Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Thursday, March 24, 2011

MUHAMMAD YASIN! INI JANJI CIKGU…………..

Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA.

Agak lama saya tidak menulis di blog ini kerana kekangan masa dan tugas. Tambahan pula portfolio bidang tugas sudah berubah. Tidak lagi ke sekolah. Lebih mencabar lagi waktu kerja juga berubah kepada masa pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Terkurung di bangunan cantik sepanjang hari atau jika keluar pun, ada tugas-tugas lain yang melibatkan amanah yang dipikul di bawah label Kementerian Pelajaran Malaysia............. 

Yasin (berbaju hitam)
 Muhammad Yasin bin Mohamad adalah murid Pendidikan Khas yang unik, tersendiri dan mengkagumkan.....

Bayangkan saya pernah menyoal begini kepada anak-anak didik saya;

”siapa yang tak pernah tengok bukan-bukan?”

”Bukan-bukan macam mana cikgu?” Tanya Aizuddin rakan sekelas Yasin.

”Yalah! Gambar-gambar ke, video ke , cd ke, kat handphone ke yang bukan-bukan! Aurat orang perempuan!” Jawap saya lagi dan mengharapkan mereka mendapat pemahaman yang jelas.

Ada yang tertawa dan ada yang terdiam. Pun dalam kelompok murid-murid Pendidikan Khas SMK Buloh Kasap hanya dua orang sahaja yang mengangkat tangan. Murid itu Yasin dan Luqman.  Menandakan pancaindera penglihatan tidak pernah tercemar dengan pornografi yang bisa merosakkan akal, emosi dan jiwa.... Saya merenung Yasin dan Luqman. 

Saya meyakininya kerana keuda-duanya murid saya yang tidak meninggalkan solat lima. Luqman memang kerap mengikut bapanya berjemaah. Bapanya juga adalah seorang guru PK dan merupakan Penyelaras PK di SMBK yang lebih kepada sahabat saya.

“Betul cikgu! Demi Allah.....” Yasin bersumpah.

”Baik. Cukup! cikgu percaya!”

”Tahniah!”

Di satu hari lain, waktu itu saya baru beberapa bulan mengajar di SMK Buloh Kasap.

”Cikgu!” Panggil Yasin seakan mahu menyatakan sesuatu sebelum memulakan

”Ya!”

”Cikgu saya nak pakai serban macam cikgu masa solat Jumaat”  Saya terperanjat bercampur gembira.

”Alhamdulilah! Pakailah! Kan cikgu selalu cakap serban itu mahkota Rasulullah!”

Wajahnya tiba-tiba sedih.

”Ayah saya tak bagi cikgu!” Katanya sambil merenung wajah saya memohon simpati. Saya pula terlebihlah lagi simpati kepadanya.

”Ayah cakap apa?’” Tanya saya dengan nada memujuk.

”Laku fiil kena jaga. Kalau dah pakai serban kena jadi orang baik!”

”Betullah itu. Yasin azam jadi orang baik. Hormat ibubapa. Doa banyak-banyak kepada Allah! Insyallah nanti akan diizinkan juga”

Saya sendiri tidak ingat, berapa lama peristiwa itu berlalu. Namun pada suatu Jumaat, saya dan Yasin memang bersolat di masjid yang sama kerana kami juga tinggal setaman. Saya tidak akan melupakannya. Selesai solat Jumaat, Yasin menunggu saya dan pada Jumaat itu dia lengkap dengan jubah dan serban. Tatkala dia bersalam dan mencium tangan saya, saya pasntas memeluknya.

Lalu sebelum saya diberi peluang oleh Allah untuk mengorak langkah ke peringkat pengurusan, Yasin datang kepada saya (akhir tahun lepas rasanya) sebelum saya dipanggil temuduga selepas KPM meminta resume saya ekoran BUKU KE[PIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS dilancarkan pada Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2010.

”Cikgu saya nak minta tolong cikgu semak!”

”Nak semak apanya Sin?” Tutur saya dengan nada gurau dan separa tersenyum.

”Cikgu saya dah hafal surah Sajadah dan Al-Insan!”

Saya separa terkejut bercampur bangga.

Yasin duduk membacanya di depan saya dan saya menyemak melalui Al-Quran digital yang berada di dalam laptop. Benar ada sedikit cacat bacaannya. Pun secara keseluruhan dia dapat menghafalnya dengan baik (harus diingat Muhammad Yasin hanyalah seorang murid Pendidikan Khas yang bermasalah pembelajaran). Yang mana secara jujurnya saya sendiri tidak berupaya menghafal surah Sajadah dan Al-Insan....

Yasin cikgu bangga dengan kamu dan merindui kamu semua. Doakan cikgu ya. Cikgu percaya doa kamu lebih mudah diangkat berbanding balada orang berdosa seperti cikgu. Ini catatan yang cikgu janji untuk kamu.

Salam rindu untuk semua warga SMBK dari kejauhan............. Segala puji bagi Allah dan Rasul-NYA

6 ulasan:

cik mas said...

cikgu... menitis air mata saya baca cerita ni... buat hati saya betul2 tersentuh... terima kasih kongsikan pengalamn berharga ini.. cikgu dapat kerjaya baru kah? tahniah ya.... saya ada ikuti perkembangan blog cikgu.. mudah2an cikgu mendapat keberkatan Allah dan dipermurahkan rezeki.. amin :)

Intan Mazzuin said...

terharu dan kagum pada Yasin.

pak long said...

salam...
mekasih kongsi pengalaman....kita tak merasa pengalaman macam tu...

the collector said...

Yasin...pelajar yang ku kenal....begitulah dia..semoga berjaya dalam hidupnya

PuteraOhtraBulan said...

Yasin....kenal sangat budak ini.

M Y R A said...

terharu betul baca entry niy . terima kasih kerana berkongsi cerita macam niy . boleh dibuat muhasabah diri :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails