenci oleh Umno kerana memiliki kehebatan tersendiri dan memberikan keuntungan besar kepada PAS.
Nik Aziz berkata demikian mengulas media UMNO, Utusan yang sibuk bercakap PAS mengetepikan kepimpinan Ulama dengan menaikkan Mohammad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru dalam ceramah perdana di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar.
"Mat Sabu sejak keluar dari ITM, terus menginfaqkan dirinya dengan jemaah, pernah beberapa kali ditahan bawah ISA. Kelebihan beliau yang bersifat bersahaja mampu meraih non muslim bermesra dengannya," ujarnya yakin mencadangkan Mohammad Sabu memegang portfolio berkait langusng dengan golongan non muslim.
Nik Aziz dalam amanat akhirnya itu yakin UMNO tidak akan nyenyak tidur dengan naiknya Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS.

Sebetulnya siapa pun yang akan menang, media UMNO pasti sudah bersedia untuk menyerang melalui penulisan, MEMINJAM kata- kata seorang sahabat di halaman FB bergelar Dhamam ;
Bila PAS ingin perjuangkan Negara Islam: UMNO kata PAS pelampau agama
Bila PAS ingin buat konsep negara berkebajikan: UMNO kata PAS dah ubah dasar
Bila PAS berjuang sendirian: UMNO kata PAS perjuangkan politik sempit
Bila PAS berjuang bersama parti lain: UMNO kata PAS di perkudakan parti lain

Terus bergerak tanpa mempedulikan kritikan yang tidak membina. Kesimpulannya ingatlah kesimpulan Luqman, anaknya dan seekor unta… Manusia akan berkata apa sahaja mengikut persepsi mereka.. Hakikatnya usaha dakwah dan tarbiyah di medan politik tidak akan dihentikan…….  

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails