Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Monday, June 28, 2010

HIKAYAT DONGENG MODEN; UMNO DAN 40 ORANG ULAMA

                        
UMNO tidak pernah serik dalam permainan tipu daya politik. Barangkali inilah resam budaya berpolitik assabiyah tajaannya. Sebelum ini saya pernah menulis tentang Dr Asri dan UMNO, ternyata Dr. Asri masih dapat membezakan kilauan kepalsuan dengan cahaya permata yang sebenar. Pun begitu puak sebelah sana masih enggan menafikannya dengan menyatakan Dr Asri akan menyerahkan borang pada peringkat kedua atau peringkat akan datang, yang kita sendiri pun tidak tahu bila tarikhnya Dr. Asri akan menyerahkan borang kepada tuan presiden dan secara logiknya 60 orang lagi bagi mencukupkan jumlah 100 cendekiawan Islam menyertai UMNO. Ya! menurut Dr Fadlan, beliau cukup optimis dengan ruang dakwah yang disediakan UMNO cukup luas. 
Malangnya tembelang yang cuba disembunyikan akhirnya membusuk mengacau pemikiran selepas mengetahui helah sebenar melalui kenyataan berani dan terbuka Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, dari Sungai Buloh .Beliau menafikan segalanya melalui penerangan yang berlangsung di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI. 
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu. 
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu. 
                         Hosni telah usai menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu. Pada tahun  2004, beliau menuntut di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 memiliki Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah . Beliau kini dikatakan dalam proses menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.
                       Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu. 
“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya. ........ 
                        Nah! sampai bila UMNO mahu bermain dengan dakyah songsang seperti ini. Dahulu semasa kes sumpah Saiful Bukhari juga muncul penafian oleh individu yang dikatakan menjadi saksi sumpah tersebut. Selalunya apabila kita mengungkap tentang hukum puak mereka akan berkata" Jangan menghukum! kita tidak tahu!" Allah jelas memberikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai perundangan dan skrip kehidupan kita. Adapun ciri-ciri orang munafik itu ada 3; Pertama - Apabila diberikan amanah, mereka mengkhianatinya. Kedua - Apabila berjanji, mereka memungkiri. Ketiga - Apabila berkata, mereka berdusta. Timbang-timbang dan nilaikanlah. Ini semua jalan orang terdesak untuk terus menguasai survival kuasa... 

1 ulasan:

Anonymous said...

Ramdzan.jabar :)
umno segalanya berdongeng dengan doktrin palsu :) ulamak di tipu -munafikkkkkkkkkkkk besarrrrrrrr

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails