Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Tuesday, June 14, 2011

PUTRAJAYA BERGEGAR!!!!


Pagi 14 Jun 2011 Titis gerimis membasah tanah Putrajaya. Aku ke pejabat seperti biasa. Selepas bersarapan dengan Zamri salah seorang pegawai sepejabat denganku di Anjung (bangunan dalam kompleks E yang berhadapan dengan Kementerian Kesihatan). Aku segera naik pejabat menghadap komputer untuk tugas-tugas terakhir sebelum memberikan taklimat LINUS Pendidikan Khas zon selatan. Mujurnya hari ini tidak ada sebarang mesyuarat dapatlah fokus kepada perkara utama. Beberapa surat tugasan yang perlu meninggalkan pejabat sudah sedia menanti. Perjalanan sepanjang Jun ini… 16 hingga 17 dari Melaka ke Negeri Sembilan, Kemudian 20 hb kembali semula ke Johor. 20 hingga 23 Ke Port Dickson lagi. Disambung semula 24 hingga 26 ke Kuala Kubu Baru. Aduhai! bilalah agaknya aku dapat menyudahkan baik pulih "BILA CINTA BERISTHIKARAH"



Kira-kira kurang 10 minit jam Sembilan semuanya gempar menuju ke bucu tingkap cermin mengatakan semua penjawat awam yang berada di bangunan E ini bergegas turun kerana berlakunya gegaran. Khabarnya mereka yang berada di tingkat yang lebih tinggi lebiih merasainya. Aku juga bergegas ke tingkap kaca statik besar menyelak tirai panjang. Sungguh sudah ramai yang keluar… Kemudian terdengar pengumuman meminta kami semua mengosongkan bangunan E.
Aku tutup laptop dan membawanya bersama. Turun ke bawah melihat sekalian ramai penjawat awam yang berdedai keluar dari bangunan masing-masing. Mereka yang berrada di Kementerian Kesihatan sudah lebih awal mengosongkan bangunan. Di sebelah bangunan Kementerian Pelajaran, mereka yang bertugas di Kementerian Pengajian Tinggi, semuanya turun…


Tidak lama selepas itu sepasukan anggota bomba dating dan kami semua kehilangan lebih sejam setengah sebelum diumumkan bangunan dalam keadaan selamat.

2 ulasan:

author faethal said...

Syafakallah!
Semoga tuan sentiasa dilindungi oleh-NYA.
Amin.

cik mas said...

kuasa Allah....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails