Mandat-mandat
Asas PL94-142
Mandat-Mandat
Lain
Amalan
Konsep PL 94-142 dalam Sistem pendidikan Malaysia
Rangka
Tindakan Dan Pernyataan Salamanca
Perundangan
dan dasar-dasar Pendidikan di Malaysia
1. Mandat-Mandat
1.1 Perkhidmatan Intervensi awal dan
prasekolah Intervensi awal didefinisikan sebagai usaha tersusun untuk
meningkatkan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat
(Fatimah Bivi, 2002).
Dunst
(1996) menyifatkan intervensi awalan sebagai “to arange of services provided
to children, parents and families during pregnancy, infancy and/or early
childhood”. Program intervensi awalan bertujuan memberi bantuan kepada ibu
bapa untuk mengambil langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal
dapat dilakukan dan mengurangkan keterukan ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan
yang dialami oleh individu berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman
(2003), kebanyakan pendidik dan ahli sains sosial percaya bahawa lebih awal
kecacatan seseorang individu dikenal pasti dan diberi program pendidikan yang
bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang boleh diperolehi
oleh seseorang anak berkeperluan khas. Intervensi awal yang intensif bertujuan
untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan
mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki alam
persekolahan.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi
awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko
tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat
perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak
yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990).
Mengapa?
a.
Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak kanak berkeperluan
khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.
b.
Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga
dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada
persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga,
setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab
masing-masing ke atas kanak- kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).
c.
Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak kanak. Contohnya,
seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa
isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka
peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
d.
Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui
perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah
penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah
emosi seperti perasaan kecewa.
e.
Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi
awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas
pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang
memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. Ringkasnya,
intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal
dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi
awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan
kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya
intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat
persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang
dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.
1.2
Program Transisi
1.3
Pengubahsuaian Kemudahan Awam
Cadangan
rujukan : Yell, M.L. (2006). The Law and Special Education 2ed. New
Jersey :
Pearson Education,Inc.
1.4 Amalan
konsep-konsep PL94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia
Di
Malaysia, pendidikan khas berkembang maju apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan.
Berteraskan kepada PL 94-142, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas,
peranan undang-undang dan polisi pemerintah berjaya menggerakkan program
pendidikan khas di negara ini. Melalui pendidikan untuk semua, pendidikan
percuma, kelas inklusif, khidmat sokongan daripada pelbagai pihak dan juga
penyediaan Rancangan Pengajaran Individu telah memantapkan lagi amalan PL
94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia.
2. Rangka Tindakan Samalanca
Negara-negara di dunia termasuk di
Asia telah memulakan Program Pendidikan Khas yang bertitik tolak daripada
saranan dan gesaan beberapa deklarasi di peringkat antarabangsa. Di antara
deklarasi yang menjadi dasar kepada pendidikan khas di Malaysia adalah The
Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994.
Rangka Tindakan Salamanca yang
diperkenalkan pada tahun 1994 memberi tumpuan kepada dasar, polisi dan amalan
pendidikan untuk kanak-kanak dan orang berkeperluan khas . Rangka Tindakan
Salamanca ini memperakukan tentang hak dan peluang kanak-kanak berkeperluan
khas untuk mendapatkan pendidikan serta mempunyai peluang untuk mencapai dan
mengekalkan tahap pembelajaran yang diterima. Oleh kerana kanak-kanak
berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan, minat,kemampuan dan keperluan
pembelajaran, satu sistem pengajaran dan pembelajaran perlu direka untuk
memenuhi keperluan individu kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan aktiviti
pendidikan yang bersesuaian dengan perbezaan minat individu.
Selain itu, program pendidikan untuk
murid berkeperluan khas perlu diimplementasi supaya sesuai dengan sistem
pendidikan negara. Rangka Tindakan Salamanca juga memperakukan bahawa
kanak-kanak khas mempunyai hak untuk memasuki sekolah biasa melalui amalan
inklusif. Negara negara yang bersidang di Salamanca disarankan supaya memberi
keutamaan terhadap polisi dan peruntukan kewangan agar sistem pendidikan dapat diperbaiki
bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas diserapkan dalam sistem
pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka.
Kerajaan setiap negara juga digesa supaya mewujud dan mengukuhkan mekanisme
merancang, memantau dan menilai pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak
khas. Ekoran daripada persidangan ini,kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengabil inisiatif memperkenalkan pendidikan inklusif di Malaysia pada tahun
1995 walaupun amalan inklusif telah lama dilaksanakan di Malaysia melalui
rancangan pendidikan integrasi atau percantuman ((Norshidah,etal 2009)
Perundangan
dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia
a. Akta
Pendidikan
Falsafah Pendidikan Negara dijadikan
landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira
pandangan dan aspirasi semua pihak. Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem
pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan
dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi
semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan
sekolah swasta.
Kedudukan Bahasa kebangsaan
diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam
sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa
tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan
institusi pendidikan.
Kurikulum semua jenis dan kategori
sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang
diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 wajib diguna oleh semua pihak. Murid-murid
dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil
peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita
menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid
dari sekolah-sekolah di negara kita.
Pendidikan Islam akan diperluaskan
utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah
swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu
daripada pelajaran teras di sekolahsekolah. Dengan adanya peruntukan yang
membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari
keluarga yang kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat
pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan
rendah.
Mutu Program pendidikan di semua
tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan
menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan. Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan
pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di
sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah
vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh
mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau
organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau
program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program
bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi institusi pendidikan
tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri.
Pendidikan guru akan dapat
diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan
mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga
di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.
Pendidikan swasta akan dapat
berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi
mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam
pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan
pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau
Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.
Pendidikan khas akan diberi
perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan
tersebut. Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan berdasarkan
pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang
dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara
mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah
sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil
oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan
sekolah mission dikekalkan.
Akta Pendidikan 1996 juga turut
memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati
munasabah dan praktik diadakan. Kelas kelas agama seperti bible classes tidak
diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.
b.
Dasar-dasar berkaitan Pendidikan Khas
DEKLARASI
HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT ( 1948) meliputi hak bagi setiap individu mendapat
pendidikan yang menekankan ‘ keperluan –keperluan pembelajaran untuk orang
kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah langkah perlu diambil untuk
menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang
upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam system pendidikan.
· Pada
tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telah mengisytiharkan HAK
KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan
bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kanak-kanak
normal.
· AKTA
PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 ( tafsiran)- dinyatakan bahawa sekolah khas
bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang
upaya.
· LAPORAN
JAWATANKUASA KABINET ( 1978)- mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui
PERAKUAN 169 merupakan 1 titik tolak yang membawa kepada 1 penekanan dan
tumpuan yang jelas kepada perkembangan PK di Malaysia.
·
Tanggungjawab kementerian tertentu :
Tanggungjawab
Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak kanak yang bermasalah
penglihatan, pendengaran, pembelajaran ( terencat akal ) yang boleh didik.
Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak
yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.
Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan
menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko
Akta
Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996
SUMBER: PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
KAMARUL
BAHRIN BIN MOHD. RADZI PENSYARAH IPG KAMPUS IPOH
HJH
SATARIAH BT KAMIS PENSYARAH IPG KAMPUS IPOH
HJH
SAFIAH BT HARUN PENSYARAH IPG KAMPUS IPOH
3 ulasan:
huraian yang sangat jelas untuk pengenalan pendidikan khas....sebagai pengikut blog ini..saya ingin meminta kebenaran untuk menjadikan huraian ini sebagai nota tambahan....
assalamualaikum..admin blog..maaf ye,sy nak copy paste tulisan awak untuk saya buat presentation dalam kelas.mohon diizinkan..
Terima kasih di atas input yang berguna ini :)
Post a Comment