Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Saturday, October 16, 2010

GURU DIDAKWA DI MAHKAMAH; "SAYALAH GURU ITU"

Percayakah anda? Sayalah pemandu kereta ini...


Saya tidak mungkin melupakan segala-galanya sehingga roh berpisah dari jasad saya. 21 Mei 2006, lebih kurang jam 2.05 petang. Sungguh Malaikat Izrail memasuki dalam kereta dan mencabut dua nyawa yang berada disisi saya. Cumanya ketika itu bukan giliran. Saya kira semua orang tidak menginginkannya termasuk saya. Kemalangan yang menjadi kejutan kepada golongan guru seluruh Negara. Dua tiga akhbar utama menyiarkan berita itu. Pada ketika itu perjalanan kami dari Johor Bharu ke Segamat usai latihan/pemilihan sepak takraw negeri Johor dan saya akan membawa skuad Johor ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Perak seingat saya.
Fasa pertama latihan dan kami akan pulang dua malam ke rumah sebelum datang semula ke Johor Bahru untuk latihan selanjutnya. Namun segala-galanya ternoktah di atas lebuhraya utara selatan KM 50.2. Bermulalah satu perjalanan yang mencabar tetapi cukup mendewasakan. Menjadikan saya lebih berani dari semalam termasuk bercakap secara direct dengan ‘orang-orang besar’ dalam hireki pentadbiran pelajaran negeri Johor.
Kata Nisah Harun dalam novel ‘Mencari Locus Standi’ tentang mahkamah; tiada yang menggembirakan di daerah ini. Tiada siapa yang mahu datang  ke tempat ini andai tidak dipaksa atau terpaksa. Mahkamah jadi tempat yang perlu disiahkan, seolah-olah sekali melangkah ke sini akan sial sepanjang hayat!”  Ayat ini membekas dalam diri saya. Segalanya menjadikan saya mesra dengan bahan bacaan berkaitan undang-undang, pekeliling-pekeliling perkhidmatan awam berkaitan tahan kerja, tatatertib dan lain-lain.
Ya! Segalanya ada hikmah dan mendidik. Dua tahun saya turun naik mahkamah Kluang. Hari pertama memasuki mahkamah 14 April 2007, cukup mengerikan apatah lagi hadir tanpa wang jaminan. Ketika itu saya tidak faham bahawa seseorang yang didakwa di bawah seksyen 41 (1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang jika tertuduh disabitkan dengan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak kurang RM5000 dan tidak lebih RM20,000, penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun (Act A 1065) mana-mana individu yang menghadapi pertuduhan sedemikian perlu hadir ke mahkamah dengan wang jaminan paling kurang RM5000 ( bergantung budi bicara Majistret)

Saya tahu sekiranya saya menulis secara tuntas dan sehabis jujur akan banyak pihak yang tersinggung. (Jadi saya cuba untuk tidak menyentuh banyak pihak) Sementelah kes saya ini akhirnya dibela oleh KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN (KPPK) dalam bahasa Inggerisnya di sebut National Union Teachers Progress (NUTP). Termasuk  tekanan yang diberikan kepada saya, apabila menulis satu artikel di dalam Buletin KPPK keluaran Oktober 2007.  Ekoran itu satu surat cadangan kepada pihak Lembaga tatatertib telah dihantar bertujuan mencadangkan saya ditahan kerja. (Saya tidak mahu menyebut siapa yang mencadangkan saya ditahan kerja, segelintir guru di Johor dan orang-orang kuat KPPK mengetahuinya dan yang pastinya individu itu telah bersara)

Inilah artikel yang tersiar di Buletin KPPK Oktober 2007
Sila rujuk pekeliling perkhidmatan awam bahawa seseorang penjawat awam yang ditahan kerja akan menerima separuh dari emolumennya setiap bulan. Ketika itu, jika tidak silap saya setelah ditolak hutang rumah, pinjaman peribadi, simpanan dan insurans, saya hanya layak menerima RM72.15 sahaja. Namun keyakinan kepada Allah, prinsip berani kerana benar, rahsia surah An-Nur, Muhammad, Thoha terbukti benar.  Sungguh kenikmatan berdoa lebih dirasai apabila kita diuji berbanding jika kita berdoa dalam keadaan senang. Bukanlah maksudnya kita tidak berdoa tetapi percayalah! orang yang berdoa dalam keadaan terdesak antara hidup dan mati, bebas dan dipenjara, ditamat atau tidak kerjaya akan lebih bersungguh-sungguh menjejaki dasar hati. Saya masih sentiasa teringat selepas solat tentang kenikmatan berdoa ketika saya di dalam keadaan yang cukup menguji itu. Alhamdulilah! Ya Allah kekalkanlah kenikmatan berdoa itu kepadaku dan seluruh umat Islam.
Isu tahan kerja saya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung KPPK Miss Loke Yim Pheng, bekas Timbalan Pengarah Pelajaran Johor Tuan Haji Jamian Jaafar (telah bersara),  Mr Chaw Tah Soo wakil KPPK Segamat), pengetua saya pada ketika itu Puan Hajjah Muriatun Mohd Said yang menyebelahi saya.  Lalu maafkan saya Tan Sri menulis secara jujur berkaitan cadangan tahan kerja. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Haji Kusaini Bin Haji Hasbullah  (Bahagian tatatertib), dan orang yang memahami cerita ini Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang (ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia) yang menolak cadangan tahan kerja tersebut. Kepada Miss Loke yang menjalankan amanah sebagai Setiausaha Agung KPPK yang mempertahankan saya dengan bercakap secara bertentang empat mata dengan ‘kepimpinan atas’ Kementerian Pelajaran Malaysia.             
 Bayangkan jika cikgu berada di tempat saya. Sedangkan perjalanan saya adalah urusan tugas rasmi. Bawa murid-murid dengan bersurat arahan. Saya masih menyimpan segalanya (satu fail lengkap dan segala catatan peribadi turun naik mahkamah dari hari pertama hingga hari terakhir, yang jika saya turunkan segalanya di dalam blog ini; akan ada pihak yang tersinggung atau mahu marah dengan catatan jujur tersebut), malahan orang yang menandatangi surat itu juga masih hidup dan saya sendiri pernah bersemuka dengannya apabila dalam satu majlis, beliau memburukkan cara pemergian saya…….. (sukar untuk saya menuliskannya… terasa kelopak mata ini panas! Ya Allah berikanlah aku kekuatan menghadapi tipu daya dunia yang penuh dengan kepalsuan ini).
Saya tahu seorang guru tidak kebal dari segi undang-undang. namun ada bebrapa perkara berkaitan hal kebajikan seorang guru yang membawa murid ke tempat pertandingan, latihan atau apa sahaja yang perlu diambilberat oleh pihak berwajib
Sungguh besar pengajaran yang Allah berikanlah! Andainya satu masa kita sebagai guru biasa menjawat jawatan tinggi ingatlah kebajikan dan keselamatan terhadap ‘anak-anak buah’ kita adalah satu amanah yang besar. Jika tidak yakin dengan hujah saya ini bacalah kitab yang berjudul “UMAR ABDUL AZIZ, SiRAH RASULULLAH, 10 SAHABAT YANG DIJAMIN SYURGA” Jika orang-orang bawahan kita ditimpa sesuatu musibah atau ujian berat dari Allah, lindungilah mengikut kemampuan, ziarahlah melihat keadaannya;
Dunia mahkamah sungguh asing bagi seorang guru biasa seperti saya, pun ianya adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Saya dapat melihat sendiri bagaimana pendakwaan, pembacaan tuduhan, pembicraan berlangsung. Masih ingat lagi tentang kes bunuh yang dibacakan ketika hariu saya ke mahkamah dan perbicaraan kes dadah, curi motosikal…. Yang dapt saya lihat dan dengar sendiri. Berbalik kes saya, setelah sekian lama akhirnya kes itu dibicarakan dengan pendakwa mengemukakan 2 pegawai penyiasat, doktor,  seorang pegawai puspakom yang memeriksa kereta saya sebagai saksi . Ketika perbicaraan berlangsung, duduk di kandang tertuduh itu terasa kaki dan tangan sejuk seakan menanti hukum gantung walaupun hakikatnya jika kalah dalam kes itu saya setakat dipenjara dan bukan digantung….
Akhirnya Mahkamah memutuskan akan memberi keputusan pada 30 September 2009. Saya masih ingat malam yang damai itu, di mana solat hajat dilakukan secara beramai-ramai. Tempatnya markas PAS Segamat. Terima kasih kepada PAS kawasan Segamat, pemuda PAS, muslimat PAS, ibu, anak, isteri, sahabat-sahabat, rakan-rakan guru sekolah, kenalan rapat setempat tinggal saya dan kurang lebih dalam lapan puluh orang yang hadir pada malam itu, bersujud memohon kemenangan untuk saya dalam kes itu.
Lalu 30 September 2010, apabila saya masuk ke kandang tertuduh selepas nama saya dipanggil. Saya masih ingat segala-galanya. Mulut saya kumat-kamit membaca lima ayat awal surah Thoha, apabila peguam saya C.C Ayathurai (dibiayai sepenuhnya oleh pihak KPPK) bangun memaklumkan “Hari ini telah ditetapkan untuk keputusan”
Majistret muda. Seingat saya namanya Mohamad Azhar Arif menganggukkan kepala sambil sekilas memandang wajah saya dan kemudian terus membacakan keputusan. Begini bunyinya;
“Setelah mempertimbangkan hujah-hujah pihak pendakwaan dan pembelaan. Mahkamah berpuashati dan mendapati pihak pendakwa gagal mewujudkan prima facie terhadap tuduhan. Oleh itu mahkamah memutuskan Encik……………….. didapati tidak bersalah, dilepaskan dan dibebaskan sepenuhnya”
Dam! Majistret mengetuk tukul kayu yang lazim dan terus bangun berlalu. Selepas itu terdengar laungan “Bangun”, saya menoleh kepada ibu dan kakak yang duduk di kerusi dalam mahkamah di belakang saya. Kedua-duanya berpelukan sambil menangis. Saya menekup wajah. Cuba menahannya… Pun airmata saya gugur jua…….. Syukur kepadaMu Ya Allah! ENGKAU yang memberi ujian! ENGKAU jua yang memberi kemenangan……..





140 ulasan:

the collector said...

Allah Maha Besar, semua hak mutlakNya

Fuziani JSR said...

Bergenang air mata membaca artikel tuan... jasa guru sudahnya dibayar dgn kepayahan yang berpanjangan...Saya membaca artikel itu dan bersimpati... tidak menyangka akhirnya saya berjumpa tuan di arena blogger... Tuan insan yang terpilih, mungkin kerana tuan punya kekuatan berbanding insan bergelar guru yang lain...maka tuan telah diuji. Pasti ada hikmah yang terlalu berharga di sebalik cerita hidup tuan yang hanya DIA yang tahu...

Zaid Akhtar said...

Terima kasih Tan Sri.
:-)

Si Sangkar Hitam said...

alhamdulillah...sy betul2 terharu...saya memahami
apa yang saudara lalui....demi allah bersabarlah

suichi said...

sunguh sedih mambaca kisah saudara... sy turut bsimpati..syukurlah semua telah berakhir...

Zharulnizam Shah ZA said...

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan samada yang jauh dan dekat, yang pernah menemui saya atau yang tidak pernah menemui. Insyallah Allah melindungi kita semua. Nasihat kepada yang belum menjadi ahli KPPK, sila daftar sebagai ahli untuk persediaan.. Saya sentiasa berdoa jangan ada lagi guru 'kedua; selepas saya... Terima kasih semua...

"My name is Akma, and I am not a terrorist" said...

insyaAllah,,..tuhan sentiasa bersama manusia yang tertawakal kepadanya,..

Anonymous said...

hebat cikgu ni

Zharulnizam Shah ZA said...

Anonymous! Tiada kehebatan pada makhluk yang akan binasa. Segala puji-pujian milik Allah dan RasulNYA. Apalah yang ada pada kita semua kalau bukan kerana rahmatNYA, ihsanNYA..

Ummu Ammar said...

Salam saudara..

Saya pernah mendengar kisah saudara ( dulu saya bertugas di Segamat ). Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan saudara stlh menempuh perit getir diuji. Sebagai guru, saya amat memahami situasi anda dan kesabaran anda menjadi inspirasi guru-guru lain. Teruslah berkhidmat penuh dedikasi!

cokelat lover said...

sebak bc kisah ni...
segalanya ada hikmahnya..

kiff said...

Atas kepentingan politik sesuatu pihak,kebenaran akan di dustakan. Sesuatu bencana menimpa,adalah pemberian nikmat yang Allah turunkan.Amin

s_bakawali said...

Subhanallah.. beratnya dirimu diuji. Semoga tabah hadapi ujian & dugaan. Teruskan mendidik anak bangsa dengan cemerlang. Pastinya ada hikmah di sebalik segalanya. Terima kasih cikgu. Amin.

Anonymous said...

Saya juga seorang guru yg selalu membawa murid ke hulu ke hilir mewakili sekolah, membaca kisah ini seolah2 apa yg terjadi pada saya pada masa hadapan, na'uzubillahimin za lik.....

simanis said...

syabas, cikgu...menitis airmata saya pagi ini membaca pengalaman cikgu...Allah Maha Besar...

melati jingga said...

Alhamdulilah dan Tahniah atas kecekalan cikgu...dan sesungguhnya Allah hanya memilih orang-orang yang kuat bagi satu ujian yang hebat...sekiranya kita ikhlas menjalankan tanggungjawab insya Allah dipermudahkanNya...ada hikmah di sebalik setiap ujian...

Cikgu Juga said...

Itula,bila cikgu bawak pelajar,kadang-kadang tu x kisah pun pasal claim dan sebagainya,kita ikhlas menjalankan tugas,kadang2 sehingga tinggalkan anak isteri,kenapa tiada orang yg faham dengan tanggungjawab ini?bila jadi sesuatu,semua pihak menunding jari nak salahkan seseorang,bukan cikgu sengaja menyebabkan semua ini berlaku,bila ini berlaku,orang lupa dengan tujuan sebenar cikgu,sebaiknya hanya yg buruk cuba dicari.alhamdulillah,kebenaran terbukti,kepada org yg berkenaan,cubalah cari kebaikan seseorang walaupun sekecil zarah,dan cubalah sembunyikan kelemahan seseorang itu seboleh-bolehnya,itulah sikap terpuji,teruskan usaha cikgu.HIDUP SEMUA GURU

zain said...

Anda insan terpilih yang dipilih Allah untuk menerima ujian ini Moga anda tabah menghadapinya dengan iman dan takwa kepadaNya.

Anonymous said...

terkadang kita sebagai guru tidak pernah berkira dalam melakukan sesuatu tugas..tanpa pikirkn sangat risiko yg menanti asalkan tugas terlaksana..itulah silapnya..
kepada pihak yg berkenaan berilah sedikit ruang untuk mempertahankan guru dalam hal2 yang sepatutnya..jgn membiarkan guru dalam berisiko hanya kerana untuk memenuhi tuntutan ,nama,kuasa dan keperluan sesetengah pihak..

Anonymous said...

biasala...JPN, nak lepaskan diri...yg herannya yg duduk kat situ cikgu jgak...tapi sanggup lihat cikgu dilanyak sebegitu rupa...cuba kalu berlaku pada pegawai kerajaan yang lain...pegawai atasan bela dulu anggota dia...contoh kes pegawai polis satu ketika dulu...ketua dia tidak terus salahkan anak buah dia...tapi kalu cikgu...apa yg blaku..., belom apa2 dah kluar dulu statment nak amik tindakan...tu la nasib org y nak bentuk manusia

khai said...

..Salam, berkongsi rasa meresap jiwa kerana kita serupa..dipanggil 'chekgu'.
Moga ketabahan bersamamu.

Anakkhas said...

dugaan hanya untuk yang berkemampuan.Nasib guru menggadai nyawa untuk murid dan pendidikan. Sampai sekarang guru masih terdedah dengan dakwaan terutamany guru pendidikn khaskan.

CIKGU RIHANA ABD RAHMAN said...

ALLAHUAKBAR....semuga jd pedoman buat sy.hari ni sy kecewa dgn dunia palsu manusia namun kisah tuan mghidupkan jiwa saya

Anonymous said...

Syahdu, itulah nasib sebatang lilin yg menerangi sekeliling yg gelap, namun siapa yg peduli dengan lilin itu, apa yg penting baginya hanyalah cahayanya sahaja. hanya berdoa dan keyakinan kepada ALLAH sahaja yg mungkin dapat merubah kada dan kadar.

haidatul azila said...

Syukur Alhamdulillah....Allah sentiasa bersama orang2 yang benar

IlyTrolak said...

Ini guru masa kini... melangkah salah, tidak melangkah pun salah. Namun, kita tetap guru. Itulah tanggungjawab kita, perkara sampingan yang berlaku adalah ketentuan Allah. Syabas Cikgu!!!

nurul shafiera said...

salm...saudaraku..dlam kejauhan berikan peluang ini.biarpn aku antara yang terlewat..menitis airmata sejujur dari rasa kemanusiaan apabila nostalgia ini diamati..aku hanya mendengar..hanya dikhabarkan dari kejauhan melalui utusan segera [telefon]..rupanya terlalu getir buat kalian dikala itu...syukur ya..ALLAH...ZHARULNIZAMSHAH..semoga ANDA akan menjadi antara mereka yang berani mencari KEADILAN.

zyleemd said...

Alhamdllh,,,segala ujian yg diberikn diakhiri dgn kmenangn oleh Allah,.sebagai seorang sahabat anda yg rapat,,saya memanjatkn syukur pd Allah.

Anonymous said...

Assalam sahabat

Kisah sahabat ini saya telah hebahkan pada semua sahabat bergelar guru - agar dalam bertugas kena ikut arahan dan segala surat kena di simpan dan kerja mengikut prosuder di tetapkan -agar para guru tidak terkena dalam kesilapan kecil

tahniah sahabat telah terselamat dari angkara pihak atasan yang tidak menjalankan tugas mengikut prosuder : TAKBIR

rj johor batu pahat

Anonymous said...

Takbirrrrr

Anonymous said...

Trully happy 4 u. Pngorbanan guru tiada nilainya.

Anonymous said...

syukur alhamdulillah..segala ujian buat cg berakhir dgn menyebelahi cg...kisah cg ini menjadi tauladan kpd semua guru...semoga hidup cg diberkati dunia akhirat..amin. sy juga seorg guru...sy memahami tgjwb & amanah yg cg pikul...semoga semua warga guru juga hidupnya diberkati..amin

asri said...

membaca artikel tuan buat saya terkenang tidak ada lagikah rasa terimakasih utk guru....saya pun selalu bawa student bertanding gak...apapun itulah harga dedikasi seorang guru yg perlu dibayar

Anonymous said...

Assalam cikgu, membaca semua artikel dalam blog cikgu membuatkan saya terharu dengan pengorbanan seorg guru..masih ada guru yang sememangnya "guru"..alangkah seronoknya saya klu saya ada nilai2 mcmtu dalam diri saya......

Anonymous said...

bergenang air mata membaca kisah cikgu...subhanallah....kuasa Allah swt tiada siapa mampu menandinginya....

Anonymous said...

Assalamualaikum.. kes saudara telah menyebabkan dokumentasi di daerah saya di selangor ketika itu telah diperketatkan dokumentasinya agar guru-guru yang menjalankan kerja luar melibatkan murid-murid / pelajar2 tidak 'mengalami nasib' seperti saudara.. sesungguhnya Dia telah memilih saudara sebagai 'pembuka kebenaran', agar semua guru selepas itu mendapat pembelaan yang lebih baik dan terjamin lagi sekiranya ia berlaku lagi.. saya sebagai guru amat terkenang budi pada saudara. semoga wang ringgit, masa, keringat, kedamaian yang saudara korbankan akan dibalasNya dengan berlipatkali ganda sama ada didunia mahupun diSana..

aflishu said...

Saya kagum dengan keberanian cikgu....

aflishu said...

saya kagum dengan Tuan Zharul...Pertemuan dlm seminar di lumut baru-baru ini memberi info dan pengalaman yang sungguh bermakna buat saya..terima kasih yang x terhingga..

zuraismail said...

Terima kasih Tuan Zharul yang suatu ketika dahulu adalah seorang insan yang bergelar guru. Sy dahulunya mengajar di SK Parit Melana, Durian Tunggal, Melaka. Sy pernah dengar kisah ini pada tahun 2009 dr guru di SKPM. Beliau menceritakan kisah rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Segamat ketika membawa murid. Kisah hidup guru tersebut cukup sedih. Sy x pasti sama ada Tuan Zharul ataupun cikgu lain. Tetapi apa pun yang berlaku tentu ada hikmahnya.

valve said...

Tahniah cikgu kerana berjaya menempuh dugaan dunia...

zainabsham said...

Sungguh terharu saya membaca nukilan cikgu..mengalir air mata ..Hanya seorang guru yang sebenarnya yang dapat memahami apa yang cikgu rasa.Itulah pengorbanan guru yang masyarakat tidak nampak hanya kesilapan saja yang mereka nampak..Saya bangga dengan semangat cikgu dan saya juga bersyukur menjadi saorang guru yang banyak memberi sumbangan kepada anak bangsa kita..Syabass Cikgu.Walau pun hanya tinggal 3 tahun untuk menamatkan karier guru ini tapi semangat saya sama seperti mula-mula berkhidmat pada 1982 yang lalu

Syamzani Aswadi said...

Anda inspirasi saya dlm bidang keguruan..tahniah...

Anonymous said...

Alhmdulillah n tahniah

Anonymous said...

Assalam.. tuan.. saya baru diberi peluang oleh Allah utk mmbaca kisah saudara. Syukur alhamdulillah, saya yakin perkongsian ini mmberi byk ilmu dan pengajaran kpd guru2 dan pegawai2 pengurusan pendidikan dlm mnjalankan amanah Allah s.w.t. smoga tuan terus tabah dan dedikasi dlm tugas.. juga doakan utk kami guru2 di dunia ini. In sya Allah.. aaminn..

RYN said...

Alhamdulillah, saya juga pernah diuji dan dibela oleh Puan Loke,dan memang benar saat kita terdesak, berdoa kepada Allah swt adalah saat yang paling indah. Andainya Puan Loke ini beragama Islam alangkah bagusnya kerana saya tahu beliau memang seorang yang bijak, baik dan bertanggung jawab-ahli NUTP-

Anonymous said...

Akhirnya. Inilah blog penulis yang menulis buku Bisikan An-Nur. Buku yang memberi saya semangat. Dan rupanya ianya datang dari semangat seorang guru. Tahniah. Sangat kagum dengan ketabahan dan kekuatan mental fizikal seorang guru. Smga cikgu bahagia dunia akhirat.

Anonymous said...

Alhamdulillah doa hambaMu dikabulkan.Dimana ada ujian disitu Allah beri jalan penyelesaian.sangat trrharu.cgu sgt tabah
.tahniah cgu.sy merasa ada manik2 turun di kehangatan mata ini.

Deesha said...

Alhamdulillah.....Saya sungguh terharu membaca kisah cikgu. Semoga cokgu diberikan kekuatan dan rahmat Allah. Aamiin. Salah satu pesan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada sahabat Mu’adz bin Jabal ra. saat diutus untuk berdakwah ke Yaman ialah sabda beliau (yang artinya): “Dan waspadalah terhadap doa orang yang terdzalimi. Karena tidak ada hijab penghalang antara doanya itu dan Allah” (HR. Al-Bukhari).

saliza said...

Iman Cikgu ni tinggi. Sebab tu Cikgu ni boleh tanggung ujian seberat itu.

Anonymous said...

Pepatah lama yang masih amat sesuai digunakan di zaman moden. '.....LILIN, MENERANGI ORANG LAIN, MEMBAKAR DIRI SENDIRI...' pun begitu, saya yakin semua GURU di luar sana tetap terus menjalankan tugas. Walaupun sedar, selangkah keluar membawa pelajar keluar, selangkah lagi dah masuk MAHKAMAH!! Itu la GURU MALAYSIA!!!!

Amurad Hamid said...

Salam. Teringat "statement" pegawai JPNJ ketika beri kursus Pendidikan Khas ..menyatakan seorang guru yang ponteng, membawa pelajar tanpa kebenaran JPNJ..tanpa disedari orang yang dituduh hadir bersama dalam majlis yang ditaklimatkannya..

Anonymous said...

Saya pernah dengar berita ni dahulu. Skrg dah dpt kebenarannya. Mohon tuan ceritakan SEMUA yang berlaku. Apa yang nak di jaga hati 'orang-orang' tertentu yang saya yakin tidak menyebelahi tuan. Mudah-mudahan dpt memberi pengajaran & panduan utk org2 seperti saya jua...apa2pun tahniah tuan dapat menghadapinya.....

Anonymous said...

Amurad Hamid, seterusnya, apa berlaku...?

Anonymous said...

Syukur cikgu..ramai guru yg serupa bertugas setiap masa ikut arahan..tetapi dirahmati Allah agar xberlaku apa2..dan pengalaman cikgu akan jadi pengajaran guru2 lain utk bersedia dgn arahan yg mesti ada surat bertulis kerana bila berlaku sesuatu ramai ketua yg akan lari dari membantu..

Anonymous said...

Alhamdulillah yang tidak terhingga kerana Allah SWT membela anda...Seorang pendidik yang ingin memenuhi tanggungjawab...di pertengahan jalan ujian mendatang...apa boleh buat...hanya doa dan ikhtiar penuh tawakkal...pencetus hakiki sebuah
PERUBAHAN & KEMENANGAN!!


Anonymous said...

hati-hati bila diberi peluang atau diarahkan oleh pengurusan/pentadbir untuk bawa anak pelajar keluar ke destinasi tertentu mgunakan kereta sendiri. sama ada bersurat atau arahan mulut pastikan sekolah sewakan sahaja dari pihak luar. kalau sek tak mahu/tak mampu, pihak sekolah pandai2lah ikhtiar sendiri. jgn guru2 gunakan ihsan kereta sendiri...99% risiko terletal pada bahu guru itu.

My Blog said...

Allah maha berkuasa..

Anonymous said...

Cerita cikgu menyentuh hati tahniah kerana cikgu berjaya melalui ujian berat ini. Alhamdulillah cikgu telah membuka minda tentang pentingnya berpesatuan dan berjemaah kerana beban yang berau dapat diringankan. Pekara seterusnya kes cikgu akan menjadi kes rujukan(pioneer case) bagi kawan-kawan lain yang mengalami situasi yang sama. Semoga hidup cikgu diberkati Allah, Aamiin

Anan Jagon said...

Allahuakhbar!!!! hdup para pejuang hapuskn kezaliman dgn kuasa keadilan

Mrsnuryl said...

terlalu menyentuh hatii..... tugas seorang guru Allah menguji anda adalah orang yg terpilih....

Anonymous said...

setuju sgt2...

Diari Adam said...

subhanallah....sesungguhnya doa orang teraniaya didengar oleh Allah...
saya kagum demgan keberanian cikgu

Anonymous said...

Menitis air mata saya....sy jg cikgu...

Anonymous said...

tapi kini masih berjalan seperti biasa....apabila berlak insiden...sekali lagi 'bising' guru yg membawa pelajar tiada perlindungan....maka......jgn bawa murid..guna kenderaan awam yg diiringi oleh orang yang diberikuatkuasa
sedih tuan...kerana saya selalau seperti tuan......

Anonymous said...

begitulh nasib seorng guru. bila dperlukn digunakn semahunye. bila susah dipijak sesuka hati tnpa dibantu wlau tugasan diluar batasan. bukalh mata dengarlh telinga. berilh prlindungn kpd guru yg brhati jujur.

rokiah hussin said...

Hakikat seorang guru.. lebih2 lg sebagai seorang guru sukan yang berkhidmat di peringkat sekolah, daerah dan juga kebangsaan. Mudah2an Allah pelihara semua guru2 yang sgt dedikasi menjalankan tugas sekalipun nyawa dipertaruhkan.. in shaa Allah.. aameen..

Madam Sinderella said...

Sy pernah terlibat dlm kemalangan bersam cikgu sy. Sewaktu menghadiri perlawanan sukan antara sekolah. Cikgu drive. Tidak hadir ke sekolah selama 6 bln kerana cedera parah. Sehingga kini, sy tidak berjumpa dgn cikgu tersebut. Kerana setiap kali terserempak,dia melarikan diri. Sy tak marahkan cikgu. Walau kat mana pun cikgu berada, semoga Allah memberkati hidup cikgu2 semua. In shaa Allah.

Kenari Ultras said...

Allah Maha Berkuasa atas segalanya..

Ameer said...

namun demikian tiada sebarang penambahbaikkan dilakukan. Guru masih bawa murid dengan kenderaan persendirian.

Anonymous said...

Tersentuh apabila mendengar tulisan ckgu.Syukur kpd Tuhan kebenaran dan keikhlasan telah mengiringi perjuangan ckgu. Beribu-ribu lagi golongan guru di luar sana berisiko menghadapi perkara yg sama..Penghargaan juga buat insan-insan yg tampil memberi sokongan serta membela kebenaran di saat cikgu perlukan. Jadikan ini sebagai ikhtibar kepada semua warga pendidik di setiap lapisan sama ada peringkat pengurusan mahupun perlaksanaan.

Cikgu Zarina said...

Sebak dan terharu membaca artikel tuan..syukur segalanya berakhir dgn baik...

Anonymous said...

Pertama ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada friend yang berkongsi catatan ini di laman FB. Keduanya saya terkeliru cerita Tuan dangan satu lagi kisah Guru yang bawa pelajar untuk latihan pusat juga tapi dari area Mersing. Terlalu cetek rupanya pengetahuan saya rupanya,, tragedi tak disangka seperti yang tuan alami akan berbalik tuduhan kepada orang yang menerima arahan menjalankan tugas. Peringatan kepada semua warga pendidikan, dalam perkhidmatan pendidikan kita punya ramai ketua. Immediate pengetua kadangkala tidak akan memehak kepada kita. Sebabnya mereka ada kepentingan dan kedudukan mereka sendiri untuk dijaga. Penting cerita tuan ini untuk dijurnalkan dan dikongsi dengan semua para Guru. Jangan tiap kali menerima arahan dari PPD dan sebagainya hanya nak bertekak tentang duit minyak dan sebagai. Perlu berfikiran lebih jauh dari itu. Namun apapun semua kecemerlangan dari setiap bidang bermula dari bimbingan "Guru"

Anonymous said...

Berani kerana benar...
Yang benar akan menang... inshaAllah

Anonymous said...

Sungguh air mata saya berderai mengenangkan..begitulah nasib guru...syabas dan terus tabah cikgu... sebagai guru besar..setiap kali guru2 bberpergian membawa pelajar keluar menyertai apa2 aktiviti. ..keselamatan mereka yg mnjadi kerisauan saya...

Anonymous said...

Saya harap kisah tuan di drama agar menjadi pedoman dan pengajaran buat masyarakat dan nasib guru jasa guru lbh terbela...amin....

Anonymous said...

Touched me. Dear Sir May God Bless You.
Alhamdullillah.

cikgu b said...

tuan......setiap ujian itu ada dua sebab
1.....sebagai kafarah dosa dr perbuatan kita
2.....sebagai pemangkin kepada tahap iman kita

Anonymous said...

Pejuang kebenaran... Tak Usah Gentar Dengan semua halangan dan cobaan.
Kerana Allah tetap bersama kalian.
Redho' dan tawwakal sentiasa..
Pejuang kebenaran...
Ingatlah syurga tempat tujuan.

Faridah Abdul Rahim said...

Mmg sebak mmbaca catatan ini...syukur segalanya berakhir dgn kemenangan kpd yg benar...Alhamdulillah...semoga ckg sentiasa di dlm prlindungan Allah...

Emy Omar said...

Saya juga seorang guru,memang nasib guru sukar utk mendapat pembelaan bila berlaku perkara sebegini.Syukur..alhamdulillah.Allah sentiasa melindungi hambaNya.Semoga ini lebih mematangkan cikgu dlm melalui hari-hari mendatang cikgu

Anonymous said...

Airmata menitis pabila membaca coretan ini..saya merasa bangga dengan keberanian cikgu dan ketabahan cikgu...sesungguhnya segala pengalaman cikgu pasti akan menjadi garis panduan kepada guru yang lain dalam menggalas tanggungjawab yang semakin terpinggir diminda masyarakat sekarang dan diharap pihak yang mempunyai kuasa agar menyedari dan menjadikannya sebagai penanda aras sebelum mengeluarkan arahan...amin...terima kasih cikgu

Anonymous said...

kepimpinan sekolah kalau ia berkata "saya adalah bos" ianya tamak kuasa dan kalau ia berkata "Saya yang bayar gaji" itulah namanya gila kuasa. Saya pernah mengalami peristiwa pahit dalam dunia perguruan..sehingga kini prinsip saya "tidak akan percaya samasekali dengan pihak pentadbir"

Anonymous said...

setuju

Anonymous said...

Salam warga guru dan pelayar alam maya. Dulu sewaktu bertugas di melaka saya punya seorang rakan kenalan guru mengalami kemalangan sewaktu menjemput pulang pelajarnya dr pusat koko melaka. Takziah kepada rakan saya. Rakan saya cedera parah dan mengalami kemerosotan kemampuan bekerja secara normal. Ditambah lg dgn kematian seorang pelajar, seorang koma dan dua org cedera ringan. Ibubapa pelajar yg meninggal dunia itu pula telah berhasrat menyaman n menuntut pampasan dr rakan guru saya itu. Mujur di akhir-akhirnya ibubapa pelajar itu membatalkan hasrat mereka. Cuma agak sedih dengan apa yang menimpa rakan saya itu sebab malang sememangnya tidak berbau. Saya sudah lama tidak ketemu dengan rakan saya itu sejak bertukar angin ke selangor. Kisah cikgu zharul nizam berikan insan bergelar cikgu banyak pengalaman dan panduan. Pesan saya pada diri sendiri dan rakan guru supaya mengabaikan sahaja arahan hantar murid atau pelajar ke luar kawasan sekolah melainkan jaminan pampasan dan mempertahankan jika berlaku sebarang perkara buruk.

zali ishak said...

Alhamdulillah, tiba masa saya bersuara, sudah 13 tahun saya meneliti rentetan peristiwa yang menimpa guru2 yg diberi tugas membawa pelajar termasuklah rakan2 baik mahupun diri saya sendiri yang saban tahun asyik saja membawa pelajar dengan penuh tanggungjawab sebagai penjawat awam. Sila perhatikan perkara berikut yang selalunya dipermainkan oleh pihak pendakwa di mahkamah. " guru adalah guru pengiring" dalam mana2 surat membawa pelajar. Tidak pernah ditulis " guru adalah pemandu kenderaan" hatta tertulis pun surat membawa pelajar dengan menaiki kenderaan bernombor flat ......... Ayat itupun tidak pernah bermaksud guru adalah "pemandu" kenderaan. Saya harap guru-guru SANGAT MENGAMBIL BERAT AYAT TERSEBUT. Kemarahan saya memang tidak pernah padam bermulanya suatu masa dulu saya pernah bertanya kepada "seorang pegawai" apakah yang Pihak Tuan boleh lakukan jika guru ditimpa kemalangan semasa membawa pelajar. Jawabnya seperti ini, " Pihak guru jangan memikirkan perkara negatif seperti itu akan berlaku, cukup sekadar membawa pelajar sahaja dan program ini (dirahsiakan) perlu dijalankan mengikut arahan". Ayat egoistik seperti itu, menjadikan kemarahan saya tidak pernah padam hingga ke hari ini apatah lagi saya yang masih dalam kategori baru dan masuk "kampung orang" pula pada ketika itu memaksa berdiam diri, hanya Tawakal buat bekalan. Pengajaran yang penting disini ialah, biarlah orang lain yang dilantik dan berkhidmat sebagai "driver" sahaja yang membawa pelajar. Kita akan lihat jika semua guru di Malaysia ini bersatu hati menyokong pernyataan ini, saya amat pasti Pihak Kementerian dan Jabatan akan sedar dan membuka mata untuk meminda undang-undang membawa pelajar ini kerana saya amat-amat pasti memang guru2 lah orangnya yang menjayakan program Kokorikulum di Malaysia ini yang banyak menghabiskan duit minyak, memberi makan pelajar dimasa-masa yang sempit (terlalu banyak yg ingin dijelaskan soal makanan disini yang tidak dapat dituntut oleh guru akibat jeda masa yg tidak tercatit dalam borang disekolah bahkan RM makan tengahari adalah amat menjengkelkan dan ayat dari pihak atasan atau kewangan hanyalah berbunyi "pandai-pandai gurulah mengurus"- Saya tidak sekali-kali setuju ayat itu...) Saya tidak pernah ambil kisah menghabiskan sejumlah wang asalkan anak-anak murid saya makan minumnya cukup, kerana jauh disudut hati, anak-anak saya juga dibawa oleh guru-guru dan perutnya tidak kosong, tekaknya tidak kering...Sama-samalah kita berdoa keadaan yang tidak betul ini diperbetulkan kerana mata ini sudah banyak menyaksikan betapa sedihnya nasib guru. Semoga Allah Melindungi Kita Setiap Masa. Insyaallah.

arniza_fadzli said...

ye....tanggungjawab sbg guru....selagi namanye CIKGU, smpy akhir hayat setiap gerak geri & perlakuan dikenang oleh msyrkt...berat, payah, sukar...namun pasti ada kemanisan di akhirnya jika tugas digalas dgn amanah & dedikasi...syabas cikgu! doanadlh senjata mukmin...

Anonymous said...

Begitulh nasib guru2 tutama guru sukan.menang d sanjung..kalah d kutuk sgala mcm.org atasan x ucp tq pun..kereta kena lanyak bw budak..bas ppd x bagi guna..sek pekan byk kmudhn bas.sek luar bandak hantam kwreta cikgu htr budak..

Anonymous said...

Alhamdulillah diberi kesempatan membaca coretan ni, sebak & sedih kerna pernah diuji semasa berkerjaya sbg. guru tetapi atas rasa hasad dengki, cemburu mungkin & berpeluang pula untuk membalas dendam terhadap suami saya oleh rakan yang bergelar GURU juga, maka akhirnya suami saya telah dibuang kerja setelah berkhidmat hampir 22 tahun. Semua pihak mengatakan tidak mengetahui punca sebenar kerna semua surat-surat yang diforwardkan ke KPM tanpa pengetahuan mereka & juga tidak melalui prosedur biasa. Bayangkanlah pada masa yang sama suami saya juga menerima surat kenaikan gred DG44, mendapat Anugerah Guru Koku JPN & pihak sekolah juga ingin mencadangkan suami saya sebagai salah seorang calon penerima APC pada tahun berkenaan . Masakan suami saya layak menerima semua itu kalau memang bersabit kesalahan & ianya berlaku mengikut prosedur biasa bukan? Tetapi biasalah semua pihak play save & tidak pernah langsung terpanggil untuk mengetahui bagaimana perkara misteri ini boleh terjadi sedangkan selama ini suami saya telah mengorbankan seluruh jiwa, masa, wang & keluarga untuk kecemerlangan koko peringkat sekolah, negeri & kebangsaan. Syukur kehadrat Allah swt. kerna masih melindungi, merahmati & memberkati hidup kami sekeluarga hingga kesaat ini. Dunia Allah ni luas, setiap perkara yang berlaku ada hikmah & pengajarannya & kami redha atas segalanya. Tahniah cikgu kerna berjaya menempuhi segala ujian daripadaNYA & saya doakan agar kehidupan cikgu sekeluarga bahagia & sejahtera di dunia & di akhirat.

Anonymous said...

alhamdullilah.....semoga tuan mendapat rahmat dariNYA

Anonymous said...

Alhamdulillah..akhirnya dimudahkan segala urusan

cikgualimohamed said...

Allah maha besar.... banyakiktibar dari cerita ini.. terima kasih

Mishal Abdul said...

setuju sangat..

Penjuang Islam said...

Semoga berkekalan.....

Othman Bin Che Man said...

Alhamdulillah. Kisah tuan sering saya gunakan kepada pelajar saya. Keikhlasan kita bertugas tidak hargai oleh orang yg sering memikirkan kedudukan dan pangkat. Allahuakbar.

Anonymous said...

*speechless*

-Bakal pendidik-

fatimah ahmad said...

Saya bersetuju dgn cikgu. Memang rasa tercabar apabila menteri pendidikan pernah menyebut, guru-guru jangan terlalu berkira. Sepanjang perkhidmatan, tiada istilah berkira tetapi berhabis....asalkan murid tidak terabai dari segi pelajaran ataupun layanan. Memang sudah banyak kes begini yang berlaku, tetapi masih tidak ada perubahan untuk membela guru walaupun kebenaran sudah terserlah berada dipihak guru, malahan nama guru tersebut tidak dibersihkan. Bagi yang tidak tahu cerita sebenar, akan mencanang cerita tersebut tanpa tahu hujung pangkalnya. Saban tahun kita mendengar berbagai-bagai cerita guru begitu dan begini di dada akhbar. Mungkin ada yang benar namun bukan sedikit yang ceritanya hanya ditokok tambah oleh wartawan tanpa menyelidik kebenarannya. Selidiklah apa yang kita dengar dan baca sebelum sebarkan.

Anonymous said...

"Guru Pengiring" tajuk surat. Kenderaan patut disediakan oleh pihak sekolah. Ni tidak! kenderaan guru digunakan kesana sini bwk pelajar, Nak buat tuntutan amatlah susah...sebab ape??? GB ato Pengetua lbh pentingkan TnT dia. Kerani pun x nak layan cikgu....begitulah keadaannye..

Pendidik 32 tahun.

Saodah anje said...

Ya ALLAH...
BESARNYA DUGAAN BUAT SUAMI PUAN...

asma japar said...

Semoga kita mendapat keredaan dan keberkatan dr Allah...mmg sedih dan geram...sabar dan tabah..

RAZAHDOLLAH said...

Tahniah kpd cikgu yg begitu tabah menghadapi ujian yg penuh dgn pahit getir ini.Allah lah yg kita sembah dan meminta pertolongan.Sesungguhnya Allah mendengar doa org yg dizalimi. ALhamdulillah dan syabas cikgu

Anonymous said...

Sama seperti sy yg bru berkhidmat selama 4 tahun dan 'terpaksa bekerja' di bawah pihak pentadbir yg sangat gilakan kuasa dan bertindak mengikut emosi. Sebagai seorang wanita, kuat manalah sy utk terus tabah dan sabar. Namun kuasa Allah melebihi segalanya. Moga terus jd kuat demi amanah dari Allah.

Hamiliya Mustafa said...

Assalamualaikum, Hai. Saya ingin menggunakan kes ini dalam assignment saya untuk subjek Legal Issues in Education. Tapi saya tak dapat cari pernyataan penuh kes. Ada sesiapa boleh sudi membantu? emel saya di m_hamiliya@yahoo.com

arzalif said...

Sgt tersentuh dgn cerita ini spi mnitis Air Mata. Mmg itulah situasi bg yg bgelar mkn gaji. Baik dr jabtan or bidang mn sekalipun mmg x dpt lari. Bila sst blaku Org atasan nk lps tgn, yg jd kambing Hitam org bwhan. Alhamdulillah Tuhan bsama org yg benar n takziah pd Keluarga pljr tsbt.

Anonymous said...

Allahu Akbar...bergenang air mata membacanya

cikgualimohamed said...

Alhamdulillah..segala puji bg allah

Selipar Putus said...

Ya Allah tersentuh hati saya dan bergenang air mata ini membaca nukilan cikgu.. semoga cikgu sentiasa dilimpahi rahmat Allah..

rahimuddin505 said...

Tahniah atas ketabahan dan kekuatan cikgu.
Semoga Allah memberi ganjaran yg melimpah ruah atas keikhlasan cikgu

Sekali terdetik.... said...

Pujangga seni, kita pernah berjumpa d UKM, Kamsis Bangi. Assalamualaikum.

li anamy said...

Benar.. bila apa2 mnyentuh plajar.. tiada yg defend guru walaupun atas tiket tugas rasmi.. tqvm nutp yg bnyk mmbela nasib guru2.. sy trsentuh mmbaca kisah saudara.. sy prnh mngalami walaupun dherdik dlm ofis wpun sy brcakap pkra betul

guru juga said...

Sampai skrg masih ada ke kpm gubal perlindungan utk cg yg bwa pelajar ni?

guru juga said...

Apa perlindungan cg jika bwa pelajar utk aktiviti ye?

marina farid said...

Assalamualaikum...
Akhirnya dapat juga saya membaca coretan cikgu. Kejadian yg mnimpa cikgu sewaktu akan sy ingat krn tiada siapa yg akn mmbntu kita di saat kita perlukan sokongan dan bantuan..walau berbuih mulut menolak utk mmbawa keluar mrd dgb kenderaan sndri..akhirnya trpksa akur demi tugas...moha Allah pelihara diri kita semua..

Anonymous said...

terkedu sy smpi tahap mcm ni manusia sanggup lakukan kerana dendam.... dendam yg x de kesudahan... sepatutnya cgu yang berjaya membawa prestasi yg baik tu kita jadikan beliau sebagai contoh dan ikutan bknnya pentingkan hasad dengki lebih kepada perangai syaiton.... agama islam tp hati x meletakkan diri mcm tu... mcm mn la bangsa lain nak respet...tepuk dada tanya iman....wallahualam....

shashi raj said...

Kawan pn seorang guru.. hampir2 terkena tapi kehendak tuhan.. kawan tetap xnk bw murid blk rumah dr tempat pertandingan.. nasib kawan baik dlm perjalanan pulang kawan accident berseorangan.. kereta lak baru 3 minggu umurnye.. kawan bersyukur sgt kerana x bawa murid bersama.. sampai sekarang x seorg pn dpd pentadbiran daerah tanya khabar.. kereta bersadai kat bengkel... tapi yg pntg kawan x bawa murid if kawan bw murid x tau lerr ape jd pd kawan... just nk share ja

shashi raj said...

Kawan pn seorang guru.. hampir2 terkena tapi kehendak tuhan.. kawan tetap xnk bw murid blk rumah dr tempat pertandingan.. nasib kawan baik dlm perjalanan pulang kawan accident berseorangan.. kereta lak baru 3 minggu umurnye.. kawan bersyukur sgt kerana x bawa murid bersama.. sampai sekarang x seorg pn dpd pentadbiran daerah tanya khabar.. kereta bersadai kat bengkel... tapi yg pntg kawan x bawa murid if kawan bw murid x tau lerr ape jd pd kawan... just nk share ja

Sabariah Abd Hamid said...

Anak saya peguam praktikal ada di hari perbicaraan akhir ckgu di Kluang tu.
Satu ayat sinis dr PPD Segamat ( lupa namanya )....anak ckgu pun boleh jadi peguam juga ye? Subhanallah...

Anonymous said...

Assalamualaikum abang zharul. Saya rasa bersyukur dapat berjumpa dgn abg ms saya bertugas di segamat. Banyak ilmu yang saya dpt dr abg. Terima kasih banyak2

Siti siti said...

Mengalir airmata membaca kisah Tuan. Ada antara nama nama yang disebutkan mmg saya kenali, pernah bekerja dibawahnya dan mmg org yang baik. Saya pernah bertugas di Segamat suatu waktu dulu. Saya mmg sengiasa cuba mengelak membawa pelajar keluar utk aktiviti luar. Sebzb perkara sebegini yang saya khuatirkan. Amat tipis pembelaan utk guru di peringkat atasan. Malahan saya pernah dilabel sebagai 'berkira' oleh pentadbir sekolah saya apabila saya enggan membawa pelajar keluar utk aktiviti ko ko dan meminta pihak sekolah menyediakan kenderaan. Mereka seolah olah langsung tidak memikirkan tentang hal2 sebegini.
Terima kasih Tuan atas perkongsian berharga ini. Tuan adlh guru yang amat tabah dan sabar. Syabas Tuan.
Kpd guru2 yg belum menyertai KPPK, silalah mendaftar, kesatuan ini amat bermanfaat bagi kita warga guru dan amat mudah untuk membantu kita. Saya pernah melaluinya dlam mendapatkan bantuan mrk.
Jadikan iktibar kpd kita atas kisah bermakna ini.

