Cik
Normala Sudirman yang asalnya seorang guru telah meletakkan jawatan dan
seterusnya bertanding mewakili Parti Islam Semalaysia (PAS) pada pilihanraya
kecil Dun Tenang N05 pada tahun 2009. Kini beliau merupakan ahli politik
sepenuh masa.
Sewaktu
beliau menghubungi saya untuk satu jemputan sebagai panel dalam majlis HI-TEA DIALOG
PENDIDIK, saya berada di Dynasty Hotel Kuala Lumpur untuk satu urusan rasmi.
Saya difahamkan beliau telah menggerakkan sebuah NGO yang digelar PENDIDIK.
Khusus bagi melindungi dan memberikan khidmat nasihat, bantuan yang termampu
bagi guru-guru yang dianggap teraniaya. Justeru saya diminta berkongsi pengalaman
sebagai guru yang pernah di dakwa di mahkamah. klik di sini untuk mengetahui lanjut Panggilan itu tidak saya
selindungkan di kalangan rakan-rakan dari JPN dan KPM yang bersama saya.
Lantas
ada yang mengingatkan saya tentang kesanggupan hadir majlis tersebut.
Jawapannya mudah ’kita harus membezakan gerakan politik dan NGO’. Jika untuk
menyertai mana-mana parti politik pun dibenarkan, ini pula NGO. Tidak ada
halangan bagi penjawat awam untuk menjadi ahli. Ianya sama sahaja seperti ABIM,
JIM dan lain-lain. Yang tidak dibenarkan menentang dasar, menentang pemerintah
dengan senjata. Itu memang kesalahan besar. Setakat berbeza cara berfikir dan
pendapat, itu kebiasaan dalam kehidupan.
Petang
itu saya hadir sekeluarga di Hotel Pan Pacific KLIA. Mujurnya jarak antara
Putrajaya dan KLIA hanya dua puluh minit perjalanan. Saya dibariskan bersama
Datuk Haji Adnan (Mantan Pengarah Pelajaran Perak) dan Cikgu Azrin Abd Majid ( Timbalan
Presiden Pendidik ) berkongsi pengalaman lalu yang cukup mendidik dan
mendewasakan. Perasminya yang berbahagia Ir Muhd Haslin Hassan Penyelaras Pusat
Khidmat Masyarakat Tanjung Sepat.
Peserta
yang hadir juga diberi peluang untuk berkongsi permasalahan dan ujian yang
dilalui sebagai seorang guru. Sungguh menyedihkan dan memeranjatkan saya, ada
yang ditukarkan sehingga 15 kali. Lebih mendukacitakan ada yang ditamatkan
perkhidmatan hanya kerana perbezaan politik. Cukup mengharukan. Sebetulnya
apabila saya hadir program seperti ini saya tidak menganggap saya membawa
jawatan yang disandang sekarang. Namun apabila ada yang membabitkan pertukaran
dalam negeri yang terlalu kerap terpaksa saya maklumkan bahawa pertukaran di
dalam negeri bukan diuruskan oleh KPM. Jawapannya diuruskan oleh…………… Hanya
pertukaran yang melintas sempadan negeri yang diuruskan KPM.
Memandangkan
PENDIDIK masih baru dan memerlukan dana, saya memilih untuk berkongsi hasil
penjualan novel terbaru saya BISIKAN AN NUR pada petang itu. Setiap RM2 dari setiap
naskah pembelian petang itu diserahkan kepada PENDIDIK. Ucapan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sahabat yang membeli dan memberi sokongan
petang itu. Membeli sambil menderma untuk gerakan NGO guru. Alhamdulilah dua putera dan puteri saya, yang semuanya di usia sekolah rendah membantu jualan tersebut.
Pulang
petang itu berbagai yang bermain di fikiran saya. Sebetulnya siapa pun yang
bakal diberi mandat oleh rakyat lagi, tanpa mengira parti mana dan komponen
mana. Janganlah menganiaya guru-guru hanya kerana perbezaan pandangan dan ideologi
politik. Bukankah perbezaan itulah yang dapat mendidik, bertukar pendapat,
memajukan Negara jika ianya diamati secara professional dan bijaksana. Suka
juga saya maklumkan selepas saya diberi peluang Allah berkhidmat di Putrajaya.
Sebahagian tindakan menukarkan guru sesuka hati oleh segelintir pihak, ada
antara tindakan tersebut yang tidak diketahui oleh pihak atasan. Ianya dilakukan
oleh peringkat pertengahan yang melaksana.
Berani
saya katakan begitu kerana isu Cikgu Maarof (suami kepada Cikgu Normala). Sebelum
ini saya bersama membawa mereka ke bahagian tatatertib dan kemudiannya ke
Jabatan Perdana Menteri untuk melihat status Cikgu Maarof yang ditukarkan dari
Segamat ke satu daerah lain di Johor yang jaraknya 245 km. Saya mendengar sendiri
apabila Cikgu Maarof memaklumkan bonusnya tidak dibayar. Arahan pertukaran yang
cukup mengelirukan. Pegawai di Bahagian Tatatertib seakan terperanajt dan
bertanya “Siapa yang arah jangan bayar bonus cikgu nie!” Termasuklah beberapa
soalan lain berkaitan perkhidmatannya. Sungguh memeranjatkan apabila sebahagiannya
bercanggah dengan prosedur.
Apa
pun semuga PENDIDIK dapat bergabung dengan KPPK sebagai alternatif kepada guru-guru
yang meyakini tindakan pertukaran atau apa sahaja yang dirasakan bertentangan
dengan prosuder sekarang. Sesungguhnya pentadbiran PM sekarang DS Najib Tun
Abdul Razak sudah banyak keterbukaan dan lebih matang berbanding sebelum.
Insyallah!
Semuga tulisan jujur ini tidak disalahertikan. HIDUP GURU dan SELAMAT HARI
GURU.
1 ulasan:
Selama Hari Guru Tuan,
Kalau tahu tentang program ini, mahu rasanya turut serta.
Semoga berjaya dalam kerjaya dan penulisan tuan.
Post a Comment