Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Friday, January 27, 2012

LATAR BELAKANG/SEJARAH/DASAR/PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

•         Program Pendidikan Khas di Malaysia bermula dengan pembukaan Sekolah Rendah masalah penglihatan (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka pada tahun 1926
•         Di ikuti dengan;
•         SRPK (Buta) Princess Elizebeth di Johor, 1948.
•         Sekolah Kanak-Kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga Pulau Pinang 1954.
•         Sekolah Khas, Ipoh (1966)
•         Sekolah Khas Sarawak (1972)
•         Sekolah Khas Melaka (1979)
•         Pada tahun 1962 dan tahun-tahun berikutnya Kementerian Pendidikan telah mengadakan rancangan bersepadu untuk menyediakan pendidikan khas bagi pelajar pekak di sekolah-sekolah biasa dan diikuti dengan murid bermasalah penglihatan.
•         Unit khas yang dikenali sebagai Unit Pelajaran Khas ditubuhkan di Bahagian Sekolah pada Tahun 1964.
•         Kementerian Pelajaran mula mengambil alih beberapa buah sekolah pendidikan khas sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan.
•         Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) melalui perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.
•         8 Oktober 1987 Y. B. Menteri Pelajaran mengumumkan pelaksanaan Program Pendidikan Khas murid bermasalah pembelajaran ekoran daripada keputusan mesyuarat JPP Jun 1981.
•         Selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran, 1 Oktober 1995, Unit Pendidikan Khas dinaikkan taraf sebagai Jabatan Pendidikan Khas.
•         Penstrukturan semula KPM pada tahun 2008, fungsi Jabatan diperkecilkan dan JP Khas ditukarkan kepada Bahagian Pendidikan Khas
•         Jabatan ini bertanggungjawab untuk;
•         Merancang, mengurus dan menyelaras semua program pendidikan khas rendah dan menengah,
•         menentukan pelaksanaan dan peningkatan mutu program pendidikan khas,
•         merancang, menyelaras dan pengoperasian dasar-dasar dan peraturan-peraturan dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas,
•         merancang aktiviti dan hal ehwal murid pendidikan khas.

DASAR PENDIDIKAN KHAS
·         Akta Pendidikan 1996, Bab 8           
·         Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997
·         Keputusan Jawatankuasa Dasar, KPM (JPP, JKP dan Mesyuarat Pengurusan KPM)
·         Deklarasi Antarabangsa

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
•         JP Khas menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid pendidikan khas:
–        masalah pendengaran
–        masalah penglihatan
–        masalah pembelajaran
Melalui program :
–        Sekolah Khas
–        Program Pendidikan Khas Integrasi
–        Program Pendidikan Khas Integrasi dengan pendekatan Inklusif
  • Bidang pendidikan yang ditawarkan di  peringkat menengah:
–        Bidang akademik 
–        Bidang vokasional
·         Selain daripada itu JPK juga diberi tanggungjawab sebagai penyelaras JP Khas juga bertanggungjawab menguruskan kewangan :
-          Jabatan
-          32 buah sekolah Pendidikan Khas
-          Peralatan P&P bagi program integrasi (1330)
-          Program Pemulihan Khas seluruh negara.

SEKOLAH KHAS
•         Kategori sekolah khas
–        Bermasalah Penglihatan
–        Bermasalah Pendengaran
–        Bermasalah Pembelajaran (2004)
•         28 sekolah rendah 4 sekolah menengah
•         10 ditempatkan di sekolah harian biasa
•         23 buah mempunyai kemudahan asrama

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
Pelaksanaannya
•         Sekolah Harian Biasa
•         Sekolah Menengah Teknik / Vokasional
            [ bagi 3 kategori, bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran ]
Pendekatan Proses Pembelajaran
•         Pengasingan
•         Separa Inklusif

PENDIDIKAN VOKASIONAL
Sekolah Khas
•         1 buah sedia ada bagi murid bermasalah pendengaran
•         1 buah bagi 3 kategori pemasalahan
Program Pendidikan Khas Integrasi
•         Bagi murid bermasalah pendengaran di Sekolah Menengah Teknik / Vokasional

PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Program Intervensi 3M ( Jangka Pendek )
•         Mengatasi masalah penguasaan 3M di kalangan murid Tahun 4 (Tahun 1999, 2000, 2001 dan 2002)  dan murid Tingkatan 1 atau kelas  peralihan  (Tahun 1999, 2000, dan 2001) menggunakan Instrumen Pengesanan Celik Huruf (IPCH)
•         Program Pemulihan Khas Tahap Satu (Jangka Panjang)
•         Fokus utama ialah penggunaan Instrumen Penentu Penguasaan 3M (IPP3M) Pembinaan IPP3M ini adalah dalam tiga peringkat, iaitu: IPP3M 1, IPP3M 2 dan IPP3M 3

PROGRAM PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
•         Satu usaha untuk meminimumkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas semasa memasuki alam persekolahan.
•         Program Prasekolah Pendidikan Khas untuk melatih murid berkeperluan khas menguasai potensi diri yang maksimum.
•         28 buah kelas prasekolah telah dibuka di sekolah-sekolah pendidikan khas bermula tahun 2004.
•         Bermula dengan 32 buah kelas prasekolah diwujudkan di Program Pendidikan Khas Integrasi pada awal tahun 2005 kini terdapat 108 program semuanya.

Sumber : Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.

2 ulasan:

Anonymous said...

asalamualaikum..en zarul.sye nk minta bantuan mcm mne sye nk dptkan maklumat menyeluruh mengenai pendidikan inklusif berfokus dlm bidang teknik n vokasional? TQ

Unknown said...

Saya meminta izin daripada tuan untuk menggunakan artikel tuan ini..sebagai rujukan penulisan saya..Bolehkah saya menjadi rujukan? dan saya akan selitkan nama penulis dari pihak tuan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails