Siapa pun akan berbangga sekiranya menjadi isteri kepada lelaki pertama dalam negara. Disebut sebagai ’first lady’ sehingga sebahagiannya terlupa yang diri sebenarnya setakat menumpang tuah suami. Catatan sejarah telah menunjukkan mereka yang tersungkur kerana pelbagai ’perangai aneh’, ’karut-marut’, ’lebih sudu dari kuah’, ’besar mangkuk dari nasi’....
Imelda Marcos, isteri kepada Ferdinand Marcos yang merupakan presiden Filipina dan pemerintahannya berlangsung 30 Disember 1965 hingga 25 Febuari 1986. Lihat dan tafsirlah bagaimana Imelda berada dalam pentadbiran suaminya, apabila beliau sendiri menjadi ahli parlimen kawasan IV-A Filipina (12 Jun 1978 – 25 Febuari 1986), Ambassador Plenipotentiary and Extraordinary ( 1978-1986) dan sebagai Menteri pembangunan Insan ( 1978 – 1986).
Bukan setakat ’mengacau’ dan mencampuri urusan pentadbiran negara, Imelda juga mewah menghabiskan wang rakyat (kerajaan). Membeli-belah dan bersantai di New York, Rome, Copenhagen sebanyak 5 juta pada tahun 1983. Kemudian memiliki pula aset hartanah di Manhattan seperti Crown Building bernilai AS$51 juta dan Herald Centre AS$60 juta. Dituruti nafsu besar yang tidak terkawal berkaitan pembelian barangan dan alatan mewah keluaran luar Negara. Apabila golongan cendekiawan rakyat mengkritiknya, jawapan yang diberikan bagi memotivasikan golongan miskin Lalu segalanya berakhir apabila kekuasaannya ditumbangkan rakyat. Selepas kejatuhannya Imelda masih popular apabila terbongkar tentang koleksi kasut mewahnya sebanyak 2700 pasang yang tersimpan di istana tinggalannya.
Elena Ceausescu, isteri kepada Nikolai Ceausescu yang merupakan kepala pemerintahan Romania. Karier politiknya dilihat seiring dengan suaminya sendiri. Tahun 1972, beliau memegang pelbagai portfolio penting dalam Parti Komunis Romania . Tanpa menunggu masa yang lama, setahun selepas itu (1973), beliau telah meraih di tempat kedua tertinggi dalam pemerintahan suaminya ke atas Romania. Menjadi penasihat utama bagi pemerintahan Romania untuk isu-isu antarabangsa.
Pun sejauh mana seseorang pemerintah bisa berkuasa. Kuasa rakyat tetap kuasa keramat. Tahun 1989, revolusi rakyat Romania akhirnya berjaya menumbangkan rejim Ceausescu. Kedua-duanya ditangkap di Targoviste, dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mati. Ternyata Elena dan suaminya seperti mengikat janji sehidup dan semati apabila mayat kedua-duanya terbujur bersebelahan selepas ditembak.
Farah Diba Pahlavi. Permaisuri Shah Iran. Watak pemborosnya terhadap kewangan negara tidak dapat disembunyikan. Majlis penabalannya pada tahun 1967 sebagai Permaisuri era Iran moden melenyapkan kos sebanyak AS$10 juta. Sebagai seorang yang meminati seni dan budaya, wang dihabiskan dengan menganjurkan pelabagi program kesukaannya. Ramai pekerja yang berada di bawah telunjuknya untuk menjayakan program yang selari dengan citarasanya. Rakyat yang terbiar dan tidak terbela sedangkan kehidupan diraja mereka mewah dengan sewenang-wenangnya.
Pada ketika itu rakyat yang menentang akan menerima siksaan prisik Savak. Lalu akhirnya apabila Ayatollah Khomeini membawa revolusi bersama rakyat Iran meyaksikan Shah Iran. Sekali pun ketika dulu bermewah-mewah ketika rakyat tersepit tanpa pembelaan namun apabila tumbangnya sebuah kerakusan kuasa dan kemewahan, mereka menjadi pelarian di beberapa buah negara.
Kisah wanita pertama yang tersungkur di kaki marhain ini boleh berlaku kepada sesiapa (wanita pertama) dan mana-mana negara sekiranya ’wanita pertama’ sibuk mencampuri urusan pentadbiran negara. Berdasarkan situasi tiga negara di atas, sifat boros dengan kemewahan juga menjadi punca rakyat bangkit apatah lagi dalam suasana rakyat hidup dalam kemiskinan dan tertekan. Sejarah telah merakam dan menunjukkan jalan............
3 ulasan:
sama la juga FL tunisia( Emelda asia barat).....
dekat sini pun ada ja.tunggu masa dan ketika. adat orang zalim akan digulingkan jua akhirnya
Kat Malaysia ni, pompuan yang telah terperasan sebagai First Lady juga akan tersungkur menjilat kaki rakyat tak lama lagi....
Post a Comment