Siti siti said...

Mengalir airmata membaca kisah Tuan. Ada antara nama nama yang disebutkan mmg saya kenali, pernah bekerja dibawahnya dan mmg org yang baik. Saya pernah bertugas di Segamat suatu waktu dulu. Saya mmg sengiasa cuba mengelak membawa pelajar keluar utk aktiviti luar. Sebzb perkara sebegini yang saya khuatirkan. Amat tipis pembelaan utk guru di peringkat atasan. Malahan saya pernah dilabel sebagai 'berkira' oleh pentadbir sekolah saya apabila saya enggan membawa pelajar keluar utk aktiviti ko ko dan meminta pihak sekolah menyediakan kenderaan. Mereka seolah olah langsung tidak memikirkan tentang hal2 sebegini.
Terima kasih Tuan atas perkongsian berharga ini. Tuan adlh guru yang amat tabah dan sabar. Syabas Tuan.
Kpd guru2 yg belum menyertai KPPK, silalah mendaftar, kesatuan ini amat bermanfaat bagi kita warga guru dan amat mudah untuk membantu kita. Saya pernah melaluinya dlam mendapatkan bantuan mrk.
Jadikan iktibar kpd kita atas kisah bermakna ini.

akmal said...

Sebak rasa hati....saat setiap oatah ayat divaca linangan airmata berjurai,..itulah pengorbanan guru,,.saat kita susah...sebelah nata pun tidak melihat..,makahan dicerca dan dihina.,,, saat tenaga kita diperlukan,,,maka tanpa segan silu mem6ja kononnya kita ni hebat...itulah dasar manusia munafik...puja kita saat memerlukan khidmat kita,, dan menghina vagaikan kain buruk yang tiada bernikai.,,

Kak Mahh said...

Alhamdulillah

izya @ yaa said...

salam en.zharul..tahun lepas kita de berprogram di hotel seri malaysia sepang,kini baru saya tahu kisah disebaliknya..moga yg terbaik utk cikgu..kini cikgu pon telah berada di atas..harap sentiasa memahami kami yg dibawah ni ye cikgu

Farikica said...

Sya bca entry ini dr awal hingga akhir ... kagum dngn ketabahan tuan... sesungguhnya kebenaran pasti akn muncul.. berani krn benar.

inspiration said...

saya baru membacanya..ketika itu..saya belum bergelar guru..nasihat n panduan yg diberikan amat berguna...walaupun dewasa ni...jawatan guru tidak lg d hormati dan di pandang mulia seperti dahulu..tetapi hati tetap ikhlas mendidik n melahirkan pewaris negara..keluarga..dan agama yg berkahlak mulia dengan penuh cabaran dan kekangan ketika ini..

Anonymous said...

Nilai manusia kerana sikap, sifat dan keperibadiannya dan bukan kerana agama semata2...Adakah perlu seorsng tu beragama islam utk melakukan kebaikan? Kemana hilangnya org2 islam yg menjawat jawatan tinggi semasa zahrul di timpa musibah? Kemana hilangnya kesatuan2 yg kononnya berasaskan melayu dan islam, pada masa itu..

Anonymous said...

Saya tahu kisah ini dan kini saya membacanya sendiri. Banyak perkara yang perlu dipertimbangan. Beratnya tugas guru.

Cikgu Zulkifli said...

Alhamdulillah perkongsian yang bagus

norhafiza mastor said...

Sedih bila bc kisah ni..sy juga seorg guru.walaupun keslhn kita sbsr zarah..akan ada pihk yg cuba mperbsrknnya..tmbhn pd zmn skrg yg lg besar cbrnnya..insyAllah..Allah tahu niat kita..

Anonymous said...

Alhamdulillah.. Tabah nye cikgu menghadapi semua itu.. sy juga pernah turun naik mahkamah tetapi hal lain.. mmg semua doc disimpan rapi.. semua hal2 berkaitan undang2 dipelajari.. hatta cara menuturkan perkataan di mahkamah pon perlu disusun rapi.. n bukti2 berhitam putih..
baru semalam kawan sy bercerita ttg hal cikgu.. sebab kami bertelagah tentang..
Masih tersimpan lagi guru mempunyai REKOD menagih dadah atas alasan HIGH PROFILE..

zahar zainal said...

Allahuakbar, Allah maha besar....

miakhairunissa said...

Kes ini berlaku tahun 2010. Sekarang ni pun guru diarah bawa pelajar dgn kereta sendiri...APA SOLUTION NYA...

MOHD NAZRI B HASHIM said...

tuan memang Hebat.....saya berhajat untuk bertemu dengan tuan....

TEACHER AMY said...

Gugur jua airmata saya diakhir ayat cikgu Z

Ina Ismail said...

Tiba2 sebutir mutiara jatuh dipipi.... Sgt hiba... Terharu n sayu saya membaca tulisan tuan.... Moga tuan dilindungi Allah atas jasa khidmat selama ini.... Sgt memahami... Pengorbanan yg tak ternilai bergelar Guru...

ROSLIJOB said...

Sampai sekarang bermacam-macam program guru terpakasa jadi tukang angkut pelajar dan tidak dilindungi....bila tak bawa ada org atasan yg marah2.Lebih2 tahun ini hampir semua program dlm keadaan tak berduit tak mampu menyediakan pengangkutan kpd pelajar dan guru2 dituntut pengorbanan utk menghantar pelajar.apa dah jadi dgn org2 bijak pandai berada di atas..." pandai bercakap dan mencadang tak semestinya pandai melaksana".....wallahualam....

Mohd Rizal Ramli said...

Allahuakbar... menitis air.mata ini dgn pkongsian cikgu... tp betul Apa y dikatakan miakhairunissa... Apa solutionnya... sehingga kini masih tiada apa2 pnyelesaian...

SAFRA DE' LAILA FARMSTAY said...

Itulah guru. Selalu terabai. Bila pelajar berjaya ibu bapa di puji sekolah dapat nama jabatan pelajaran tumpang sibuk. Apa sanjungan yg guru dapat pingat, gelaran dato, habuk pun tk ada.usaha guru menghantar pelajar memasuki pertandingan kesana kesini selalunya menggunakan kenderaan guru yg pastinya tidak dilindungi insuran apb berlaku kemalangan. Jika ini terjadi ianya mendatangkan masalah pada guru. Guru akhirnya dipersalahkan. Kesian guru klu membantah dikatakan tk ikut arahan. Guru jd kuda tunggangan.

SAHAR MISRON said...

Syukur Alhamdulillah....cikgu guru tulen pada pengamatan saya....saya mengikuti kes cg menerusi akhbar....semoga sentiasa dalam keberkatan dan lindungan Allah....

Mohamad Khairi Mohamad Ani said...

Sangat mengharukan nasib tuan dan para guru. Beban yang diberi beban juga yang kena kita galas. Bukukan kisah tuan.

Lynn Hamzah said...

Kesabaran dan solat kunci kejayaan....dan cikgu telah berjaya berkat dari solat dan sabar...Janji Allah itu pasti benar....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails